Alhamdulillah dah seminggu pun kita berpuasa....amacam?? oke tak?? ada yang dah lopong?? kehkeh orang perempuan kalau 'lopong' puasa boleh faham lagi....yang laki?? ehehh selagi sihat takmo 'lopong²' sesuka hati naa....syaitan kan dah kena ikat....
oke alkisahnya hari Isnin hari tu mak aku nak beli eskrim kat McDonalds...dia kata McD ada jual ice cream laici...Luscious Lychee namo eh....berbelit lidah nak sebut! haha~ time tu dah tengah malam....dah lepas tarawikh pun....tetibe mak cakap dia dahaga, teringin eskrim....tu yang terjah McD drive-thru tu....sekali dah takde kaoo eskrim tu....limited time kot...kempunan nak eskrim laici....mujur mak tak sebut batu belah batu bertangkup....haa seram oke! hahaha
So aku macam tergerak nak buat sendiri ice cream laici tu....saja kasi lepas ngidam...ecehh~ google je kaoo sesepah resipi....ni aku share untuk tatapan readers aku....bahan² pun semua mudah nak dapat kat pasaraya biasa macam Tesco, Giant, Speedmart etc...cara buat pun senang ya ampun! first time aku buat homemade eskrim...ingatkan susah nau....sekali ehh kacang putih jeeee....tak sampai 30 minit dah siap..! tak perlu nak masak² atas dapur bagai....sumpah senang!
Jom cekidaut!
Watak² Utama:
1) 1 cup air Laici jenama Yeo's
2) 1 tsp esen vanilla
3) 1 cup / 200ml whipping cream (disejukkan)
4) 1/2 tin susu pekat manis
1) blueberries
2) strawberry
2) strawberry
Cara-cara membuatnya:
Potong 6 biji strawberry kekecik macam ni, pastu ketepikan....aku saja nak tambah strawberry jugak dalam adunan ice cream...sebab aku rasa gabungan laici dan strawberry memang sangat umpph! meletop² rasa dia dalam mulut....nyummm~ tapi terpulang lah kan...taknak letak pun takpe...optional
Masukkan whipping cream yang sejuk ke dalam mangkuk bersaiz sederhana
kacau menggunakan hand mixer....kalau takde mixer boleh guna blender oke....iyeee boleh je nak kacau guna blender...tak payah bazir beli mixer baru....hehe
kacau sampai dia jadi gebu macam ni....haa tangan tu gatal nak calit krim pastu masuk mulut...
then masukkan 1/2 tin susu pekat manis ke dalam whipped cream tadi
dan mix lagi sehingga hubungan susu dan whipped cream tu terjalin erat....
Next, masukkan 1 tsp vanilla essence
masukkan juga 1 cup air LAICI YEO's...dan mix kan lagi sekali sehingga mereka bergabung bersatu hati
Last sekali masukkan watak tambahan yang dah lama tunggu nak masuk dalam plot cerita ice cream ni....hahaha~ strawberry yang dah dipotong kekecik tadi....masukkan semua pastu kacau bagi sekata...
Masukkan semua adunan tadi ke dalam bekas kosong...sejukkan di dalam freezer selama 6 jam....overnight lagi bagus...
HASILNYA!
mohon jangan terliur
teruskan scroll
tak sabarnyaaaaa nak makan!!
benci kan scroll lama²??
taraaaa!!!
haa dah warning tadi kan?? hahaha
meh closed up sikit
sangat creamyyyy dan tastyyyy....dah boleh say goodbye to ice cream mekdi! kahhh! iols pun boleh buat laaa eskrim setanding mekdi...wohoaa! *tiup kuku*
oke bawah ni versi video...penat aku edit oii....mohon klik play oke! haha
oke bawah ni versi video...penat aku edit oii....mohon klik play oke! haha
Kenapa Yeo’s menjadi pilihan aku?
Sebabnya jenama Yeo's ni amat dipercayai sejak dulu lagi....produk Yeo’s telah mendapat pensijilan HALAL daripada JAKIM...tidak pernah ragu-ragu dengan dengan produk Yeo’s dan paling penting lagi produk Yeo’s tanpa bahan pengawet.... terbaik laa…!!
Selain Laici, ada juga pelbagai pilihan rasa lain yang SEMUANYA sedap-sedap....ada perasa Asli, Yougurt, Mangga, Oren, Apple Hijau dan Anggur. Korang boleh pilih mengikut citarasa pilihan hati korang....suami aku suka beli perisa Laici ni....minum sejuk² nyamannn tekak!
Dah pi la buat untuk berbuka petang karang! jangan cakap ahkak tak payung!
Ramadan adalah bulan yang dipenuhi dengan amalan-amalan mulia
seperti bertindak baik juga beramal dari segi memberi kepada yang
memerlukan. Sebagai peneraju minuman dan makanan, Yeo Hiap Seng
(Malaysia) Berhad (“Yeo’s”), berhasrat meneruskan kegiatan yang
membangkitkan amalan mulia melalui Kempen Yeo’s Ceria Ria Beramal
Bersama Bintang & Menang Duit Raya Musim Kedua.
Kempen ini menampilkan Kaka Azraff, Shukri Yahaya, AG, Heliza Helmi, Feeya Iskandar & Faizdickie dalam mengumpul nilai derma menerusi pembelian produk Yeo’s. Sumbangan ini akan ditukarkan kepada tunai dan disalurkan ke ENAM buah rumah anak yatim terpilih terletak di kawasan KL & Selangor.
Bukan tu saja korang!! Sesiapa yang menyumbang berpeluang menang duit raya dengan jumlah mencecah RM 58,000! woowwweee!! *mata bling²*
Aku rasa kalau dak encem tau pasal ni mesti dia nak join...sebab ada Heliza Helmi!! haha aku pun minat jugak dia....suka follow update kat IG dia...
Maklumat lanjut menerusi, www.yeos.com.my atau hubungi 1300-80- 2828
Kempen ini menampilkan Kaka Azraff, Shukri Yahaya, AG, Heliza Helmi, Feeya Iskandar & Faizdickie dalam mengumpul nilai derma menerusi pembelian produk Yeo’s. Sumbangan ini akan ditukarkan kepada tunai dan disalurkan ke ENAM buah rumah anak yatim terpilih terletak di kawasan KL & Selangor.
Bukan tu saja korang!! Sesiapa yang menyumbang berpeluang menang duit raya dengan jumlah mencecah RM 58,000! woowwweee!! *mata bling²*
Aku rasa kalau dak encem tau pasal ni mesti dia nak join...sebab ada Heliza Helmi!! haha aku pun minat jugak dia....suka follow update kat IG dia...
Maklumat lanjut menerusi, www.yeos.com.my atau hubungi 1300-80- 2828
Terima kasih sudi membaca!
13 comments:
Sedapnyer... bak sikit.. !!
Gulp..... Mencabar iman ni kYana...
Alololo sedap pulak tengok..blh cuba jugak ni..mesti anak anak suka..
Oiii.. Sedapnya...
Hamboihhh nampak sedap!
Sejuk tekak baca entry ni yana...
Okey foine! Apesal sdap sgt ghopenyerr
Demmmm, sedap pulak nampak!!!
Fuhh resepi kita sama...aiskrim gak...tp aiskirm yana aummmmmmmmmmmmmmmmm bercream gitu sedapnya!
oiii puasa la ! hahaha..sedap nyerrrrrrrrrr..nak buat !!
Nasib baik aku baca entri ni pagi2.. takde lah ketar lutut sangat. hahaha
OhMy.. dak Yana suka nau bagi resepi yang simple dan mudah untuk dibuat dan memang ada antaranya yang akak dah ulang beberapa kali buat. TQ to you lah Yana.. i lap u lah..
Ni ice cream homemade pulak, memang akan kubuat nanti. cumanya kena tunggu ruang penstoran tu kosong sikit sebab takde ruang nak tambah barang dah buat masa ni.. ekekeke..
pergh..kecur liur..nak kena buat ni..
Post a Comment