Feb 21, 2019

Celebrate Birthday di Me'nate Steak House, Bangi

Assalamualaikum...


14 Februari hari tu birthday Zafirah. 7 tahun ok! halahh halahh kejapnya anak sulung tu dah 7 tahun. Luka czer ni ngilu² lagi tau. huhu~


Dia request nak buat birthday party. Tapi birthday party boleh buat weekend je lah. Siapa pulak nak datang rumah kita malam²? hahaha~   14hb tu jatuh hari Khamis, papa ajak jugak celebrate. Alahh anak beranak je. Zafirah request nak pergi restoren yang boleh pasang lagu happy birthday. So kawan aku suggest pergi Menate. Siap dapat kek FOC, just tunjuk ic kita je as proof memang birthday kita hari tu. WOW!


Malam kejadian, kitorang kepenatan. Sejak anak masuk darjah 1 ni lain machiam dia punya penat. Balik kerja rasa nak landing je atas tilam. Simptom penuaan ke apeni? Allahu~  Lepas tu adik aku kot balik lambat. Plan lepas balik kerja nak terus pergi. Aku siap balik kerja awal sikit sebab nak setelkan semua before Maghrib. Tapi dah dia lambat, hurm lepas Maghrib je lah baru keluar.


Mak aku siap suggest potong kek kat rumah je. Tapau mekdi ke kepci then nyanyi kat rumah. Zafirah pun tengah tak sihat time tu. Demam. Tapi dia nak jugak pergi makan kat kedai 😒


Fine! Birthday girl kann. Takleh marah. 🙄   Lepas Maghrib pergi jugak lah Menate. Dekat sangat dengan rumah. Tak sampai 5 minit pun naik kereta. lol~  Sebelum pukul 8pm dah terpacak depan kedai. Dapat parking betul² depan kedai. Yelahh awal lagi kan. Seat pun banyak kosong lagi.


 Tengok muka pun sembab je. Yelahh demam kan. Gigih la adik aku beli belon helium untuk anak buah kesayangan haa. Ouh adik aku balik kejap untuk celebrate birthday Zafirah. Alaa Adik yang duk London tuuuu. Yee tak habis² lagi belajar nya. Now tengah buat PhD, tengah tunggu viva bulan Mac nanti. Doakan dia berjaya bawak balik that 'title'. Aminn~


 Boleh pilih nak kek apa. First come first serve. Cepat betul habis kek kat sini. So kalau plan nak celebrate birthday tu, bila sampai je kedai cepat² reserve kek. Nanti panggil je waiter bila dah ready untuk dorang hantar kek and pasang lagu happy birthday. Happy lettew orang nyanyi ramai² lagu birthday dia 😏


Bawah ni menu² yang kitorang order. Tadi kata penat kan? Tapi time makan terus hilang penat. lol~ 😝


Beef Aglio Olio

Wagyu burger

Mac & cheese. Sedap sangat oke. Mak and adik aku share berdua. Share konon. Padahal adik aku order burger jugak. hahaha  *dasar*

Rib eye steak. Feveret tok laki. Aku kureng sikit rib steak. Aku lagi prefer steak biasa tu.

Zafirah tak makan apa pun. Dia takde selera sangat. jamah kek je separuh. Lepastu dia masuk kereta tidur. Huk alohh. Nasib lah park bebetul depan kedai. Kitorang pun duduk kat area corridor je, dekat sangat dengan kereta, senang nak pantau dia. haihh~   Zafran and Zafri share spagheti and mac & cheese. Kuat makan oi anak jantan dua orang tu. pfft!


Aku rasa Menate kat Bangi ni hari² full house. Tak kira la musim gaji ke, tengah bulan ke. Orang Malaysia ramai buat bisnes dah kot sekarang. Tengah bulan pun takde hal lah makan luar. gituhh~


Kalau datang lambat (lepas pukul 8pm), siap la kau kena beratur nak tunggu seat.


Tapi kazen² aku cakap restoren Jahhet Fine Meat lagi better steak dia. Ada satu cawangan kat Seksyen 15, Bangi. Belakang Bangi Gateway sana. Lain kali boleh try makan situ pulak.


Next entry aku cerita Zafirah punya birthday party pulak. Ye wakk memang kitorang buat jugak birthday partayy kayy. haha~  Stay tune!





Terima kasih sudi membaca!

2 comments:

Yaya Azura said...

happy birthday Zafirah!

Siti Yang Menaip said...

plan nak request kat mak nak makan birthday dinner kat sini nanti..
amek steak yang murah2 je jadila. nak kena tunggu balik Bangi nanti pegi =D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015