Nov 19, 2010

Macam Mana Nak Blocked Spam Comments??

Spam comments yang aku maksudkan tu macam ni...





Nampak tak??  entah hape-hape link dia bagi....

Banyak kali jugak la dapat komen macam ni...rasa semak...dah la pada entry yang sama lak tu...hehh~  ada antu ke kat entry tu...? ngee~   Lepas tu mesti guna anonymous...apa anon tu memang pembawa spam ke?? huhuhu~


Tau tak macam mana nak blocked komen-komen macam ni??


Ke aku kena redha je?? =_=





Nov 18, 2010

Main Gantung-gantung


Memang niatku untuk update entry ni tau hari ni...cuma bila ternampak komen encik editor Remaja, TERpaksa postponed, taip entry lain dulu...ye lah takmo la ada salah² faham ni kan...tak best tau perasaan tu...huhu~


Since encik editor berkenaan cuma bagi link website Remaja, makanya aku send je emel kat editor lain untuk menjelaskan situasi sebenar...aku emelkan ke editor yang mula² jumpa blog aku dan beliau lah yang mempromosikan blog Life 101 dalam Majalah Remaja edisi November...kak Nurul Nisa namanya...niat aku supaya apa yang aku jelaskan sampai ke pihak Remaja sendiri... *wink*  ^_^


Kak Nisa pun dah respon dengan emel yang aku bagi...dia pun faham niat aku dan telah jelaskan semua salah faham ni kat encik editor yang salah faham tu...kak Nisa siap apologize lagi on behalf of that editor yang buatkan aku rasa bersalah....ngehh~  complicated sungguh penjelasanku...  >_<


Apa-apa pun terima kasih kerana memahami....Hari raya ni kita kira 0-0 la eh...hopefully kita boleh keep in touch laghik ye kak! lepas ni publish kisah kahwin saya pulak ke...EHHH?!!
lalalalalalalala~  =P




oke berbalik kepada tajuk entry yang sebenar-benarnya....^_^
Korang ingat tak aku pernah kecoh kat korang yang aku pemenang TERdiva dalam giveaway MDT tempoh hari?? ecehh perkataan 'tempoh hari' macam gaya pembaca berita...hihi~


Sukacita dimaklumkan hadiah dari beliau (sis MDT) sudah kuterima tempoh hari...hahahaha~  tempoh hari di sini bermaksud kelmarin  =P




tuuu dia! besar kaooo...musykil bercampur excited....weehuuu~ ^_^





Ni lah hadiahnya...cantik corak english style gitu...me love ♥ !!  \(^_^)/
yang aku tahu benda ni digunakan untuk menggantung cawan-cawanan lah....tapi aku lebih suka letak segala hadiah yang orang bagi dalam bilik...jadikan hiasan gitu...makanya aku jadikan benda ni which aku tak tahu lah nama dia apa..hehh~    aku jadikan ia tempat menggantung jeweleries...ecehh macam mak datin gayanya! hahahahahaha~  =P






Bukan setakat jeweleries...jam, sepit rambut, ikat rambut...segala benda yang boleh digantung, aku kasi gantung je kat sini...mudah! dan nampak lebih teratur....tak payah dah bersusah-payah selongkar almari cari jam/gelang/etc macam mencari harta karun di waktu pagi...(-_-")




Thank you so much sis! suka sangat hadiah ni...mmuaxx! ♥♥♥  










p/s:  Entah bila aku pulak nak buat contest/giveaway...huhu~

Motif Tulis Jangan Beli Majalah Remaja??

Entry ni berkaitan dengan entry berunsur riak pasal blog Life 101 masuk majalah Remaja tu...Klik SINI~
Sebelum ni aku buat tajuk, "JANGAN BELI MAJALAH REMAJA BULAN NOVEMBER..PANAS!!"



Dan tajuk itu telah mendapat perhatian salah seorang editor Remaja sendiri




Kepada encik Izwaashura...saya tidak bermaksud untuk memalukan majalah Remaja...apa lagi untuk kondem..siapalah saya untuk berbuat demikian...saya menulis tajuk itu sebab saya rasa itu yang orang suka nak baca....sekadar mempromosikan entry berkenaan...



Lagipun isi kandungan entry berkenaan takde kena mengena dengan memburukkan majalah Remaja...Mungkin cara saya itu salah sebab tajuk tu memang agak sensitif....dan di atas nasihat dan pandangan kawan², saya buat entry ini sebagai tanda meminta maaf sekiranya ada salah faham berlaku....



Saya juga telah menukar tajuk pada entry berkenaan...boleh rujuk di SINI~  dah buang perkataan "JANGAN BELI" tu...^_^



Di harap entry ni dapat menjawab segala salah faham dan persoalan atau ketidak-puasan hati dari pihak encik...Sekali lagi saya meminta maaf di atas keterlanjuran penulisan saya...










p/s:   lepas ni kena hati-hati sebelum menaip...nasib lah ada 'backspace'...huhuhu~  peace!  v(^_^)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015