Sep 14, 2011

DAH BESAR RUPANYA~ MASYAALLAH~!!



MasyaAllah!! Subhanallah!! Alhamdulillah!!
tak berhenti mulut ni melafazkan kalimah² Allah...
korang nampak tak apa yang ada dalam gambar tu??
comel kan budak kecik tu?? ngeee~  ^____^


Pagi tadi dak encem ajak pergi klinik sebab dia sakit tekak...
dah alang² pergi klinik aku mintak nak buat scan sekali...
tak pernah buat scan sebelum ni...
sekali doktor pun pelik...apesal dah besar anak aku???!!!
ni macam dah lebih 2 bulan niiiiii....


aku::  masa saya buat check up sehari sebelum puasa tu doktor yang bertugas sorang je...lelaki pulak tu...saya ada cakap yang peot saya masa bulan 6 macam tak betul...tak keluar darah pun...tapi dia kata itu still peot...so dia kira pregnancy saya based on tarikh last saya peot bulan 6 tu which is 25/6

doc::  owh bulan 6 tak keluar darah..?? so kalau ikutkan bulan 6 tu dah kira proses pembentukan anak awak laa...erm tarikh peot bulan 5 ingat tak??

aku::  alaaa tak ingat...biasa peot saya regular...every month mesti datang sama ada awal bulan atau tengah bulan...tiba² bulan 6 jadi tak betul...saya cuma ingat tarikh yang bulan 6 tu je...lagipun saya takde mabuk², simptom² pregnant memang takde..tu yang lambat buat checkup..

doc::  owh kalau macam tu saya kena kira balik la umur anak awak ni berdasarkan scan...sebab kalau ikut tarikh last peot bulan 6 tu macam tak logik la anak awak dah besar macam ni kan..ermm kalau ikut scan anak awak ni dah 4 bulan 1 minggu! so dijangka awak akan bersalin dalam 22/2/12...

aku::  4 bulan dah??!! makaihhh besar dah...patut la prot saya besar semacam...asben saya memang pernah cakap, macam tak logik je 2 bulan kandungan saya ni...memang betul rupanya..haha~

doc::  aa tu lah...tapi tarikh yang saya bagi ni bukan confirm ye..sebab bila ikut scan biasanya kurang tepat lah...jadi from time to time mungkin tarikh ni akan berubah...tapi takde la lari jauh sangat...dalam area tu jugak la due nyaa...

aku::  oo yeke?? oke doktor...terima kasih!



Sampai sekarang aku macam tak boleh berhenti senyum tahu??!!!
anak aku dah boleh gerak² kut dalam tuh...
aku nampak kaki dia duk tendang²...badan duk menggeliat...
waduhhh terharu gilerrr...
bila doktor tunjuk kat mana jantung, mana kaki, tangan, jari² dia yang comel tu...
rasa nak nangis je masa tengok scan tadi...huhu~  tacing gilerrr! =P


Balik je dari klinik aku trus call mak ayah aku, adik aku...
eksaited gilerrr aku bercerita pengalaman aku kat dorang...huwawawa~
tapi mak aku je tak dapat nak contact sebab dia ada meeting tadi..hehhh~
cepat la mak habis meeting...tak sabar nak cerita niiiii...ngeee~  ^____^


Ya Allah peliharalah anakku semoga ia sihat dan selesa di dalam jagaanku...
doktor kata kalau nak tengok jantina bila dah 5 bulan ke atas...
err agak² boleh tak dapat anak laki nih?? hihi...
idak la mengharap sangat...tapi kalau boleh memang nak anak laki..ngee~  =P
tak sabar tunggu bulan 2!! yeyy!!  \(^___^)/











p/s::  ni dikira bunting pelamin la yeh?? ngaaaa~ pemsannn! @__@






Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Sep 13, 2011

Cara Terbaik Untuk Hilangkan Dahaga~



Musim² panas ni tekak cepat sangat kering kan...
tambah pulak bila tengah pregnant lagiiiiiii kuat minum air...
aa kepada yang tak tahu, orang peknen ni memang cepat rasa dahaga..
kalau dulu sehari anggaran dalam 1-2L sekarang memang double triple aku minum air...pffftttt~


Aku ni penggemar air mineral...
kalau drinking water, air masak memang aku tak boleh telan...
rasa dia macam pelik...
air manis pun aku kurang minat...
sebab nanti mulut aku rasa tak sedap...
and aku tak suka bila tengok kencing aku kaler kuning...
kalau minum air mineral kencing jernih...huhu~  =P


dari waktu sekolah sampai sekarang aku memang suka bawak bekal air ke mana²...
kalau nak pergi shopping pun bawak bekal air mineral...takkan nak beli je ye dak??
kalau time office hour kurang² 2 botol jugak lah habis...
sebotol dalam gambar atas tu boleh isi 500ml air...phewww~
lepas tu asyik keluar masuk toilet...bahaha~  =P


korang biasa minum air apa untuk hilangkan dahaga??
bagi aku air mineral jugak lah yang terbaik...
tak kira la sejuk ke, suam ke, ikut suhu bilik ke...huhu~
janji air mineral, memang lega lah tekak aku... (^^,) 






Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Berani Kerana Benar~

gambar 2 tahun lepas..sekadar hiasan~



Situasi 1::

sipolan A::  eeiii cuba kau tengok blog budak ni...sengal gila buat entry dakwah kunun...tapi kau tengok la bahasa dia..macammmmm lah dia tu alim sangat...pooraaahh!

sipolan B::  eh aku memang selalu baca blog budak ni...kalau kau baca entry² dia yang lain tak nampak pun dia ni jenis kasar or kurang ajar...cuma kadang² dia suka bermain dengan emosi pembaca² dia...macam dalam novel dan surat khabar laa...ada setengah penulis guna bahasa kasar untuk sampaikan maksud cerita...ada guna bahasa kiasan...ada guna bahasa sastera...macam² cara penyampaian ada...ikut keselesaan penulis jugak...

sipolan A::  alaahhh habis tu kenapa dia macam taknak tunduk je bila kena kondem dengan anon anon??

sipolan B::  dah dia tak kenal anon tu siapa...anon² pun kondem lagi kasar...lebih baik dia percaya cakap kawan² yang dah kenal dia...and dia pun kenal dengan orang yang komen entry² dia...

Sipolan A::  ?>&#^#*



Situasi 2::

Sipolan A::  kalau nak menegur biarlah berhemah...kalau menegur macam menunjuk kau lebih alim, lebih baik dari orang lain, nampak sangat tak ikhlas ingat ada orang nak dengar ke teguran kau??

Sipolan B:: apa maksud kau dengan berhemah?? kalau kau sendiri membalas teguran tu dengan kata-kata kesat tu dikira berhemah ke?? kalau taknak dengar tu hak masing²...tapi kenapa mesti bagi respon jugak kalau taknak dengar???  

Sipolan A::  yela orang macam tu belum jumpa 'buku dengan ruas' lagi...dia ingat dia dah glemer dia dah cukup bagus...penyokong² dia tu semua kaki kipas...hipokrit semata!

Sipolan B::  mana kau tahu pembaca² dia hipokrit?? mereka lebih kenal dengan penulis berbanding kau...kalau kau tak hipokrit, nak menegur dengan ikhlas kenapa sembunyikan identiti?? motif kau komen di blog dia macam tu untuk apa?? menegur atau menjatuhkan?? kalau betul menegur kenapa tak add facebook dia...?? send emel ke...kan ke dia dah bagi emel address kat blog tu???

Sipolan A::  yelah tu..kalau dia tahu aku siapa mesti dia aibkan aku kat blog dia...blog dia kan femes ames...

Sipolan B::  mana kau tahu dia akan aibkan kau?? tu dah kira fitnah...kita ada undang² la...kalau dia aibkan kau, saman je laaaa...dapat jugak kau duit raya free...ye dak???

Sipolan A::  *&)!*??!@



Daripada Abu Sa’id al-Khudri r.a. katanya, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesiapa daripada kamu semua yang melihat mungkar maka cegahlah ia dengan tangannya, sekiranya dia tidak mampu maka (cegahlah) dengan lidah, jika tidak mampu (bencilah) dengan hati, dan perkara (benci dengan hati) itu adalah selemah-lemah iman.
— Hadiths 40

kalau meluahkan kat blog dikira benci dengan hati ke eh?? wallahu'alam...
hehe aku macam terkesima ramai pulak yang sentap dengan entry haramjadah aku tuh...
padahal sebelum tu dah banyakkkkkk entry teguran/dakwah yang aku buat...
tapi tak tahu kenapa entry tu je yang mendapat sambutan...haha~  *kagum dengan diri sendiri*  =P


eh kat mana nak cari kuali murah tapi berkualiti ye?? lagi satu wallpaper untuk dinding...nak yang besar untuk cover seluruh dinding tu *tiba² lari topik*  v(^___^)"






Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015