Start cukur rambut masa majlis aqiqah, 31 Mac lepas...sekarang kira dah almost 3 bulan Zafirah dibotakkan...tapi rambut tu macam malu maluuuuuuuuuuu lah nak tumbuh...haha asal balik rumah mertua, pak mertua aku mesti tanya, "mana rambut ni?? tak sabar nak tengok rambut dia..."
Ekceli semua orang pun duk tertunggu² rambut Zafirah ni muncul...saja nak tengok muka dia bila ada rambut...mesti lebih ayu gitu...anak dara lah katakan...ngehehe~ =P
sekarang ni orang duk tanya je, "ni baby boy ke girl??"
haiyaa letih mak nk jawab nokk! hahaha so aku kena sentiasa pakaikan Zafirah dengan baju warna pinky minky..siap topi / headband riben², ropol² bagai...gigih mamanya nak tunjuk kat orang yang anak dia ni gegurl! =)
Ramai dah orang pesan macam² petua nak bagi rambut anak tumbuh cepat dan lebat..antaranya::
1) sapu minyak kelapa dara << baunya adalah sangat busuk...tak sanggupppp!!
2) sapu olive oil / baby oil << kadang² bila teringat baru sapu..ngeee~
3) sapu minyak masak olive oil << errr minyak tu mahal kot...agak membazir di situ =P
4) sapu jerslin oil << pun malas nak buat...neneknya yang rajin menyapu minyak ni kat kepala Zafirah =P
5) sapu susu nenen << nenek mertua aku cakap...katanya sebelum mandi sapu le susu tu kat kepala anak...toksah biar lama² kang tak pepasal bersemut kepala anak kau...hahaha~ tapi aku tak pernah buat lagi...rasa membazir je susu aku nak di buang² atas kepala Zafirah (-__-")
Kesimpulannya, aku memang tak sapu apa² minyak pun atas kepala Zafirah...so mengadap je lah kepala botak bulat comel tu dan bersabarlah sehingga rambutnya tumbuh sehelai demi sehelai...kekekeke~
Sekian terima kasih! (^^,)
p/s:: meeting sepanjang hari...T________T
p/s: siapa ada facebook jom tolong like gambar ni >> http://on.fb.me/LfxC6P << akhir bulan ni tamat weiii!! grrr~
Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!