Showing posts with label Wedding. Show all posts
Showing posts with label Wedding. Show all posts

Jul 28, 2017

Raya #Day 7, Wedding Mohsin

Assalamualaikum...


Sambung cerita raya lagi. πŸ˜


Raya ke-7 ni dah hari Sabtu. Cousin aku buat wedding dia hari tu. Lokasi kat One City Mall. Ada dewan dalam tu. Actually ada banyak gila dewan dalam One City. Dia bukan dalam mall, tapi building sebelah mall tu. Boleh kata setiap tingkat ada dewan. Pandai developer buat duit πŸ˜


Cousin aku punya wedding kat Bizmilla Wedding Hall, level 3 tak silap. Kenduri ni buat serentak untuk dua belah pihak. Nikah pukul 9am, reception pukul 12pm gitu. Kitorang tak sempat tengok dia nikah sebab bangun lambat. huhu sori Mohsin! Tapi kitorang datang dewan awal laa. Dalam pukul 10am gitu dah sampai dewan. Pengantin tengah bergambar and salam² tetamu and sesi berkenalan sesama sedara kedua belah pihak gitu.


Kitorang the families ni sampai je dewan terus cari makanan. Lapar weii. Eh time akad nikah memang families je yang datang. So lepas makan, sesi bergambar, ootd segala bagai. Sementara menunggu tengah hari, takkan nak duduk melanguk je?


ootd pertama. Ulang tayang baju raya pertama je. Main reason beli baju raya kaler maroon sebab kenduri ni lahh. Mak pengantin dah pesan awal family kena pakai kaler maroon. Ada je baju maroon lain tapi design old school sangat. Bagi can sis nak melawaaaaa πŸ˜


Dia pun sibuk nak ootd jugak. Anak dara sangat heh! Rambut tu tak sempat nak sikat dah sibuk nak ootd. Layan je lah.


Mother & daughter ootd. Baju aku tu beli kat Gene Martino. Korang google je lah mana cawangan Gene Martino berhampiran korang. Banyak jual baju sedondon anak beranak kat situ. Cantik² semua. Yang penting harga mampu milik. Baju Zafirah pulak beli kat butik Penmerah. Baju Wawa Zainal.


ootd lagi. Kali ni pinjam handbag sepupu pulak. Awal² tadi beg makcik. LOL~


Sepupu sepapat dan anak² menakan πŸ˜˜


Pastu pi photobooth pulak. Lepas bergambar, lekat gambar yang diprint kat buku ucapan. Wakilkan aje sorang kazen tulis ucapan, yang lain tepek gambar je. lol~  Zaman aku kawen dulu takde servis² photo-booth gini. Mungkin kena kawen lagi sekali. ehhhh! πŸ™Š


Bebudak bantai main props photobooth


πŸ˜‘


Lepastu bergambar lagi. Eh kitorang memang habiskan masa dengan amek gambar je. Dah tak tau nak buat apa dalam dewan tu kan. Lain la kenduri kat rumah, mungkin la ada kerja nak ditolong². Kat dewan ni semua benda dah ready awal². Kitorang datang makan and memeriahkan majlis je. huhu~


oke last ootd πŸ˜


Dalam pukul 12pm+ gitu baru lah pengantin datang untuk sesi reception pulak.


Subhanallah, sama cantik, sama padan πŸ˜


Cantikkkkk sangat pelamin!


Family dari jauh nunnn dari Pekanbaru, Indonesia. Sedara belah mak semua ni.


Lepas makan lunch, aku gerak balik. Tapi mak, ayah, makcik² lain ramai je yang stay sana lagi. Ada yang stay sampai habis majlis kot. Dah aku tak tahu nak buat apa, dengan Zafran pun dah mula merengek nak tidur, balik je lah. Takde pi beraya tempat lain pun sebab orang lain semua kat kampung lagi hoii lamanya korang duk kampung! hahaha


k tu je cerita raya ke-7. tata!




Terima kasih sudi membaca! 

Aug 15, 2016

Bukan Cerita Raya :p

Assalamualaikum...


Syawal dah habis...tapi jadual hari minggu kitorang tetap packed...poyo sangat kan? tapi tu lah hakikatnya...HAHAHAHA


Alkisahnya, 6 Ogos 2016, Sabtu, kitorang attend kenduri kahwin pasangan blogger kiut², sweet² Dr. Shawn and dak Yaya natcumi....terima kasih sudi jemput kami sekeluarga meriahkan wedding korang...ai is terharuuuuu πŸ˜


Majlis dorang diadakan dalam Dewan Banquet Maktab Polis Di Raja Malaysia, Cheras...dalam pukul 12pm gitu baru keluar rumah....lunch hour kennnn  πŸ˜œ


 sementara tunggu papa parking...bukan selalu mama nak calit mekap kat muka...rawrr! πŸ˜


Sampai² dewan ofkos la terus nak makan...haha~  tak sangka pulak dorang dah assign sesiap meja khas untuk geng bloggers....meja yang makanan berhidang tu...yang biasa family mertua yang duk meja gitu...haa boleh bayang tak???


Ramaiiiiiiiii sangat tetamu yang datang hari tu...peak hour lagi la ramaiiiii...murah rezeki Shawn and Yaya....ramai peminat! ramai yang datang awal...tapi duk lepak lama² kat dewan...sebab nak tunggu pengantin sampai....semua orang eksaited nak tengok pengantin! yeyy!


by 1pm gitu pengantin sampai...kepakk kepakk keboom keboommmm


walaupun awak terpejam mata, awak tetap cung melecung dik yaya! πŸ˜


masa ni kitorang baru sampai kot...ke dah habis makan tah...tak ingat sangat kronologi...hahaha~  muka² familiar semua ni....geng KBBA9~


Alang² pengantin dah sampai and duduk atas pelamin, kitorang decide untuk bergambar cecepat sebelum dorang makan beradab! sebab memasing dah sampai awal, dah setel makan and ramai yang ada plan ke tempat lain pulak termasuk lah aku....lagipun crowd makin ramai....kena la bagi laluan untuk orang lain pulak duduk dan makan dan bergambar dan berborak....gituuu


Maka posing lah kami beramai² atas pelamin...siap alih²kan bunga hiasan ke tepi sebab tak muat! sabar je lah!😝


cuba cari ai kat mana?? tah macam mana boleh terpisah dengan laki...hahaha


Barakallahuma Shawn and Yaya...selamat melayari bahtera perkahwinan dengan penuh sabar dan barakah...semoga kekal bahagia till jannah! amin~


Selain geng KBBA9, ramai lah lagi bloggers lain yang turut hadir meriahkan majlis...memang meriah oke! rasanya bloggers sahaja dah penuh separuh dewan....ngeee~  tapi aku tak dan lah nak bergambar dengan semua orang...segan pulak nak tegur semua...hihi πŸ˜


 kakchik!! omgeeeee lama gila tak jumpa kakchik! last time kitorang jumpa Zafirah baby lagi kot...3 years ago tak silap! tu Aiman tuuuuu....whyyyy so tinggiiiiiiiii πŸ˜


 sikit lagi nak sama tinggi dengan ujang haaa...sampai aku tersasul suruh Zafirah panggil Aiman uncle! sentap budak tu...hahahaha~  adoii maafkan akak dik! awak membesar cepat sangat....otak tak sempat nak flashback....😝


 pastu jumpa Ida....tokey coklat fountain...kalau nak sewa coklat fountain untuk candy buffet boleh roger Ida *amacam marketing ai?* πŸ˜


 budak sibuk nak posing sorang²...sekali kena photobomb dengan Ida...haha😝


Dah puas melepak dengan bloggers, kitorang gerak pi Shah Alam pulak...one of my makcik ada buat kenduri doa selamat...tahun ni dia dapat panggilan pi Haji...Alhamdulillah....


 behave je dia duk carseat...sebab memang dah train dari lepas pantang...Zafirah dulu tak dan nak train....tak sampai 10 kali kot Zafirah guna carseat ni....pastu peram dalam bilik...berhabuk...mujur lah elok lagi....before bersalin dulu aku cabut semua alas carseat tu campak dalam washing machine...siap letak klorox...yang rangka dia tu ku siram je air kat luar rumah...gosok² sikit...bersih licin macam baru! wohoaa! tang seat belt tu je dah tak boleh guna *sigh*


Rumah makcik aku area TTDI Shah Alam...boleh tahan ramai gak jemputan....menu pun macam²....tapi tak dan melantak semua sebab dah kenyang makan kat kenduri shawn yaya tadi kan....aku makan nasi lemak je... *je??*😝


 rebut² plastik roti....babies berebut memang comel oke! sebab dorang tak faham apa yang direbutkan...hahahaha~


Makcik aku bertolak pi Haji hari Sabtu lepas...semoga selamat pergi dan selamat pulang maksu! doakan rezeki yana and family untuk jejak kaki ke tanah suci....semoga maksu and suami mendapat haji mabrur...amin~ πŸ˜˜


Next, kitorang pi rumah atok....dari minggu sebelum tu lagi nak pi rumah atok tapi ada je halangan....kali ni memang dah inform nenek awal² nak datang rumah....so dia tak pi memana...duk je rumah tunggu kitorang datang...hehe


Aku siap pesan awal² kat nenek takyah masak apa²...sebab kitorang dari kenduri kendara...perut dah kenyang...eh kena pesan macam tu awal²...nenek aku tu suka masak! kang dia masak beria tapi kitorang tak makan kesian lah kan...tak baik naya orang tua wehhh


 tapi bila kitorang sampai, dia suruh duduk and tunggu dia menggoreng....ohoii ada jugak makanan?? oh my nenek! dalam kata takyah buat apa², tu haa berhidang goreng pisang, ubi goreng and cempedak goreng...oh my my my! I love u to the moon and back nenek!! you are ze bezz! πŸ˜˜πŸ˜˜


Aku pulak pantang kalau orang hidang² makanan....tak sampai hati tak makan....hampir licin semua yang nenek goreng tu...dak encem malu² nak makan....asyik kata nak tidur, nak tidur...eh rugi! makan lah dulu baru tidur! especially cempedak goreng tu...rare oke! bukan senang nak dapat...kalau beli mahal lak tu seketol 50 sen! pfft!


Zafirah kalau pi rumah onyang dia memang tarbus ni je lah mainan dia...ye kot nama dia tarbus...lol~   pastu kitorang malas nak layan dia main, suruh onyang dia yang layan...kahkah! 😝


Masa kat rumah atok mata kitorang dah berattttt je...perut kenyang, mata pun nak lelap lah kan....dasar ular sawa betul! hahaha~  dalam pukul 6pm gitu kot baru balik....tak dan nak singgah memana dah....big bos dah pedih mata sesangat katanya...nak baring cepat! haa baiklah! assistant menurut perintah! jom la balik tido!


k tu je nak cerita...till next entry...cerita makan² lagi....rumah siapa?? tunggu!!! πŸ˜










IKLAN:



Rahsia suami makin sayang πŸ˜

kulit berseri BEBAS JERAWAT! πŸ˜

EPHYRA SKIN NANO ADVANCED REPAIR SERUM, RM68

Kelebihan Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum ~
πŸ’• Pudarkan jeragat degil
πŸ’• Kecutkan jerawat
πŸ’• Hilangkan parut
πŸ’• Anjalkan & tegangkan kulit wajah kendur
πŸ’• Hilangkan bintik hitam
πŸ’• Cerahkan kulit kusam
πŸ’• Baiki tona tak sekata

πŸ€” Hanya sekali sapuan pada wajah ~> nampak terus kesan kulit jadi tegang & fresh + GLOWING!! .
πŸ€” CEPAT MERESAP + TIDAK BERMINYAK dengan teknologi Nano yang dipatentkan dari Swiss
πŸ€” Gabungan Arbutin + Glutathione + Vitamin C + Pure Vitamin E + Willowbark yang sememangnya memberi kuasa maksimum pencerahan kulit secara selamat dan berkesan seawal 7-14 hari.



READY STOCK YE KORANG!

More, ada FREE GIFT menarik sementara stok masih ada! πŸ˜˜




Terima kasih sudi membaca!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015