Aug 23, 2010

Sejak Bila Lim Guan Eng Masuk Islam???

Aku ni jarang-jarang sangat nak tengok berita...apa lagi nak baca paper...kalau hardcopy pun malas nak beli apa lagi softcopy (internet lah tu).

Tapi semalam, TERrajin pulak aku bukak TV3 tengok Buletin Utama, TERdengar pulak berita pasal khutbah Jumaat menggunakan nama Lim Guan Eng bagi menggantikan nama Yang Dipertuan Agong...apakah??  Pagi ni pula aku cuba baca Utusan Malaysia Online untuk memantapkan lagi pemahamanku mengenai isu sensitip ni...maklong la dengar berita sambil makan...mana nak concentrate!!  -___-'



kejadian terbaru pula berlaku di Masjid Kubang Buaya, Butterworth pada 20 Ogos lalu yang membacakan doa seperti berikut: “Ya Allah Ya Tuhanku, Kau Selamatkanlah Pemimpin Kami Yang Amat Berhormat Lim Guan Eng dan rakan kepimpinan kerajaan negeri Pulau Pinang.”


Artikel penuh, klik DI SINI



:: gambar sekadar hiasan--ihsan Googel-- ::




Aku tak tahu la nak bagi reaksi macam mana dengan situasi ni...memang agak terkejut...nak marah?? erm...marah siapa??

Banyak persoalan dalam minda aku sekarang...contoh,

khatib yang membaca khutbah tu tak check dulu ke isi kandungan khutbah??
aku tau la bukan khatib yang tulis khutbah tu...tapi isi kandungan mesti standardize ikut negeri atau kawasan kan??
Takkan orang yang berbangsa lain menulis khutbah?? kalau bangsa lain, agamanya Islam logik jugak la...kalau Buddha ke??

korang tak musykil ke?? banyak lagi soklan-soklan yang aku tak tahu nak tanya siapa pasal isu ni...sebab aku bukan orang lelaki, maka aku tak pergi la masjid buat solat Jumaat...aku juga tak berkesempatan berborak dengan Imam atau khatib mengenai prosedur membaca khutbah...huhu~ @_@

Menurut sumber juga, siasatan masih dijalankan....tak tahu la apa keputusannya nanti...diharap semuanya berjalan dengan lancar....Subhanallah~







P/S:: Dah banyak tanda² dunia akhir zaman...dah cukup ke iman di hati??renung²kan lah......


26 comments:

Fazleyatul Aini said...

macam2 hal skrg
bulan2 puasa lak tuh

Mr feckry said...

imam bodoh mane yang buat keje ni?

nabilah_2908 said...

susah gak nk cakap pasal ni..

ada yg cakap...tk salah kalau kita mendoakan org lain..iaitu org yg bukan islam...

tak berani nk ulas bab agama..hukum2 ni semua..sbb ilmu belum penuh di dada...kena tnya pada yg lebih arif utk dptkn penjelasan yg lebih lnjut.. ;)

jom ke APA KATA HATI pulak
APA CERITA HARI INI

yanamib said...

:Lya Colours:
tau xpe..sabar je la -__-'

yanamib said...

:Mr feckry :
ontah la..haiii~ -__-'

yanamib said...

:nabilah_2908:
mmg xslh..tp apa motif mskkan dlm khutbah kan..lg pun doa tu sepatutnya utk agung..tiba² tkr nama org len....so agak pelik di situ..

kita tggu je la keputusan polis nanti =)

Anonymous said...

eh..
btui ke mcm tu?

silap ke o pale nga ingat cine tu?

Amni said...

saya jugak tak berani nak ulas... kalau ulamak cakap ndak da masalh, tak de masalah la kot.. lalaala...

Unknown said...

tu la kenyataan
kat pulau pinang ni.
sampai ke dalam masjid kita orang melayu di kawal..
penindasan betul la..

Kap said...

orang melayu, sila jangan percaya apa apa tanpa anda mendapat first hand info, lebih lebih lagi hal kaum, dan agama.
ahli politik tak kira kerajaan sekarang atau pembangkang sama saja ke-taik-kannya.
lastly, kita rakyat bawah gaduh, dia orang tepuk tangan.
fikir fikirkan.
peace.
ok.
tammat.

Anonymous said...

jwpnnye satu

POLITIK

mrnoble said...

aku sokong Kap. nasib baik hang ada :D

Along Tapa said...

masa zaman pemerintahan nabi pun, baginda ada doakan kaum yahudi kat situ.... :p

manggosteen said...

hurm..tak tau la..
semua benda nak diperbesar2kan..
tapi sedar atau tidak 2,2 parti sama aje..
rujuk ni>
http://loveperak.blogspot.com/2010/08/harussani-soalan-untuk-anda_23.html

zuar said...

ada perancangan sulit pihak2 tertentu..

BENA said...

mmg pon..memacam kejadian xsangak berlaku
semalam ribut sampai bazar ramadan kat kuantan n rumah2 kat kuantan kene ribut
hmmmm~

takut lak rase

Fitrah Adnan said...

sy x ckop umur g..hehehehe...tp kalau ikot pndpt..spptnyr org melayu tahu tntg sensitivity kaum melayu yg mmg beragama islam...lainlah kaum lain..hurm...2 je pndpt sy..sekian mekaseh..hehehe

syirakhalid said...

tak paham betul zaman sekarang nie....

yanamib said...

thanks 4 ur comments guys..mungkin ada btol jugak sume ni ada unsur politik...biar yang lebih arif je komen pasal ni ^_^

yanamib said...

:manggosteen:
wow yg tu sy xtau la plak kn..huuu..xbrani nk komen..hukum² ni xbley nk ckp klu x sure =)

Fida Husain said...

salam . ha tu lah . tah bila2 entah . haish >.<

syahira ariff said...

drpd doa kat org kafir,baik doa kat saudara seislam,
mainan politik nie semua.

yanamib said...

:Fida Faizal :
dunia dunia -__-

yanamib said...

:syahira ariff :
tau xpe..kan..hehh~

Dato seri Cipan said...

lim guan eng tak bersalah.

tapi pak jinggut pak jinggut yg fanatik yang bersalah...

yanamib said...

:Dato seri Cipan:
dia mmg xberslh sbb dia dah mati maa..huhu~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015