Showing posts with label Mutiara Kata. Show all posts
Showing posts with label Mutiara Kata. Show all posts

Jul 12, 2013

Mengajar Anak Jemaah di Masjid

Assalamualaikum...

Ye aku tau orang perempuan tak wajib pun nak jemaah kat surau/masjid....tapi tak salah kan kalau nak pi??? bukan takat dapat pahala extra berlipat kali ganda, tapi suasana meriah di masjid tu yang kita nak! serius! takkan korang tak rasa beza solat sorang² kat rumah, dengan berjemaah di masjid?? even jemaah dalam rumah pun tak semeriah di masjid....ye dak?? :)


Sejak kecil memang aku diajar untuk solat jemaah di masjid....dulu, masa arwah uwo (nenek) aku masih hidup, masa kudrat beliau masih kuat, aku diasuh untuk solat jemaah di masjid setiap kali waktu subuh....SUBUH oke! bukan trawikh je baru nak pi masjid...huhu~   Alhamdulillah...al-Fatihah untuk arwah uwo..


Sekarang, aku ada anak dara....tergerak hati aku untuk mendidik Zafirah hayati suasana jemaah di masjid.... melentur buluh biar dari rebungnya.... kan??   :)




Setengah orang mesti kurang setuju bawa anak² kecil especially baby pi masjid....sebab takut dorang malasak, memekak, kacau jemaah lain etc etc....tapi bagi aku, "belum cuba, belum tahu..."   :)


Lagipun nenda (nenek sedara) Zafirah ada bagi hadiah telekung....sejak dapat hadiah telekung tu la aku dah tekad nak bawak Zafirah pi tarawikh, solat raya kat masjid....seronok okeh! comel kot Zafirah pakai telekung...dengan pipi tersembul macam kuih pau....eeiiii....geram!! :p


Tips untuk ko yang nak bawak anak² kecik solat jemaah kat masjid dan tak nak jemaah lain sentap dengan kehadiran anak² ko, JANGAN duduk saf depan....pandai² la kan...ko dah bawak anak kecik, cari lah saf belakang²...pastu duduk tepiiiiiiiiiiii sekali....tak pun cari mana² jemaah lain yang bawak anak² kecik jugak...duk dekat² dorang....senang nanti anak ko nak melasak, takkan ganggu jemaah lain! biar dorang main sesama dorang je....huhu~


Sebelum solat, pesan awal² kat anak, "shhhh....orang solat....Allahu Akbar!"  ajak dia ikut sekali solat.....awal² memang lerrr dia susah nak follow....macam kita dulu kecik²....bukan terus pandai solat kan?? mesti ada buat salah...main²....aku yakin, kalau Zafirah dah biasa ke masjid, dia akan ikut orang lain solat jemaah...InsyaAllah.... mom knows best gitu kan....  :)


Nak dijadikan cerita....semalam aku bawak Zafirah pi masjid....aku tak join pun orang solat jemaah...sebab Zafirah macam takut tengok orang bertelekung secara berjemaah...hahahaha~  aku kena berkepit je dengan dia...lepas orang lain habis solat isya' baru aku solat....nasib baik mak and adik aku ada sekali....time aku solat, dorang la melayan sang puteri bermain....huhu~


Eh! serupa macam solat kat rumah je kan?? haha~  tak kisah lah...point utama aku nak expose Zafirah dengan suasana jemaah di masjid....bulan puasa setahun sekali je beb...bulan Ramadhan je ko nak tengok masjid penuh dengan jemaah...ce tengok bulan² lain...waktu isya' ada penuh masjid??? giteww~




Part paling best, masa orang tengah duk tahyat akhir tu, aku tengok Zafirah mula tertonggeng²....pastu pandang muka aku sambil cakap, "beyakk...beyakkk!"


Dalam hati aku, "Allah budak ni biar betul....time² ni la dia nak memberak!"....pastu makin ligat dia menonggeng²...aku tengok muka dia....HOH!! memang sah memberak budak ni!!! muka meneran tu memang sangattttttt ketara!!! O__o'


Dah la aku lupa bawak pampers spare...kalau tak, boleh tukar kat masjid je...ayoyo....takkan nak biar je kan....lambat lagi kot habis tarawikh tu....sebab selang 4 rakaat ada tazkirah bagai....biasanya pukul 10pm gitu baru habis tarawikh kat tempat aku nih....dah la bau beyak dia busyukkkkk!!! *pitam!*


So aku ambil keputusan untuk balik je....adik aku offer nak tolong hantarkan...masalahnya kereta kitorang dah kena blocked! tak boleh nak keluar pun...takkan nak hon hon dalam masjid....oh tak sesuai...so aku pasrah je la balik jalan kaki....pfft!



sempat lagi kan snap gambar dalam perjalanan....camwhore tegar gitu....muahahaha~


Nasib baik jarak antara masjid dengan rumah aku dalam 10 minit gitu (jalan kaki)....bagi aku, ni pengalaman yang sangat berharga...yang penting matlamat aku dah tercapai....Zafirah diberi exposure dengan suasana masjid....aku pun dapat la merasa exercise di malam hari...kau hado?? bahaha~  :p


ye...tarawikh tu sunat je....tapi setahun sekali je ada tarawikh...sayang kan kalau tak kejar?? macam aku, nak harap tarawikh sorang² kat rumah memang takkkkk lahhh...malasssss manjang! takde feel kononnya....kalau kat masjid....masyaAllah, terasa sungguh kemeriahan Ramadhan...macam mengada sangat kan nak feel² bagai...hahaha~


Ikut lerrr....pendapat masing²....aku diasuh cara begini...aku harap orang hormat pendapat aku....dan aku akan hormat pendapat orang lain....selagi pendapat kita tidak bercanggah dengan syara'....insyaAllah~   (^^,)


Anak korang join pi tarawikh dak??  (^^,)



 Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Aug 1, 2012

Ilmu Buat Ibu² dan Ayah²


ilmu buat saya juga  =)









p/s::  hari ke 2 gastrik...adeyy  pedihnya perut ni...  =(





Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Apr 20, 2012

Petua Untuk Isteri Sentiasa Dara

percubaan pertama pakai shawl ala hana tajima...tolonglah puji comel...=P


1. Selepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah 1 kali, Ayatul Qursi 1 kali, dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.

2. Tiup dalam air dan minum.

3. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga.


Makna Surah Al-Waqiah ayat 35-38: (56.35)

"Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, 56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), (56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya, (56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan. Khabarkan kepada kaum ibu dan isteri-isteri semoga ada manafaatnya."

Sumber: emel



Wallahu'alam...^__^






Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Jan 19, 2012

Siapa yang Sombong Sebenarnya?? hurmm~



Seorang doktor meluru masuk ke ruang hospital dalam keadaan tergesa-gesa selepas mendapat panggilan kecemasan dari pihak hospital...dia menukar pakaian dan terus meluru ke blok pembedahan...dia mendapati ayah kepada budak yang berada dalam bilik pembedahan sedang berdiri menunggunya...apabila si ayah melihat doktor itu, dia terus berteriak..

"kenapa kamu ambil masa yang lama untuk datang..??! kamu tahu tak anak saya dalam bahaya sekarang nie..?? kamu tak ada rasa bertanggungjawab ke..??!"

doktor tersebut tersenyum dan berkata :

"sy minta maaf, saya berada di luar hospital & saya datang sepantas yang mungkin selepas mendapat panggilan kecemasan.. dan sekarang saya harap anda bertenang...jadi, saya dapat buat kerja saya.."


"bertenang kamu kata..?! kalau anak kamu berada dalam bilik 2 skrang nie, bolehkah kamu bertenang..?? kalau anak kamu mati sekarang nie apa yang kamu buat..??!!"  kata si ayah dgn marah..

si doktor tersenyum lagi & berkata :

"saya akan kata bahawa Allah telah berfirman dlm kitab-Nya yang suci, daripada Allah kita datang dan kepada-Nya kita kembali...doktor tak mampu untuk memanjangkan hayat seseorang...Insya-Allah kami akan cuba yang terbaik untuk anak kamu.."


"memberi nasihat bila kita tak mengalaminya memang senang..!"  kata si ayah..


Pembedahan tu ambil masa beberapa jam...

tak lama kemudian, si doktor keluar dgn gembira..

"alhamdulillah..anak anda selamat..!"

dia terus berjalan tanpa menghiraukan si ayah

"kalau kamu ada sebarang soalan, kamu boleh tanya jururawat..!"

"kenapa doktor tu sombong sangat..?! tak boleh ke dia tunggu beberapa minit supaya saya dapat tanya beberapa soalan tentang anak saya..?!"  komen si ayah kepada jururawat..

Jururawat itu berkata sambil air mata mengalir di pipinya :

"anaknya meninggal dunia semalam dalam kemalangan jalan raya...Dia berada dalam upacara pengebumiaan anaknya ketika kami menghubunginya untuk pembedahan anak encik...dan sekarang dia telahpun menyelamatkan nyawa anak encik...dia tergesa-gesa untuk menghabiskan upacara pengebumiaan anaknya.."




Moral : Never judge anyone because you never know how their life is
Sumber:: FB















p/s::  sakit pinggang makin kritikal...medey! medey! need MC for a month...boleyy?? T___T






Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Dec 30, 2011

Mutiara Kata (Part 16)



Paksa diri anda membuat kerja yang anda geruni 
dan perasaan takut itu pasti akan menjelma. 
Tempuhi dengan gagah dan perasaan tersebut pasti akan hilang. 
Mereka yang berjuang bersama-sama kita akan menguatkan semangat kita.
















p/s:: hari ni bersantai² di rumah...habiskan annual leave yaww!! \(^__^)/






Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Dec 16, 2011

Mutiara Kata (Part 15)




Undang-undang alam : 

Tiada peluang tanpa kepayahan; 
Tiada kejayaan tanpa kesakitan; 
Tiada kemahiran tanpa latihan.







Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Dec 2, 2011

Mutiara Kata (Part 14)




“Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari,Dia datangkan petir dan kilat,Kita tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari,Rupa-rupanya Allah memberi kita pelangi…”

Sumber:: filem Syurga Cinta =)








p/s:: kena attend seminar sepanjang hari ni kat One World Hotel...sebab one of my boss bagi speech...dia mintak bagi support...adeyy...stress tiba²! (-__-")





Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Nov 27, 2011

Awal Muharam 1433 Hijrah



Ibn Mas'ud berkata,

"Perkara yang paling sedih bila tibanya tahun baru adalah umurku bertambah tetapi amalanku tidak bertambah.."



Semoga tahun ini akan lebih baik dari tahun sebelumnya...insyaAllah...


SELAMAT MEMBUKA LEMBARAN BARU!! 










p/s::  esok cuti...selasa pun cuti jugak...hehe~  v(^^,)






Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Nov 18, 2011

Mutiara Kata (Part 13)



Kajayaan atau kegagalan kita bergantung kepada kerja kita. ..Untuk berada di kemuncak jadilah yang terbaik di bawah terlebih dahulu...






Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Nov 11, 2011

Mutiara Kata (Part 12)




Perbezaan seorang lelaki dewasa dan budak lelaki ialah lelaki dewasa menuju MATLAMAT, budak lelaki HANYUT tanpa haluan.



Pilihlah nak jadi yang mana...  ^__^








p/s::  demam lagi hari ni..sobsob~ =(





Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Nov 4, 2011

Mutiara Kata (Part 11)



Sentiasalah berbuat sesuatu di luar dugaan anda kerana:-

anda tidak akan tahu sama ada dapat melakukannya tanpa mencuba dahulu... pembangunan diri hanya datang apabila kita membuat sesuatu ataudi mana kita berusaha membuat sesuatu yang susah / baru...







p/s::  ai loike Friday!! yeyyy~  \(^___^)/





Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Oct 14, 2011

Mutiara Kata (Part 10)



Kita akan lebih berjaya jika kita berjaya melawani kemalasan dan kelemahan... Jika lebih suka kesenangan dan kemudahan, LUPAKAN saja kekayaan...







p/s::  Esok dak encem jual bunga kat pesta konvo UPM...aku pun ada jugak tolong²...booth kami kat belakang dewan besar ye...booth NO. 4....meh singgah mehhh!!  ^__^






Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Oct 7, 2011

Mutiara Kata (Part 9)




Mengkritik itu sendiri adalah satu kesalahan yang lebih besar dari apa yang dikritik. 

Kerana adalah amat mudah untuk mengkritik dari membetulkannya.







p/s::  senior saya macam dah tahu saya peknen...dia tak bagi saya pergi site hari ni...dia kata kalau budaya orang cina, pompuan peknen ni tak boleh dengar bunyi ketuk² gitu...hihi oke jugak tak pi site..idak la sakit kaki ai berjalan keliling bangunan...^__^






Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Sep 9, 2011

Mutiara Kata (Part 8)



Apabila kita sendiri diuji dengan apa yang sering kita dakwahkan,
itu petanda Allah sedang mendidik kita agar
MELAKSANAKAN apa yang kita perkatakan....

Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita,
dalam usaha kita mengingati manusia!!




Jadi jangan mudah putus asa dan moral down...
teruskan membuat entry² teguran dan ingat mengingati walaupun diserang haters ye kawan²!


yeyyy!  v(^___^)






Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Jul 29, 2011

Mutiara Kata (Part 7) | Titipan Untuk Wanita

"Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki."




Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ.


Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milikmu seorang.


Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati.


Aku juga tidak mau menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan.


Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?


Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku karena itulah yang dituntut oleh Allah.


Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?


Tidak kunafikan sebagai wanita, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu karena ia semata-mata untukmu.


Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.


Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa.


Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristigfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.


Kehadirannya membuatku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku.


Di mana saja aku berada, akal sadarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak.


Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana.


Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita yang lain, dilamar lelaki yang bakal memimpinku ke arah tujuan yang satu.


Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf Alaihisalam, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wassalam, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat.


Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah.


Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu karena kita masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu.


Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.


Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi.


Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu.


Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu.


Akan kukeringkan darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku. Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku.


Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu karena dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku karena-Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.


Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, diakrabi oleh lelaki yang bukan muhrimnya, cukuplah dengan itu hilang harga dirinya di hadapan Allah. Di hadapan Allah. Di hadapan Allah.


Wahai wanita, ku ingatkan diriku dan dirimu, peliharalah diri dan jagalah kesucian.. semoga redha Allah akan sentiasa mengiringi dan memberkati perjalanan hidup ini.







Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Jun 17, 2011

Mutiara Kata (Part 6)



Mengkritik itu sendiri adalah satu kesalahan 
yang lebih besar dari apa yang dikritik. 
Kerana adalah amat mudah untuk mengkritik 

dari membetulkannya.










p/s:: Sejak kahwin belum pernah lagi drive kereta sendiri...tiba² hari ni datang opis drive sendiri daaa...nasib skill masih mantap...haha~  (^^,)


Jun 10, 2011

Mutiara Kata (Part 5)


Pelajaran sarjana yang terpenting sekali iaitu BKS (Buat Kerja Sekarang) 
telah menjadikan seseorang yang biasa menjadi luar biasa lebih daripada sekeping kertas Ijazah. 

Sikap semulajadi MK (Menangguh Kerja) telah menyebabkan seseorang mendapat segala jenis penyakit seperti bodoh, kekurangan peluang dan kekurangan wang.



Jadi untuk berjaya, sila jangan tangguh² kerja!! pesanan untuk diri sendiri juga...^_^














p/s::  jum breakfast mihun + telur puyuh! nyum nyum~  (^^,)


Apr 22, 2011

Mutiara Kata (Part 4)



Janganlah menjadi begitu masin..
sehingga orang meludahmu..

dan janganlah pula berlaku terlampau manis, 
sehingga mereka menelan dirimu
begitu saja...



"Be a Rose which gives fragrance
even to those who crush it"




Apr 15, 2011

Mutiara Kata (Part 3)



Berkawanlah kamu dengan sesiapa sahaja...

Semoga sedikit kebaikan daripadamu terlekat pada mereka dan 

sedikit kebaikan daripada mereka terlekat padamu...
Quote dari status Facebook adik aku~










p/s::  breakfast nasi lemak...terpengaruh dengan kak Eza Ridzwan..nyum nyum~


Apr 1, 2011

Mutiara Kata (Part 2)




Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,

tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah....








p/s::  Gaji aku naik 10%...syukur Alhamdulillah...bos kata jangan resign...bulan 6 nanti dia naikkan gaji lagi...pfftttt~   ^_^


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015