Apr 3, 2012

Doorgift Pun Buat Sendiri...wink wink

Semalam cerita marhaban....hari ni cerita door gift pulak eh...esok adalah rahsia *ecewah~*  =P




Doorgift untuk para tetamu...200 jemputan semuanya...kotak tu kazen aku beli...tapi isi dalam tu dia buat sendiri...homemade cookies...tak tidur malam kazen aku menyiapkan doorgift ni...time majlis kitorang suruh dia tidur je...kesian dia...aku lupa nak snap isi dalam doorgift ni...yang aku tahu ada cookies and pelbagai gula-gula and coklat...aku sendiri tak sempat nak merasa cookies kazen aku tuh...adeyy kak Yani, tolong buat lagi plissss  (-__-")




Sticker kat kotak tu pun kazen aku buatkan...kazen lain lah pulak...hoho..seronok ramai kazen yang sudi membantu...aku tak buat apa-apa pun untuk aqiqah anak aku...kekeke~  well lagipun aku baru lepas pantang kot...tak boleh nak aktif sangat...kang badan terkezut! *boleh pakai tak alasan tu?* =P




Ni pulak bunga telur untuk orang marhaban...sponsored by mak mertua...tenkiu mak! aku rasa tenaga aku dicurahkan masa hari kenduri tu je...itu pun letih ya amattttttt!! nasiblah ramai sedara-mara menepek kat rumah aku...so dorang bergilir-gilir pegang baby Zafirah...aku melenggang je lah layan tetamu...bila ada orang nak tengok baby baru aku dukung baby bawak keluar rumah...petang Sabtu tu panas...so baby lebih banyak duduk dalam rumah je...=)


Sesiapa yang tengah cari idea nak deco doorgift tu boleh la amek idea dari entry aku ni...hopefully apa yang aku share bermanfaat lah untuk yang berkenaan...insyaAllah...oke bai~!






Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Apr 2, 2012

Ayah Saya Sangat KEWL~!

kalau qiqah anak perempuan hanya seekor kambing diperlukan...kalau anak lelaki 2 ekor..betul?? dan menu kambing bakar adalah yang paling laris dan paling cepat habis masa kenduri...aku tak merasa pun kambing bakar masa qiqah Zafirah hari tu..padahal kalau pergi kenduri orang lain aku lah orang pertama yang melantak kambing bakar...sobsob~ *pasrah*


Saja nak update kat blog kisah ayah aku yang selalu buat aku tersenyum...gambar atas tu mukadimah je...hihi~

Alkisah di majlis aqiqah Aimy Zafirah...waktu malam...kenduri dah habis pun masa ni...


yanamib::  ayah, ada cash RM1k tak?? nak bayar duit kambing aa...

ayah::  erm oke 

yanamib::  sekarang ni ada tak?? sebab orang tu nak datang amek barang-barang yang dia tinggalkan tadi...dah alang-alang dia nak datang nak la bayar terus...

ayah::  erm *angguk-angguk kepala*

yanamib::  tenkiu...esok yana ganti balik eh...transfer kat maybank2u ke...  *senyum kambing*

ayah::  oke


 *ayah aku memang tak banyak cakap...kao tanya la seratus patah perkataan sekali pun, dia akan jawab sama ada mengangguk atau beberapa patah perkataan je keluar dari mulut dia..muahaha~*


*******************************************************************

2 hari kemudian (hari ni) yanamib sms si ayah...

"salam yana dah transfer duit kambing kat your account...sori lambat eh..."


then nak tahu apa si ayah reply????


"tq...tak payah patutnya....my contribution for the 3 of you..."


"aloo..mana nak tau...sebab dah cakap nak ganti balik hari tu...huhu" 


"hehe...nanti ayah reimburse..."



wallaaweyyy...kalau korang kat tempat aku takkan tak rasa nak senyum sampai ke telinga kannnn??? kahkahkah~ alaaa ayah ni tak payah la susah-susah...reimburse dengan meja makan pun dah cukup..EH! v(^___^)"


oke tu je nak cerita...saja nak buang masa sementara tunggu asben balik...sekarang dia dah balik...nak masuk tidur...nite! nite!  (^^,)






Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Majlis Berendoi Buat Aku Tacing

Hari Sabtu lepas aku buat majlis aqiqah puteriku yang comel lotey Aimy Zafirah...buat kat rumah mak aku kat Bangi...standard la anak sulung, cucu sulung dan cicit sulung dalam famili aku, macam-macam la persiapan yang kitorang buat...eksaited kaooo...hoho~  tapi idak la sampai membazir...^__^




Buaian berendoi baby Zafirah...mak aku hias sendiri tau...kain-kain putih yang balut buaian tu makcik aku tolong jahitkan...sarung bantal pun jahit sendiri...cantik kan?? kalau sewa kat orang mahal kot...RM400 memang tak lari laaa...hias sendiri jimat...and boleh sewakan kat orang lain jugak..eh! hahaha erm erm this buaian is open for rent now! ada sesiapa berminat boleh emel kepada saya ctliyanadmib@gmail.com....lalalala *sempat promote hokay!*  v(^__^)"


oke sambung cerita aqiqah...ngee~  tema hari tu is PINK!! yeyyy~! mentang-mentang babygirl segala-galanya nak pink...auww~




Marhaban start pukul 10.30am...amek group dari Sungai Ramal je...ada la dalam 20 orang kut datang...rumah dah la kecik..berhimpit-himpit la dorang duduk..haha lama jugak marhaban and berzanji nih...dalam sejam lebih jugak la...dah la masa orang duk marhaban anak aku mana nak tidur...




Tengok la tu...bulattttttt je mata...sebelum orang marhaban datang bukan main lena dia tidur...elok je nak marhaban segar bugar mata dia...hehhh...lepas tu anak aku bukan suka nak baring lama-lama bila terjaga tuh...kena berdukung...tengah-tengah orang berzanji tu aku kena angkat anak aku, bagi susu bagai...tapi menyusu dalam bilik laa...takkan nak suruh aku menetek depan orang ramai tu kan...ish ish ish  (-__-")




Muka risau sebenarnya tuh...risau anak aku meragam lagi...hahaha~  memang ye pun dia meragam...aku kena sumbat susu lagi  =.=




Alhamdulillah lepas menyusu kali ke dua Zafirah tidur dengan lenanya...headband comel tu terpaksa dibuka sebab dia rimas bila ada benda kat atas kepala dia...hadoiii~  masa dia dah mula lena tu orang dah nak habis marhaban pon...ngehhh...and aku sangat tacing bila dengar lirik-lirik lagu marhaban yang hujung-hujung tu...berair mata beb! nak nangis, tapi segan...hikhik  =P


Rupanya lagu marhaban tu sebenarnya syair Siti Fatimah...puas la aku gugel nak cari lirik yang membuatkan air mata aku hampir luruh depan orang ramai tuh...hoho~


Apabila sudah cukupnya hari
Sakitlah ibumu tiada terperi
Bapamu pun turun berlari-lari
Memanggil bidan bawa ke mari.

Bidan pun datang tiadalah lambat
Serta membawa kelengkapan ubat
Dilihatnya penuh saudara sahabat
Bidan pun naik bertempuh rapat.

Sakit ibumu tiada terkira
Berhimpunlah sanak saudara
Sangatlah ramai tiada terkira
Sekeliannya itu duduk berjaga.

Perutnya sakit bagai nak pecah
Bukannya kurang makin bertambah
Dipanggil bapamu disuruhnya langkah
Dipintanya ampun barang yang salah.



Panjang gila syair nih...sila baca lagi di http://zonfiniti.blogspot.com...aku copy kat situ je...aku rasa korang yang nak beranak baca lirik tu kompem nangis...apa yang ada dalam lirik tu memang terjadi pada semua ibu-ibu...hati batu je tak nangis kot dengar lirik syair nih...hehu~  (^^,)




Lepas habis marhaban, semua ahli-ahli marhaban bagi duit kat Zafirah...aku tak sure berapa upah group marhaban ni...mak mertua aku yang uruskan...hihi~  murah rezeki anak aku hari tu...dengan duit menanam nya...hadiah-hadiah lagi...penuh dah rumah dengan hadiah baby je...hoho syukur Alhamdulillah...terima kasih kepada semua yang memberi dan semua yang hadir! ^___^


oh ni baru cerita pasal marhaban...banyak lagi aku nak cerita pasal majlis aqiqah tu..haha tunggu next entry okeh...sekarang aku nak makan...anak aku pun dah merengek tu...mintak di dodoi...tata~! ^__^







Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015