Showing posts with label Rindu. Show all posts
Showing posts with label Rindu. Show all posts

Jun 22, 2018

I'm Officially Mak Anak TIGA!

Assalamualaikum...



Alhamdulillah, aku selamat melahirkan putera ke-2/anak nombor tiga/bongsu pada 25 April lalu. Baru hari ni rajin nak update blog. πŸ˜


Oke saja la aku nak cerita sikit pengalaman bersalin yang nombor tiga ni. Sudi lah baca. InsyaAllah tak panjang sangat. Lebih kurang abang ngah tu jugak pengalamannya. Beza hospital je. hehe


Actually aku dah start rasa contraction sehari sebelum tu lagi. Malam 24 April tu perut aku duk mengeras2. Sepanjang malam aku asyik terjaga dari tidur, sebab perut mengeras. Berpeluh peluh aku tidur malam tu walaupun ON aircond! Bangun pagi memang lenjun baju aku. lol~


Alarm henfon bunyi macam biasa waktu subuh tu. Aku dah rasa semacam dah. Macam dah sampai masa je. So aku terus kejutkan laki, suruh dia siap cecepat! Garang gila aku pagi tu. kahkah~  Selamba je sound, "Bangun! siap cepat terus pi sepital. Nak beranak dah ni!" 


Laki macam biasa blur blur. Lepas mandi dia blur lagi, "macam mana ni? kenapa pi sepital bukan gi klinik dulu?". Kang bagi penampar jadi isteri derhaka pulak tapi geram jugak lah dengar soklan dia πŸ˜’


Kebetulan memang hari tu ada appointment untuk routine check up, so dah inform office awal2 nak MC. Lepas hantar anak2 pi sekolah aku ajak laki breakfast dulu. Kang nak guna banyak tenaga untuk tahan contraction and push. Laki layan kan je walaupun dia cuak sebenarnya. Heyy anak nak masuk tiga dah cuak mendeeee 


Sempat aku install apps untuk pantau contraction. Ada followers aku yang suggest apps ni. Thank you awak! Membantu sangat tau πŸ˜˜


Aku ajak laki pi breakfast dulu. Lapar. Masa ni dia was was lagi, betul ke kena pi sepital. Kang false alarm macam mana? eh ni bukan first time lah aku nak beranak. Confirm BUKAN false alarm. Memang baby nak keluar dah ni. haha~  Ikutkan masa ni kandungan baru 38 weeks. Belum due lagi tu dia macam was was semacam. hehh~


Tiba tiba dia ajak breakfast kat warung bunian. hahaha gigih sangat! Sekali ramai orang. heyy office hour pun ramai keeee? Korang masuk kerja pukul berapa? πŸ˜‘  Aku oke je nak beratur tunggu food. Tapi laki tak sanggup amek risiko. Dah tiap 5 minit contraction datang, muka aku pun ketat je bila contraction haa cuak lah dia. hahaha~  Aku cakap dah, selagi air ketuban tak pecah lagi takyah risau. Takde nya baby keluar tiba2. Unless air ketuban dah pecah baru la senang baby keluar. Tu pun tak tau ke?


So dia bawak aku pi gerai lain. Area warung bunian tu jugak lah. Aku order roti canai 2 keping dengan teh tarik. Takde selera nak makan, tapi paksa jugak! terkulat kulat aku ngunyah roti canai tu. Kejap kejap kang tahan contraction pulak. huhu


Setel makan terus pi sepital. Kali ni aku pilih untuk bersalin di Andorra Women & Children Hospital. Kat Seri Kembangan sana. Alahh korang google je nama Andorra Hospital. Baru bukak tak sampai setahun. Tapi sebab ada Doctor Khamsiah, doktor O&G yang agak famous dikalangan mak mak area sini, tu aku nak jugak bersalin situ. Laki redhooo. Siapa suruh bagi bini ngandung kan? kahkahkah


Sampai sepital terus pi emergency. Check bukaan dah 4cm! ya tuhann kejap nya. Dah boleh masuk labour room. Jarum tu sebenarnya in case of emergency. Takde masuk drip apa-apa pun. Cucuk sesaja. haha  Masa check bukaan tu doc ada tanya, nak dia paksa lagi tak bukak bukaan tu. Laju je aku jawab, taknakkkk. Sakitttt. hahaha~  Doc pun relek je jawab, "oke takpe, kita tunggu je dia bukak sendiri k".  Wow! masa bersalin Zafran kat HUKM dulu doctor yang buat pilihan untuk kita. hurm


Plan asalnya laki nak tengok Infinity War dengan Zafirah lepas aku setel check up. Dah inform Zafirah awal nanti balik school tengah hari tengok wayang dengan papa. Tapi perancangan Allah takde siapa tahu. Dah tiba-tiba aku nak bersalin pulak. Postponed lah tengok wayang tu.


Sementara tunggu pindah LR, aku layan contraction kat ER tu. Baring mengiring sambil baca zikir nabi Yunus. Dengan harapan bila masuk LR dah boleh terus push. haha~


Sepatutnya LR tingkat 3, tapi FULL! LR VIP ni je yang available. Rezeki aku. Cantik sangat bilik LR.


Last gambar waktu 'gemok' πŸ˜


Lama jugak lah aku contraction. Bila dah tengah hari tu, bukaan dah 7-8cm. Tapi air ketuban tak pecah lagi, so aku boleh tahan lagi contraction tu. Midwife yang jaga aku siap bagi ubat cuci usus bagai. Aku relek lagi main wasap, berjalan gi toilet pun releks lagi. haha~  Then doc datang untuk check lagi bukaan, pastu dia tanya, "nak saya pecahkan air ketuban atau nak tunggu pecah sendiri??"


Ffuhh mencabar gila soklan doc! Aku blur, laki aku lagi la blur. Tapi dia jawab gak, "saya ikut dia lahh dia yang sakit." kahkah ngek!


Aku mintak pendapat doc, which is better. So doc Kham pun explain,
"kalau pecahkan awal, kita boleh tengok baby dah berak dalam perut ke belum, kepala baby pun senang turun sebab sekarang kepala baby tinggi lagi ni. Tapi terpulang pada mama nak macam mana."


So i've made my choice. Aku suruh doc Kham pecahkan air ketuban. Tak sabar lah nak beranak cepat. Tunggu pecah sendiri kang entah pukul berapa aku nak melanguk dalam LR tu kang. hahaha


Tepat jam 2.58PM lahirlah amanah Allah paling berharga. MasyaAllah.


Ni lah dia budak yang melekat kuat kat rahim mama walaupun mama kemain lasak masa ngandungkan dia. hihihi πŸ˜


6 hours after labour. Tak pernah terfikir lah akan jadi mak anak tiga. haha~  Alhamdulillah aku takde masalah apa apa lepas bersalin. Baby pun sama. G6PD pun negatif, so boleh discharge macam biasa. Syukur!


InsyaAllah nanti aku buat entry khas review hospital ni k. Banyak benda aku nak cerita, tak muat sumbat dalam entry ni. Tapi aku memang HIGHLY recommended korang bersalin kat sini. Best gilaaaaa!!! Service tip top. Fefeeling Kate Middleton lah kejap. hahaha


k tu je nak cerita. tata!






Terima kasih sudi membaca!

Mar 28, 2017

Adik gua Buat Surprise

Assalamualaikum...


Khamis 2 minggu lepas, err dalam 16/4/17 gitu tak silap, adik aku buat kejutan yang tak pernah kami terfikir and jangka....memang surprise sungguh² laaa kannn...haha~


DIA BALIK RUMAH!


Balik rumah tu balik Malaysia lahh!! hahaha~  dah la tak inform sesape...eh mak ayah aku pun tak tahu dia nak balik oke! yang kitorang tau dia tak lepas nak pi US sebab Visa tak approved so dia terkandas kat London sensorang...housemate dia je dapat pi sebab dia dah buat visa 2 tahun lepas and valid for 10 years...full stop!


Sekali malam tu dia muncul depan rumah! choii sangat! dia pakat dengan kawan dia dak pikah....dia sampai KLIA kul 6.30pm gitu...pastu kawan dia amek lepas Maghrib...sempat dorang pekena nasi kukus Mama....sampai je depan rumah kawan dia call mak aku....time tu dah kul 9pm+ gitu...mak aku dah landing atas katil pun....ikut hati malas nak bukak pintu...tapi dak Pikah cakap ada barang kiriman adik aku....terpaksa la jugak bangun nak tengok barang kiriman sangat tu kannnnn...sekali....haa tersembul muka adik aku depan pintu...kau ghase?? πŸ˜‘


Aku takde kat rumah time adik aku sampai...aku keluar pi dinner...balik rumah nampak ada unfamiliar kereta park depan rumah...kitorang ingat kawan mak ke kan...sekali bukak pintu nampak muka debab adik...huk alooo! terus pelukkkk! rinduuuu....2 tahun tak jumpa....haha~  yelahh last jumpa masa aku pi London tahun 2015 dulu...lama dahhh...aku makin selim, dia makin debab...lol πŸ˜


Kitorang rahsiakan pasal adik aku balik dari sedara² lain...sebab nak buat seprais kat dorang gak...mana aci kitorang je terkezut...orang lain pun kena terkezut sama! hahaha~


 Dinner with lovely girls! saja mak ajak kazen² datang Bangi...dorang cuti seminggu so nak balik kampung kat Kelantan...sorang dari UIA Gombak, sorang baru lepas amek result SPM kat SMAP Labu, sorang lagi sekolah kat Klang...so sebelum balik Kelantan meh la jumpa kakak sedara korang dari London tuuu...kehkeh~  memasing terkezut tengok adik aku ada kat rumah...😁


Masih lagi rahsiakan kehadiran adik aku kat family lain...kiranya dalam group wassap, facebook, IG tak cerita langsung pasal adik aku...Ahad tu plan nak terjah rumah makcik aku kat Ampang...nak surprisekan dia....haha~


Sekali makcik aku nan hado!! dia pi kenduri kawan dia kat Ipoh...grrrr~  tapi kazen² aku ada laa kat rumah....tapi jadi tak best sebab motif utama nak sepraiskan makcik aku!! arghh apa lahh mak onga niiii....time ni la nak pi Ipoh bagai....hahaha


So, kazen aku belanja lunch....lagipun rumah dia takde air...isu paip pecah rasanya....dorang pun tak makan dari pagi....kebulur dah...sian...ngee~


Kitorang pi @owlerycafe , kat Taman Dagang Avenue...dorang pun tak pernah pi cafe ni...so marilah cuba food kat sini....nyum nyum..


Macam² kitorang order...lapar kan...haha~  total damage RM284 gitu kot...tak ingat....thank you kakyong for the treats!! semoga makin murah rezeki kakyongggg! πŸ˜˜πŸ˜˜


Kenyang makan, pi Antah Tower lak...rumah maklong aku...kebetulan adik beradik ayah berkumpul makan² that day...senang dapat jumpa semua serentak...takyah pening nak pi rumah sensorang...haha


atok rindu nau cucu dia...mujur tak sakit jantung tengok cucu membesar dengan jayanya! πŸ˜


Lepak Antah Tower sampai lewat petang...pastu balik...capek! sebab kekenyangan...kazen aku pi buat Shell Out pulak kat rumah maklong...aku baru tau aku ada kazen chef...LAKI oke! aku pun tak reti masak gitu...huhu~


During weekdays tak banyak aktiviti boleh buat dengan adik aku....kerja kan...mak aku je amek cuti semiggu sebab nak tolong setelkan urusan adik aku....bawak dia balik Parit jumpa tokcik, bawak dia pi Melaka jumpa makcik kat sana pulak, bawak dia pi dentist cabut and operate gigi, pi jumpa orthopedic...haha  memacam lah dia buat dalam masa seminggu kat Malaysia ni kan....


Sampai lah hari terakhir, dia ajak main boling...kempunan sangat katanya...tapi tangan dia tengah tak sihat...dah kata baru jumpa Orthopedic...masa keluar malam tu pulak aku lupa bawak stokin, ayah pun sama...lagi la malas nak main...takkan nak beli stokin baru lak kan...mahal woo kalau beli kat tempat boling tu....


Udahnya aku ajak ayah pi makan je lah...kitorang pi Alamanda....sebab situ tak ramai orang dah sejak IOI City Mall dibuka....selesa sikit jalan....hehe~


Ayah ajak makan kebab...rupanya toke kebab ni jiran aku...kahkah~   tak pernah tau πŸ˜


Then singgah Aeon Big beli barang sikit untuk adik aku bawak balik sana....takde apa sangat pun dia nak bawak balik...mostly makanan je...kain baju takde kot sebab dia balik sini pun selai sepinggang je aku tengok...hahaha


Adik aku dah balik London hari Sabtu lepas...flight kul 10am...naik MAS...kebetulan pulak time dia balik memang tengah Matta Fair...return tix cuma RM2.3k sahaja....sumpah berbaloi beli tiket flight during matta fair....hehe


Jumpa lagi another 2 years sista!! missing u always! πŸ˜˜




Terima kasih sudi membaca!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015