Jan 3, 2012

Segalanya BERBAYAR Sekarang ni..hehh~


Perasan tak sejak dua hari lepas kot...
widget shoutmix jadi macam ni...??
aku ingatkan dia tengah bengong ke hape...
so abaikan je lah...
tapi bila dah dua hari macam gitu je ghopenye...
aku cuba la klik blog-blog orang lain...
owh semuanya mengalami masalah yang sama...
then bukak pulak akaun shoutmix aku...





cehh...dah takde free service ghopenye...=.=
fine! tak kose aku nak keluar duit semata-mata guna shoutmix je kan...
membazir...membazir...ish ish ish~
so aku pun delete je lah widget tu...


agak-agak lepas ni ada tak orang nak blogwalking macam dulu?
yelah setengah orang tak suka nak baca pun entry orang tu...
dia blogwalking then terus cari shoutmix / chatbox je...
tinggal jejak gitu...hihi~
tak pun peniaga-peniaga online ni...
kesian dorang kan...
mesti leceh nak promote website dorang lepas ni...
aku cukup tak suka orang promote-promote website kat komen box...
kalau dia baca entry aku, komen pasal entry,
then letak "p/s" oke la nak promote cara gitu...
ermm ke ada shoutmix lain yang FREE??
kalau korang tau shoutmix lain tolong bagi link kat komen eh...
kalau aku ghase shoutmix tu best aku tepek la kat blog...
kalau tak best harap korang ikhlas la jadi silent reader atau visitors blog ni ye..hihi  
peace! v(^^,)




















p/s::  hari ni besday mak aku...nak celebrate kat.....erm...tak boleh cakap...nanti mak aku baca kantoi laa..hahaha...well mak aku memang silent reader blog ni...hinssff~  =)






Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Jan 2, 2012

Aku dan Anak Sudah Dilindungi


Alhamdulillah, berjaya jugak amek insuran untuk aku dan anak yang bakal lahir ni...
punya lah lama plan nak amek insuran...
kena kira betul-betul kewangan masa kini...hihi~
insuran ni kita ambil sebagai langkah berjaga-jaga..
bukan lah meminta untuk dapat penyakit segala...na'uzubillah ye...
lagipun aku amek insuran ni lebih kepada savings...
sok anak aku dah besar tak payah amek ptptipu! lalala~
so far aku cuma percaya dengan Prudential lah...
insuran lain tak berani nak amek...
sebab dari zaman study aku cuma kaji pasal Prudential je...
tak pandang pun insuran tempat lain...hihi~  =)
korang macam mana?
dah amek insuran ke belum?  (^^,)







Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Jan 1, 2012

2 Helai ni Je Lah Yang Muat Dipakai =.=

Entry pertama untuk tahun 2012 yaww!
kita nak cerita pasal baju...hihi~
biasa kalau attend kenduri kahwin atau majlis-majlis formal
mesti kita akan pakai baju yang bersesuaian dengan tema majlis bukan?
kalau kenduri kahwin molek lah pakai baju kurung/kebaya/jubah etc etc...
takkan pakai seluar jeans + t-shirt je kot?? ishhh tak sesuai...
walaupun orang sekarang jenis tak kisah...
tambah-tambah ibu mengandung...
macam diberi kelonggaran dalam mengikut tema sesuatu majlis...
tapi aku sangat tak selesa kalau pakai baju biasa-biasa je attend kenduri...entah la..
mungkin dah dididik dari kecik untuk berpakaian yang sesuai mengikut majlis...
kalau takde baju yang sesuai, aku sanggup pergi kedai cari baju baru...wakaka~


So, since umo baby dalam perut semakin meningkat...
saiz perut pun semakin bertambah...
makanya aku menghadapi satu masalah besar
di mana segala baju-baju kurung aku dah ketatttttttt!! dem!!  =.=
ada 2 helai je lah baju yang sesuai
yang aku boleh pakai untuk ke kenduri-kenduri dan majlis-majlis formal...iskisk~



1) Jubah ala ala Punjabi...yang dipakai dengan seluar tuh...



ekceli jubah ni adik aku punya...
dia beli masa raya puasa hari tu...
ni lah kelebihan bila ada adik yang gemok...lalalala~
memudahkan urusan meminjam baju di kala 'kesesakan'   =P






2)  Jubah denim



hadiah dari kazen aku masa beliau melawat Mekah awal tahun lepas...
aku dah rasmikan masa raya puasa hari tu...
sepatutnya jubah ni saiznya memang sangat besar...
tapi masih nampak ketara jugak prot boyot tuh...adeyy~  =.=




2 baju ni memang khas untuk attend kenduri dan majlis formal je..haha~
lagipun jubah denim tu macam agak panas...
tak boleh pakai sebarangan sebab akan mengundang peluh bergelen-gelen  (-_-")
nak beli jubah-jubah lain rasa rugi pulak...
ye lah aku ni lagi 2 bulan je pun nak bersalin...

"alaa beli jubah boleh pakai sampai lepas bersalin..."

erm..baju kurung yang sedia ada pun jarang aku nak pakai...apa lagi jubah...
so takmo la bazir-bazir kan...=)
selagi boleh pinjam baju-baju adik aku
memang aku pinjam baju dia je...
err ni dikira jimat ke kedekut eh?? kikiki~  =P
oke bai~!






Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015