Ya Allah tak sangkanya aku dapat habiskan entry family day!! hahahaha~ Syabas untuk diri sendiri
Oke untuk hari ke-2 ni aktiviti nya ialah SUKANEKA. yihaaa!
Uniform sukaneka. Every year memang ada baju family day dan dipakai semasa sukaneka. Kitorang tempah kat one of ahli GBSB jugak. Check out IG @bydolceryna. Tq Iera bagi kitorang harga terbaik dari ladang |
Banner pun adoo! Meriah baq hang! |
Acara start pukul 8.30am/9.00am gitu. Biasa lahh kalut dengan anak² kecik, nak breakfast lagi. Tu kena ada range masa gitu. bahaha~
Untuk aktiviti sukaneka, kitorang buat kat tennis court. Sama macam aktiviti waktu malam hari tu (baca SINI). Pihak resort pun aware dengan itinerary kitorang dan dorang sediakan juga tong sampah and sorang pak guard untuk standby kot. hihi~
Aku sampai court dah agak lewat. Pukul 9am gitu kot baru sampai. Orang dah start senamrobik daaa. Takpe lah, aku suruh je anak² aku join barisan.
Senamrobik Lead by Umie, panaskan badan sebelum mulakan sukaneka. Zafirah tu asalnya malu maluuuu sangat. Taknak join, nak berkepit dengan mama. Huk alohh. Pastu aku tunjuk princess pun ada tuuu. Pi join princess. Haa pastu baru dia oke. Zafran je lahh berkepit. Dia tu anti sosial |
Lepas habis senamrobik, terus buat acara sukaneka. Ada lebih 10 acara jugak lah. pfft! Paling best, cuaca hari tu cantikkk je. Tak panas sangat. Yang penting tak hujan! Well, masa ni musim hujan. Dengan takde plan B. Kiranya kalau hujan cancel terus lah aktiviti hari tu. pheww~ Rezeki menyebelahi kami. Alhamdulillah.
Aku cerita games mana aku ingat je la eh. List ni pun tak ikut turutan. Tak ingat game mana mula dulu, mana yang kendian. haha~ Cekidaut!
Aku cerita games mana aku ingat je la eh. List ni pun tak ikut turutan. Tak ingat game mana mula dulu, mana yang kendian. haha~ Cekidaut!
1. Masukkan Guli Dalam Cawan
Aku suruh Zafirah join game ni. Dia jenis berani mencuba. So banyak jugak games dia masuk. Good job kaklong!
Walaupun tak menang, tetap dapat hadiah. Bezanya hadiah pemenang lagi best. Tapi bebudak kan bukan paham. Janji dapat hadiah semua happy dahhh.
2. Boom
Buat bulatan
Setiap orang kena sebut nombor 1-10
Tapi no 4 dan 8 tak boleh sebut! Kena ganti dengan word BOOM!
Kalau salah sebut / lambat / gagap, dikira kalah. Sila keluar dari bulatan.
Gini laa game boom tu. Video apak² je amek. Video mak mak takde. kikiki~
Pemenang game boom! Tahniah Dilah! Kemain lebar senyum. haha~ Aku mampu bertahan jadi top 10 je. lol. Jadilahh~ Kategori apak² tak ingat lah siapa menang. huhu |
3. Bawa Bola Pingpong Dalam Sudu
Game anak². Team Zafirah tak menang. But still dapat hadiahh. yeyy! |
4. Agah Baby
Game untuk baby² (2 tahun ke bawah). Akan ada sorang wakil dari kami duk agah² baby sampai lah dorang senyum. Baby yang paling cepat senyum dan mudah terhibur dia menang! Kreatif sangat idea games kawan² aku oii. Aku yang terhibur masalahnya. hahahaha~
Team kendong baby. Eh tahun depan nak bawak jugak lah SSC aku |
Nampak tak aunty Wawa aim baby girl je?? diskriminasi sangat ni waaa |
Aku tak ingat siapa menang. Yang pasti SEMUA dapat hadiah! yahooo! |
Tqvm Dilah sponsor set Pocoyo yang super cute!! Korang kalau nak beli gift macam ni boleh terjah IG @littlebambam17. Boleh beli set atau loose. |
5. Tiup Belon Sampai Pecah
Well, siapa lah yang tak tahu game ni kan? Tiup je belon tu. Pastu pecahkan. Siapa paling cepat pecah dia menang. gituhh~ Aku tak join. Fobia lah dengan belon meletop. kahkah |
Pemenang. Hadiah sponsored by Nana |
6. Radio Rosak
Idea game ni dari Rara. Game berkumpulan. 1 kumpulan ada dalam 9 orang kot. Cara main:
Rara bagi 1 ayat pada salah sorang ahli team (orang duk depan sekali)
Orang tu kena hafal ayat tu. Then pass² kan ayat tu kepada ahli seterusnya.
Then ahli kedua pass ayat tadi pada ahli ketiga. Sampai lah habis 9 orang ayat tu di pass.
Orang terakhir akan report ayat tadi pada organizer (Rara)
Kumpulan mana bagi ayat palinggg hampir dengan ayat asal dia lah menang.
Pening ke? hahaha
Ayat yang kena hafal. Panjang oiii. hahahaha |
Ni team aku. Anez orang pertama yang kena hafal ayat tu. Pastu sampaikan pada orang kedua, then orang kedua sampaikan pada orang ketiga and so on. Masalahnya banyak ngelat hoi! kahkah Sakit perut aku banyak ketawa je time ni. Dah camne nak ingat? |
Pemenang game radio rosak (bukan team aku). Tahniahhh |
7. Baling Pundi Kacang
Game ni masa kita kekecik dulu pun selalu main kan? Game berkumpulan. Siapa dapat kumpul pundi kacang paling banyak, team tu lah menang. |
Kira jangan tak kira. |
Yey team Zafirah menang! |
Orang suruh masuk game dia takmo. Tapi dia nak main jugak. haa main lah kat tepi tepi je. |
8. Pijak Belon
Game untuk apak². Mak² tak main game ni sebab buruk sangat gaya kalau mak mak main. hahaha~
Cara main:
Tiup belon sehingga saiz sederhana besar
Ikat pada buku lali kaki
Pijak belon kawan². Siapa yang bertahan belon tak pecah dia menang.
Paham ke paham? Macam ni haa
Laki Pijah juara bertahan selama 2 tahun berturut². ecece |
9. Tikar Ajaib
Setiap pasangan diberikan 1 kotak bersaiz 2x2 kaki. Kena berdiri atas kotak tu, pandai lah nak berdiri macam mana janji jangan terkeluar dari kotak. Setiap 5 minit, kotak akan dilipat dua. So makin lama makin kecil lah saiz kotak. Pasangan yang bertahan paling lama berdiri atas kotak (tanpa jatuh), menang!
Kemain lomantik game. haha~ Juara bertahan, tiap tahun kot dia menang. Iera and asben. Oke jeles. Eh aku tak masuk pun game ni! |
10. Rebut Gula²
Game ni ada 2 kategori:
Anak² 3 tahun dan ke bawah
Anak² 4 - 6 tahun
Aku suruh Zafran masuk game ni. Zafirah tu takyah laahh gigi dah banyak sangat kaviti. kahkah~
Sumbat selagi boleh sumbat. |
Kemainn dalam mulut pun sumbat gegula, dalam baju pun penuh kembung. Mujur tak sumbat dalam pampers jugak ye Zafran! |
Aik kaklong pun kutip gula² jugak? main ngelat ni |
Lepak tepi sambil layan anak makan gegula. Siap bersimpuh ye bang ngahh! |
Untuk kategori 4 tahun ke atas, siapa paling banyak kutip gula² akan dapat hadiah. Tak tau lah anak siapa menang. Aku duk tepi je masa ni. Penat lah dukung baby. Silap tak bawak SSC hari tu.
11. Straw Love
Game berpasangan. Kena transfer straw pada pasangan. Straw pulak perlu dikepit antara mulut dan hidung! Takleh gelak oke main game ni. Kang straw jatuh. arghh!! hahahaha
Paham ke paham? |
Aku tak pasti siapa pemenang game ni. Sebab semua sekali join. 30 pasangan ko ghase? pfft!
************************************************************************************************
Selain games ada jugak anugerah². Macam anugerah ibu penyayang, anugerah anak paling ceria, anugerah mak membawang ke apa tah macam² lah idea dorang ni. Kreatif sangat! Tu aku suka group ni. haha~
Anugerah anak paling ceria. Syafie, anak Cikkin menang. Dorang ni satu family memang ceria manjang. haha~ Tahniah abang Syafie. |
Anugerah lain aku tak ingat! hahaha~
Tu je kot acara yang sempat kitorang buat for 2 hours. Dari pukul 9am - 11am. Yelahh pukul 12pm dah kena check-out. Kang lambat² kena penalti pulak. huhu~ Ikutkan plan asal ada lagi game lain yang nak dibuat. Tapi disebabkan kekangan masa, kitorang buat mana yang sempat je lah. Yang penting semua dapat hadiah berlambak². Penuh kereta uii!
Last photo sebelum bersurai
130 orang semuanya. Meriahhhh! |
It's a wrap! Penat tapi best gilaaa. Anak² palinggg happy! |
Terima kasih untuk semua yang sponsor hadiah. Semoga makin murah rezeki hendaknya. Jumpa lagi tahun depan! Mohon jadi plan kita untuk buat family day 3 hari 2 malam. Lagi best kalau dapat buat area Lembah Klang lagi
Ada sesiapa nak sponsor resort? Gift ke? wahh gituu mintak sponsor awal setahun. hahahaha~
kbye!
kbye!
Terima kasih sudi membaca!
2 comments:
Hahaha.. Harap lakiku dpt kekalkn kejuaraan tahun depan. Karpet ajaib tu mmg xpnah org lain menang eh? Dah2la tu.. Kasi org lain plak.thn depan xpyh main. Hahahah #donedengki
Wah game agah baby tu rare tu, tak pernah dgr lagi org buat benda tu jadi game hehehehe
Post a Comment