Jul 27, 2017

Apa yang Menarik di Poring Hotspring, Kundasang?

Assalamualaikum...


Rehat jap cerita raya. Sambung cerita Kundasang lagi k. Mohon jangan pening. Ada banyak sangat benda nak cerita tapi asyik bertangguh. Sudahnya tunggang langgang entry aku. haha ๐Ÿ˜


Lepas check-out daripada Hotel Heritage, kitorang terus gerak pi Poring Hotspring. Jauh jugak perjalanan dari pekan Kundasang tu. Dalam sejam jugak. pfft! Dah alang² sampai, pi je lahhh. Tu sebab korang kena stay Kundasang 2 MALAM! so korang boleh singgah semua tempat menarik yang ada and tak perlu rushing. Santai² je. Tambah yang bawak anak kecik lagi la kena releks. So stay 2 malam di Kundasang untuk better vacation kayy ✌


On the way tu kitorang singgah makan roti canai kat pekan Ranau. Memang haluan yang sama nak ke Poring Hotspring. Entah kenapa rindu nak makan roti canai. lol~  Masa ni dah tengah hari. Tapi perut tak lapar sangat. Aku macam biasa la takde selera. Sepanjang duk Sabah memang selera makan mati. Makan sekadar alas perut je.


Lepas makan baru pi Poring.


Nak masuk dalam kena bayar tau. RM3 (adult) and RM1 (kids below 18yo). hak alaa mujur anak ada dua je. huhu~


eksaitednyaaaaa nak tengok camne laaa rupa Poring Hotspring niiiii.. Tengok thru internet je tak puas wehhh. Datang tengok dengan mata kepala sendiri jugak ohsemmm ๐Ÿ˜


Ada pulak jambatan gantung situ. Tapi macam dah lama tak guna. Ada la kes apa² tu kot. hihi~


Surau ada disediakan dalam ni. Tapi tak sure telekung ada disediakan ke idak. Aku tak solat dalam ni sebab boleh jamak kannn.


Dari pintu masuk nak sampai ke ruang kolam air panas perjalanan dalam 10 minit gitu. Kitorang jalan lenggang kangkung je sesambil bergambar, sambil tengok² hutan kiri kanan. Bukan senang nak jumpa pemandangan macam ni tetengah key el nun.


Dah sampai kolam air panas. yeyy! anak² aku lah paling bahagiaaa. Bebudak dan air memang berpisah tiada. Eh air panas kat sini NATURAL punya tau. Bukan macam water heater kat rumah tu.


Kitorang lepak kat bahagian berbumbung ni haa. Sebab cuaca agak panas. Ada je kolam lain yang lebih besar, tapi tak berbumbung pastu memasing malas nak mandi sekali dengan anak², so lepak bawah bumbung ni je lah. Ada masa hujan agak lebat. Tapi tak lama and tak kena tempias pun kat kitorang yang duk bawah ni.


Toilet pulak ada kat belah bawah nun. Aku tukar baju mandi anak² aku kat toilet. Eh Zafran tu tukar baju tepi kolam je sebab baby kan. Takpe bogel depan orang. bahaha~   Tak jauh pun toilet dari kolam berbumbung ni. Bersih weiii toilet dia! Kagum aku. Sumpah kagum sebab bersih and wangi. Sikit pun tak bau hancing tau. ffuhh!๐Ÿ‘


Kolam berbumbung ni kecik je. Nak mandi baru isi air. Tu cetek je airnya. Nak bagi penuh lama jugak nak tunggu. Tapi bagus lah tak penuh, senang nak pantau anak² aku mandi.


Aku basah² kan kaki je lahh. Tak kose nak berendam bagai. Datang Kundasang semata mandi kolam ehh tak menarik oke. Tapi dah anak² aku suka sangat main air hah mandi lah puas².


Ada la sejam kot aku bagi dorang berendam. Itu pun tak puas lagi!! arghh~  tapi tak susah la nak ajak naik. Sebab Zafran pun dah start merengek nak susu. Tangan Zafirah tu pun dah start kecut so aku just cakap, "haa tangan dah kecut, eeiii dah la tu...kesian tangan kaklong" Dia macam geli kot tengok tangan dia dah kecut tu dia terus naik tukar baju. kahkah~


Lepas tukar baju, Zafran pun dah recharge tenaga (baca: menyusu), kitorang sambung jalan kawasan Hotspring. Ada yang cakap dalam ni boleh naik jambatan kanopi, lagi best dari Jambatan Tamparuli tu. So teringin jugak lah nak merasa naik jambatan kanopi tu kan.


Sebelum tu lalu Taman Kupu-kupu. Nak masuk sini pun kena bayar. hak alaa ingatkan yang awal² tadi tu dah cover seluruh tempat. Rupanya tu tiket pi hotspring je. Yang lelain ada charge lain pulak. cis. Idak ler aku masuk. Kupu-kupu nak tengok camne? bukan anak² aku faham pun. haha~


Sekali bila sampai canopy walkway tu, tak jadi nak naik. kahh! Main reason, harga tiket yang agak mencekik. Second reason, Zafirah tu penakut! tak baloi bawak dia pi situ kang bazir je bayar. haihh~  Maka terkubur lah impian daku nak merasa naik canopy walkway.


Then aku nampak ada signage pi waterfall. Tapi kena hiking dalam 15-30 minit kot. Aku oke je hiking sambil dukung anak. Ai taf ๐Ÿ’ช oke walaupun cekeding. Bukan suruh berlari pun, jalan je lah slow² nikmati alam ciptaan Ilahi. Bukan selalu dapat masuk hutan. Tambah otak aku tengah serabut + stress, memang sangat² perlukan ketenangan macam ni. Laki aku tak sanggup pulak. Penat katanya. Tu lah ternak lemak banyak sangat siapa suruh! Kerja melepak mamak tetengah malam, melepak sana melepak sini ingat boleh fit ke? choii~  buang masa datang jauh² tapi tak explore semua benda. Emo gila aku huh!


Dah takde benda nak tengok, balik la pekan Kundasang balik.


Dia pun sibuk nak pegang kamera ๐Ÿ˜‘


on the way pi pekan Kundasang tu ingat nak singgah strawberry farm and Sabah tea sebab ramai kata semua tu sehaluan je. err idak la sehaluan sangat. Kitorang tengok waze dari simpang nak keluar dari hotspring tu ada la dalam sejam jugak nak sampai ladang teh. Tak rajin ahh. Teh kat Semenanjung pun ada jual. Strawberry pun sama, tak rajin nak singgah. lol~


Maka kitorang terus pi Kundasang, check-in hotel pulak. Untuk malam kedua kitorang stay hotel lain. Next entry aku review hotel tu ye. InsyaAllah.


Stay tune. tata!






Terima kasih sudi membaca!

5 comments:

Nurzakiah Hanum said...

wow bestnyaaaaaaaaa

Norliza Nordin said...

syioknye.. teringin sangat nak ke sini

shazillahsani.com said...

menarik pula tengok tempat-tempatnya... hihihi

Vitalynd Pengedar Shaklee Puncak Alam said...

kundasang harus masuk wishlist.

nini said...

Berendam tu memang tak akan pernah puas...kalau boleh nak tido dalam air...haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015