Jun 4, 2017

Sabah Trip 2017

Assalamualaikum...


Aku pi Sabah awal bulan 5 hari tu. Dah lama plan nak bawak anak² aku pi holiday ke Sabah. Lagipun Zafran tak pernah lagi merasa naik aeroplane. Kaklong dia dulu umur 8 bulan dah naik aeroplane. Kesian Zafran. hahaha~  Bukan diskriminasi tau! Ate anak bertambah, komitmen pun bertambah oii. Bajet yang ada mampu pi holiday dalam Semenanjung je...ngee~


Makanya setelah pulun merancang kewangan segala, berjaya jugak lah beli tiket flight to KK pada 10 Mei yang lepas. Naik Air Asia sebab ingatkan dah cukup murah. Beli bulan Januari. Sekali bulan Mac tak silap ada Matta Fair, flight MAS murah gila! nangis tepi bucu katil tengok harga MAS. 


Tapi sebab dah beli nak buat macam mana kan? proceed je lah. Mama kerja keras siang malam nak cukupkan peruntukan. kahkah~  yelahh aku bercuti bawak anak² takkan nak suruh backpacking lak kan. Biasa kalau bercuti dengan anak² memang aku akan pastikan dorang selesa yang tahap taknak balik rumah. Seronok bercuti aje. hihi~


Pada hari kejadian, sampai je airport terus cari eyeliner baru. Sebab malam sebelum tu baru perasan eye liner dah kering. Gigih sangat! haha~


Flight pukul 10.20am. Saja tak beli pepagi buta sebab risau susah bangun. huhu~  Family mertua tolong hantarkan pi airport. Sampai airport pukul 8am gitu. Memang saja sampai awal malas nak rushing memandangkan kena hangkut askar 2 orang ni. Nak santai² je. In case teringat ada barang tertinggal senang nak mencari dalam KLIA2. Tu yang sempat je lagi beli eye liner bagai.


Line untuk check-in luggage panjang, tapi laju bergerak. Tak sampai setengah jam beratur. Sempat breakfast mekdi bagai. Alhamdulillah


 Hero kecik tu memang suka nyibuk. Kalau boleh dia nak selongkar barang² atas rak tu πŸ˜‘


ouh aku tersalah beli eye liner. Aku nak yang thin line, tapi terbeli yang jenis tebal nak arwah. Aku nak calit kat mana?? grrr~  memang spoil tau shopping sambil diperhatikan pasangan kau kat belakang pastu duk bising² "cepat lahh, cepat lahh". Eh awal lagi kot nak cepat pi mana??! πŸ˜‘   Jangan tanya kenapa tak tukar, aku dah sampai Sabah baru bukak plastik eye liner, baru perasan. Redho je lah mak!


Setel beli eye liner terus ke boarding gate. Tak ramai pun beratur kat kastam, smooth sangat perjalanan walaupun hari tu hari cuti. Cuti Wesak tak silap, hari Rabu, tapi takde la penuh serabut airport. hehe~


Tunggu kat boarding area dalam 10 minit gitu je.


Asalnya trip ni nak sambut anniversary yang ke-6 kononnya. Tapi ada insiden sebelum tu yang buatkan aku HILANG MOOD untuk bercuti! bukan takat spoil sikit², tapi hilang lesap terus mood nak holiday! Ikut hati nak kensel je trip ni. Tapi terkenang anak² dah eksaited nak naik aeroplane, ku gagah kan jugak tahan emosi. Gila hebat aku berlakon happy. kahkah~


 ecece eksaited sangat dua beradik ni nak naik aeroplane. Amazing jugak tengok Zafran tak takut dengar bunyi enjin aeroplane. Zafirah dulu masuk jalan ni mintak dukung. Takut dia dengar bunyi enjin kapal terbang tu. huhu~ 


Syukur dapat seat sebelah² 4 beranak. Selfie dulu sebelum take-off. Nampak tak anak teruna tak reti duk diam? πŸ˜‘


Tapi sebelum take-off dia dah selamat mentido. Memang waktu tidur dia pun time tu. Kaklong tu je taknak tidur, sibuk nak tengok macam mana aeroplane terbang.


Sekali............


Nangis pulakkkk dia! Bukan sebab telinga tersumbat, tapi sebab gayat tengok aeroplane tu naik tinggi. Aku suruh dia tengok je tingkap masa take-off. Terus gayat. Genetik siapa tah πŸ™„


Tepat 2 jam 30 minit, sampai lah kami di bumi Sabah. Cantik gilaaaaaaaaaaa laut Sabah πŸ˜ tapi trip kali ni tak plan pun nak terjah pulau, mandi laut. Next trip kot eh? πŸ˜


 Lepas amek luggage semua terus pi amek kereta sewa. Dalam kawasan airport KK jugak. Kitorang booking kereta sewa masa pi MITA Fair kat Mines bulan 1 hari tu. Dapat dalam RM70 tak silap per day untuk kereta Axia, auto. Deposit RM200 (refundable). Kitorang sewa untuk 4 hari.


Sebab tak jumpa signage Kinabalu International Airport, maka posing bawah signage gini je pun jadilahh πŸ˜


Setel urusan sewa kereta, kitorang terus ke destinasi pilihan ramai tahun ni. Eh korang boleh agak dah kot aku pi mana? hihi~


Till next entry, InsyaAllah.


Tata~




Terima kasih sudi membaca!

May 26, 2017

Jejak MyTown Shopping Mall Kali Pertama

Assalamualaikum...


My Town mall ni dah lebih 2 bulan kot open to public...terletak betul² sebelah IKEA Cheras...connected building...so parking mana² pun tetap boleh pergi dua² mall ni....best kan?


Bulan lepas saja la aku bawak anak² jenjalan My Town...kebetulan dak encem pi Perth untuk promosikan satu syarikat travel agen ni...aku malas nak cerita pasal tu sebab tak dapat ikut...pi baca sendiri blog dia....hehh~


Gigih amek cuti hari Jumaat sebab biasa during weekdays mall agak lengang...first time keluar bertiga pi mall yang agak jauh...nervous jugak...


Mula² je nervous...bila dah mula panas eh syok jugak keluar bertiga ni...kehkeh~


Aku keluar rumah dalam pukul 12pm gitu....bagi can Zafran nap sekejap kat rumah....kang dia ngantuk, letih, dia tantrum memang letih nak layan...so bagi dorang rehat cukup², bagi dorang eksaited nak keluar haaa baru syokk!


Best mall My Town ni...luas, lengang....haha~  pastu banyak gila 3D wall, port untuk berehat, bergambar...kedai² yang ada dalam ni pun majoriti yang mampu milik...macam Vincci, Padini, Kaison...kedai makan tak banyak lagi yang dah bukak masa ni....aku tengah lapar time ni, memang aim nak makan nasi...


Last² pi foodcourt...banyak gila pilihan....aku order nasi goreng pattaya...share makan dengan Zafran...kaklong order set nugget and fries...3 ketul je dia makan...hehh letih aku bebel suruh makan...menunggu dia makan pun satu hal lagi...memang bebetul ikut sunnah nabi kunyah 40 kali. Baru telan. Tak pun dia berangan, dia kemam makanan tu dalam mulut, mama bising baru sambung kunyah balik...kau rasa?? πŸ˜‘


Untuk food yang aku order ni bagi aku oke la rasa dia. Cukup rasa, cukup garam semua. Harga pun oke laaaa. Standard harga food court dalam shopping mall.


Food court kat sini kids friendly sebab ada mini playground...tenang aku nak melantak, nak update social media sesambil tengok dorang main....kalau tak kang letih aku nak kontrol dorang melasak....dua beradik ni jenis takleh duduk diam...mesti nak berlari walaupun tengah makan....dah pesan banyak kali time makan kena duduk, tapi tak makan saman gak...ku biarkan aje dorang melasak...janji makan, minum jangan skip...


view dari meja makan....convenience kan?


Lepas makan sambung round mall...saja tengok² kedai apa lagi best dalam ni....kot next visit ajak dak encem datang boleh paw dia shopping...😝


see...banyak kan wall art cantik²...suka sangat!! aku siap ajar Zafirah cara amek gambar yang cantik, angle macam mana...pheww  bukan senang kayy *walaupun mamanya takde la terer sangat amek gambar* πŸ˜


Hari tu jugak merupakan hari dimana Zafran belajar naik eskalator sendiri...yeyy! big boy dah diaaaa! *kisahnya aku malas nak dukung sebab tak larat...lagipun dia dah reti jalan...hihi*


Dah puas round My Town, terjah IKEA pulak...kawan aku ada kirim barang. Tapi sebelum masuk IKEA aku sempat singgah Padini and Vincci. Ada 4 days SALE sempena hari buruh gitu. Kat Padini tak sempat grab apa² sebab Zafran pi selongkar baju kat setiap almari πŸ˜‘  Masuk Vinci lelaju cari kasut yang kenan, bayar laju² sebab Zafran duk punggah kasut atas rak susun atas lantai...adehh~  Bukan senang ye nak handle anak melasak. Tapi shopping tetap shopping...kahkah~


Kawan aku kirim rak Lennart ni...nak letak buku² and stationery anak² dia....


Aku tak beli apa pun kat IKEA...cuci mata je πŸ˜


Wishlist πŸ‘†  park sini dulu senang nak refer kemudian hari....bahahaha~


Ramai jugak orang shopping kat IKEA hari Jumaat. Borong banyak² pulak tu. Tak pasti kut dorang tu personal shopper ke kan.


Macam biasa lepas dah penat shopping, beli eskrim. Sedap oke eskrim IKEA. Dah la murah 80 sen je!


Sekarang nak beli apa² kena beli sorang satu, especially bab makanan. Kang berebut aku yang huru hara...haha!


mama perhati je dua beradik ni makan eskrim. Tengok dorang makan pun dah rasa kenyang hihi~  Jangan tanya comot ke tak. Dah tentu la comot. Cuma tak berapa nampak sebab pakai baju gelap. And aku amek stok tisu banyak gila senang nak lap lap. Lepas makan, pi toilet cuci mulut, tangan. Pastu balik!


Elok je kereta keluar dari parking dua² pengsan! hahaha~  elok jugak dorang tidur. Jalan agak jem sebab aku balik sama waktu dengan orang balik kerja.


k tu je nak cerita. Korang dah pernah pi My Town Mall??




Terima kasih sudi membaca!

May 16, 2017

Jom Shopping Dengan Shopee!

Assalamualaikum...


Korang pernah dengar pasal Shoppee?? alaa dia macam Lazada jugak....website untuk SHOPPING! yanamib dan shopping memang berpisah tiada...laki urut dada tengok apps shopping berlambak dalam fon πŸ˜


Yaa aku prefer browse guna apps...boleh hadap 24 jam...sambil nyusu anak pun boleh cuci mata...kehkeh~  ce korang install...hehe~


Asalnya aku install apps Shopee ni sebab nak meniaga...so aku register as 'Seller'...if korang takde benda nak dijual, register je as 'Buyer'....jangan lupa shopping dengan aku tau tau! klik je gambar atas ni πŸ˜


Bestnya apps Shopee ni sebab kita boleh chat directly dengan seller...senang nak update if barang tu ada stok lagi ke, tanya details barang ke (walaupun dah tulis kat description), nak tanya seller bila dia boleh pos barang kita etc...


More, Shopee akan sentiasa update kita if ada apa² promosi, atau update bila customer dah buat pembayaran dan kita kena mula ship/post out item yang dijual tu atau bila ada customer yang cancel order, atau customer yang dah place order tapi tak bayar lagi, pun kita boleh detect tau! eh aku dah experience semua ni, tu aku tau...hahaha~  korang kena alert je dengan notification Shopee insyaAllah tak kena tipu....memang sangat² boleh dipercayai tau apps Shopee ni....untuk Seller dan juga Buyer...haa nanti aku cerita benefit kat Buyer pulak....teruskan membaca kayy~


Contoh customer dah bayar dan aku perlu post item ni....lepas post, klik ship dan update tracking number...


Oke untuk di pihak Buyer atau pembeli, selepas kita buat bayaran dan pihak penjual pun bagitau dah ship out item kita, Shopee akan hantar satu notification mengatakan barang kita akan sampai pada sekian sekian tarikh....SO, bila tiba tarikh yang dijangka, dan korang masih BELUM terima barang korang, korang boleh EXTEND dateline...kalau tak dapat lagi, EXTEND lagi dateline sampai lahhhh korang betul² dah dapat barang yang korang beli...


Faham tak setakat ni?? πŸ™„


oke sambung lagi....


If korang dah received barang, korang kena inform pada Shopee...kalau korang diam je, lambat laa Shopee nak release duit pada si penjual (Seller) tadi....sebab apa?? sebab duit yang korang bayar tu, Shopee hold dulu....bila item betul² dah sampai pada pembeli baru Shopee akan release duit tu....


Sebab tu aku kata Shopee ni selamat gila untuk membeli dan menjual....if pembeli tak dapat item sehingga sekian lama korang boleh mintak refund je dengan Shopee....dan pihak Shopee takkan release duit korang tu kepada Seller....of course lah ada T&C dia....part barang tak sampai tu aku tak pernah alami lagi....hihi~


Sebagai Seller, aku harap sangat lepas customer dah received order, tolong lah inform pada Shopee, klik je kat icon 'Order Received' dan 'Released Payment'....cepat sikit aku dapat duit aku...nak rolling modal oii! πŸ˜œ


Yang belum install apps Shopee kat fon tu baik install cepat...nyesal kang tengok orang update shopping murah nak arwah...


Jangan cakap ahkak tak payung!


Website: https://shopee.com.my/
Facebook: ShopeeMY
Instagram: @Shopee_MY





Terima kasih sudi membaca!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015