Rezeki bulan puasa, merasa lah berbuka kat hotel...ngee~ walaupun hotel ni dekat gila dengan rumah aku, dalam 10 minit perjalanan je, tapi ni first time lah aku jejak kaki and merasa makanan kat sini....Alhamdulillah~
Walaupun jarak dari rumah sangat dekat, kitorang decide untuk keluar rumah awal, dalam 6.30pm gitu....sebab takut nanti kena parking jauhhhhh....kat sini tak sediakan perkhidmatan shutter/buggy kat parking lot...nasib la kan datang lambat kena park jauh...menapak lah kau jejauh tu....haha kalau bawak anak kecik or yang peknen better suruh spouse korang drop korang kat pintu masuk....kang tak pasal mengah berjalan...siannn
saja round² kawasan hotel...tengok swimming pool... Zafirah tu boleh pulak tanya, "mana beg? mana pelampung??"
ohoii kita datang makan je nak oiii...bukan nak tidur sini pun...rumah kita dekat sangat sangattttt....hahaha
buffet Ramadhan dorang buat kat Cafe Lavista...dari main entrance tu korang kena turun bawah pastu belok kiri....eh yeke?? tak ingat....tanya lah staff situ...memang ada usher bertugas untuk tunjuk jalan...so tak perlu risau sesat
Satu benda aku suka kat sini ialah TIDAK PADAT! susunan kerusi meja kat cafe ni sangat teratur dan selesa....takde la sampai tahap bila berselisih dengan orang kena laga² punggung...no no...anak aku bebas berlari² lagi dalam ni....nak pilih makanan pun selesa sebab tak crowded, tak perlu nak beratur² bagai...well done management Cafe!
oke jom cekidaut menu² yang ada...
masuk je pintu cafe terus nampak eskrim....adoi Zafirah dan dan tu jugak mintak nak makan eskrim...grr tunggu lah berbuka dulu, makan benda lain dulu nak oii!
pelbagai dessertssssss! tak sempat nak melantak semua...perut full pulak...haishh
feveret Zafirah and papa...banyak gila dorang belasah satay malam tu...aku makan selidi je kot...pfft!
Banyak gila kan makanan?? aku bagi 5/10 untuk food...sebab aku makan sikit je hari tu....hahaha tah kenapa cepat pulak rasa kenyang....dengan dak Zafran tu takmo duk diam...tak dan nak mentakedarah pun....ngee jadilah kan....syukur dapat jugak makan sedap² walaupun tak banyak...
Air pun ada macam² kat sini...air panas, air sejuk and air masak...nice!
2 orang budak tak puasa!! sebelum berbuka dorang dah belasah macam²!
ouh jangan risau pasal lokasi untuk solat Maghrib...surau disediakan berdekatan GYM....surau besar dan sangat selesa! cuma takde telekung disediakan untuk jemaah wanita...jadi sila bawak telekung sendiri kayy!
Happy family....happy tummy! tenkiu Bangi-Putrajaya Hotel invite kami berbuka...
untuk reservation boleh contact nombor atas ni kayy...
Selamat berpuasa!
IKLAN:
Jom cantik sebelum raya!!
Rahsia suami makin sayang
kulit cerah BEBAS JERAWAT!
EPHYRA SKIN NANO ADVANCED REPAIR SERUM, RM68
Kelebihan Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum ~
Pudarkan jeragat degil
Kecutkan jerawat
Hilangkan parut
Anjalkan & tegangkan kulit wajah kendur
Hilangkan bintik hitam
Cerahkan kulit kusam
Baiki tona tak sekata
Hanya sekali sapuan pada wajah ~> nampak terus kesan kulit jadi tegang & fresh + GLOWING!! .
CEPAT MERESAP + TIDAK BERMINYAK dengan teknologi Nano yang dipatentkan dari Swiss
Gabungan Arbutin + Glutathione + Vitamin C + Pure Vitamin E + Willowbark yang sememangnya memberi kuasa maksimum pencerahan kulit secara selamat dan berkesan seawal 7-14 hari.
READY STOCK YE KORANG!
More, ada FREE GIFT menarik sementara stok masih ada!
Terima kasih sudi membaca!
2 comments:
untung la dpt mkn free ..hehehe
bestla..huhu kita iftar company buat kat sebelah office je..
Post a Comment