Feb 13, 2020

ATV Ride Kali Pertama!!

Assalamualaikum...


Maaf lah lama menyepi. Busy menikmati kehidupan kekdahnya. bahaha~


Ayuh sambung lagi kisah percutian ke Phuket. Kot ada yang dah plan nak bercuti ke Phuket juga tahun ni, boleh laa refer entry² aku ni hah. πŸ˜


 Disebabkan ini kali kedua aku datang Phuket, memang tak nak pergi dah island hopping segala bagai tu. So, kawan aku ajak buat something yang aku tak pernah terfikir nak buat pun seumur hidup aku! hahaha~


 ATV ride! Lama juga kitorang berfikir nak naik ke taknak, nak naik keee taknakk. Tak naik rugi. Nak buat ape je kat Phuket kalau tak pergi sini? Tapi bawak anak umur 4 tahun boleh ke? haa soalan last tu terpaling mencabar hampir migrain tiap kali soalan tu terpacul dalam kepala aku. hahaha~


Bila baca-baca review, memang ada yang pernah bawa anak, tapi umur 11 tahun!! Tapi kalau baca T&C, kids seawal umur 4 tahun dah boleh naik. Aku risau orang tak percaya Zafran tu dah 4 tahun. Halus sangat badan dia. LOL~


Ahh tak kisah. Kita redah je! BTW, kids pun kena beli tiket. Beza few ringgit dengan orang dewasa. Huk alohh. Nasib lah bos bagi duit belanja, pejam mata je lah bayar. Bila lagi nak cuba ye dak? Macam biasa lah tiket beli thru web KLOOK. Jimat berganda. Jangan lupa klik Shopback dulu. Bertambah jimat. hihi~


Hari kejadian, tunggu transport pick up kat lobby hotel. Transport kitorang sampai lewat sikit dari waktu yang ditetapkan. Tapi tak la lambat sangat. Still acceptable gitu. Merasa lah Zafran naik jeep, duk seat belakang baru adventurous. kahh!


Transport ni kita share dengan orang lain juga. Maksudnya, lepas driver amek kitorang kat hotel, dia singgah hotel² lain pula untuk ambil passenger. So perjalanan nak ke tempat ATV ni dalam 30-45 minit gitu. Tak jauh mana.


Bila sampai, kena register dulu kat kaunter, tunjuk resit yang korang beli kat KLOOK (better print siap² dari Malaysia, I don't think dorang accept e-receipt yang tunjuk thru phone je). Then kena naik ride lagi untuk masuk lebih jauh ke dalam hutan. huhu~


Mula² aku letak Zafran kat belakang, sebab aku tengok comment² orang semua letak anak kat belakang. Then instructor suruh tukar letak Zafran kat depan. hahaha~  Lega weh! Yelahh Zafran tu dah la kecik kemetot kang aku tak sedar dia tercicir (nauzubillah).


haa macam ni aku pun tak risau sebab boleh peluk dia. Jalan situ agak bumpy, walaupun tak extreme sangat. Just nice untuk first timer and bawa anak² kecik gitu. Aku tak jalan sekali dengan officemate lain sebab kitorang beli tiket asing². So aku dapat satu instructor, officemates aku satu instructor. Route yang sama je tapi tah macam mana dorang tertinggal jauh ke belakang. haha~


Instructor tu ajar cara nak tekan minyak and break and control handle atv tu. Takde percubaan apa pun. Lepas aku cakap 'faham', terus dia bawak je masuk hutan. hahaha~  Confident kena tinggi ye wak. Gabra² kang lain jadinya. lulz~


Masa naik bukit pertama aku fail! Mengundur ATV aku. pheww~  Nasib la aku cekap control minyak. Instructor tu cuak dah tengok aku mengundur sikit lagi nak masuk gaung. adehh. Tak pasal kena bebel, "careful with the baby aaaa"


Ada lalu tempat gajah. Ada pakej yang boleh naik gajah. Tapi aku insaf dah lepas dapat tau dorang seksa gajah² tu semata nak happy kan pelancong.


Aku tengok mat saleh ada je naik. Big NO to naik gajah ok! Jangan support dah aktiviti gini. kalau nak stop amek gambar, boleh request je pada trainer yang bawa korang tu. Walaupun dorang tak mahir sangat speaking, tapi basic² word, 'take picture' dorang faham je. Ramai dah pelancong mat saleh dorang entertained. haha~


Dorang akan bawa korang stop ke Big Buddha temple. Stop dalam 15 minit gitu je.


Masa ni kawan² aku tak sampai lagi. Aku malas nak tunggu dorang so mintak je lah sapa² tolong amekkan gambar. haha~


Aku suruh Zafran posed lompat. Tapi hurm πŸ˜


Nak balik dah.


 Semua gambar² aku, instructor aku yang tolong snap kan. Even video pun dia ada amek. Dia lah pegang phone aku. Sambil bawa atv tu dia snap gambar and video. Kejap² kang dia behenti, "take photo??"  ehh aku ni pantang orang offer, mesti lah nakkk! πŸ˜


Mula² bawa ATV slow je. Takut punya pasal. Time nak balik laju dah bawak. Confident kemain. Lepastu rasa kelakar tengok orang terbabas sebab tak reti control handle. Amboi lupa diri ke apa? hahaha~


Dalam sejam juga ATV ride ni. Seronok!!! Puas hati sangat. Dah la layanan instructor pun awesome! Yelah banyak gambar and video dia amek memang happy gila lah aku. Bila tah nak naik ATV lagi. Kat Malaysia ada tapi tak pasti boleh bawa kids atau tak. Dah jadi mak-mak ni semua aktiviti yang aku nak buat mesti kena kids friendly.


Nak datang lagi ke? TAK!! HAHAHAHAHA!


On the way balik hotel. Transport untuk balik elok ada ekon. Nasib² kot dapat transport macam mana. Upon availability agaknya.


Ok tu je nak cerita. Nanti update lagi eh πŸ˜˜





Terima kasih sudi membaca!

1 comment:

Elly Matin said...

dalam perancangan jalan-jalan ke Phuket juga. Tapi selalunya saya kalau jalan, mesti makannnnn memanjang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015