Oct 8, 2012

Mama Bukan Dera Zafirah laaaa~ -.-

Zafirah batuk berkahak sekarang ni...
dah 3 hari jugak tak silap...
semalam try bagi madu...
tak sampai satu sudu teh dia dah muntah...
memang tu pun motif aku bagi madu...
nak bagi dia muntah...bagi dia keluarkan kahak² dia..
baby mana reti meludah sendiri ye dak..?
so kita kena bagi dia muntah la..
tapi pagi tadi kahak dia still ada lagi...
tercungap² dengar dia bernafas...
tidur pun tak lena...batuk²...
kesian sangat  T__T


Sebelum pi keje bawak la Zafirah pi Az-Zahrah...
doktor suruh amek nebulizer...
nak bagi lapangkan sikit peparu dia...



Ceria main², gelak² sementara tunggu nombor giliran...
oh air kotak Dutch Lady tu mama dia yang minum..
kotak dah kosong baru bagi Zafirah main..kekeke  :p



sementara tunggu nurse prepare dos nebulizer untuk Zafirah...masih bermain dengan kotak Dutch Lady...tu je pun mainan dia nak bagi dia diam...hohoho   :p 




mask tu sedikit besar...
so gas² tu terkeluar²...
Zafirah dah rimas sebenarnya...
dah mula tarik² nebulizer tu keluar...
tapi gas belum habis lagi...
so kitorang pegang tangan dia...
aku pegang kepala dia...
taknak bagi dia bergerak..
meraung² Zafirah dalam tu...
sepanjang 15 minit menunggu gas tu habis,
15 minit tu jugak la dia meraung², meronta²...
dah macam kena dera gayanya..haihhh~  =.=




Time ni dia dah tak bermaya nak meronta²...
dia menjerit je...sambil teran suara dia..
tengok la mata tu merah...teresak² dia menangis...
haiyaaa...nasib bukan nurse yang buat...
kalau nurse buat mau kena sepak terajang nurse tu...kekekeke~  :p


Setiap saat kitorang laki bini usap kepala dia...
explain kat dia, "ni ubat sayang...sabar la sikit...nak bagi Zafirah sihat...bukan nak dera..."
duk ulang² ayat tu je lah bagi dia paham...
tapi dia tetappppp meraunggggg!!!
bila dah habis gas ubat semua keluar...
aku terus dukung Zafirah...pujuk dia...
terus dia diam! grrrrr~
drama queen sungguh laaaaa   (-__-")
dia bukan sakit ke hape pakai nebulizer tu...
dia takut je...sebab bunyi gas dari tong besar tu macam agak mengerikan...haihh~
bikin mama riso je tau!


Lepas amek nebulizer kena jumpa doc balik..
doc nak review...
check dada dia dah kurang menggelegak...
doc suruh follow up dengan ubat batuk dan selsema...
ubat batuk tu yang jenis mengantuk pulak tu...ishh
aku sebenarnya tak yakin la nak bagi ubat²an kat Zafirah..
jarang betul Zafirah makan ubat...
kalau makan pun aku tak ikut dos..
bagi sikit je...kekeke~
biras aku cakap anak dia kalau batuk memang bagi madu je...
bagi dia muntahkan kahak² tu...
ramai jugak cakap ubat batuk ni tak elok...
ubat tu cuma mengeringkan kahak gitu...
seeloknya kahak tu dikeluarkan...bukan diperam dalam peparu...kannn??


Aku ingat nak bawak je stok ubat batuk pi London...
tapi nak letak dalam luggage or hand luggage??
ada limit kan kalau nak bawak liquid naik atas flight (dalam hand luggage)??







p/s:: sehari je lagi weiiii!! pffttt~  ^___^


 Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Oct 6, 2012

Anak Dara Suka Berjalan


Ikut perangai mama agaknya kaki berjalan...huhuhu~
asal keluar rumah je melonjak keseronokan...
kalau lah Zafirah dah boleh melompat,
mau dia buat lompat bintang lapanplohlapankali setiap kali keluar rumah (-__-")
kadang² kitorang tak bawak stroller...
so letak je dia dalam trolley since dia pun dah tegap duduk...
tapi trolley tu kena sentiasa berjalan lahhhh...
kalau berhenti memang dia bosan...mintak dukunggggg! grrrr~
naik stroller pun macam tu...
kena sentiasa bergerakkkkk je...haihh sepuk nak??  :p




ni dia tengah merengek sebenarnya..
suruh tolak trolley tu...
nasib lah muka tu memang manis macam mama...
tengah merengek pun nampak macam senyum..kehkehkeh  :p


dah tu je aku nak cerita...
tata~!  v(^^,)








p/s::  packing² barang...rancang perjalanan...ffuhh bukan senang nak melancong ghopenye  =.=


 Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Oct 5, 2012

Makanan Baby Dalam Flight

Untuk ke London nanti kitorang naik KLM (Dutch Airlines)...
kena request muslim food...
tapi untuk orang dewasa je...
untuk Zafirah, agent kitorang dah request baby meal...
tapi dalam baby meal takde option muslim or non muslim food...
maybe dorang assume baby meal ni standard (buah²an, sayuran gitu)
agent kitorang dah emel airlines tu dan ini yang dorang reply...



aiseyyy...
aku try google semua food tu


1. Nutrilon Premium Baby Powder


~ sejenis formula milk (FM)...
aku tak perlukan yang ni since Zafirah is fully breastfeeding...
passed!



2.  Olvarit Hot Meals


~ instant food / jar food...
erm tak pasti kat Malaysia ada jual ke idak...
rasanya takde... -.-'


3.  Olvarit Mixed Fruitmeal


~ benda yang sama macam atas tadi...instant / jar food...hermm~



4. Cookie

- aku tak berani bagi makanan pejal kat Zafirah...takut dia tercekik...walaupun dia dah ada gigi tapi dia tak reti mengunyah lagi...
- lagipun tak pasti apa ingredients cookie tu...
- (-____-")



Serius aku was-was sangat pasal food in jar tu...
jenama Heinz yang dijual kat Malaysia pun ada perikaian ke-halal-an dia...
apa lagi product² yang tak dijual di Malaysia??
erm memang la babies food yang dorang bagi ni sekadar buah² dan sayur²...
tapi konsep halal ni kan luas...
macam mana pula cara penyediaannya??
sebab ada orang bagi info jenama Heinz pun ada keluaran puree pork okeh! <sumber>


Bila dah was-was, hukumnya adalah haram bukan??
nasib lah flight tengah malam...
transit kat Amsterdam kul 7am...
sampai London kul 7.40am gitu (kurang lebih)...
hermm pagi² buta tu mana Zafirah nak makan pun!
bagi susu je lahhh...
bak kata kak Red...

"baby below 1 year, dia makan bukan untuk kenyang tapi untuk rasa texture and belajar to eat. Their makan minum yang UTAMA still our susu badan. tapi percayalah nanti lam flight dia tak nak makan sangat, takut merengek je lagi ada...."


ko jangan tak tau, kitorang laki bini memang berguru je dengan kak Red..
abeh dia je kawan terdekat yang recently pi oversea angkut baby...
memang kitorang selongkar balik entry² dia pasal London (yang ni takde baby),
and pi Germany (time ni angkut redbaby)...
ada jugak kitorang chat thru fb or twitter..
laki aku selalu la bertweet dengan dia..
aku pm kat FB je...sebab aku tak aktif twitter...huhu~


Alhamdulillah rezeki susu masih dimurahkan buat Zafirah...
until now Zafirah masih menyusu badan..
masih belum campur formula milk!! ^___^
aku ada juga beli instant food for Zafirah untuk perjalanan di London nanti..
yang tu kita story lain entry yeh...
korang kan memang hari² kena ngadap blog aku...
kalau tak baca aku babap kanggggg!!! kehkehkeh~  :p

kbai~!






p/s::  Semoga urusan kami dipermudahkan ya Allah~


 Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015