Assalamualaikum...
Pejam celik, pejam celik, dah masuk bulan Sya'ban kan? Kurang dari sebulan lagi dah bulan Ramadhan. Puasa dah habis ganti ke tu??
Aku ada lagi 7 hari. Out of 30!! phew~ Well, salah timing pulak beranak. Tu yang kena ganti sampai 30 hari. huhu~ Slowly but surely. InsyaAllah.
Ganti tetap ganti, lokasi berbuka tetap onzzz! hahaha~ Salah satu tempat yang boleh kata favorite kitorang untuk iftar:
Aku pernah buat entry pasal resort ni, cerita pasal bilik, swimming pool and breakfast. Boleh klik link kat atas tu
Dalam salah satu entry aku tu ada aku highlight yang F&B kat sini terbaikkk dari ladang! Tu baru cerita menu breakfast. Kali ni nak cerita menu² KHAS sempena bulan puasa nanti. Jangat jilat skrin sudah ye
|
Muka happy gila bila jadi orang terawal merasa menu² buffet ramadhan 2019. Lokasi berbuka dorang buat di Verandah Cafe. Lokasi sama dengan tempat breakfast. |
|
Ruang buffet yang agak luas dan selesa. Takde la berlaga² bahu time amek food. |
|
Pelbagai jenis pencuci mulut (kuih, buah²an, kek dan pastries). Cheesecake sedappp!! Must try! |
|
Menu paling WIN! Ketam and udang. Ni lah menu yang aku looking forward sangat bila datang Cyberview Resort. Masa first time aku berbuka kat sini tahun 2017 dengan geng² kolej aku dulu, memang kitorang aim menu ni je. Bukan senang nak jumpa ok! Susah nak makan?? Hellooo pakai tangan sudahhh! Sinki ada disediakan. hahahaha~ |
Sehingga menjilat jari! Nasib baik ada baby, kalau tak mau berekor-ekor ketam aku belasah. Tok laki pandang kecik besar je kat sebelah. Siapa suruh tak makan seafood? Benda rare macam ni sedap ok sedapppp!
|
More seafood. nyumsss~ |
|
Pelbagai jenis sushi. |
|
Pelbagai jenis ais krim. |
|
Yaa ni antara keunikan menu² di Cyberview Resort. Tahun² sebelum ni dorang buat ice cream Chicken Rendang. This year tukar ice cream Nasi lemak! Nak tau apa rasa dia kena lahh cuba sendiri ok! |
|
Menu bakar² |
|
Boleh tengok muka chef sekali |
Oke tu semua menu² yang diletak di bahagian dalam Cafe. Ada juga stall² di bahagian luar (tepi). Antaranya:
|
Kambing panggang. Entah berapa ekor lah dorang panggang tiap malam. pfft! |
|
Asam pedas ni dorang masak panas tau. Bukan masak siap² dan dipanaskan. Pilih ikan kegemaran korang (Patin, Tilapia, Salmon). Fresh dorang masak depan kau. Nak request ikan low/medium/well cook pun takde hal. Dorang boleh layan. hihihi~ Selain asam pedas, ada juga masak tempoyak. Wow! |
Apa yang aku share dalam entry ni hanya SEBAHAGIAN menu sahaja! Ada banyakkk lagi menu² lain yang dorang akan hidangkan masa iftar nanti. Tak larat aku nak taip satu². haha~ Balik rumah jadi ular sawa je lah masing²
|
Sambil makan or lepas makan, boleh layan view cantik betul² depan Cafe. Tapi boleh tengok je. Kolam tutup pukul 7pm |
|
Surau juga ada disediakan. Sejadah, telekung semua lengkap! Datang bawak makeup bag je. ehhh! |
|
Wajah² kekenyangan |
Jom tempah now!
Walk-in price:
Adult: RM138 nett
Child: RM68 nett
Senior Citizen: 30% discount
Early bird voucher (valid until 6 May 2019):
Adult: RM110 nett
Child: RM55 nett
PROMOTION!!
FREE hot air balloon sunrise ride for 2 pax for every group booking of 200 pax! Ajak bos korang buat company iftar kat sini wei. Baloii!
For enquiry, call 03-8312 7042 / 7041
Terima kasih sudi membaca!
2 comments:
Best2 menu dia.. Aiskrim. Tu rare
Uishhhh.. menu dia best-best semuanya.. Terliur tengok..
Post a Comment