Umur Zafirah sudah genap 8 bulan masa ni...
Selamat hari lahir yang ke 8 bulan sayang...
kami masih di London...
hari ke 4 di sana..
sambut birthday 8 bulan kat London...pehh!
syukur Alhamdulillah... (^^,)
Sepanjang hari kami bergembira...
seronokkkkk sangat jalan²...
tapi malam tu...
haihhh malam tu...
malam yang aku TAKKAN dapat lupakan!
Zafirah ditakdirkan jatuh katil T____________________________T
kejadian berlaku sangat pantas! *macam ayat 999 pulak!*
dak encem baru lepas melantak megi...
aku letak Zafirah atas katil...
SEBELAH AKU!
sambil aku main laptop...
tengok² FB...
Zafirah masih bermain² dengan plastik wipe tissue pureen...
macam dalam gambar tu...
aku letak dia jauh ke tengah katil...
entah macam mana...
tak pernah² selama ni dia macam tu...
tiba² dia mengengsot ke belakang...
aku tak perasan!
sumpah! aku terlalu khusyuk mengadap internet...
tak terfikir langsung dalam kepala otak aku Zafirah akan bergerak jauh!
tiba² dengar papa yang baru keluar dari bilik air menjerit sekuat hati
"YANAAAAAA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"
dan kemudian dengar bunyi jatuh,
dan papa berlari² cemas...
aku toleh...
dengar suara kecil comel Zafirah menangis sekuat hati...
mungkin sakit...
mungkin terkejut..
mungkin kedua²nya sekali..~
"YA ALLAH!! Zafirah jatuh??!!!!"
"macam mana dia boleh jatuh???"
"bukan ke dia kat sebelah aku tadiiii???"
"macam mana aku boleh tak perasan dia ke kebelakang???"
Penuh rasa bersalah dalam otak aku...yes aku bersalah!
sebab aku yang paling dekat dengan Zafirah masa kejadian...
"bad mom award!!" *nanges*
papa dah mula menangis tengok Zafirah nangis..
dia sorang je yang nampak macam mana Zafirah jatuh..
cuma dia cakap dia macam tergamam...
tak sempat nak lari sambut Zafirah jatuh...
nasib baik lantai hotel ada karpet,
dan bawahnya ialah kayu...
laminate mungkin...
jadi aku yakin anak aku tak rasa sakit masa jatuh...
cuma kami tersangat sedih tengok dia menangis...
rasa bersalah toksah cakap la...
dalam kepala duk terbayang je gaya dia jatuh...
ikut description papa...
dah dia sorang je nampak segala²nya...adeyy~
mama mintak maaf sayang...
mama tak sangka sangat Zafirah boleh mengengsot ke belakang...
sebab Zafirah tak pernah buat gitu selama duk rumah T___T
Tak lama pun Zafirah nangis...
mata papa merahhhh je...
ai tau u nangis...kekeke~
masa ni memang terserlah cahaya kebapaan dak encem...
betapa kasih dan sayangnya beliau dengan puteri beliau tu... :p
oke tak kelakar...
aku taknak la korang serius sangat baca...grrr~
Mak aku cakap, kalau baby jatuh,
kena tengok esok tu dia ada muntah ke idak...
and yes! Zafirah memang muntah pun keesokan harinya...
lagiiiiiii bertambah susah hati kami tahu?!! huwaaa!!
mana nak cari klinik kat London?? T____T
so kami pasrah...
lagipun keesokan harinya tu memang nak balik KL dah pun...
tak sempat dah nak keluar berjalan ke hape..
kena gerak dari hotel 3 jam setengah sebelum berlepas...
erm...kita check sendiri² je lahh...
dalam masa 48 jam kita observe je Zafirah...
tengok tidur dia,
makan dia,
keaktifan dia...
pandangan mata dia,
pendengaran dia...
Alhamdulillah, semuanya oke...
takde sebarang perangai pelik yang ditunjukkan Zafirah...
sampai sekarang pun gitu...
tapi aku ingat time bawak Zafirah check up 9 bulan nanti,
nak minta jugak doktor check...
doktor lebih tahu apa benda yang patut di check...ye dak??
"Ya Allah! Aku memohon perlindungan dari segala tingkah laku yang tidak baik, dari segala tindak perbuatan yang tidak baik, dari segala nafsu yang tidak baik, dari segala macam penyakit yang berbahaya..."
Amin~
p/s: Zafirah masih tidur atas katil kat rumah...tapi dengan pengawasan yang super duper ketat! bila dia di tempat tinggi, mesti BERTEMAN! itu pasti! wajib! =)

Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!