Feb 27, 2020

Jalan-Jalan Sekitar Patong Beach

Assalamualaikum...


Sambung lagi entry Phuket. Ada sikit lagi. haha~


So lepas pergi ATV ride, dalam tengah hari gitu habis nya, kitorang decide nak round area Patong Beach tu. Alang² nak cari kedai makan untuk lunch yang jauh gila so cuci mata lah sekali kat kedai² sepanjang jalan tu. lol~


 Bangla Road rasanya ni. Waktu siang tak seram sangat lalu sini. Yang faham je faham 😝


 Nama kedai dia 50 baht restaurant. Jauh gilaaaa dari hotel and pantai. Kitorang tengok google map je. Gigih ye menapak. Tak naik tuk tuk pun. Jalan kaki! hahaha~  Tapi food dia memang sedap! Recommended! Zafran tu boleh habis sorang sepinggan nasi dengan telur dadar. Biasa makan nasi mesti share² dengan aku. Tidak pada hari tu ye. Penat berjalan aku rasa, kebulur teruk. haha


 Bangla road


 On the way balik hotel menyinggah la kat 7E yang ada sepanjang jalan tu. Borong coffee Arabus. Upah ais krim dengan gula-gula kat Zafran. Sebab good boy sangat. Penat berjalan pun tak merengek. Baik je.


 Area Patong Beach


 Masa ni kawan aku saja tanya harga parasiling. Tak ingat berapa baht tapi mahal nak arwah. hahaha~  So cancel je lah parasiling. Ayuh balik hotel. Nak rehat!


 Hasil belian. Kecik nau fridge hotel. Mukadimah je baru ni. hahaha~


 Lepas Asar gitu turun swimming pool. Duk hotel mahal takkan taknak try terjun swimming pool dia khenn. Lagipun saja melayan Zafran. Tapi dia penakut kalau takde pelampung. Main air kat tangga tepi² tu je apooo 😑


 Ada kawasan yang air dia tu macam jakuzi. Bila duk bersandar ke dinding macam kena massage. Best! Dah la memang tengah lenguh² badan, dapat massage free pulak. ffuhh~


 Jadi laa berendam gitu² je. Takde orang langsung kat pool ni. Seronok!


 Dalam 15-20 minit je kot swimming. Lepastu hujan pulakk. Zafran pun oke je naik bilik. Janji dah merasa terjun swimming. Dia takkan request lebih² 👏


Balik bilik, tukar baju semua. Then keluar balik. Nak tengok sunset pulak kat pantai.


 Mother and son bonding time ❤


Selesai tengok sunset, kitorang jalan kaki pergi Night Market. Last minute plan ni. Jauh ye perjalanan. Jauhhhh sangat! Tapi demi nak tengok apa ada kat Night Market tu, jalan la jugak. Again, kitorang tak naik tuk tuk sebab nak jimat. Cheapskate gitu heh! 😝


 Worth the walk!! Serius baloi lah sebab banyakkk makanan (halal). hahaha~  Aku ingatkan takde food halal kat sini. Ehh banyak juga ye. Tapi sebab badan dah penat sangat, tak larat nak makan beria. Aku cari lempeng pisang je. lol~


 Banana pancake with nutella tu aku punya dengan Zafran. Megi tomyam ke sup tu opismet aku order. Sedap² semuanya. Harga pun reasonable.


 Air kelapa saiz besarrrrr 4 baht jee! Aku share bertiga dengan opismet (termasuk Zafran) sebab besar sangat. 


Lepas makan, kitorang round cari souvenir kat kedai² belah belakang pulak. Tempat ni macam uptown lah. Ada jual food, ada jual souvenir. Recommended lah Night Market ni. Kalau datang Phuket korang kena try singgah sini. 👍


On the way balik hotel aku dukung jugak lah Zafran tu. Dukung kejap². Kesian pulak dia sakit kaki jalan lama². Then singgah kedai urut nak massage kaki. Sejam massage baru 35baht kot? Massage yang setanding Thai Odyssey!


Settle massage ingat nak jalan-jalan lagi. Sekali Zafran kencing dalam seluar pulakkk!!! eeiii! Kat kedai massage tu taknak pulak dia kencing. Aku pun lupa nak tanya. Tengah jalan kat kaki lima tu baru dia cakap nak kencing. Hotel jauh lagi. Aku siap berlari nak kejar pergi toilet. Tapi tak sempat. Spoil mood betul. Dah tak pasal kena marah 😒


Total steps for that day. pheww~ 


Malam tu senang Zafran tidur. Sebab kena marah kan. haha~ sian pulak. Tapi aku lepas marah anak aku tak biar gitu je ye. Sebelum tidur memang kiss kepala dia pastu cakap sorry sebab marah. Mama marah sebab mama sayang. aagitcthuu.


K tu je nak cerita. bye!





Terima kasih sudi membaca!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015