Jul 5, 2011

Bila Penyakit Pelupa Suami di Tahap Paling Kronik~!!


Dak encem ai ni seorang yang ada ilmu silat...haaa sila rasa takut sekarang!! lu cari pasal dengan asben wa, dia bukak kekuda siap bunga² bagai tak cukup tanah lu lariiii...puihhhh *cakap nak hebat aku ni..kahkahkah~*





Well dak encem suka hadiahkan silat time kenduri kahwin member² dia...member² yang rapat je lah...dan bergantung kepada lokasi dan keadaan majlis juga...kalau buat kat dewan, pengantin duduk atas pentas segan la jugak dia nak bersilat...ye dak??


Kalau macam kat rumah member dia ni, dorang memang ada acara silat untuk pengantin...takde upah kelab mana² pun...sedara-mara yang reti bersilat spontan je keluar buat persembahan silat secara solo...kalau pengantin tu terus masuk dalam rumah, tak boleh jugak dak encem nak hadiahkan silat kan...habis tunggang-langgang pelamin dorang nanti...huhuhu~  (^__^)"






Bukan main banyak aku snap aksi² silat beliau...bini mana tak vangga dapat asben ensem yang pandai bersilat...eh aku cakap dia hensem ke??? oh salah taip tu...tapi malas nak tekan backspace...lalalalalala~  =P






Gambar close-up...wuiii aku tak pasti dak encem ai memang sangat macho atau aku yang hebat gila snap gambar sampai beliau kelihatan sangat macho time nih...muahahahaha~


Pergerakan semua dah cantik...tapiiiiii ada satu je yang dak encem lupa nak buat....aku memang ingat step² yang dia patut buat masa silat pengantin...dah banyak kali kut aku tengok dia buat silat pengantin...nak tahu apa yang tak cukup??????





Dak encem LUPA NAK SALAM PENGANTIN DAAAAAAA~  ngehhh yo'o je acah² pengantin, sekali lupa nak salam...dia main blah macam tu jek...adeh~


aku::  kenapa u tak salam pengantin??

dak encem::  hah?? tak salam?? yeke?? 

aku::  yela...u main acah² sekali, patutnya lepas tu u salam betul²...tapi u tak salam pun, terus blah je...adeh~

dak encem::  hihi yeke?? alaa lupa laaa...nebes kot...

aku::  ceh nebes ke?? penyakit pelupa makin kronik dah ni...ish³~





Sepatutnya dak encem kena salam pengantin macam ni~! siap bagi ucapan lagi patutnya...tapi dia tak buat! hahaha aku dengar budak² yang berdiri belakang aku konpius, "eh dah habis ke silat orang ni??" huwawawawa tahan gelak je aku dengar dorang cakap macam tu  (^___^)"


Kalau korang nak dak encem hadiahkan silat time korang kahwin nanti, make sure rumah korang tu lapang...and makanan mesti sedap tau...eh! *ada ke orang nak jemput pun...caittt~*  =.=


Jul 4, 2011

Awek Johor dan TOL Memang Tak Dapat Dipisahkan~!!


Dalam entry lepas, aku ada minta korang doakan perjalanan aku and dak encem selamat pergi dan pulang bukan?? well kitorang pergi Pagoh, Johor, attend kenduri kahwin officemate dak encem...ni kali pertama aku pergi kenduri orang Johor yang masih mengamalkan sistem TOL...


err korang faham kan majoriti orang Johor ni akan kenakan tol kepada pengantin lelaki time berarak ke rumah pengantin perempuan...ke korang pun baru tahu??? ngaaaaaa *terjun longkang*





oke meh aku cerita konsep tol yang dorang amalkan ye...erm bila pengantin lelaki sampai je pintu masuk, ada sorang pakcik duduk kat tengah² jalan...pakcik kepada pengantin perempuan rasanya...samseng pakcik nih...huhu~  dia duduk situ taknak bagi pengantin lelaki lalu...kalau nak melepasi beliau, kenalah bayar tol!! no tol no sanding beb! hahaha~





Memang membe aku dah sediakan awal² duit tol ni...dia pun tak tahu berapa banyak tol yang akan dikenakan, so dia sediakan je lah lebih sikit...puas hati pakcik ye dapat duit tol...ngee~  =P





Ini kat pagar luar rumah pengantin perempuan....beria makcik tanya soalan ye..hihihi~





Kat depan pintu masuk pun kena berhenti lagi...mak aihhhh...kali ni bukan main ramai pengutip tolnya...LOL~  yang aku tahu, membe aku ni bagi duit syiling je kat dorang...kuang³~   nasib baik family belah perempuan tak melampau sangat minta lebih²....sekadar suka² mengamalkan adat mereka...jadi taklah tertekan pihak lelaki nak menghulur tol tu kan... =)





Last sekali kat pelamin...pun ada tol meh?? kali ni dari mak andam...kau tahu berapa harga tol mak andam?? fix rate tahu?? pehhh ada rate bagai...RM100 untuk mak andam sahaja!! aku dengar makcik² kat tepi aku cakap, "dulu RM50 je ye, sekarang dah RM100...dahsyat betul kan..."


wahhhh telinga gajah aku nih dengar makcik² bergosip  =P





Setelah selesai mengharungi segala macam TOL, akhirnya berjaya juga membe aku ni bersanding di sebelah isteri tercinta...ecewahh...


Ada setengah tempat tu aku dengar, family perempuan charge harga tol melampau²....sampai terkontang kanting pengantin lelaki nak membayar..haishhh taknak la macam tu kan...dah la duit hantaran pun nak charge mahal, duit tol lagi...hurmm~


dak encem pernah cerita, ada sorang kawan dia kena charge tol melampau sangat, lepas kahwin dia tak bawak dah bini dia balik rumah family....haaa nak ke macam tu...?? kang rindu anak siapa nak tanggung?? so berpada-pada lah...mende ni adat je, tak wajib pun...tak perlu taksub sangat kan nak follow...  =)


"leceh siot...nasib la dapat bini orang Bangi je...grrr~"   <<  ayat dak encem...kehkehkeh~  =P


Apa-apa pun tahniah Fairus! semoga berbahagia hingga ke syurga!!


Ada tak readers aku dari Johor?? family korang still amalkan ke sistem tol ni?? ce cite ce cite  (^^,)


Pizza Hut Promotion #July~!!!



PROMOTION LAGI WEIIII~!! muahahahaha~


Siapa yang kuat makan macam aku boleh print kupon ni dengan kadar segera...klik sahaja pada gambar itu ye...print hitam putih / fotostat juga diterima~


Kalau tak habis boleh bawa bekal pergi opis keesokan harinya...tak membazir kan?? hihi~


Selamat menjamu selera!! \(^_^)/



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015