Kali kedua datang Perdana Botanical Garden, KL. Piknik punya pasal. Adik beradik mak aku lah ngajak. Ikutkan mak aku nak ajak piknik area Putrajaya je. Banyak jugak garden garden kan. Tapi kemudahan tak sama macam Botanical Garden KL ni. Kat sini ada playground bagai. So sambil piknik, anak² boleh main playground. Idak la dorang boring. Putrajaya tu more to scenery je. Untuk berjogging, main basikal, piknik, tapi takde playground for kids. Entah lahh, mungkin aku belum habis study tempat piknik area Putrajaya. huhu~
Kitorang pi hari Isnin, cuti besday agong masa tu. Seawal pagi dah keluar rumah. Satu benda aku tak suka dengan Tasik Perdana is PARKING! Hazabedah oii! Masa ni tok laki tak ikut. Dia sakit² badan baru lepas teambuilding kat Cyberview. So aku pergi dengan mak aku and anak².
Alhamdulillah perjalanan kitorang smooth je. Parking pun tak susah cari. Park je tepi jalan. bahaha!
Lepak kat Rumah Kartun sementara tunggu kazen aku datang sebab kena tolong angkat barang. Mak aku buat nasi lemak pagi tu. 2 periuk oke! pfft! Tapi tutup pulak tempat ni hari tu. Nak jugak tengok apa ada dalam tu. Siapa pernah masuk? Best tak?
Amek gambar je lah kat belah luar ni.
Bila kazen aku datang, dorang kata port piknik tu agak jauh dari tempat mak aku parking. Maka, mari menapak bakar kalori dan lemak degil!
Dalam 10 minit kot berjalan. Kaklong dengan abang ngah boleh jalan sendiri oke laaa kan. Adik baby kena dukung! Mujur ada SSC. Tapi terasa jugak la lelemak ni terbakar. Dah la cuaca agak panas. pfft!
Sampai je tempat piknik nampak makanan merata². Restock balik lah kalori and lemak yang hilang tadi. muahaha
Semua adik beradik mak aku join piknik. Kazen² aku je tak semua available. But still meriahh
Pandaii panjat ye bang ngahhh |
Bebudak ni main kat playground. Kazen aku tolong melayan. Aku tak larat lah nak angkut baby hulu hilir. Sado sangat kekdahnya. huhu~
Lepak, borak, makan, makan , makan. Puas gila perut aku dapat melantak. Siapa suruh dorang masak sedap² |
Anak dara main tembak² ni apoooo. Dalam family belah mak aku, cucu lelaki ada 3 orang je takat ni, termasuk Zafran, Zafri tu lah. Mostly gegirl. Tapi gegirl lagi ganas ni. hahaha~ |
One of makcik aku bawak set badminton. Zafirah teruja nak belajar main. Makcik aku lah layan. hahaha. Makcik aku ajar cara nak service and amek bola. Surprisingly Zafirah cepat pick up! Amazing kaklong! Mama is so proud. Aku memang ada belikan jugak set badminton untuk bebudak ni kat Decathlon. Tapi tak sempat nak ajar cara main. Now Zafirah dah pandai, seronok lah kitorang layan dia main badminton tepi rumah |
Dah tengah hari, kitorang bersurai. Next year pulak kita piknik lagi. Location lain pliss! Ada suggestion tak korang?
Terima kasih sudi membaca!
5 comments:
Taman tasik shah alam best jugak. Hahaha
Part makan memang happening.. hehehe..
kat lake garden kalau lambat sikit datang ya adoi dia punya park tu. pening. Nak cuba la masuk rumah kartun tu
MeriAhnyA
tak kena byr ke?
Post a Comment