Showing posts with label Teater. Show all posts
Showing posts with label Teater. Show all posts

Dec 10, 2013

Lawak Ke Der 3...Lawak ke???

Assalamualaikum...


 Weekend lepas aku berpeluang menonton teater Lawak ke Der 3 di Istana Budaya...aku dah follow Lawak ke Der dari episode 1 lagi....tapi sebelum ni tak pi Istana Budaya pun....tengok kat lappy je...mana tah dak encem download...hahaha~  


sementara menunggu show bermula....oh lupa nak cerita...aku tak bawak Zafirah pun masa ni...sebab rules Istana Budaya memang tak boleh bawak budak below 6 years old...tak percaya korang check sendiri Etika Penonton kat website IB...so Zafirah aku passed kat family mertua untuk tolong jaga...mekasehhhh!! ^_^


untuk korang yang tak pernah masuk IB...ni lah ghope dewannya....aku terbayang filem Phantom of the Opera...hikss~  :p


pandangan dari seat aku....oke je sebenarnya....tapi aku banyak tengok skrin atas tu....sebab kat skrin baru nampak jelas mimik muka dorang....huhu~


Pengacara macam biasa lah tak pernah bertukar lagi, Nabil!! 3 pelawak yang beraksi untuk Lawak Ke Der 3 ialah Jambu, Harith Iskandar dan Douglas Lim....kalau korang biasa tengok Maharaja Lawak mesti dah familiar dengan Jambu....cuma bagi aku lawak Jambu masih terlalu 'low' untuk dibawa ke Istana Budaya...maaf....aku harap Jambu perbaiki kelemahan mereka...  :)


Harith Iskandar....yes memang ku nantikan persembahan dia...dari Lawak ke Der 1 memang aku suka sangat tengok persembahan Harith...stand up komedi yang setanding pelawak barat!! (sebab aku suka tengok komedi omputih)...dan kemudian datang pula Douglas Lim....err krik krik...krik krik....sumpah aku tak kenal Douglas Lim...member aku cakap dia biasa berlakon dengan Pua Chu Kang...tapi aku tak boleh ingat muka dia....hahaha maaf...bukan salah dia...tapi masalah otak aku yang pelupa...ngeee~   


Aku cuba buka minda seluas²nya supaya senang nak hadam lawak² yang bakal Douglas buat....hahaha punya la aku tak konfiden si Douglas mampu buat orang melayu ketawa (Douglas punya ayat ma!) :p    dan bila dia mula membuka bicara....ohh wooowwww!!! dia berjaya buatkan perut aku hampir pecah!!!!! lawak gila oiiii!!! gila pun tak lawak macam dia!!!! KAHKAHKAH~   siap dapat standing ovation dari penonton okeh!!!! Harith pun tak dapat standing ovation gitu!!! pehhh kelassssss kau Douglas...first time masuk Lawak Ke Der terus bikin fenomena!! syabas!!! dan aku teruja untuk tengok next show from Douglas!!  ^__^


Dalam 2 jam lebih kitorang bergelak ketawa sampai hampir cramp perut! thank you BroFramestone bagi peluang untuk kami saksikan teater lawak terbaik Malaysia!! 


terima kasih ESCAPE kerana menjadi penaja tiket² kami...  ^_^


Apa itu ESCAPE??

ESCAPE merupakan dunia hiburan peribadi anda yang boleh anda bawa ke mana sahaja.
Nikmati pelbagai video hebat, filem, konsert, berita, acara terkini dan banyak lagi, semuanya setempat.


ni lah tiket kami....seat huruf X yang berharga 176...untuk maklumat lanjut mengenai harga tiket sila ke ticket2u.biz



Berita baik untuk pelanggan Celcom...korang semua boleh sertai peraduan Cuit-Cuit Menang Duit @ESCAPE yang menawarkan hadiah tunai RM5,000...bermula 7 hingga 27 Dis 2013


Caranya??

1) Pelanggan Celcom perlu menonton YouTube Channel – cuit-cuit @ESCAPE atau klik: https://www.youtube.com/channel/UCj_-0IGMHwc2r7tDLv2De2g setiap hari untuk menjawab satu teka-teki yang akan dikemukakan... 


2) Pelanggan Celcom dikehendaki meneka dan menghantarkan jawapan yang tepat dengan cepat ke 20888. Jawapan tak perlu panjang. Cukup dengan hanya satu perkataan.


 Nak tahu dengan lebih lanjut dan untuk menonton Lawak Ke Der Online, Layari laman web ESCAPE!!



 Terima kasih sudi membaca!

Jun 3, 2013

Dulu Blogger, Sekarang Pelakon Teater...pfftt!

Assalamualaikum...



Jumaat lepas aku duk layan teater Alahai Menantu....blogger Along Usop invite....dulu la mamat ni blogger tip top jugak la...sejak² dah jadi pelakon teater ni blog dah jadi suam² kuku...kesian blog beliau...muehehe~

Ekceli dah banyak kali jugak Along duk invite² aku tengok teater kat UKM tu....tak ingat dah berapa banyak invitation yang dia send....satu pun aku tak pernah pi...walaupun jiwa aku ni sebenarnya minat sangat dengan teater² ni tau...huhu~  

Cuma last week Along siap PM aku bagai....aku ni bukan boleh orang duk ngajak beria ni....dah la takde entrance fee...FOC je! UKM tu pulak bukan jauh sangat dari rumah aku....takat 5km apa lah sangat hehh! tu yang lagi membuak² perasaan eksaited nak nengok teater si Along ni.....balik rumah, aku pulak duk pujuk rayu, berpantun, bersyair bagai dengan dak encem....muahaha~  mujurlah ku punyai suami yang sudi melayan permintaan isteri yang kalah permintaan orang mengandung...kehkeh~  :p




Dorang buat kat Panggung Seni....masa ni siap hujan renyai²....eh gigih jugak aku datang....walaupun tersesat bagai sebab tak familiar langsung area UKM ni....belasah! janji dapat tengok teater...yeyy! kali terakhir aku layan teater masa study kat kolej....tengok kat Istana Budaya...teater pasal Pak Lah tak silap...sebab masa tu dia PM kita...dapat tiket free sebab tu aku pi....kihkih~   :p  



Along bawak watak Pak Usop...teater ni teater komedi...Along cakap negori, binik dia, Mak Bibah orang Melaka....pelakon² tambahan pun mainkan peranan jugak....memang menjadik lawak dorang!! sumpah kelakar...! ^__^


Along @ Pak Usop yang pakai singlet putih tu...

Eh aku tak sangka lah student² UKM pandai berlakon...dorang cakap rehearsal 3 hari je...tapi hasilnya macam rehearsal 3 bulan! pfftt! syabas lah semua pelakon dan krew²....sesungguhnya daku sangat enjoy dengan persembahan korang....Zafirah lagi enjoy...siap nak join berlakon lagi....grrr~   letih aku melayan dak kecik tu melasak....nasib baik tak reti jalan lagi...kalau tak, lama dah dia jadi pelakon tambahan dalam tu....hehh~  (-_-")

Aku pun pernah berlakon teater  *nak jugak cerita*....kali terakhir masa sekolah rendah....ada pertandingan masa tu....group aku JOHAN okeh!! hinsff hinssff! tapi nak bersaing dengan dorang ni tak dapek kot....ni otai dah haa...huhu~  :)


penulis blog Life IOI, suami beliau, Zafirah dan Along @ Pak Usop...artis kau nyah! lupa mintak otograf...kahkah~  :p


Aku dengar ramai mintak re-stage...kalau ada roger² kami ye...boleh ajak kaum kerabat lain tengok jugak....best! best!


Korang, minat tengok teater??  (^__^)




 Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015