Dec 20, 2018

Lunch di Yana Restaurant | Surau Dalam MBK Mall, Bangkok

Assalamualaikum...


Hari ke-3 di Bangkok, shopping time!! Walaupun shopping dalam mall je tapi banyak benda nak diceritakan. So aku asingkan lah entry untuk setiap tempat yang aku pi. hihi~


Alala lenanya tidur. Penat sangat ye ikut mama jalan²? Sebab plan hari tu pergi mall je, so kitorang keluar dari hotel agak lambat. Almost 11am kot baru keluar. Adik baby sempat take a nap dulu lepas breakfast.


Angkut lugagge siap untuk shopping. kahh! Sehari sebelum tu kazen aku ada bagitau dalam group wasap suruh bawak luggage untuk shopping. Senang sumbat je plastik² dalam tu. Takde la sakit jari kendong plastik banyak². Mak aku pun insist jugak bawak luggage. Senang tarikkk je. Brilliant idea ai tell you!


See? Mudah bukan? hahaha~  BTW since ada yang bertanya, beg tu mak beli kat London. Tak ingat kedai mana and harga berapa. Beli time sale krismas tahun lepas tak silap. Lightweight luggage dengan 2 saiz (medium and small).


Mula² kitorang pergi MBK Mall. Dari hotel naik Grabcar dalam 20 minit gitu. Slow lah grab kat sana. Kitorang kena tunggu lebih 30 minit untuk grabcar sampai hotel. haihh~


Sampai MBK mall, jalan² kejap pastu lapar. LOL~  Ayah aku pergi solat Jumaat kat masjid dekat² situ. Dia jalan kaki je pergi masjid. Aku dengan mak tunggu kedai makan.


Kitorang lunch kat Yana Restaurant sebab banyak review aku baca rekomen kedai ni. Halal dan sedap! Toke orang arab. Pekerja² orang tempatan tapi semua fasih berbahasa melayu. Datang sini macam makan kat restoren dalam Sogo je wakk. Mostly orang Malaysia dan Indonesia je datang sini.


Oke jom tengok apa yang aku order.


Coconut Shrimp Tom Yum, 299 baht = RM38.20. Isi² kelapa pun dia campur sekali. Mula² seram jugak nak makan, isi kelapa + tomyam macam pelik je. Tapi bila dah makan ehh ngam lahh combination tu!! Memang sedap! Mak aku tak suka tomyam dia sebab banyak sangat letak daun ketumbar. Mak tak suka makanan yang letak daun ketumbar. So aku share berdua dengan ayah. Kenyang oihh!

Balance kuah tomyam. Dalam tempurung kelapa tu penuh dia sumbat shrimp, so lebihan kuah dia letak dalam mangkuk lain.

Fish with sweet & sour sauce, 199 baht = RM25.50. Ikan keras kejung wakk ya tuhan sakit mulut kunyah. Apesal lah tak mintak tukar hari tu? Sekarang baru terfikir. duhh!πŸ™„

Fried Cayote Leaves, 199 baht = RM25.50.

Blue Lemon Soda, 60 baht = RM8. Rasa air ubat kahkah~

Antara menu lain yang sempat snap. Banyak oi menu dia. Tak gigih pulak nak snap setiap page. huhu~

Agak pricey jugak lah food kat Yana Restaurant ni. Patut dia bagi diskaun untuk orang yang bernama Yana. LOL~  #siscuba~   Foodcourt kat depan restoren Yana ni pun ada gerai jual Halal food. Maybe price cheaper lah sikit. Cuma aku rasa kedai Yana ni special sebab menu tomyam kelapa tu. Maveles sangat rasa dia.


Lepas makan kitorang pi solat. Surau ada disediakan kat Level 5, surau laki kat Level 6. Telekung dan sejadah lengkap dorang sediakan. Selesa sangat! Kemas dan sangat bersih. πŸ˜  Nak tukar pampers anak kat surau je lah selesa. Toilet dorang tak sediakan tempat baby macam kat mall sini.


Then sambung shopping lagi. Mall ni ada jual baju² macam Platinum Mall jugak and also souvenirs. Tapi tak banyak benda pun kitorang beli kat MBK Mall. Pekerja² mostly sombong lah. Kekwat semacam. Tak seronok aku nak membeli. Mana yang oke, ramah haa baru aku membeli kat kedai dia. Diskaun?? Jangan harap lah dapat! kahkah~  Dorang pun nak komisyen lebihhh!


Ada sekali tu kitorang beria mintak diskaun, dia taknak bagi. Then kitorang taknak la beli barang kat kedai dia. Terus dia nganjing, "haa no money to buy..no money, no money" ~   Dia tak tahu dalam luggage tu dah berapa plastik kitorang beli barang πŸ™„


Jalan dalam MBK mall sampai pukul 5.30pm gitu, pastu gerak pergi mall lain pulak. hihi~ 


Stay tune!✌




Terima kasih sudi membaca!

Dec 18, 2018

Shopping Makanan Thailand di Big C Supercenter

Assalamualaikum...


Bila pergi negara orang, rugi lah tak mencuba food dorang. Cari yang memang takde dijual kat Malaysia. Baru rare! Aku kalau pergi travel memang duk cari makan je. Bab shopping benda lain aku tak reti. hihi~


Selain 7-eleven yang bersepah, korang kena try pergi shopping dalam Big C Mall ni. Ada banyak cawangan seluruh Thailand. Google je. Macam kat Bangkok ni je ada 2-3 cawangan kot. Tapi yang dekat dengan hotel aku ni dia punya Center. Memang besarrrrrr! Harga pun ofkos la lagi murah dari 7E and lagi macam macammmm pilihan! Rasa nak borong semuaaaa. pfft!


 Dua kali aku pergi Big C ni. Memborong makanan and minuman. Luggage dah beli banyak, rugi lah tak penuhkan. ngee~


First time pergi masa hari kedua kat Bangkok. Balik dari Asiatique, tidurkan baby dulu, then baru keluar dengan opismet lain. Malas bawak baby sebab dah penat sangat sebenarnya nak dukung² dia. Parents aku pun takmo pi, so dorang tolong jaga baby. Tu lahh gunanya amek connecting room wakk. kikiki~


Mall ni bukak sampai pukul 2pagi. Tapi Big C ni je lah, kedai² lain keliling dia tutup pukul 10pm. Sebab tu tak kisah nak datang tengah malam pun. Kitorang naik tuk tuk. Memasing tak larat sangat dah nak jalan. Bayar je lah tuk tuk yang mahal tu. Perjalanan 5 minit je dia cas sampai 100baht (RM12.80). pheww~


 yaaa ni lahh yang kitorang cari!! kahkah~


 Kitorang beli SEMUA flavor. hahaha~  BTW Sesame Dip tu tak sedap! Nasib beli 2 botol je hari tu. Nak bagi orang lahh. πŸ™„


Baru ni pergi IOI City Mall, aku perasan F&N pun dah buat susu dalam packaging botol gini. Baru launched tapi belum distribute to hypermarket lagi and tak tahu lah harga berapa sebotol. Harap mur mur macam Thailand punya jugak lahh. hihi~


 Beli ni jugak. Alkisah terpengaruh tengok IGS kak FillanieπŸ˜‘  More, packaging dalam bentuk peket macam ni, sekali masak je. Sepeket tu ngam untuk 2-3 orang makan. Idak lerr membazir or leceh nak storage. Bawak travel pun senang. Aku dah rasa Green Curry Paste tu, memang sedap! Pedas dan sedap. Tom yum paste belum cuba lagi. Bila tah nak buat. Dapur jarang berasap gitu lerr. Orang lain beli kau pun sibuk nak beli. Lepastu pening tak tau bila nak masak πŸ˜’


Ada banyak jenama lagi paste² ni. Tapi aku beli yang kawan aku rekomen je lahh. Paste ni HALAL ye wakk! Kau tengok je lahh logo halal kat peket² paste tu. Kalau takde logo halal jangan laa beli, macam coklat mentos yang viral kat FB tu dengan keropok Lays. Kemain orang share padahal aku tengok memang takde logo halal pun kat packaging tu. So pepandai lah check ye.


 Ni pun wajibbbbbb beli bila kau datang Thailand. Kopi ARABUS. Sedap nak arwah. Memang takde jual kat Malaysia wakk. Ada 4 flavor sebenarnya. Lagi satu flavor caramel. Masa ni aku tak amek caramel sebab ingatkan manis leting potong kaki. Fobia betul minum air caramel masa kat Aussie dulu. hahaha~  Esoknya tu kawan aku cakap takde la manis sangat. Sebab dah campur kopi so dia rasa just nice. Malam terakhir tu memang aku ada beli, sampai Malaysia anak² aku dah qiqah kan dulu air tu. πŸ˜­


 Kali pertama datang, beli untuk diri sendiri dulu.


 Ni kali kedua datang (malam terakhir), borong untuk kawan² yang kirim. Aku open order kat IG & FB. Beli extra jugak untuk bagi gift kat orang. Kat sana memang aku tak beli langsung souvenir macam fridge magnet, keychain semua tu. Tah kenapa tak berkenan pulak nak beli souvenir gitu. haha~ 


Ni lagi air yang korang wajib beli bila datang Thailand. Ni harga 7-eleven. Lupa pulak snap harga dalam Big C tu. Memang lagi murah dari 7E. Air ni pun berbotol² aku borong. Flavor coffee palingggg sedap! Lebih 5 botol coffee je. Total dalam 20 botol gak aku beli. Macam biasa sampai Malaysia, tak sampai seminggu licinnn. Kemain bebudak ni breakfast air susu thai πŸ˜


Susu strawberry ni sangat sedap wakk. Makan dengan biskut rasa dia macam biskut coklat Zig Zag tu. Zafran paling suka. Pastu sugar rush πŸ˜  Kadang aku campur atas brownies. Ya tuhann nikmat sangat! hahaha


NOTA PENTING: Dalam Big C ni ada sorang scammer peminta sedekah. Bangsa arab kot, tapi fasih berbahasa melayu. Macam biasa lah modus operandi guna nama Islam, mintak derma untuk al quran lah, buku lah, sekolah lah. puii~  Baca al fatihah entah lepas entah tak tu sibuk jaja nama Islam. Eh sakit pulak hati kita bila teringat balik πŸ˜‘  Dia akan aim perempuan TUA. Yaa yang muda² macam aku dia tak kacau. Dua kali pergi Big C, dua kali jumpa mamat tu.

Kali pertama datang, dia aim mak opismet aku. Selagi tak layan, selagi tu lah dia ikut bontot makcik tu. Last² makcik bagi jugak RM20 kat dia. Tak habis kat situ je wakk, dia bantai mintak lagiii. Nak RM50 pulak katanya, nak beli al quran. Again guna nama Islam. Aku ada sebelah makcik tu, menyirap je aku dengar terus aku pandang dia sambil cakap, "SYUKUR ALHAMDULILLAH", sambil buat tangan suruh berambus. Haa lepas cakap gitu baru dia nak berambus.

Malam kedua datang, dia aim mak aku pulakk. Hey silap lah kau nak cari pasal dengan mak aku. Nasib baik aku memang ada kat sebelah mak, duk busy cari barang yang sepupu aku kirim. Aku dengar je suara "Asslamualaikum" haa terus tak sedap hati dahh. Aku toleh belakang nampak muka dia. Terus aku sergah, "YOU AGAIN!! I GIVE MONEY YESTERDAY RIGHT?!"

Dia ingat muka aku. kahkah~  Terus terkulat kulat cakap sorry and blah dari situ. eeii hangin betul spesis penunggang agama ni. Dah la pemalas. Mak aku tu umur nak masuk 60an pun masih bekerja! Kau badan sihat walafiat, LELAKI pulak tu tak malu ke mintak² derma??!! Mohon mereput dan jangan membiak spesis macam ni! πŸ˜’



Sentiasa berhati² oke. Bangkok tu pulak dah pernah ada kes bom bom, lagi lah kena extra careful and alert sentiasa. Kalau bawak parents, kau jalan rapat² dengan parents kau. Siapa lagi nak lindungi dorang kalau bukan anak-anak?


K tu je sharing pasal Big C mall. Selamat membeli!





Terima kasih sudi membaca!

Dec 17, 2018

Floating Market, Railway Market dan Asiatique Day Tour

Assalamualaikum...


Hari ke-2 di Bangkok, kami beli pakej day tour di web KLOOK. Pakej yang kami ambil ni harga dia RM989, untuk 10 orang. Bestnya pakej ni sebab dah termasuk transport, tour guide, kos parking dan kos naik boat di floating market. Masa beli pakej ni, kau mentioned sesiap hotel mana kau duduk. Tiba hari nak pergi tu memang staff dorang dah tercongok tunggu kat lobi hotel untuk pick up korang. Dalam web dah tulis itinerary siap² so korang follow je itinerary tu.


Aku highly recommend company AK Travel ni sebab tour guide dia best!! Speaking pun fasih siap bagi tips and tricks kat mana yang baloi untuk shopping souvenir. Dalam group kami semua muslim, dan tour guide aware yang kami perlu solat. Dia siap bagitau kat mana ada masjid dan tempat makan halal. Serious lah korang kena beli pakej dari AK Travel ni πŸ‘πŸ‘πŸ‘


Sebelum keluar, selfie sedas! Pintu belakang tu connected dengan bilik parents aku. Memang sentiasa bukak je pintu tu. Senang keluar masuk bilik mak. haha!


Dalam itinerary, pukul 9am baru transport kami sampai. So pepandai la plan, breakfast kenyang², tepat 9am tunggu kat main entrance hotel. Rupanya transport dah sampai 30 minit awal!! wohoaa!


Van 12 seater, tapi yang naik 10 orang jeee termasuk kids 2 orang and baby nan seketul. Memang selesa lahh. Perjalanan nak ke floating market tu 2 jam setengah sebab dia bukan dalam kawasan Bangkok dah. Sempat mentido dalam van.


Bila nak dekat sampai floating market tu, driver akan singgah petrol pump untuk bagi laluan sesiapa yang nak ke tandas. Katanya kat floating market nanti TIADA toilet. Kalau ada pun mungkin tak selesa. Kebetulan baby pun yak yak haa tukar lah sekali. Aku singgah jugak 7-eleven beli air and kudap². Sebab tour guide awal² dah inform,

"Please DON'T buy anything at floating market since the price is very expensive. I will let you know later where to buy cheap souvenirs and food."


First time wakkk jumpa tour guide cakap jangan beli apa². kahkah!




DAMNOEN SADUAK FLOATING MARKET

Kitorang amek 2 boat. 1 boat tu boleh naik 5 orang je. Safety purposes wakk sebab tu dia tak bagi sumbat penuh² boat tu πŸ˜   Jangan tanya berapa tambang bot ye kan dah cakap kitorang ambil pakej. Semua tour guide dah setelkan. Kami cuma enjoy the ride!


Kemain bulat mata baby dengar bunyi enjin bot.


 Coconut ice cream niii WAJIB cuba! Walaupun mahal (60baht = RM7.60), tapi tak menyesal beli. Serius sedap! Ais krim vanilla campur isi kelapa, ada pulut sikit, kacang². haishh rugi lah kalau tak beli. Tempat lain tak sesedap sini weh. hahaha~  Walaupun jual atas boat je tapi presentation kemain cantik siap ada kelopak bunga bagai atas tu. πŸ˜


Pulut mangga toksah beli kat sini. 100 baht dia cekik! (RM12.80). Rasa sama je dengan tempat lain.


 Kitorang pandang sepi je souvenir shops kat sini. Dah tour guide pesan toksah beli khenn. kahkah~  Tapi best lahh tengok dorang meniaga. Ada yang masak atas bot. Only in Thailand katanya. hihi~


Kalau korang bawak kids, pesan awal² jangan amek apa² kalau ada orang hulur barang/mainan. Peniaga² kat sini ramai aim bebudak tauu. Dorang hulur je apa² souvenir kat anak² korang, kalau anak kau amek haa dia paksa bayar. huhu~  Nasib la aku bawak baby jee. Dia hulur barang bukan baby reti nak amek punn. Apadaa~


Panas terik time ni. Ada kawasan yang sesak, bot takleh jalan laju, memang berpeluh² duk dalam bot. Hey bukan jalan raya je jem tau, dalam air pun jemmm! haha~


Kitorang spend dalam SEJAM kat sini. Besar weh kawasan dia. Baloi lah perjalanan yang sejam tu. Bila dah turun dari boat, tour guide bawak kitorang pergi lunch. Memang ada SATU kedai halal dalam kawasan floating market ni. Yee ada satu je wakk. Lupa pulak nak snap gambar kedai. Masa naik bot boleh nampak kedai tu. Tapi tour guide cakap takyah beli atas bot sebab leceh nak makan dalam boat dengan anak kecik lagi. Tu yang dia bawak pusing ikut jalan darat. Makan terus dalam kedai tu.


Macam biasa lah mesti order tomyam. Kat sini pun lain rasa dengan tomyam Malaysia. haha~  Bubur baby aku panaskan siap² kat hotel, letak dalam warmer bag. Instant food tu dapat free masa makan kat food court IKEA. Saja la try jadikan lauk baby. Mujur dia nak makan.


Kebetulan masa tengah makan hujan lebat pulak. Tour guide cakap dah lama tak hujan kat sana. Terkandas la kejap kat kedai tu sebab van kitorang parking agak jauh. Payung pun takde. Alang² tunggu hujan reda, kami solat Zuhur and Asar kat situ terus. Bersih sangat tempat dia. Toilet pun bersih. Selesa nak membuang and solat.


Dalam pukul 2pm gitu, hujan dah berhenti, kami gerak ke railway market pulak. Perjalanan tak sampai 30 minit pun. Dekat sangat.




MAEKLONG RAILWAY MARKET

Kat sini je kau boleh bergambar tengah² railway gitu. Jangan kata bergambar, orang sana siap meniaga tepi² railway tu. Yaa tu lah yang uniknya Railway Market ni. Tepat pukul 2.30pm train sampai, time ni kau nampak semua gerai² turunkan payung/awning kedai memasing. Awning dorang memang tutup habis railway. Dorang tutup bila train datang je. Kau rasa? hahaha~


Slow je train dia.


Train akan berhenti selama 2 jam sebelum mulakan perjalanan balik. Sooo boleh la bergambar dalam train! yeyy! Sis jakunn tak pernah naik train old school gini. haha~


Market sini jual barang basah, sayur, seafood etc. Kitorang tak beli apa pun kat sini kecuali makanan dan minuman. Pulut mangga kat sini cost only 30 baht = RM4 (haa tepokkk!). Coconut ice cream pun ada. Harga lebih kurang je dengan kat floating market. Tapi tak sesedap kat floating market. gituu~  Bangkok memang kaya dengan kelapa, so tiap kali singgah kedai makan mesti order air kelapa. Fresh wehh. Memang nyaman tekak. Kat sini jugak lah botol susu adik baby tertinggal. LOL~  RIP botol susu.


Dalam sejam je kot lepak sini. Tunggu train sampai tu je. Sebab tu better beli pakej dengan tour guide. Dorang je tau pukul berapa train sampai kat station tu. No point lah kau datang sini kalau tak tengok train.


Puas bergambar, kitorang gerak pi Asiatique pulak. Asiatique ni dalam kawasan Bangkok, so perjalanan lebih 2 jam. Masing² penat dah masa ni. Semua mentido dalam van. huhu~




ASIATIQUE

Ada yang kata tempat ni macam outlet. Tapi aku tengok banyak jual souvenirs je. T-shirt² Thailand banyak laa jual kat sini. Tang mana outlet tah. hahaha~


Ada pulak kedai jual buaya kat depan parking lot. adoii~


Ada pesta Loy Kratong malam tu. So meriah laa dorang tabur bunga dalam air bagi dewa Loy Kratong makan kot. huhu~  Tak faham sangat pasal agama dorang. Layan je lah.


Selesa berjalan dalam ni. Cuaca pun just nice je. Ferris wheel tu boleh naik tau. Adult 400 baht, kids (below 120cm) 250 baht, VIP gondola 2500 baht. Kalau kau bawak baby sekali pun tetap entitled as children oke. Mahal. pfft! Eh aku tak naik pun ferris wheel tu. Tak minat lahh. Tapi ofismet aku yang lain naik, dorang la bagitau harga gitu.


Mak aku terpengaruh dengan benda ni, senang nak video call adik katanya. Terus dia beli seketul. Saiz kecik ni lepas diskaun dapat laa RM60. kahkah~  Sabun tu dia borong untuk bagi kat staff katanya. MBK Mall murah lagi wehh. Takyah la beli kat sini πŸ™„


Aku beli passport holder untuk semua. Mak aku pun beli jugak. Kat sini jual 80baht (RM10.20) je! Free 1 logo and 1 name. Nama panjang² pun tak kisah wakk. Nak add on logo pun berapa baht je dia cas. Eh murah gilaa. Kat KL tak dapat harga gitu. Balik dari Thailand tiba² SEMUA orang ada passport holder. kahkah!


Aku beli jugak t-shirt untuk anak² aku. Mahal lah kat sini, 150baht (RM19) sehelai. Dah la tak boleh tawar harga. Untung sikit katanya. cehh! Kat MBK mall dapat 99 baht (RM12.70) jee. huk alohh~


Then ayah nak singgah masjid untuk Maghrib. Aku dengan mak nak jamak ta'khir je.


Cantik masjid dia. Tapi ruang solat wanita kat tingkat atas. Memang tak lahh mak aku nak naik. Dia sakit lutut. haha~  Sementara ayah aku solat, aku mandikan baby and tukar baju sekali. Berlengas dah badan dia. Boleh dia lena tidur dalam van nanti.


Lepas solat, kitorang tapau food siap² untuk dinner kat hotel. Datang Bangkok ni senang je nak cari Halal food, kau cari je masjid kat mana. Keliling masjid tu confirm jual halal food. Kitorang beli mee sup, ayam panggang dengan apa tah. Dah pukul 7pm pun masa ni tak sempat dah nak makan kat situ. Orang lain semua dah tunggu dalam van.


Dalam 7.30pm kot baru kitorang gerak balik hotel. Tour guide siap tunggu kitorang beli food semua and iring sampai van. Punya risau kitorang sesat ke apa. Bagus sangat lah service! Parents aku and parents ofismet aku pun senang hati sangat dengan service dia, terus memasing bagi tips. πŸ‘πŸ‘


K tu je kisah hari ke-2 di Bangkok. Till next entry. bye!





Terima kasih sudi membaca!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015