Jun 27, 2012

Ada ke Istilah Susu Cair untuk SUSU IBU???

tidur lena setelah kekenyangan :D


Kadang² nak tergelak pun ada...macam² istilah yang didengari dan disebarkan tanpa mendapatkan maklumat yang tepat. Hai..suka suki je manusia ni kan... Tanyalah pada yang pakar terlebih dahulu sebelum berikan nasihat pada orang lain. Berdosa tau, kalau disebabkan kamu, mummy tu terus stop breastfeeding. Walhal ramai dah taukan, breastfeeding ni perlukan sokongan mental dan emosi yang kuat daripada orang sekeliling...Takpe², harap² mummy sekarang lebih bijak untuk membuat pilihan serta bertindak mengikut akal fikiran serta rujukan yang tepat.


SUSU CAIR seperti ideal, carnation dan yang sewaktu dengannya memang ada kat luar tu. Tapi untuk susu ibu, tiada istilah susu cair sebenarnya. Pandai² je, nampak susu mummy tu cair, korang kata cair dan tak berkhasiat!!! Sekadar perkongsian je kepada mana² mummy yang belum tahu, warna susu ibu bergantung kepada peringkat susu tersebut. Pada setiap kali penyusuan, peringkat permulaan susu ibu adalah lebih cair kerana ianya mengandungi lebih banyak air berbanding lemak. Setelah bayi minum agak lama, barulah susu yang pekat akan dikeluarkan. Susu peringkat ini mengandungi lebih banyak lemak. Istilah yang biasa digunakan untuk peringkat susu ini adalah "fore-milk" - susu awalan (cair) dan "hind-milk" - susu akhiran (pekat). Oleh itu untuk memastikan bayi mendapat khasiat susu ibu sepenuhnya, pastikan bayi menghisap sehingga payudara kosong kesemuanya. Biasanya ini mengambil masa lebih kurang 15 -20 minit untuk setiap belah payudara.


Sudah lumrah manusia, sebelum makan, minum dulu kan. Macam tu jugak baby. Susu yang cair tu sebagai penghilang dahaga dan yang terakhir tulah sebagai makanan berat baby untuk kenyangkan dia. Allah kan Maha sempurna. Kenapa masih ada lagi manusia yang suka² nak pertikai ciptaan Allah yang Maha sempurna ni?? Ada saja alasan nak bagi susu formula. Lagi pulak, yang bikin ati panas tu, bila ada yang menjawab, "alah.... kita pun dulu2 minum susu tepung je...Tak mati pun....Pandai je aku ni...Tak bodo cam lembu pun..."


Aduhai...lemah betul la dengar ni.. Ni bukan masalah boleh bawak mati ke atau isu bodoh. Sekarang ni isunya kita nak berikan yang TERBAIK untuk anak² kita. Betul tak?? Terpulang pada kita untuk membuat pilihan. SUSU IBU adalah yang terbaik dan sempurna untuk anak kita. Allah yang ciptakan, tak layak nak dibandingkan dengan ciptaan manusia yang terbatas. Terpulanglah... kepada setiap individu untuk menilai dan membuat pilihan. Anda yg menentukannya...

"Selamat menyusu. Semoga berjaya!!! "


Sumber::  My Breastfeeding Journey,
diedit ikut keselesaan penulis




Lagi satu aku pernah dengar orang cakap, kalau anak tu banyak minum maksudnya susu kita cair...hahaha memang tergelak besar aku baca statement ahkak tu...Zafirah dah 4 bulan lebih...time office hour dia minum 20oz...(aku tahu time office hour je lah kan sebab sediakan stock ke babysitter...bila dah balik rumah bagi direct feed je...so tak tahu total sehari dia minum berapa oz...rasanya mau 30oz kot...ngee~)


Ada setengah budak baya Zafirah minum tak sampai 20oz pun...so nak kata susu aku cair ke?? ngehehe~  padahal anak aku ikut genetik mama dia...makannnnn je keje *tapi yang buncitnya papa...hahaha~*  ciptaan Allah sememang nya sempurna...Maha Sempurna...! siapa kita untuk menilai?? =)


Tiada anggapan seperti "susu ibu yang lemah." 
Badan anda akan menggabungkan bahan-bahan yang tepat 
yang perlu untuk memenuhi keperluan bayi anda.













p/s:  jum vote kitorang nak pi London! klik ini > http://on.fb.me/LfxC6P dan ini > http://on.fb.me/M5hUw6





Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

16 comments:

bicara mak dara said...

susu ibu susu terbaik.. tiada tolok bandingnya.. semua 4 org anak2 akk akak bagi susu badan terutamanya yang anak nombor tiga tu menyusu sampai 3 tahun lebih tp lepas tu ada orang tua2 kata akk kena stop menyusu kerana kalau dah lebih 3 tahun tu sebenarnya bukan susu tp dah jadi darah.. mmg pelik benor bila dengar tak tahu betui ke idak.. bila tengok rupa mmg susu kenapa pulak diorang memandai kata darah.. tp akk turutkan juga malas nak begadoh dengan keluarga sebelah sana dan berhenti menyusukan walaupun dia susah untuk bertukar kepada susu tepung..

susah juga kan kalau banyak sangat istilah dan maklumat yg dibuat sendiri ni kan.. ibu2 macam kita le yg akan konpius dibuatnya hahaha

safurara said...

huh xsuke org yg ckp mcm tu. " dulu aku minum susu fomula je,tp pandai je " paling xsuka,mmg lah pandai.tp susu ibu ni ada kelebihan kan.rara pon nt nk jugak bf baby mcm k.yana.best nya.

and nk tny ni,kalau sis anta stock susu ke pengasuh,akk letak dlm apa? then pengasuh tu mmg nk eh cairkan susu n tgu sampai susu cair,kalo masa tu anak dh melalak lalak cane?

Anum said...

ya allah comelnya baby dia

Sheila Adziz said...

tak tau la pulak ada istilah susu cair ni... y ptg susu ibu terbaik... wlupun akak dl xpernah minum susu ibu cz dr lahir sampai 4 bulan kena tahan kat wad...

Cik Asma BLuppy said...

alooloo.. tomelnye..!

Cik Asma BLuppy said...

alooloo.. tomelnye..!

Unknown said...

Alooo pipi dia... geram sungguh...

bersama kak Es said...

bagi yang tak yakin dengan khasiat susu ibu ni...ko klua la statement apa punn...semua di betahnya.

kalau tak de khasiat masakan mommies yang bg BF ni nak nyusukan babies diorg. Penat ok!! Dah la breast pun dah serupa cucuk botox...dengan beratnya, dgn seksinya. Tu tak cerita sakit bengkak susu lagi...

Tapi sebab yakin dengan susu TERBAIK yang tak de tolok banding tu...mommies nyusukan dengan penuh kerelaan sambil mencari kekuatan...kan

bersama kak Es said...

Kalau tak..takkan la Quran pun suruh kita susukan anak sampai 2 tahun...kannnn

tiba2 kak Es emo bila org masih lagi tutup minda tentang khasiat susu ibu...grrrrr

eima said...

susu ibu adalah mknan terbaik yg penah wujud di bumi Allah ini .. tiada yang lain ...

klu la aku masih dieberi kesempatan utk sussui anak aku. aku pasti buat ... tp aku tk dpt undur masa ...hanya sesalan dpt aku titipkan... next baby insyaallah

Unknown said...

kadang2 orang yang jenis takde ilmu pengetahuan ni bodo sombong.. lagi kita terang lagi dia takmo denga..macam2 alasan..

Aty Fared said...

heheh..ai dulu pon tak tau pasal ni..biler ai pump2 susu ai 2oz cair jerneh jer..ai ingat sebab susu tu cair..than lepas buat pp n biler susu tu cecah 3-4oz..baru bertambah pekat...yer ar..dulu kan ai bute ilmu pasal ni..asal pump jer setakat 2oz jer dapat..memang ar cair memanjang susu ai kan..ngeeeee...

Unknown said...

SUSU IBU CAIR.... first time aku dengar statement tue... hahahaha

Unknown said...

susu ibu la susu paling terbaik di dunia.. tiada bandingan drpd susu lain.. org yg takde ilmu n suka dengar cakap2 org tu yg payah! nak bf ni kena ada kekuatan mental.. sokongan emosi dr luar.. baru bf berjaya!

Mimy Hamid said...

his alam kenal ..suka baca blog mommy n baby...bertuah nya zafirah dapat sumber susu ibu fully..me BF gak tp dah campur..setakat termampu tp takpe i'm positid still bf jugak...Insya Allah

aizamia3 said...

anak kita.. hanya kita yang tahu macam mana.. orang tu pandai bercakap je.. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015