Assalamualaikum....
Ni desert buka puasa aku last weekend....tetibe semua orang cakap aku rajin...muahahaha~ sekali sekala....bukan hari² pun aku rajin nak memasak segala....ngee~ :p
Resipi asal aku amek kat FB...siapa tah duk forward² resipi ni...aku print screen, save dalam henpon....biasa la amatur macam ai ni asal memasak je kena follow sebijik² resipi....hewhew~ :p
Jom cekidaut bahan² yang diperlukan:
- 10 grm serbuk agar² (tak kisah jenama apa)
- 1 tin susu cair (400ml)
- Satu bungkus oreo
- Biskut oreo tadi korang patah²kan dua...nak patah kan 4 pun bolehhhh... :)
- 150g gula (motip letak penimbang bagai??hohoho)
- 3/4 cawan milo - oh measurement cup ni boleh didapati di mana² bakery shop :)
Seterusnya, kita cekidaut cara² membuatnya:
- Masak serbuk agar² dan air sehingga larut.
2. Kemudian, masukkan gula dan masak hingga larut.
Aku guna api sederhana je....gigih aku upload gambar api bagai kan...pfftt! :p
3. Lepas tu, masukkan susu cair dan kacau sebati hingga mendidih.
4. Bila dah sebati ikatan semua bahan² tadi, pisahkan mereka menjadi 2 bahagian....macam dalam gambar atas ni....
5. Satu bahagian ni kita campurkan dengan milo dan kacau hingga sebati....korang kena pastikan takde ketul² milo tau!
6. Tapi aku punya bancuhan ni durhaka ya ampunnnn!!! stress aku dibuatnya! puas dah besarkan api, kecikkan api, kacau², idak jugak sebati dorang ni...lempang tau la....hehh~ (-_-")
Campuran milo ni juga korang kena pisahkan jadi 2 bahagian.....satu bahagian untuk lapisan bawah, satu lagi untuk lapisan atas sekali....aa paham?? tak paham tanya!
7. Bahagian pertama tadi boleh dituangkan ke dalam acuan....aku terpaksa guna penapis sebab bancuhan aku kan tak sebati...ada ketul² milo tu....grrrr~
8. Tunggu sampai mengeras sikit, then tuangkan pula adunan putih tadi....yang takde campuran milo tadi tuuuu.....
9. Then taburkan oreo mengikut kreativiti memasing! sepatutnya oreo tu tenggelam dalam adunan putih tu...tapi sebab aku lambat, adunan tu dah mengeras baru aku letak oreo...pun bolehhhhh lahhh! :)
10. Then, tunggu lagi sehingga bancuhan mengeras sedikit (berapa banyak kali tunggu daaa...ngeh³), lepas tu tuangkan balik baki adunan yang ada milo tadi....
11. Sejukkan sekejap dengan suhu bilik, kemudian masukkan dalam peti sejuk....
Benda² yang kena masuk dalam fridge ni aku suka buat malam²....so keesokan harinya boleh terus ngapppp! aku memang elakkan memasak di waktu siang sebab tak tahan godaan....kahkahkah~ :p
12. Dan inilah hasilnya! makan sejuk²....omg! tempting bukan??? ngeee~ :p
Kebetulan last weekend makcik aku ajak buka puasa rumah dia....so aku bawak je dessert aku ni pi sana....Alhamdulillah! semua orang cakap sedappppp!! bila dak encem pun puji lagiiiiii lah ai vangga! mmuahh muuahhh sume orang! kekeke~
Selamat mencuba! (^^,)
**********************************************************************************************
IKLAN:
CANTIK > SIHAT > KURUS = EPHYRA!
jom order laju²! harga kasih sayang untuk korang! ♥ ♥ ♥

Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!