Jul 11, 2017

Syawal Pertama 2017

Assalamualaikum...


Dah nak habis syawal oii. Baru hegeh hegeh update entry..kahkah


ehem tumpang lalu tuan rumah posing ootd raya. Bukan selalu kakak nak ootd gituuu 😝  Baju ni beli dalam 2-3 hari before raya. Mujur ada saiz. Ni pun rembat saiz S. Biasa aku pakai saiz M. Belasah je amek jugak. Siap dapat pesanan penaja, 'u JANGAN gemok!'  
kau ghase? 🙄


Sehari sebelum raya tu pakcik dari Kelantan sampai. Dorang pun raya Bangi tahun ni. Meriah rumah aku. Tak pernah la pagi raya riuh rendah. Tahun ni meriah kemain! mak aku siap beli air fryer and pressure cooker baru demi nak masak lauk sedap² pagi raya. wohoaa!


 Juadah berbuka malam terakhir sebelum raya. Meriah gilaaa. Sedap toksah cakap laaa. Licinnnn


Tahun ni tak main bunga api malam raya. Bajet ketat oke. Bazir je beli bunga api dah la mahal. kahkah~  Dak encem beli mercun pop pop je sekotak besar. Kat Mydin jual RM20, ada 50 pcs gitu (box kecik), tak ingat. Tak main bunga api, family aku bantai layan cerita hantu. The Autopsy of Jane Doe tajuk dia. Aku tengok gitu² je. Faham la plot cerita pasal apa semua. Tapi malas nak tengok beria. Kang termimpi². Eh setan dah tak kena ikat oke! 😑


Aku tidur awal. Takut terlajak bangun pagi raya. haha~




Pagi raya:

Solat raya start pukul 8.30am. Hujan pagi tu, Alhamdulillah. Aku tak join solat raya. Sebab Allah dah bagi raya dulu sebelum tu😝


Sementara tunggu orang lain balik dari masjid, aku tepek mekap. Apesal tah hari tu eye liner tak berapa menjadi. Penat edit, padam, calit, padam, calit. Sampai pedih mata. Last² redho je lah rupa macam mana pun. Janji nampak ada eye liner. haha


 Bersiap. Plan asal nak sarung tudung kaler lain. Tapi aku tak tau tudung macam mana yang matching dengan baju ni sebenarnya. Pagi tu tak dan nak mencari tudung bagai. Dah banyak buang masa calit eye liner je. hehh  last² capai je lah tudung apa ada kat penyidai. Yang penting konfiden cantik!✌



Duit Raya:

Sesi bagi duit raya memang wajib bila dah berkumpul ramai² gini. Walaupun aku tak layak dah terima duit raya, layak bagi duit raya je 🙄 tapi aku wakilkan anak² aku untuk terima duit raya. bahaha


Turn anak² aku collect duit raya...weee!


 Turn cousins aku pulak received duit raya. Eh aku pun bagi duit raya kat kazen² aku. Well, cousins aku ramai student so dorang layak terima duit raya dari aku. haha! Ada 5 orang patutnya. Yang bongsu mana pi tah tak jumpa lak dalam album. Dia paling lambat bersiap. Duk lilit shawl bagai. Kan dah tak masuk dalam gambar 😂


Grandparents with grandchildren 😘


ootd anak²


Family kecik kami. Dah 4 tahun adik aku tak masuk dalam family photo raya. 😩 miss u always sisturrr! cepat lah habis belajar. Boleh raya sama²


Beloved. Family aku and pakcik aku (adik mak).


Setel bergambar, kitorang keluar beraya. Aku pi rumah atok kat Shah Alam, pakcik aku pi Ampang, rumah mak onga (kakak mak). Nanti sambung lagi eh cerita hari raya. Banyak pulak amek gambar so kena buat entry banyak². haha!


Selamat hari Raya semua dari aku sekeluarga. Maaf zahir dan batin andai ada penulisan aku menyinggung, menyentap mana² pihak. Ketahuilah bahawa blog ni blog personal yang bercerita hal-hal peribadi dan kegemaran aku je. Bukan blog gosip. Ai pun tak minat gosip² ni. kihkih~


Mana² yang mengenali aku, jemput la datang beraya ke rumah bila². Tapi inform awal tau. Tidak kalu, ku hidang kuih raya aje. ngeee~


Till next entry, tata!





Terima kasih sudi membaca!

6 comments:

Warisan Petani said...

Meriahnya raya.
Yang lebih seronok tentulah anak2, dapat kumpul duit raya.

- dieyana - said...

selamat hari raya...cantik merah!

kite dh aim thun dpn tema merah..hahha..melampau kan, syawal pun belum habis ada hati nk piker tema segala bagai ;-))

Aty Fared said...

apesal muka ujang di tutup tu.. hahah..

cantik baju ko beb.. selamat hari raya.. nanti buat open house jemput keh.. ;p

Chekgu Azrine said...

yelar..tertnya2 jugak knp tutup muka hubs sis..

neway cantik sgt tema merah..selamat hari raya sis maaf zahir batin

PeRdU cINta said...

Geram tengok Zafirah dan Zafran...adududu...selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin juga ya...

dorsett pink said...

Takpe, janji update blog. Selamat hari raya yana.

P/s : terima kasih kerana membaca entry saya di blog. Tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015