Nov 15, 2021

Cuti Deepavali ke Farm in the City

Assalamualaikum...


Orang lain ramai duk rentas negeri, check in sana sini...Kami masih setia duk Selangor..hahaha~

So alkisah cuti Deepavali hari tu, bawa kids datang FITC, again! Kali ke-3 dah aku datang sini sebenarnya...Boleh refer entry² FITC aku kat SINI <


Konon nak datang seawal tempat ni bukak. Sekali ding dong ding dong, pukul 10am baru sampai. Ramai orang weh!! Ingatkan ramai balik kg or bercuti. Tidak ye! Mungkin jugak orang negeri lain yang datang sini (sedapkan hati) ๐Ÿ˜‚


Tunggu Apis. Beli tiket pun beratur uols. Udahnya 10.30am jugak la baru dapat masuk dalam ๐Ÿฅด
Walaupun dah pernah datang 3 kali, tapi ada jugak kawasan yang aku FIRST TIME masuk tau! haa teruskan membaca kalau nak tau kawasan apa yang first time masuk tu..hihi


By the way, sekarang korang kena beli sendiri food box untuk bagi makan kat haiwan² dalam tu. RM10 per box ye. Aku beli 1 box je cukup sampai habis round zoo. Ikut la macam mana korang bagi haiwan² dalam tu makan. Ada orang tak cukup 1 box, kena beli 2-3. So nak cakap beli 1 je pun tak boleh. Sebab depends pada cara korang bagi makan.


First stop is turtle area. Kat sini haiwan² semua bebas. Pelawat pun bebas nak pegang ke, gomol, bagi makan, posing dengan haiwan. Bebudak suka sangat ye. Kawasan sini staff ada sediakan daun/sayur untuk bagi turtle makan. If nak bagi carrot yang dalam food box korang beli tadi pun boleh. Aku amek je yang staff dah sediakan tu. hihi~


Besar-besar turtle kat sini.


Kuat makan pulak tu. Asal hulur daun, dia ngap! haha


Ini pulak bahagian burung². Ada macam² spesis burung dalam ni. Semua jinak². Dalam food box yang RM10 tadi tu ada makanan burung tau. Guna je makanan dalam tu untuk bagi burung² makan. Dulu pihak zoo sediakan makanan burung. Now no more.


Kalau berani, boleh posing dengan burung macam ni.


Savanna ni kawasan paling ngeri. Kenapa? sebab banyak kambing. Pastu semua agresif. Pantang tengok orang pegang makanan dia akan kejar. Aku siap main kejar² dengan kambing dalam ni. hahahaha~  geram betholll!


Kawasan palinggg berbau. kahh! Besar bak hang lembu sini. Pun sama kuat makan. Laju je ngap bila hulur makanan.


Rusa² sini duk dalam kandang. Maybe sebab agresif sangat. haha~  Tapi kawasan kambing pun agresif jugak. Cuma dorang tak cederakan orang. Agresif sebab nak makan ๐Ÿ˜‚


Kawasan rabbit and longkang fishing ni tenang sikit. Walaupun ramaiiii orang, tapi haiwan² semua behave. hahaha~  Ada tempat makan jugak area sini tapi jual food ringan² je macam sandwich, sosej, nugget camtu. Kitorang rehat minum² sekali kat area sini. Boleh tahan penat ye. Tua betholll


Settle rehat, sambung bagi haiwan makan. Banyak jugak makanan sesepah, so anak² aku tukang kutip, pastu bagi haiwan makan leklok. Jangan bazirrr gitu. 


Tau tak ini haiwan apa? Nama haiwan ni Pelican bird ye adik². Ada masa² tertentu, staff akan sediakan ikan untuk korang bagi Pelican bird makan. Macam mana bagi Pelican makan? Korang baling je ikan tu. Deme pandai tangkap nanti. First time lah anak² aku tengok Pelican depan².


Ni kawasan reptile tak silap. Boleh pegang biawak. Tak sangka anak² aku semua berani pegang biawak. Aku mampu tengok dari tepi je lah. hahaha adehh~


Bagusss! Baloi bawak datang sini. hahaha~  Staff situ kata, ada show ular jugak kat sini tapi pukul 2pm baru start. Masa kitorang sampai sini baru pukul 12pm+ gitu. Idok lerr nak tunggu sampai pukul 2pm. Ular pulak tu, geli.


Then ada burung kakak tua. Dulu ada parrot show. Now dah takde. Taknak orang bersesak² kot kat sini. Korang nyanyi je lagu burung kakak tua kuat² sambil goyang² badan, nanti parrot tu akan follow tau. Tak percaya cuba lahhh! Dulu punya Parrot show boleh tengok entry SINI


Musang pun ada. Makanan musang boleh beli kat mesin makanan yang disediakan. Ada banyak food machine dalam ni. So makesure standby cash siap² ye.


Posed sebelum keluar. Pertama kali datang FITC vs NOW! Look how much we've grown! haha


Thank you FITC for having us! Kids happy sangat. Sampai sekarang duk sebut² pasal haiwan² dalam tu.


Ni harga tiket masuk ye. Hanya RM132 untuk satu family (2 adults, 2 kids). Kids bawah 90cm FREE!

Siap dapat 2 free gift, 2 box makanan haiwan (rm10 each), beberapa voucher makanan dan 2 sijil penghargaan dari FITC..baloi sangat weh! ๐Ÿคฉ


More info ๐Ÿ‘‡




 



Terima kasih sudi membaca!

1 comment:

NADIA vs BERON said...

Lembu tu memang warna pink ke takde bulu tu? :D Lebih santai sebab lebih dekat dengan haiwan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015