Oct 10, 2017

Kundasang War Memorial Park, Sabah

Assalamualaikum...


Kundasang War Memorial ni pun salah satu tempat WAJIB singgah if dah sampai Kundasang. Lokasi bebetul dalam pekan Kundasang tu. On the way nak ke Dairy Farm memang akan lalu War Memorial. Aku hari tu, lepas balik dari Dairy Farm yang kali kedua tu, singgah war memorial. Pagi tu hujan agak lebat. Lagipun singgah lunch kat restoren dalam pekan. Lepas lunch terus pi War Memorial.


Actually, berbelah bahagi jugak sebenarnya nak masuk sini. Sebab aku dah baca blog yang bercerita pasal tempat ni, takde apa pun dalam tu. Bak kata Aty, kalau takde stop amek² gambar, 10 minit dah boleh habis round. kahkah~  Setelah bermacam argument laki bini, akhirnya kitorang decide untuk masuk jugak. Boleh update blog, entry SEO lagi. giteww πŸ˜ 


Main entrance. Zafirah tu kengkonon posing ala model πŸ™„


 Entrance fee.


Area ni ada jual souvenirs. Aku tak beli pun sebab confirm mahal. 


 Kisahnya, tempat ni sebagai peringatan kepada tentera² Australia dan British yang terkorban dalam perang apa tah kat Sandakan. Juga peringatan kepada penduduk tempatan yang terkorban sebab membantu tentera² tu. Eh aku tak reti nak translate sangat. Baca lah description atas tu. haha


 Kitorang banyak habis masa bergambar je dalam ni. Banyak kawasan/taman cecantik. Nak ootd pun cantik dalam ni. hehe~


 Pandai nau anak dara ai posing ewah ewahh.


Zafran oii kasi can laa mama nak posing solo πŸ™„


Dah habis round 1 park. Kejap je kan? haha~


 Zoom sikit tulisan tu.


 err pokok tu cantik, noktah πŸ˜


oke tu je lah yang ada dalam War Memorial Park ni. Anak² aku boring masuk sini. Aku bagitau Zafirah ni tempat askar² mati. Dia ingat macam kubur, siap tanya mana mayat? lol~ 


Then, kitorang gerak pi Kota Kinabalu pulak. Bermalam kat KK 1 malam sebelum balik KL.


K tu je nak cerita. tata!





Terima kasih sudi membaca!

Oct 6, 2017

Peminat Tegar Harry Potter

Assalamualaikum...


Ingat tak dulu aku pernah cerita adik aku buat seprais balik Malaysia tiba²? Kalau tak ingat boleh klik > SINI


Time tu adik aku balik memang selai sepinggang. Baju selai pun dia tak bawak. Kat rumah memang banyak je baju² dia yang tinggal. haha~  Tapi dia angkut mainan² bawak balik. Ada untuk anak² buah, ada yang dia punya. Dia punya kemain sorok dalam bilik, tunggu dia balik for good baru nak 'kerjakan' mainan² tu, nak buat display kat rak khas lah bagai. Layan. Alahh mainan train and puzzle 1000 pcs. Dia tak bagi anak² aku usik, risau cepat rosak. kahkah


So, ni lah satu² mainan yang dia bagi anak aku main πŸ‘‡


 err benda ni actually main/great hall dalam Hogwards School. Eh siapa layan Harry Potter faham lah kan. Adik aku memang peminat setia Harry Potter. Kat London senang nak cari merchandise HP. Aku pun minat, tak pernah missed setiap movie HP and sentiasa jadi yang terawal untuk tengok setiap movie baru HP. Now aku ngajar Zafirah layan movie Harry Potter. And she likes it! siap addicted. kahkah  *misi berjaya*😝


Adik aku beli second hand je mainan ni. Katanya kalau beli baru harga mencekik. Beli kat amazon.com kot, ke ebay. Tak ingat. Malas ingat sebab tak penting. bahaha~


 Dia macam 3D puzzle. Kena pasang parts by parts. Renyah jugak la sebab takde manual book. Dah kata barang second! Mujur lah otak aku genius, agak² je nak sambung tang mana. pfft!


 Hampir siap! Masa ni mata dah agak mengantuk, tapi sebab aku pun eksaited nak tau rupa great hall ni macam mana lepas dipasang, gigih laa teruskan jugak install.


 Dah siap. yeyy!


 Gitu je rupa dia. haha~ 


 Zoom belah dalam. Meja tu sepatutnya ada kaki. Lepas tu belah atas tu boleh pusing². Kan dalam cerita Harry Potter, time dorang berkumpul kat dewan, bila time makan je ting! magic meja yang kosong tetibe penuh makanan penuh atas meja. haa gitu la konsep meja mainan ni. Tapi like I said, barang second, ada la tu parts yang hilang.


Gini lah rupa bila bumbung and sebelah wall dibukak. Mainan ni lebih pada untuk display je. Bukan untuk buat main sangat pun! hehe~


Tapi

Tapi

Tapi..


Baru ni dak Zafran dah jahanamkan great hall Hogwards tu πŸ˜‘  Hero tu kan memang tau. Tangan dia ganas lain macam. Kaklong dia main sikit punya cermat, dapat ke dia, hancurrr berderaiii. grr~


See! Alkisahnya dia nak amek mainan lain dalam kotak hijau tu. Kebetulan time tu great hall ni duk atas kotak hijau. Dia main seret je benda tu ke tepi, habis jatuh, berderai! Mujur la memang jenis puzzle, boleh pasang balik.


Tapi sampai sekarang aku biar je berderai gitu. kahkah~  Tak sempat ahh nak ngadap benda tu. haihh~  Tunggu la aku rajin, aku pasang la balik. Pastu letak tinggi² atas almari. Semua orang tak boleh pegang. hahaha~  Sok maksu balik pandai la dia susun semua Harry Potter's merchandise yang dia dah kumpul letak dalam satu almari khas. Iyee ada banyak lagiii merchandise Harry Potter yang adik aku beli. Kipas susah mati kekdahnya. Great hall ni SALAH SATU nya. Kat rumah dia kat London sana bersepah lagi. 


Tak kisah dikk janji awak bahagia.😜


k tu je nak cerita. tata!




Terima kasih sudi membaca!

Oct 4, 2017

Pengalaman PERTAMA Zafirah Ikut Lawatan Sekolah

Assalamualaikum...


Aku ingat dah update entry lawatan ni. Tapi bila search dalam blog nan hado. Adess~  Jadi lah entry throwback.


Alkisah bulan April lepas, hari Sabtu, tadika Zafirah ada buat lawatan. Every year memang tadika dia ada buat lawatan, tapi budak umur 5 dan 6 tahun sahaja yang dibenarkan join. Budak 4 tahun boleh join SEKIRANYA ada kakak atau abang dorang yang berumur 5-6 tahun yang follow lawatan. Gitu lah yang aku faham. Last year Zafirah 4 tahun memang tak ikut pun lawatan. So tahun ni eksaited lah dia. Mama pun eksaited yeyy!


Ikut tentatif yang pihak tadika bagi, pukul 8.00am kena berkumpul depan tadika. Mujur lah jarak tadika sekentut je dari rumah. Zafirah pun senang sangat bangun pagi tu, eksaited katakan. Sempat la breakfast roti nutella kat rumah, bagi dia kenyang dulu kang tah pukul berapa dorang bagi breakfast tu kang. Sian lapar anak aku.


 Masa kitorang sampai, bas memang dah tersedia depan tadika and dorang dah mula beratur untuk naik bas.


Actually, parents pun boleh jugak nak join lawatan ni tau. Bayar je lah, RM90 per head. Tapi aku fikir, kalau aku join kang, Zafirah asyik nak berkepit dengan aku je, taknak lepak dengan kawan² dia, or mood dia jadi lain bila nampak muka aku. haha~  Maka, gagahkan hati untuk lepaskan anak dara sulung ni have fun dengan kawan² and bagi pengalaman baru kat dia.


Masa ni hati aku dah gelisah dah. kahkah~ 


Tak faham kenapa nak duduk sampai 3 orang kat situ πŸ€”  mujur la semua kekecik. Memang muat duk 3 orang. 


 Bas dah nak gerak, lagi sekali mama jadi sedih. lol~  Mana pernah berpisah oii dengan anak² aku. Pi kedai runcit depan rumah pun hangkut anak². TAK PERNAH tinggal dengan orang walaupun mak sendiri. Overly-attached mama kekdahnya. haha~


Lepas bas dah gerak, nak je aku follow belakang bas dengan kereta. Tapi si Azfar tu cakap nak balik tido! choii! padahal nak chatting dengan gelfren kan? nyampah!πŸ™„


Ada la few gambar Zafirah yang teacher amek masa lawatan. Thank you teacher!


Ada 3 lokasi yang dorang pi. Dah lewat petang baru balik. Rasanya pukul 6.30pm gitu kot baru dorang sampai tadika balik. Sebab petang tu hujan and jalan jem teacher cakap. Weekend kan, masuk KL pulak tu, memey lerr jem.


Tentatif lawatan. Pack gila. Aku tanya Zafirah ada tidur tak dalam bas? dia kata tak tidur, borak dengan kawan. ceh! Mujur balik petang tu dia tak merengek. Banyak betul tenaga awak ye πŸ˜


Zafran boring kaklong takde seharian. Mama pun boring jugak sebenarnya. Pelik lain macam bila seharian tak marah anak. bahahaha~


Zafirah memang enjoy gila pi lawatan ni. Macam mana aku tau? Sampai sekarang mulut dia duk bercerita pasal lawatan. Punya banyak tempat lain yang best aku bawak dia, lawatan jugak yang dia seronok nak ulang² cerita! Sampai aku dah hafal semua cerita² lawatan dia πŸ˜‘


Next year kalau lokasi lawatan lain dari tahun ni, memang nak bagi Zafirah join lagi. Nak harap mama yang bawak entah bila lah kan. Lagipun feel pi dengan kawan² tak sama dengan feel pi dengan family, ye dak? Aku dulu tak pernah join lawatan sekolah. Mak aku tak bagi. Gigih dia angkut kitorang pi semua tempat² lawatan yang dia tak bagi pi tu. haha~


Tapi untuk anak aku, aku bagi je dia join. Depends pada umur dan lokasi lawatan lah kan. Kat rumah, doa dan terus berdoa semoga Allah lindungi anak aku dari sebarang perkara yang tak elok. InsyaAllah.


k tu je nak cerita. tata!





Terima kasih sudi membaca!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015