Showing posts with label Hospital Serdang. Show all posts
Showing posts with label Hospital Serdang. Show all posts

May 7, 2019

Adik Baby Warded Kali ke-4

Assalamualaikum...


22 FEBRUARY 2019:
Datang lagi semput adik baby. Macam biasa, punca selsema. Ada la tu berjangkit kat mana². *sigh*


Daripada selsema, membawa ke batuk. Suhu badan pun tinggi, terus attack peparu. Nafas jadi laju sekelip mata je.


Macam biasa bawak pergi klinik As-Salam. Ni je kot klinik yang bukak 24 jam kat Bangi. More, guna panel laki. ngee~


2 kali neb, tak jugak elok. Doktor bagi surat refer hospital terus! *mamapasrah*


Alhamdulillah kali ni tak lama pun tunggu kat emergency. Kitorang pergi waktu siang. Tengah hari tak silap. Lagipun rekod baby memang semua kat situ. Takyah susah² dorang nak tanya macam². hahaha~


Redho je dia. Macam dah faham situasi duduk wad. Tapi masa kat emergency melalak meraung jugak lah. Dia dah fobia tengok doktor and nurses. Nak check BP pun melalak macam kena histeria T__T


3 hari pertama, progress so-so je. Walaupun pindah wad lain yang biasa², nafas tetap laju, so doktor tetap bagi neb 4 jam sekali. Hari ke-3 ni turn laki jaga waktu siang. Aku pergi kerja. Memang gitu lah pun rutin kitorang tiap hari, bergilir duk hospital.


Sebelum tengah hari tiba² laki wasap, baby demam panas, 39 degrees, nafas makin laju. Allahu, tak tenteram dah aku buat kerja kat ofis. Terus bagitau HR nak half day je hari tu. Baby makin teruk T__T  Rezeki aku kerja kat company yang tak berkira sangat nak cuti or EL banyak kali. Bukan sesaja nak EL. Dorang pun tau condition adik baby. Ada setengah company, banyak kali cuti mula la HR perli, apesal anak asyik sakit je? LoL bukan kau jaga pun. Sibuk je.


Sampai hospital, adik baby dah pindah wad KRITIKAL! yaa kritikal! Mak mana tak sedih hoii tengok anak sakit? Aku nangis jugak la masa kat opis. Sampai hospital tak nangis. Takkan nak nangis depan baby? Lagi murung dia kang. lolz~


Tube O2 dah ganti dengan yang lebih BESAR! Neb setiap JAM! Ada wayar untuk check O2 and BP lekat kat kaki dia tu.


Ni la mesin O2 tu. Tak ingat pulak berapa bacaan dia tapi agak tinggi la dia bagi O2 kat baby. iskk~


Sepanjang duk hospital, sangat senang sebenarnya jaga adik baby. Sebab dia SANGAT BAIK dan sangat behave! Sikit pun tak merengek, meraung, melalak. Dia menangis kalau nak tidur, nak susu & lapar. Normal budak lah kan. Aku nak pergi toilet and solat kat surau pun boleh je tinggal dia kat katil sorang². Aku bukak semua tirai, dia tengok la orang keliling. Tak nangis pun kena tinggal. Kadang aku mintak katil sebelah tengok² kan dia. As long puting elok melekat kat mulut, dia oke. Good boy sangat!


5 hari duk wad kritikal, NO PROGRESS. Kalau ada pun SLOW namateyy! Susah hati gila aku masa ni. Macam² cara doktor cuba diagnose adik. Try neb hourly, tak jalan, dorang bagi neb kuat sikit (Comvivent + ventolin), tak jalan jugak! Last² masukkan ubat neb tu thru drip. Masuk dalam darah terus. Doktor cakap kalau cara tu tak jalan jugak kena masuk NICU. Allahu tak tahu macam mana nak cakap perasaan aku masa ni T__T


Syukur jugak ada sepupu doktor. Dia suruh tanya hospital untuk buat blood culture untuk tahu bakteria apa yang serang baby. Lepas 5 hari baru boleh tau result. Korang boleh google je kot blood culture tu apa. Kalau anak sakit lama sangat biasa hospital memang akan buat test tu. Kalau dorang tak buat, korang request lah! Duk sepital gomen, gomen bayar lab test. haha~


Alhamdulillah, after 5 days, doktor cakap takde bakteria/virus yang membiak dalam darah adik baby. Maknanya virus tu tak masuk dalam darah, cuma attack peparu je. Oke boleh lega. huhu~


Yang ubat neb masuk drip tu pun doktor bagi sampai 5 hari. Mula² bagi 2ml per hour kot. Alhamdulillah adik respon baik dengan cara tu. Then doktor kurang kan dos jadi 1.5ml, 1ml, sampai lah doktor puas hati dengan progress adik baby (nafas dah kurang laju). Lega gila bila diagnose berjaya! Takyah masuk NICU yay!


Hari ke-7 kat hospital, kitorang mintak izin kat nurse nak bawak masuk abang, kakak tengok adik. Dorang dah rindu adik. wuwu~ Zafirah tu sentimental gila oke. Malam² nangis rindu adik. Ni lepas jumpa adik pun nangis. Sayang sampai syurga tau!!


Dan sebenarnya adik pun rinduuuu kaklong, abang ngah. Cuma dia tak pandai cakap je lagi T___T


Masa ni baby makin sihat. Tunggu masa nak bukak tube O2 tu. Takyah pakai tube dah. Neb dah kurang jadi 4 jam sekali. Dah boleh pindah wad biasa. Syukur ya Allah!


Lepas cabut tube O2, mama struggle nak bukak selotep tu pulakk T___T  Actually tape transparent ni elakkan pipi baby merah². Kalau sebelum ni pakai tape biasa tu, lepas discharge habis merah² pipi baby. Seminggu jugak nak hilang kesan merah tu. Tapi tape transparent ni memang takde kesan merah kat pipi. yayy!


Kena bukak sikit². haha~  Memang aku letak air pun untuk bukak tu. Tapi still pedih tau. Kena slow².


Makanan sepanjang duk wad. haha! 3 hari pertama oke lagi makan food hospital. Sedap memang sedap. Tapi dah lepas 5 hari tu muak jugak lah. lol~  Laki aku sampai order KFC delivery 😜


Hari ke-10, adik baby dah boleh pindah wad tingkat 6B. Haa ni maknanya nak dekat discharge lah ni. Adik dah takde  pakai drip apa², neb 6 jam sekali. Tinggal antibiotik je lah nak habiskan circle.


'Toys" baru adik. Yang oren tu kena bagi daily (pagi & malam), biru tu bila² perlu. Gomen sponsor ubat tu je tau, aero chamber tu kena beliiii. RM90! Tapi aku tengok Shopee jual RM50+ jurr. Dem! Kena game dengan hospital. LOL!


Gitu haa cara guna dia. Sebab dia baby kan, dia tak reti nak sedut direct inhaler tu. Tu kena guna aero chamber.


Jaga adik masa dah sihat lagi penat wakk. Dia melasak non stop! T__T  Lemau gila badan memasing. Memang tak sabar sangat tunggu discharge. Doktor suruh habiskan circle antibiotik jugak baru dia bagi keluar. Makanya hari ke-11 lah baru adik boleh balik.


HOME SWEET HOME! Happy sangat adik dah balik rumah. hihi~


Setakat hari ni, umur adik pun dah setahun. Kira dah 2 bulan lebih adik tak masuk hospital. Ada je dia selsema, demam and batuk on-off. Tapi TERKAWAL! Memang inhaler tu membantu sangat. Bila nafas dia laju kitorang cepat² bawak pergi klinik untuk amek neb. Pernah jugak la doktor klinik suruh refer hospital sebab dah 2x neb tak elok sangat. Dah siap buat surat pun, tapi kitorang malas pergi hospital. Takat regular neb kitorang sanggup berulang pergi klinik. Bukan jauh pun. Daripada melanguk kat emergency, pastu tak masuk wad. Buang masa. hihi


Doakan adik baby terus sihat ye korang! 💕





p/s: banyak cerita, tapi malas nak menaip. haihh



Terima kasih sudi membaca!

Jan 29, 2019

Parking Alternatif Hospital Serdang

Assalamualaikum...


Siapa biasa berurusan di Hospital Serdang mesti tau betapa hazab nya parking kat situ. Especially during visiting hours, boleh migrain! fuhh!


Maka ramailah orang parking di bahu jalan. Ramai gila sampai menyusahkan kenderaan lain nak lalu.


Ni gambar dari Google map. Sekarang siap ada construction sebelah hospital tu, separuh parking tutup. Lagi serabut kawasan ni oke! Bukan kereta je susah nak lalu, bayangkan kalau ada emergency? Ambulans, truck BOMBA, Polis etc nak lalu pun susah!


Alhamdulillah sekarang dah ada parking alternatif kat MAEPS sana. Jauh sikit lah.Tapi ada shuttle disediakan! Aku dah banyak kali guna perkhidmatan shuttle ni. Adik baby duk keluar masuk hospital je kan, so aku dah familiar sangat dengan parking alternatif ni. hahaha~  Serius tak mengecewakan. Sangat selesa. Shuttle full air-conditioned tau! Tak pernah lagi kena tunggu lama untuk shuttle pick up. Walaupun shuttle ada 2 van je, tapi cepat!


Tak tahu kat mana??


Alah alahh korang. SIGNBOARD SEPANJANG JALAN dorang letak tu amende?? Takkan tak nampak?? adudu~


 Daripada Hospital jalan straight sampai jumpa traffic light ke kanan ni.



 Lepas belok kanan, jalan straight lagi sampai jumpa kawasan lapang ni. Tak sampai 5 minit pun driving dari hospital tu.


 Parking berbayar. WAJIB ADA TOUCH & GO!


 Aku suka park area sini. Stop 1. Dekat dengan main gate pastu shuttle akan pick up sini dulu.


 Ada juga Stop 2. Belah hujung sana tu. Dekat dengan gate keluar. Ikut korang lah nak park kereta belah mana. Luas gila parking kat sini. Tak pernah penuh lagi sepanjang aku berulang ke sini. 


Tak pasti lah kenapa korang sanggup bersesak parking tepi² jalan tu banding parking tempat selesa macam ni? Shuttle tu bawak korang sampai depan lobi oke! Tak perlu nak berpanas, berhujan, berlengas, berpenat. 


For those yang bawak anak² kecil or orang tua check up, aku highly recommend gunakan perkhidmatan shuttle ni. Kesian tengok nenek tua terbongkok² melintas jalan. Uzur, tapi paksa jalan laju² sebab nanti kena langgar kereta T__T   Yang baby² and anak² kecik pun terpaksa berpanas melintas jalan. Alahaii tolong lahh ada rasa simpati dan empati pada 2 golongan ni. Jangan selfish! Pilihan ada depan mata je haa.🙄


 Kalau daripada hospital nak ke MAEPS pulak, korang boleh tunggu shuttle kat jalan depan lobi. I mean jalan yang hala keluar tu. Bukan lah betul² depan lobi. Ada signage jugak kat mana tempat nak tunggu shuttle. Van shuttle ada sticker macam dalam bulatan merah tu. Tak sesat aihh. Aku first time naik sorang² dulu pun helokk je jumpa shuttle. Mata tu alert lah sikit, jangan jalan menonong. Sorry lah garang. Sis nak bagi awareness dan educate korang yang tak tahu. Kalau dah tahu bagus lahh. Syabas diucapkan. Jangan lupa manfaatkan pengetahuan tu. Walk the talk orang London cakap. lols~


Malangnya, parking alternatif ni hanya beroperasi pada hari bekerja sahaja. Weekend or public holiday TUTUP! 😩


Bayaran:
Percuma: 15 minit pertama
RM3.00: 2 jam pertama
RM1.00: Setiap jam berikutnya
RM8.00: Maksimum / Hari


Bagi aku baloi sangat bayaran tu dengan service yang aku dapat. Ni initiatif pihak MAEPS sendiri untuk sediakan parking dan shuttle. Eh aku dah sembang dengan driver shuttle. Driver tu pun staff MAEPS, bukan staff hospital. Kos maintenance shuttle dorang (MAEPS) kena tanggung jugak jadi jangan la pertikai kenapa ada bayaran tu. Kalau taknak bayar boleh mintak menteri kesihatan bagi subsidi. Negara demokrasi khenn, ayuhh suarakan suggestion korang ke saluran yang betulll. Aku mampu taip di blog je sebab orang confirm Google benda ni. Semoga menteri² pun baca artikel aku. Aminnn *beranganitufree 😁✌


Shuttle, van 9 seater tak silap. Syok ye dik naik van 😏


Harap lepas korang baca artikel ni takmo dah parking tepi² jalan ok! Manfaatkan kemudahan yang ada. Kita mudahkan urusan orang, nanti Allah mudahkan urusan harian kita. InsyaAllah.


kbye!





Terima kasih sudi membaca!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015