Apr 10, 2019

Buffet Ramadhan Cyberview Resort & Spa 2019

Assalamualaikum...


Pejam celik, pejam celik, dah masuk bulan Sya'ban kan? Kurang dari sebulan lagi dah bulan Ramadhan. Puasa dah habis ganti ke tu??😜  Aku ada lagi 7 hari. Out of 30!! phew~  Well, salah timing pulak beranak. Tu yang kena ganti sampai 30 hari. huhu~  Slowly but surely. InsyaAllah. πŸ’ͺ


Ganti tetap ganti, lokasi berbuka tetap onzzz! hahaha~  Salah satu tempat yang boleh kata favorite kitorang untuk iftar:


Aku pernah buat entry pasal resort ni, cerita pasal bilik, swimming pool and breakfast. Boleh klik link kat atas tu πŸ‘†


Dalam salah satu entry aku tu ada aku highlight yang F&B kat sini terbaikkk dari ladang! Tu baru cerita menu breakfast. Kali ni nak cerita menu² KHAS sempena bulan puasa nanti. Jangat jilat skrin sudah ye πŸ˜œ


Muka happy gila bila jadi orang terawal merasa menu² buffet ramadhan 2019. Lokasi berbuka dorang buat di Verandah Cafe. Lokasi sama dengan tempat breakfast. 

Ruang buffet yang agak luas dan selesa. Takde la berlaga² bahu time amek food.πŸ‘

Pelbagai jenis pencuci mulut (kuih, buah²an, kek dan pastries). Cheesecake sedappp!! Must try!

Menu paling WIN! Ketam and udang. Ni lah menu yang aku looking forward sangat bila datang Cyberview Resort. Masa first time aku berbuka kat sini tahun 2017 dengan geng² kolej aku dulu, memang kitorang aim menu ni je. Bukan senang nak jumpa ok! πŸ˜   Susah nak makan?? Hellooo pakai tangan sudahhh! Sinki ada disediakan. hahahaha~

Sehingga menjilat jari! Nasib baik ada baby, kalau tak mau berekor-ekor ketam aku belasah. Tok laki pandang kecik besar je kat sebelah. Siapa suruh tak makan seafood? Benda rare macam ni sedap ok sedapppp! πŸ˜


More seafood. nyumsss~

Pelbagai jenis sushi.

Pelbagai jenis ais krim.

Yaa ni antara keunikan menu² di Cyberview Resort. Tahun² sebelum ni dorang buat ice cream Chicken Rendang. This year tukar ice cream Nasi lemak! Nak tau apa rasa dia kena lahh cuba sendiri ok! πŸ˜˜

Menu bakar²

Boleh tengok muka chef sekali πŸ˜

Oke tu semua menu² yang diletak di bahagian dalam Cafe. Ada juga stall² di bahagian luar (tepi). Antaranya:


Kambing panggang. Entah berapa ekor lah dorang panggang tiap malam. pfft!

Asam pedas ni dorang masak panas tau. Bukan masak siap² dan dipanaskan. Pilih ikan kegemaran korang (Patin, Tilapia, Salmon). Fresh dorang masak depan kau. Nak request ikan low/medium/well cook pun takde hal. Dorang boleh layan. hihihi~ Selain asam pedas, ada juga masak tempoyak. Wow!

Apa yang aku share dalam entry ni hanya SEBAHAGIAN menu sahaja! Ada banyakkk lagi menu² lain yang dorang akan hidangkan masa iftar nanti. Tak larat aku nak taip satu². haha~  Balik rumah jadi ular sawa je lah masing² πŸ˜


Sambil makan or lepas makan, boleh layan view cantik betul² depan Cafe. Tapi boleh tengok je. Kolam tutup pukul 7pm πŸ˜
Surau juga ada disediakan. Sejadah, telekung semua lengkap! Datang bawak makeup bag je. ehhh! πŸ˜

Wajah² kekenyangan πŸ˜

Jom tempah now! πŸ˜‰
Walk-in price: 
Adult: RM138 nett
Child: RM68 nett
Senior Citizen: 30% discount
Early bird voucher (valid until 6 May 2019):
Adult: RM110 nett
Child: RM55 nett


πŸ“’πŸ“’PROMOTION!!πŸ“’πŸ“’
FREE hot air balloon sunrise ride for 2 pax for every group booking of 200 pax! Ajak bos korang buat company iftar kat sini wei. Baloii!
For enquiry, call 03-8312 7042 / 7041





Terima kasih sudi membaca! 

2 comments:

Azlinda said...

Best2 menu dia.. Aiskrim. Tu rare

Han Hanni said...

Uishhhh.. menu dia best-best semuanya.. Terliur tengok..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015