Sep 28, 2021

SkyCab & Skybridge Langkawi | Travel Bubble Langkawi 2021

Assalamualaikum...


Thank you to those yang respon kat entry aku sebelum ni. Dah lama sebenarnya takde orang komen kat entry² baru aku. Maklum lah dah sendu. Hidup segan, mati tak mau camtu πŸ˜‚


So, aku decide untuk teruskan menulis pengalaman aku dengan travel bubble Langkawi. 
Ayuhh! πŸ˜


Kitorang pi Langkawi takde itinerary. Redah dan dedah. hahahaha~   Sampai je epot Langkawi, terus decide nak pi cable car. Mula² laki aku ajak lunch dulu. Tapi memasing dah kenyang makan atas flight. Lagipun sejak PKP waktu makan kitorang tak tentu. Bila lapar baru makan. Takde spesifik time untuk makan.


Masa ni pukul 11.30am tak silap. Matahari terpacak elok atas kepala. Panas berdenting! Tapi tetap gigih nak naik cable car jugak! bahaha.  Trust me, it was WORTH IT!! Tak percaya?? korang baca je entry aku sampai habis kayy πŸ˜


Laki aku beli tiket kat Shopee je. Lagi murah dari walk in. Korang search je nama shop tu ok. Sekarang ni harga tiket semua PAKEJ dengan 3D museum pastu apa tah lagi. Dah takde tiket single naik cable car sahaja. Maybe attractions lain tu sendu sangat so dorang paksa beli pakej. lulz~


Dah sampai kaunter baru laki aku beli tiket kat Shopee. Sebab dia nak compare harga. Kena tunggu dalam 10 minit macam tu untuk seller bagi voucher. Bukan lama pun wehh. Jimat banyakkk untuk 5 kepala. Lengang je masa kitorang sampai. Ada la 2-3 family lain jugak. Tapi sunyi and tak busy pun.


Takyah beratur! Siap boleh pilih nak naik car warna apa (perangai anak aku) πŸ˜‚


Masa mula² naik rasa bahang betul duk dalam tu. Takde ekon kan. Tapi bila dah naik tinggi, sejuk je beranginnn. View cantikkk! Sebab tu elok datang tengah hari. hahaha~


Cafe kat belah atas. Best lepak sini berangin. Ada je family lain but tak sesak. Tenang je.


Ni kat area panorama view. Kosong!! Nak posing pun tenang. Laki aku siap buat video tiktok kat atas ni. More reason kena datang sini time tengah hari buta, gambar cantikkkk!! Air laut tu nampak berkilat, cantikkk sangat! Dengan awan kepok² Subhanallahhh πŸ˜


Then, kitorang turun pergi skybridge pulak. Aku lupa snap gambar harga tiket. Ni ihsan dari follower aku. haha~  Thank you sisturr!


Takde orang pun Q masa kitorang sampai. Setiap kali orang naik, staff akan spray bahagian dalam car untuk disinfectant.


Tinggi ye. Dalam 3-5 minit macam tu nak sampai bawah. Aku tak menyesal bayar untuk skyglide. Sebab kalau turun tangga mau 30 minit baru sampai. Dengan anak lagi. Bayangkan je dah boleh buat aku anxiety. adehh~


Tenang sangat nak bergambar. Kat sini pun ada je family lain, tapi tak ganggu pun untuk bergambar. Semua ada port masing²...gitu


Kaca tu selamat dipijak. Jangan risau. haha~

 
MasyaAllah, view yang takkan dapat kat KL. πŸ˜¬


Cable car ni tutup pukul 7pm tak silap. Attractions lain tutup pukul 5pm ke 6pm macam tu. Then, kat sini hujan petang² . Kalau hujan, skybridge tu dorang tutup tau. Even hujan dah berhenti sekalipun, dorang takkan terus bukak. Kena tunggu air kering baru dorang open semula. Reason dia nanti licin, bahaya. Udah rugi je masa and duit korang spend untuk naik atas, tapi tak boleh round habis². So, yeah tak menyesal datang sini tengah hari buta. Pakai lah sunblock tebal². hihi~


Ok tu je for today. Next entry cerita pasal 3D museum. InsyaAllah πŸ˜Š






Terima kasih sudi membaca!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015