Jan 15, 2019

Anak Sulung Darjah 1

Assalamualaikum...


 Alala kejapnyaa dia dah darjah 1!! Terasa ngilu² parut czer tengok gambar ni. huhu~  My first born, first love, first motherhood journey. Anak yang paling senang diurus, tak banyak karenah. Makin besar ni je makin mengada. Dah pandai melawan. Amboi baru darjah 1. Tunggu mama beli rotan siapp! πŸ˜’


Sadly, masa hari pertama dia masuk sekolah, mama tak dapat ikut sekali sebab jaga adik baby dalam wad. Ye wakk adik baby tu warded lagi buat kali ke-3. Kitorang celebrate new year kat emergency red zone. Kau rasa aku ada masa nak sakit kepala? Noooo! Nanti lah aku up cerita adik baby tu. Nak cerita pasal kaklong Zafirah duluuuu. Excited gila anak masuk darjah 1..😍


Mujur jugak segala kelengkapan dia dah setel beli sebelum adik baby warded. Agak last minute jugak lah beli. Sebab duk menunggu surat dari sekolah tak sampai². Once dah sampai, zasss terus borong kat PasarayaMu, hentian Kajang sana. Sekolah dia dah list kan jenis² baju, tudung and kasut macam mana nak kena beli. Tak boleh beli sebarangan. Contoh kasut, kena warna hitam and jenis kanvas, tudung tak boleh ada awning. gituu~


Baju² kat PasarayaMu agak murah and kualiti setanding Canggih. Aku beli jugak selai brand Canggih. Lepastu tengok kawan² share pasal PasarayaMu, kitorang borong situ je semua. Aku beli kain jenis licin senang nak iron and less kedut. 


Total lost: RM180+:
🎈3 helai baju (total 4 helai termasuk Canggih)
🎈 4 helai kain biru and 1 helai kain hijau
🎈Kasut hitam 2 pasang (kanvas)
🎈Singlet 5 helai
🎈Tudung 2 helai
🎈Serkup kepala 2 helai


Semua below RM20 sepasang. Kasut pun belas² ringgit jeee halahh halahh. Tapi nanti untuk sukan kitorang beli kasut lain yang lebih kualiti. Sebab ramai share kasut mur mur ni cepat lah koyaknya. Stokin 5 pasang kitorang beli kat PKNS, sebab masa pergi PasarayaMu takde stok pulak saiz S.


Stationeries aku beli kat MR DIY. Alahh bukan banyak pun beli. Pencil and pencil color dah ada semuanya. Dapat hadiah dari family day lah, door gift birthday kat tadika, hadiah orang bagi. Bila kumpul² semua hahh jimat duit mama nakkk! Aku just topap mana² yang tak cukup je macam gam, stapler, pemadam. Haa tu je kot. haha~


Last sekali beg sekolah. Punya tak tahu nak beli beg macam mana, sampai lah adik baby warded tak beli² lagi beg. Adudu~  Macam biasa lah aku bergilir jaga baby kat hospital. Aku jaga malam, laki jaga siang. 1 haribulan tu laki datang tengah hari gitu. Aku balik kemas² apa² yang patut, iron mana² kain baju yang laki tak sempat iron, kemas beg siap² letak depan pintu. Then aku tidur jap. Qada balik laa tidur dah malam new year sambut kat ER khenn. hihi~


Aku bangun dalam lepas asar gitu, siap² terus bawak Zafirah pergi Parkson. Depan rumah jurr ya tuhann syukur sangat rumah mak ni center segala benda. Kedai bakery, klinik, kedai runcit, klinik gigi, bank etc, paling best kedai makan, setiap 300-500 meter kot. haha~  Sebab tu tak kisah beli barang kelengkapan sekolah last minute.


Zafirah dah bagitau awal dia nak beg tarik Little Pony. Kat PKNS jual RM150, jenama Disney. Papa cakap mahal. Sampai Parkson, harga RM89.90, keluaran Hasbro. Terus onzz je. Malas nak survey dah. Anggap la ni hadiah dari mama sebab kaklong naik darjah 1 and sebab mama tak dapat hantar kaklong pergi sekolah hari pertama. Sebak oke sebakkk! T____T


Happy sangat dapat beg idaman. Anything for you sayang!!


Malam tu aku pergi hospital, tukar shift dengan papa. Dah pesan dengan mak aku tolong pakaikan tudung Zafirah nanti. Risau papa tak retiiii. huhu~


 First day of school! Segak kaklong! πŸ˜πŸ˜˜


Steady kaklong! Macam ni lahh anak sulung. Berani! πŸ‘


 Video call dengan mama and baby. Aku berjaya tahan air mata! kahh! Tak lama pun dapat vc, lepastu dorang kena pergi perhimpunan pulak. Papa kena dengar taklimat dari cikgu kat surau.


Alala behavenya. Yelahh selected student je yang boleh masuk sekolah ni. Bebudak baik la semua senang cerita. Tak mencabar sangat cikgu. hahaha πŸ˜πŸ™


Then, papa datang hospital, tukar shif lagi dengan aku. Balik sekolah aku amek Zafirah.


 Dah macam belacan haa. hahaha aduyaii kaklong. Eh jangan kata tudung belacan, baju pun belacan! Kat pergelangan dia tu ada stain apa tah. grrr~  Aku spray guna pre-wash Cosway je. Lepas spray, campak mesin basuh macam biasa. Setel. Tak perlu rendam², sental². Kalau teruk sangat kotor, lepas spray tu rendam lah kejap. Pastu baru basuh.


Malam tu papa tidur hospital. Sebab aku nak merasa jugak hantar Zafirah pepagi tu.


2nd day school. Aku pin kan tudung. Mak aku cakap tudung dia longgar. Tu yang tersembol² rambut. Sian anak mama. Lepas dah pin baru la semenggah sikit. Maintain segak sampai petang. yeyy!


Untuk hari ke-2, pihak sekolah tak bagi dah parents tunggu dalam kawasan sekolah. Siap buat announcement. Aku ingat nak tunggu lama sikit, membuang masa nak hantar Zafran pergi tadika pulak. Dah cikgu halau, aku pergi breakfast lah kat kedai.


Makan kenyang². Aku cuti lagi hari tu, tapi kena hantar jugak Zafran pergi sekolah. Lemau sangat pulak cuti lama sangat. Memang lemau punnnn dia boleh bantai meraung taknak pergi sekolah. adoii~  Aku hantar jugak. Pass ke teacher pastu aku balik. hahaha~   Dalam pukul 9++ teacher wasap dia nak buah epal. Tapi dah pukul 11am kot baru baca. Aku sedap mentido kat rumah. Penat oke anak masuk sekolah. Kena berulang pergi hospital pulak lagi. pfft!


Dah bangun tu, aku terus siap² amek Zafran sebab dah janji sekolah half day je. Papa cakap baby dah boleh discharge. So aku terus gerak pergi hospital. Ikutkan budak bawah 12 tahun tak boleh masuk dalam wad. Tapi sebab nak discharge and nak tolong laki pack barang, angkat barang. Tak cukup tangan dia nak angkut semua, nak dukung baby lagi. So nurse bagi je aku and Zafran masuk. Guard memang tak bagi, tapi kitorang tanya nurse and nurse kata boleh. Guard follow nurse. Bukan lama punnnn.


Hari ke-3 (Jumaat), papa hantar Zafirah pergi sekolah. Aku kerja half day petang. Pagi papa jaga baby. Tak berani lagi nak hantar rumah pengasuh so kitorang bergilir lah cuti.


 Hari Jumaat kain hijau. Zafirah ni sekolah Integrasi. Waktu sekolah pukul 7.30am - 3.30pm. Sekali dengan kelas agama. Kalau sekolah kebangsaan biasa kena pergi KAFA untuk belajar agama kan? haa sekolah dia tak payah pergi 2 sekolah. Semua belajar kat situ je tu yang petang baru balik.


Boleh pulak memasing lupaaa hari Jumaat sekolah habis pukul 12pm!! Allahu~  Aku memang duk rumah je tunggu pukul 3pm baru nak gerak amek Zafirah. Sekali papa call cakap sekolah dah habis pukul 12pm!! Tu pun cikgu call dia pukul 2.50pm tanya kenapa Zafirah tak balik lagi? Ya tuhann berderau darah. Laju² sarung tudung, dukung baby yang tengah tidur, masuk kereta zassss gerak pergi sekolah. Macam pelesit dah aku bawak kereta nak cepat sampai punya pasal. adudu~


Sekali sampai haa relek je dia HAI aku balik. Ehh tak sedih ke tunggu mama lama sangat? 3 jam oke!! *tepukdahi*


Mama yang nangis tengok dia. Bukan nangis apa, tudung tuuuu kena teh tarik wakkk. T__T  Abang kantin bagi teh tarik free. Dia bukan duk sorang² kat sekolah. RAMAI lagi student lain yang stay-back. Mostly seniors lahh, ada kelas tambahan kot. Ada sorang kawan kelas dia pun sama balik lambat sebab parents tak tahu waktu sekolah macam aku. kahh! Masa aku sampai ni kawan dia ada lagi. So aku tunggu sampai apak dia datang, baru aku balik. huhu~


Beli jiwa. Dah dia lapar kfc, ikut je lahh. Hari Jumaat takde lunch katanya. Sekolah dia memang ada sediakan lunch setiap hari, tapi tah kenapa hari Jumaat takde? Nanti kena double check balik. Ko tak tau rasa bersalah tu tahap macam mana, walaupun anak aku okay je takde apa. Terbawak² sampai tidur tauu.


Syukur jugak sekolah dia takde budak lepak luar kawasan. Habis sesi sekolah semua tunggu parents amek dalam kawasan sekolah je. Guard memang tutup pintu pagar. Cikgu² pun ramai tak balik lagi. Penuh je kereta cikgu parking dalam tu aku tengok. Lega lah sikit kan. Kalau sekolah lain tu mesti dah viral amek anak lambat². huhu~


K tu je lah kisah 3 hari pertama kaklong masuk darjah 1. 2 minggu pertama transisi, tak belajar apa², minggu ni baru start belajar ikut jadual. Berat nanang beg, nasib la beg ada roda, Kelas dia pun kat bawah je senang tarikkk je beg.


Belajar rajin² ye kaklong. Semoga kaklong jadi insan yang dapat beri manfaat pada seluruh umat Islam seluruh dunia dan berjaya dunia akhirat. AMIN!




Terima kasih sudi membaca!

4 comments:

PeRdU cINta said...

Dah darjah 1 kaklong. Allahu. Alhamdulillah.

Hunnys Seraphine. said...

beraninyer kaklong..bagus la kaklong ni x nangis pon..

Azlinda said...

Besar daa...nxt year anak kami pulak masuk darjah 1

aizamia3 said...

Seronok tengok anak membesar depan mata.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015