Jul 25, 2017

Raya #Day 4, Terima Kunjungan Tetamu

Assalamualaikum...


Ada orang dah start kerja masa ni, tapi kami masih bercuti. kihkih~  Ada tetamu nak datang beraya kat rumah. Kawan adik aku and partner ayah dari Singapore.


Pagi tu semua bangun lambat! Penat sangat travel dari Perak. Dah la rumah tak kemas hape lagi, mak aku nak kena prepare menu untuk dihidang lagi. Eh mujur lah 2 orang je nak datang. hahaha~  Last² mak cakap masak je apa yang ada kat rumah. Kebetulan ada macaroni, daging yang beli sebelum raya hari tu, sayur sikit. hah cukup lah bahan² tu buat macaroni goreng.


Aku dengan dak encem kemas rumah. Sediakan apa² yang patut termasuk lah hidang kuih² raya.


 Masa ni lah kau keluarkan segala maknek balang kuih raya, pinggan² antik arwah uwo, sudu garfu yang berlambak tersimpan dalam gobok. Bila lagi nak guna ye dak? ni lah masanya! πŸ˜  haa kami tak guna pinggan pakai buang sebab tak ramai pun tetamunya. Kalau lebih 10 orang yang datang baru guna pinggan, cawan pakai buang. gituuu


Ngam² lepas Zuhur sampai lah tetamu² kami. Kawan adik aku yang first sampai. Kawan ayah pulak meeting dari pagi dengan ayah. Habis meeting baru ayah bawak kawan dia datang rumah.


 Muka terpaksa ditutup sebab tak dapat permission untuk tayang kat public. Harap maklum ✌  oh by the way, kerusi L-Shape tu nak dijual. Dalam rm200 kot. Condition oke. eh nak datang tengok boleh wassap πŸ‘‰ http://api.whatsapp.com/send?phone=60133618800 ...area Bangi tau


 Terima kasih sudi datang. Licin macaroni mak aku masak. Bertambah² dorang makan. Lapar ler tew πŸ˜


Bila dorang dah balik, kitorang keluar pi IOI City Mall pulak. Saja jalan² buang masa. Sebab lepas Maghrib nanti ada tetamu dari Sabah pulak nak datang. Kawan ayah jugak. Tapi aku kenal je kawan ayah tu. Pernah jumpa masa aku kerja kat Sabah dulu. And keep in touch sampai sekarang.


Mother & son outfit of the day (OOTD)


Boleh tahan ramai orang kat IOI City musim raya. Motif utama datang sini sebab nak lunch kat sini. Sesambil jalan². Tapi kedai makan pun FULL house wehh wallaweyyy! Ramai team raya KL kot tahun ni.πŸ€”


Nak masuk ciken rice shop kena beraturrrr. pfft!


Lepas makan masuk Tesco. Mak kirim sayur dengan telur kot. Tak ingat dah. Pastu beli lah jugak benda² lain yang rasa nak dibeli.


Pastu jumpa kawan lama. Kawan dari darjah 1 + jiran masa aku duk Serdang dulu. ya ampun lama gila tak jumpa kau Fana! Kali terakhir aku jumpa Fana masa form 5 (year 2003). Tapi kitorang tetap keep in touch thru FB and IG tau. Aku tau dia datang IOI pun sebab tengok IG dia post gambar tengok wayang. Terus aku komen nak jumpa. Pastu deal kat IG je, mampu?


Terima kasih la Mark and siapa tah creator IG, sebab wujudkan medium online yang best untuk connect dengan sahabat² lama. Ramai sangat kawan² lama yang tak pernah jumpa since habis sekolah tapi masih keep in touch melalui FB dan IG. Rindu korang!😘


Balik rumah prepare apa² yang patut untuk tetamu dari Sabah, uncle Zul and family. Mak aku masak spaghetti goreng pulak. Satu kuali besar mak masak. Sebab aku cakap anak² Uncle Zul semua lelaki, remaja, kompem makan banyak. hahahaha~  ayah aku siap beli lemang kat Teras Jernang sebab anak kedua uncle Zul peminat lemang.


Betul² lepas Maghrib uncle Zul datang. Actually uncle Zul and wife dia memang orang Sabah. Tahun ni dorang saja beraya di Semenanjung. Sewa homestay kat Mid Valley. Dorang stay KL seminggu. So boleh kata hari² ada je jemputan open house dari kawan² Semenanjung. Termasuk lah aku. haha~  Siang tu dorang dah beraya ke Ampang - Klang. Malam datang Bangi pulak. Raya sakan ye uncle πŸ˜


Licin jugak weiii spaghetti mak!! wohoaa! eh takde la licin sangat. Ada balance sikit. Mak aku tapaukan balance spaghetti and lemang bagi dorang bawak balik homestay. Sebab tengok anak² uncle Zul macam nak makan lagi tapi malu. hahahaha~  maka tapaukan je lah. Makan lah korang kat homestay nanti.


Entah apa² je kerja dua beradik ni.


Banyak cerita uncle Zul. Cerita kes buli zaman dia sekolah (baru tau dari zaman ayah kita lagi dah ada kes buli. hmm), sampai lah cerita hantu Kundasang. Dia ada mention satu chalet kat Kundasang ni berhantu. Sebab dia pernah kena kacau masa stay sana dulu, masa anak² dia kecik. Aku tak ingat nama chalet tu. Sorry! πŸ˜


Actually uncle Zul ni dulu satu Uni dengan ayah aku kat Liverpool. Dorang satu geng dulu. Sekarang aku pulak dah jadi geng dengan wife uncle Zul. Dia rajin wassap aku. huhu


Seronok ye ada orang melayan πŸ˜


Group photo! dah macam wajib pulak bergambar dengan tetamu. Setahun sekali je jumpa kannn. hehe~  Actually anak² uncle Zul ada 4 orang. Semua hero. Tapi yang sulung tak ikut sebab kena kerja kat Desa Dairy Farm, Kundasang. Baru je start kerja so takde cuti untuk raya. Sian kena tinggal beraya sorang² kat Sabah.


Lama jugak dorang lepak rumah aku. Dalam pukul 10pm gitu kot baru dorang balik.


Setel kemas² rumah, basuh pinggan segala, zass aktiviti paling aku suka πŸ‘‡


Kira duit raya anak! bahahaha~  ni dari hari raya pertama sampai lah raya ke-4. Aku ni sejenis bangsa pelupa. Jadi setiap kali dapat duit raya, waktu malam memang aku spend masa untuk kira dan save amount untuk hari tu dalam fon. Kalau nak tunggu lepas raya baru kira, hurm takut nangis tepi bucu katil je kang.


Semua duit raya anak² aku transfer je masuk TH thru CIMBclick. Senang!


oke tu je kisah raya ke-4. Bertabah lah korang aku ni beraya memang genap SEBULAN. Maka akan banyak lah entry raya. Jangan jemu kayyy ✌


tata!





Terima kasih sudi membaca!

Jul 20, 2017

Raya Day #3, Balik Kampung!

Assalamualaikum...


Hari raya ketiga, masih lagi cuti...eh aku cuti seminggu kot sebab sekolah anak² cuti seminggu. hehe~  mak ajak balik kampung dia kat Parit, Perak. Lama gila tak balik kampung. Biasa kalau balik pun sebab visit pakcik mak or kawan² mak yang masih stay kat sana. Rumah arwah uwo pun adik beradik mak semua sepakat wakafkan ke Jabatan Agama Islam Parit. Sebelum ni buat sewa tapi susah nak handle especially tang maintenance.


Maka wakafkan je lah senang takyah serabut kepala. InsyaAllah pahala pun dapat. Tapi sampai sekarang pihak jabatan tak buat apa² lagi dengan tanah tu. Dah few years settle dengan pejabat tanah, siap dah transfer file dari pejabat tanah ke pihak jabatan agama tapi dorang boleh cakap file hilang pulak! ciskek betul. Dia ingat main² ke apa wakaf² tanah ni?


oke taknak cerita pasal wakaf² sebab tak involve sangat. Pakcik aku yang uruskan semua. Harap dapat selesai segera.


Zafran dan rambut serabainya πŸ˜


So pagi tu memasing bangun awal. Sebab tak plan nak tidur sana. Balik hari je. Dak encem lah malas tidur sana. Dia rajin nak drive biarkan. Kalau ikut aku tidur sana syok sikit. Boleh jalan raya rumah kawan² blogger area Ipoh sana. hurm takde rezeki.


Tapi kitorang bersiap takde la awal sangat. Pukul 11am jugak keluar rumah. bahaha~


Suka pulak aku selfie guna beauty apps ni. Sekali sekala fefeeling kulit gebu gebas ala ala artis korea


Perjalanan dalam 3 jam ++ gitu. Sepanjang dalam kereta aku mengadap kerepek berantu ni je. haha~  Makan kerepek tak gemok kan? πŸ€”  Alhamdulillah perjalanan lancar. Ada lah jem sikit start dari Slim River tu sebab jalan tu 2 lane sampai lah Gopeng.


3 jam kemudian, sampai lah Parit. ya Allah rindunyaaaaa arwah uwo! Aku kalau jumpa arwah uwo je hati aku jadi tenang sangat. Tak tahu lah kenapa tapi tenang setenang² nya. Rindu sangat zaman kekanak bila balik kampung mesti aku akan follow uwo solat subuh kat masjid. Eh aku dulu rajin ikut arwah uwo solat subuh kat masjid tau. Kalau seminggu aku duk kampung maka seminggu lah aku akan solat subuh kat masjid dengan arwah uwo. Sekarang? krik krik


Al-Fatihah untuk uwo. Terima kasih didik yana jadi wanita solehah πŸ˜­


Rumah pertama yang kitorang pi bila sampai Parit, rumah makcik Awi, kawan sekolah mak onga.


Makcik Awi hidang mee goreng basah, nasi impit + kuah kacang and pelbagai kuih raya. Kuah kacang makcik Awi terbaik woahh! bertambah² kitorang makan.


Orang bandar jakun masuk rumah kampung. lol


Signature rumah² Perak, tangga kat luar rumah. Normal ni kalau balik kampung bergambar kat tangga ramai² camni πŸ˜


Lagi aksi jakun masuk kampung. Dengan makcik pakcik semua layan posing πŸ˜‚


Next, kitorang pi rumah tokcik, pakcik mak. On the way tu lalu depan rumah uwo, menangis aku dalam hati terkenang memori balik kampung dedulu kala. Memori kejar angsa, memori tolong uwo bela ayam, memori mencari jodoh *ehhhh πŸ™Š


Tokcik yang pakai tudung kuning duk kanan sekali.


Geng apak² and yang bujang laki lepak luar je. Kat dalam geng perempuan menjemah. πŸ˜


geng babies busy main lego


Beloved cuzzies! πŸ˜˜


Geng toddler main bola and buaian luar rumah. Cousin yang bebujang tolong jaga anak² main. Mak dorang join makcik² menjemah. kahkah


Depan rumah tokcik tu dulu kebun (now dah jadi hutan sebab lama terbiar). Tokcik rajin gila berkebun, macam² dia tanam. Dedulu kitorang kalau pi rumah tokcik wajib ikut masuk kebun. Siap naik sampan round tasik. Sekarang tak reti dah nak kayuh sampan. huhu


Lepak rumah tokcik sampai pukul 6pm gitu kot. 


Sebelum balik singgah solat kat masjid Parit.


On the way pi masjid singgah dulu posing dengan jam besar Parit. Masa ni banyak kereta tau kat simpang jam ni. Jalan jem siap ada polis jaga trafik lagi. Tapi tebalkan muka demi nak bergambar dengan jam. kahkah~  eh rugi la malu. Sepanjang hidup aku memang TAK PERNAH lagi bergambar dengan jam macam ni. Biasa amek gambar dari jauh je. Sejak² aktif blogging and aktif social media memang selamba je posing depan orang ramai. hahahaha~  eh janji aurat terjaga. Bukan buat dosa pun.


Atok aku merupakan salah seorang donor untuk pembinaan jam besar ni. Donor nombor 9.
Al-fatihah atok πŸ˜˜


Gambar ni cantik, nampak eksklusif kata adik aku. Tapi slack dak Zafran tu tak berbaju pulakk. Dah kepanasan sangat ku cabut je lah baju dia. Sampai masjid ku mandikan dedua beradik ni. Selesa sikit dorang nak mentido dalam kereta.


On the way balik KL jem sepanjang jalan! adehh~  Pastu merajuk dengan dak encem sebab montot dah cramp. Orang suruh tidur sana taknak. Kitorang memang bawak je baju spare in case letih sangat walk-in je lah hotel Lanai Casuarina kat Parit nun. Dekat je dengan masjid hotel tu. Tapi dah dia gigih jugak nak balik. hurm oke lah balik je lah.


Kitorang singgah dinner A&W kat hentian Jejantas Sungai Buloh. Ayam goreng spicy A&W sedap. Pedas berdesing macam ayam mekdi tu. Tak caya try laaa. πŸ˜


Pukul 10pm kot baru sampai Bangi. Ke dah tengah malam baru sampai. Tak ingat pulak.Semua tidur mati malam tu. Letih sangat kekdahnya.


k tu je kisah raya ke-3. Till next entry. tata!





Terima kasih sudi membaca!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015