Pages

Dec 31, 2011

Entry Penutup 2011~

Hari ni last day kita di tahun 2011...
macam tahun lepas aku ada buat entry penutup 2010 <klik>
tu yang best nya blogging ni...
boleh summarize balik kenangan sepanjang tahun...
pahit ke, manis ke, kelat ke, tawar ke..
macam² perasa ada   =)
jum tengok apa kenangan sepanjang 2011 di Life 101...yeyy!



Kenangan Manis::


1)

Tanggal 29 Aprill 2011,
aku dan dak encem selamat diijabkabulkan...yeyyy!!
boleh baca kisah pernikahanku di entry SINI~
bila tengok balik gambar² kahwin baru perasan aku ni
selim gila rupanya...wewiiitttttt~
sekarang dah memboyot...banyak baju dah ketat! grrr~
azam aku lepas bersalin nak pantang kaw kaw...
rasa rugi pulak tempah baju nikah mahal²...
dengan cutting ikut betul² saiz badan aku...
orang lain mana muat pakai saiz aku...hahaha~
so kena paksa jugak diri ni berpantang betul²...
memang nak pakai lagi baju nikah ni....
sayangggggg sangat kalau tak boleh pakai dah  T__T
gambate~!!




2)

Beli peti ais guna duit Nuffnang...
gabungan income blog Life 101 dan Erti Kehidupan...wow!~
kira kenangan manis la niii...
ingat senang ke nak kumpul duit dari blogging..
lepas tu guna untuk beli peti ais?? kau ado?? haha~ 
boleh baca kisah penuh di entry 'Peti Ais Raya'~




3)

aku terkena 'buatan orang'...kehkehkeh~
walaupun lambat sedar diri ni membunting,
tapi syukur sebab semuanya selamat dan terpelihara...
sekarang tinggal lagi 2 bulan (kurang lebih) sebelum bersalin...
errr nervous jugak laaaaaa~  (-__-")




4)

Berpindah ke rumah sendiri~! yeyy!
bukan lah lepas kahwin terus pindah rumah....
lepas raya puasa hari tu baru pindah rumah...
lepas kahwin kitorang duduk rumah mak aku....
dalam 5 bulan jugak la duduk rumah mak...
macam² komen kawan² yang aku dapat...
"tak best la duk rumah mak lepas kahwin..."
"tak berdikari kalau duk dengan mak..."
"takde privacy la duk dengan mak lepas kahwin..."
bla..bla..bla...
annoying jugak nak melayan...haha~
berkat kesabaran, urusan kami dipermudahkan...
berjaya jugak pindah rumah sendiri...
beli rumah dah lama...tahun 2010 lagi dah beli...
sebelum kahwin...
banyak gila proses nak beli rumah rupanya...
lagipun takde masa nak mengemas...
lepas kahwin kami kemas rumah sendiri²...
kudrat laki bini je tau kemas rumah....
sampai tak sedar ada 'rezeki' lain mendatang...haha~
tak dinafikan, memang seronok duduk di rumah sendiri...
boleh buat apa je yang kita suka...
'Rumahku Syurgaku'   (^^,)





Kenangan Tak Best::

* tahun ni tak banyak pun pengalaman kelat...jenuh jugak cari entry mana yang tak best tu...hihi..so ni kira yang paling TOP lah... =)



1)

kereta kesayangan dak encem bergesel dengan van...
masa ni belum kahwin lagi...
tapi dah nak kahwin...
tinggal lagi sebulan gitu sebelum majlis kahwin...
darah manis kata orang tua²...
sebab tu DILARANG keluar/jumpa selalu masa tunang...iskisk~
cerita penuh boleh baca SINI~
sampai sekarang belum tepek cat baru kat kereta tu...
bajet nan ado~  =.=





2)

Life 101 diserang haters!! erk! O__o'
dalam entry "Yang Haram Jugak Sedap!
yang mendapat sambutan menggalakkan dari pembaca..
err menggalakkan ke?? huahuahua *konfiden kena tinggi*   =P
dan beberapa entry yang seangkatan juga dikecam hebat oleh haters²...
tapi...errr ada haku kesah?!

‎"Asyik post pasal nikah, dikatanya gatal, muda lagi, perjalanan masih jauh.. Bila post pasal tutup aurat, dikatanya macamlah tak pernah buka aurat dulu.. Bila post pasal kematian, dikatanya macamlah amalan cukup dah nak ingat-ingatkan orang lain.."

p/s: Apa jua tindak balas manusia, kita tak dapat nak halang, walaupun kadang-kadang pendapat mereka terserlah 'KELAUT', kerana mereka berhak berkata apa saja, namun yang lebih mengetahui dakwah kita, hanya Allah Azzawajalla..  (sumber)





wokeh..tu je lah cerita paling tip top sepanjang 2011...
senyum je bila baca balik entry² lama...
kenangan tuuuuuu~  (^^,)
semoga tahun yang mendatang akan lebih baik dari tahun sebelumnya..
korang ada bercuti ke mana² ke new year ni??
aku attend kenduri kahwin kawan² je...makan free...muahaha~
jumpa lagi tahun depan ye  (esok la tuh)  =P
Assalamualaikum~






Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Dec 30, 2011

Tugas Hakiki Suami Bila Isteri Memboyot #1




Apa lagi kalau bukan KETIP KUKU KAKI ISTERI!! muahahaha~
bila prot semakin membesar adalah sangat susah untuk tunduk ke depan...
even nak solat pun kena duduk...
tak boleh nak sujud...
kalau paksa jugak sujud macam biasa mesti pening kepala..
lepas tu prot jadi cramp T__T


so macam tu jugak bila ketip kuku kaki...
mana sampai weiiii tangan ni nak mencapai kuku kaki tuh...iskisk~
ada seseorang yang berbadan agak GEMOK pernah bangkang alasan aku nih...
dia kata prot dia buncit takde masalah pun nak ketip kuku kaki...
hurmm hanya orang yang TAK PERNAH mengandung je takkan faham situasi ni...


perut yang mengandungi LEMAK adalah lembik!!
prot yang mengandungi ANAK, keras!!
beza hokay!!
sebab tu kalau tengok orang gemok pakai baju ketat-ketat
bila berjalan lemak dia tu macam bergoyang-goyang ikut gerak badan dia...
macam badan tu penuh dengan air je...ewww~  O___o'
kalau orang peknen pakai baju ketat-ketat
nampak macam sarung nangka...kahkahkah~  =P


oke point di sini ialah...
apa guna ada suami kalau tolong ketip kuku kaki pun tak boleh..ye dak?? hihi~
lagipun bila lagi si suami nak berkhidmat untuk isteri tercinta...ecewahh~!
tenkiu cayang! 
Allah sahaja dapat membalas segala jasa-jasa suami  (^^,)














p/s::  apahal indon yang buat tembok ni dah dua hari tak datang kerja..bila nak siap tembok rumah aku macam ni??! grrr~






Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Mutiara Kata (Part 16)



Paksa diri anda membuat kerja yang anda geruni 
dan perasaan takut itu pasti akan menjelma. 
Tempuhi dengan gagah dan perasaan tersebut pasti akan hilang. 
Mereka yang berjuang bersama-sama kita akan menguatkan semangat kita.
















p/s:: hari ni bersantai² di rumah...habiskan annual leave yaww!! \(^__^)/






Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Dec 29, 2011

Alternatif Lain Selain Tekan Right Click~


oh mintak maaf la ye menyusahkan kamu...
akak tak berapa faham ayat tu sebenarnya..haha~
sebab setahu aku setiap link yang aku bagi dalam setiap entry,
memang aku dah set untuk open ke NEW TAB...
maksudnya korang tak payah susah² right click....
klik je macam biasa...
contoh, cuba tekan link INI << klik
mudah bukan??


Ada jugak la link² dalam blog Life 101 ni bukan otomatik open ke new tab...
macam 'older post', segala widget kat sidebar tu dan 'linkwithin' (di bawah setiap entry)
aku tak gheti pulak nak setting...dan malas nak fikir untuk setting...haha~
jadi sebagai langkah berjaga² *ecehh*
ye lah tengah sedap baca² entry
tapi tangan ni gatal nak klik² segala link dalam blog orang tuh..
korang tekan je CTRL + LEFT CLICK (mouse)
sama juga function dengan right click...
page baru akan buka di new tab secara otomatik...
cuba klik link INI menggunakan cara CTRL + LEFT CLICK...
cuba! jangan tak cuba!!
susah payah aku buat entry tutorial hokay...grrr~


erm mungkin ramai juga tak setuju dengan widget 'disable right click' diletakkan dalam blog...
tapi blog aku BUKAN blog tutorial...
blog personal jeww...
mungkin ada yang berpendapat,

"siapa nak ciplak penulisan blog personal??"

"alah kalau orang tu nak copy, macam² cara boleh buat..."

macam² pendapat...hak masing-masing~
aku ada sebab tersendiri kenapa aku buat disable right click...
salah satunya, nampak kewl...kahkahkah  *lempangggggg*
so, harap korang tak keberatan la ye,
untuk merajinkan diri guna alternatif  yang aku dah ajar ni...
ramai tak tahu alternatif ni sebenarnya...
harap entry ni banyak membantu
peace! v(^^,)
















p/s::  malam tadi tak boleh tidur..sakit kat bahagian bawah rahim..baby macam mengeras² gitu...iskisk letihnyaaaaa datang kerja pagi ni  T__T






Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Dec 28, 2011

Bila Yusry KRU Ambil Berkat Ibu Mengandung~

credit gambar to IEB


Bukan aku yang nak bergambar dengan Yusry,
tapi Yusry yang nak bergambar dengan aku...kahkahkah~
berkat ibu mengandung katanya...lalalalala~
saya doakan abang Yusry juga cepat mendapat zuriat...
err abang?? bukan Lisa je ke panggil Yusry abang?? hewhewhew  v(^___^)"


oh gambar ni sempena majlis Pra-tonton Papa I Love you
kat MBO Subang Parade anjuran MIG Online semalam...
tenkiu IEB bagi tiket extra tu kat kitorang..
dapat jugak Ujang lepas gian jumpa Lisa..
well sebelum beliau jadi 'isteri' orang...haha~
aku pulak bergambar dengan tunang Lisa...waaaa~
hensem kot Yusry ni...
walaupun dah 40an tapi smart hokay! *wink wink* (^__^)


Kalau aku rajin nanti aku review lah cerita Papa I Love You ni...
kalau tak rajin korang baca je la blog laki aku...boleh?? ngee~  =P
oke bai~!







Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Dec 27, 2011

Dulu The Sims, Sekarang Castleville Pulakkkk~!


Game kegilaan ramai...
err ramai ke?? muahaha~
ramai laaa kawan² FB aku terjebak dengan game ni..
lepas tu aku pun terpengaruh sekali...kui kui kui~
seronok dapat kawan² gila game...
sebab game² macam ni memerlukan kita berinteraksi dengan orang lain...
macam mintak gift ke, macam² la...
kalau tak ramai membe yang main tak syokkk!  =)





Game ni lebih kurang macam The Sims jugak...
cuma the sims tu lebih kepada deco dan bina rumah sendiri...
kalau Castleville lebih kepada bina kingdom sendiri...pfftt~
gempak je bunyinya...
tapi memang layan wehh main game² macam ni...hahaha~
"macam budak²..."  kata dak encem...
ehhh pakcik aku Tuan hakim pun layan hokay game² kat FB ni...
and majoriti kawan² aku yang layan game ni adalah engineers...
termasuk lah hakuuuu! hinssfffffff~   v(^__^)"


Kalau sebelum ni aku dah hasut ramai orang untuk main  The Sims ,
sekarang aku nak hasut korang main Castleville pulak...
besttttt!! mengisi masa lapang bila ketiadaan kerja di opis...ecehhh~  =P
oh jangan lupa jadi jiran aku ye...
aku pun tengah belajar² lagi nak faham konsep game ni...
so jangan tanya macam²...
sila belajar sendiri...muahahaha~
oke bai~!  v(^^,)

















p/s:: malam ni tengok papa I love u...kalau Lisa ada nak wish congratz kat dia...aku suka je dia kawen dengan Yusry...hensem pe Yusry tu...berkerjaya, berDUIT!! bahaha~  tak elok fikir yang negatif²...kita sepatutnya mendoakan kebahagiaan orang lain  =)






Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Dec 26, 2011

Leceh Gak Makan Buah Delima ni..huhu~


First time makan buah delima...kesian aku..
mahal jugak beli kat Giant...
3 biji dah RM7 ++
boleh beli satu set mc Value McDonald  (-_-")
aku beli pun sebab baca komen sorang akak ni
dia bagitau makan buah delima banyak-banyak boleh naikkan bacaan HB...
tapi macam leceh lak nak makan...
sebab setiap isi dia tu ada biji...
takkan nak telan biji-biji dia tu kan??
so nak habiskan separuh buah pun makan masa setengah jam..bahahaha~
eh ke cara aku makan ni salah??
ada cara lain ke nak makan buah delima??
saya budak baru belajar...lalalalala~  =P











p/s::  proses me-renovate tembok dan pagar rumah bermula...yeyy! dah siap sok baru boleh update  =)





Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Dec 23, 2011

Tazkirah Hari Ini (Part 25)




Wahai isteri::

Selitkan doa setiap masa,
moga Allah SWT mencampakkan hidayah-Nya ke dalam hati suami kita.
Moga lebih cinta dia kepada iman, takwa dan ihsan.
Moga dia terus gigih mencontohi suami teragung, Muhammad SAW.
Mudah-mudahan jua, bersama kita meniti kehidupan dalam redha
dan kasih sayang Allah setiap masa dan ketika!

sumber::  Facebook



Setiap kali lepas solat, amalkan berdoa untuk suami..insyaAllah hubungan kita diberkati..^_^














p/s::  pagi ni appointment scan kat KK...tak sabar nak tau perkembangan baby...jantina?? err tolak tepi dulu...scan kat KK kompem tak nampak...muahaha~  =P






Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Dec 22, 2011

Potato Salad Versi Yanamib


ni dinner aku malam tadi...
sekarang memang tak makan nasi pun malam²...
bila baby makin besar, saiz perut makin kecik ye...
memang tak boleh nak melantak banyak² macam dulu...
kalau paksa jugak melantak nanti sakit tulang rusuk  =(


Setiap malam aku akan buat something simple je untuk alas perut..
biasanya aku makan roti..hihi
tapi malam tadi saja teringin nak potato salad...
idak la salad mana pun...kentang semata...nyum nyum~


Bahan-bahan dia simple je...main ingredients kentang lah kan...
ikut perut korang nak banyak mana...
aku buat 2 biji kentang..
aku sorang je pun makan...
dak encem bukan suka makan benda² pelik ni..
well bagi dia pelik lah...sebab tak pernah makan...
bagi aku biasa je makanan ni...
adik aku selalu buat potato salad ni...hihi~




Lagi aku guna mayonnaise and serbuk black paper...
tak kisah pun jenama apa sebenarnya...
janji ada rasa mayonnaise dan black paper  =)
lagi satu bahan kena ada ialah bawang merah...


Cara-cara membuatnya::


rebus kentang sampai lembut...oh make sure kentang dipotong dadu terlebih dahulu baru rebus ye...jangan biar lembut sangat...nanti jadi mashed potato pulak..huhu...macam mana nak tau dah lembut ke idak?? cucuk je dengan garfu...kalau senang nak cucuk tu means dah lembut la tu  =)




then toskan kentang² tadi...




hiris halus² bawang merah...campurkan terus dalam kentang yang ditos




then masukkan mayonnaise dan serbuk black paper...
gaulkan rata...siap!! 
kacang putih je kan?? ^__^



Tak habis pun aku makan semalam...
so pagi ni bawak bekal datang opis...
breakfast potato salad..yummieee~!
err aku tak pasti lah makanan ni menyihatkan ke idak...
sebab mayonnaise tu bukan ke menggemukkan?? bahahaha~
eh tapi kan kalau korang nak tambah sayur apa² (salad) dalam tu pun oke...
ikut tekak memasing lah ye
selamat mencuba!  (^^,)















p/s::  saja update entry makanan and resipi sebab semalam aku tak jumpa blog yang update pasal masak memasak berserta resipi yang SIMPLE...kalau leceh² ni memang aku malas nak buat...hahaha  so kepada yang rajin memasak tu sila lah update kat blog...saya sangat suka membacanya...boleh bagi idea nak masak/makan apa untuk hari ni   v(^___^)"





Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Dec 21, 2011

Wordless Wednesday #19



dah nak terbersalin baru gheti upload gambar kawen kat FB...ngee~  =P






Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Dec 20, 2011

Hadiah Pertama Dari Ex-Pakwe~

Macam tak sesuai bercerita pasal ex-pakwe
dalam keadaan aku yang nak jadi mak orang sekarang ni ye dak??huhu~
well ex-pakwe aku dengan suami aku adalah orang yang sama...huahuahua~
sekarang dah jadi suami, so kira ex-pakwe lah kan?? kann?? =P
korang boleh baca sejarah cintan cintun aku dengan dak encem
dalam entry 'Kisah Percintaan Aku dan Dia'


Masa baru² kapel biasa lah tak kenal pasangan kita tu macam mana...
tak tahu dia tu jenis romantik ke, sempoi ke, selekeh ke, bla bla bla~
aku pun takde la nak expect apa²...
lagipun dak encem is my 1st love...
mana pernah kapel dengan orang lain selain beliau...
he should be proud of that FACT!!
sebab aku sendiri vangga tahap dewa dengan diri sendiri...hinssfff hinssffff~  v(^__^)"


tiba² kan ada sekali tu dak encem hulur hadiah kat aku...
tapi dengan cara yang paling tak romantik lah...
takde madah², puisi², ayat romantik macam dalam cerita ombak rindu..huhuhu~
kitorang tengah berdiri depan panggung wayang, kat IOI Mall,
tiba² dia cakap, "nah amek ni..."
macam nak jual dadah pun ada gayanya...kahkahkah~
tapi bila tengok hadiah yang dia bagi tu rasa macam,
"ya Allah sweetnya mamat niiii~!!"
sepanjang masa dating tu tak lekang lah senyum sampai telinga...kui kui kui~
rasa kelakar sebenarnya dia bagi hadiah gitu...
sweet...tapi kelakar...boleh?  =P


oh aku tak bagitahu lagi eh hadiah apa dia bagi?? kekekeke~


##

##

##

##

##

##

##

##

##

##

##

##

##

##

##

##

##

##

##

##

##

##





TARAAAAA!!!
ni lah hadiahnyaa!!
key chain yang berukir nama dak encem dan nama aku...auwww~
cincin risik pun ukir nama macam ni jugak...
tapi dah hilang...tak dapat nak riak...
oke mungkin sebab tu cincin tu hilang...
niat tak baik  =.=


eh sweet kan dak encem tu kannn??
cakap sweet cepat!! muahahahaha~
dak encem BUKAN seorang yang romantik...
cuma kadang² dia boleh jadi sweet...
sweet yang sengal~!
serius annoying...
tapi aku suka laki macam tu...err  @__@
sekian terima kasih~!






Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Mula Mencatit Pergerakan Baby..yeyy! ^__^



Minggu ni dah masuk 30 weeks of pregnancy...
semalam pergi check up kat KK bangi,
nurse dah suruh check pergerakan baby selama 12 jam sehari...
make sure dalam tempoh 12 jam tu baby bergerak cukup 10 kali...
well dalam buku ni dia letak 10 kotak je untuk tick...
hakikatnya baby akan bergerak lebih dari 10 kali...hehe~
tapi kalau baby bergerak kurang dari 10 kali
kena cepat² pergi hospital ye..
takut ada masalah pada baby   =)


So setiap hari aku akan mula mencatit...
dari pukul 9am - 9pm...
tak kisah pun pukul berapa nak mula...
janji cukup 12 jam...
sila jadi aktif macam selalu ye nakk!!
jangan buat mama risau...  =)


Semalam juga baru aku tahu,
bila pregnancy dah lebih 27 minggu,
kena buat check up 2 minggu sekali...
bukan sebulan sekali macam biasa...adehh~
tapi aku dah buat appointment dengan hospital Putrajaya (FPP)...
so lepas ni sambung check up kat sana je...
aaa yang tu aku story dengan lebih detail
lepas dah buat check up 4/1/2012 nanti ye...
rasanya ramai tak tahu pasal FPP kat sepital Putrajaya tu  =)


oke tu je nak cerita...
semalam aku cuti...tu tak update blog...
hari ni tangan macam lemau je nak menaip..haha~
oke bai~!  (^^,)






Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Dec 16, 2011

Mengidam yang Serius~!


Kelmarin ternampak satu gerai kat area rumah aku jual manggis...
tiba² macam ada satu keinginan yang sangat tinggi terhadap manggis...
sebenarnya dah agak lama gerai kat situ ada jual manggis...
kat area Bangi pun ada je gerai jual manggis...
cuma selama ni pandang manggis macam takde perasaan...
kali ni perasaan yang wujud tu lain macam sikit...haha~
semalam lepas balik kerja aku mampu ingatkan dak encem
untuk berhenti beli manggis kat gerai tu...
memang ternyata manggis sangat penting bagi aku sekarang...
kalau tak penting memang agak mustahil aku nak ingatkan dak encem untuk membeli..hihi~


sekilo RM5...tak pasti mahal ke murah harga tu...
tak pernah beli manggis sendiri...
selama ni mak yang belikan...
lagipun musim manggis ni sangat jarang kan??
setahun berapa kali je boleh jumpa manggis ye dak??
kali terakhir aku makan manggis pun tak ingat dah tahun bila...
beberapa tahun lepas jugak lah...pheww sangat lama~





Alhamdulillah manggis² yang kami beli semuanya elok², manis² belaka...
budak yang jual tu cakap dusun dorang ada kat Jelebu..
setengah kilo aku bantai sorang² semalam...
malam ni nak bedal manggis lagi...
ada lagi setengah kilo aku simpan dalam peti ais...
dak encem macam tak berminat je nak share...
tak kisah pun...lagi suka makan sorang²...
boleh makan banyak sikit...muahahahahaha~  *keji*  =P


err manggis ni ada keburukan ke kalau makan banyak sangat??
kut la tak elok untuk preggy mom ke..
care to share~  (^^,)






Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Mutiara Kata (Part 15)




Undang-undang alam : 

Tiada peluang tanpa kepayahan; 
Tiada kejayaan tanpa kesakitan; 
Tiada kemahiran tanpa latihan.







Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Dec 15, 2011

KL Tower...BAD SERVICE!!


Baru-baru ni aku pergi jalan² kat KL Tower...
saja bawak sedara mara mak yang baru sampai dari Indonesia round² KL...
bukan senang orang dari seberang nak datang KL ye dak??  =)




Total dalam 9 orang sedara yang datang dari seberang..
semuanya pangkat makcik, pakcik, tok and nenek sedara...
kitorang pergi ni hari Sabtu...malam...
means malam minggu lah kan...
sampai KL Tower dalam pukul 9pm macam tu...
masing² eksaited ni...
termasuk lah aku dengan dak encem...
well kitorang ni nama je duk key ell...
aku pernah naik 2-3 kali je KL Tower..
tu pun takat pergi makan kat restoren pusing tu je...
dak encem lagi kesian..tak pernah masuk pun...ngahaha~  =P




kitorang amek basic pakej je...
kalau ada My Kad RM30 per head...
kalau takde My Kad RM45 per head...
tapi yang berumur 55 tahun ke atas dorang cuma charge RM30 per head...
tak kisah la ada My Kad atau tidak...
mak aku tanggung semua perbelanjaan...
dua orang tak naik...
tok sedara and ayah aku...
tok sedara aku tak larat..kaki tak kuat nak jalan...
so ayah aku temankan dia kat bawah...
11 orang, RM450 semuanya...!! perghh~




Nak dijadikan cerita...
masa kat kaunter tu kan...
lepas dah bagitau berapa tiket yang kitorang nak segala...
minah kaunter tu pun explain yang ada free pakej untuk pergi zoo atau main F1 simulator...
kitorang pilih zoo...
sebab rasa tak relevan pulak orang tua² nak main game arcade  (-_-")


Lepas dia dah settle key in segala info, print tiket,
tiba² ayah aku bersuara...
"eh baik lah awak berdua (refer to aku and dak encem) amek F1 simulator tu...orang lain biar la masuk zoo..takkan awak nak masuk zoo jugak..bukan best pun...dah malam tak nampak apa pun..."


err betul jugak cakap ayah aku...
so kitorang pun pergi balik kaunter cakap nak tukar yang free pakej tu...
untuk dua orang je nak tukar...bukan semua...
diulangi BUKAN SEMUA!!


sekali minah kaunter tu tanpa rasa bersalah pi tinggikan suara kat kitorang!!
"tak boleh tukar...saya dah key in semua data...tadi taknak cakap awal²...memang tak boleh buat apa-apa...saya dah key in...kalau cakap awal² tadi boleh jugak nak tukar!!"


hoi bukan main kasar intonasi minah tu tahu???
banyak lah kau punya dah key in segala...
macam tak boleh edit balik...
ingat aku tak pernah kerja kaunter agaknya...sengal !
mujur lah ada mak ayah aku, tok nenek makcik² sedara time tu...
ikutkan hati aku dengan dak encem memang nak sembur balik je minah tu...
kitorang ni menghormati warga tua tahu??
malas nak gado depan orang² tua...huh!




so kitorang pun naik lah ke atas KL Tower yang gah tu dengan hati yang panas! grrr~
bukan ada apa sangat...
setakat meninjau² pemandangan KL di waktu malam....
ada la a few kedai souvenir kat atas tu...
mak aku pi memborong souvenir bagi family dia bawak balik Indonesia...huhu~
lampu pun banyak dah tutup masa kitorang naik tu...hurmm~


Dalam pukul 10pm gitu kitorang pun turun la bawah balik...
nak pergi zoo pulak...yang free pakej tuuuuu...
sekali korang tau apa jadi???
ZOO DAH TUTUP!!!!
arcade pun sama!!!!
wakluuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu~!!
ayah aku yang stay bawah dari pukul 9pm tu bagitahu,
pukul 9.45pm dorang dah tutup zoo dengan arcade...
woiii malam minggu woiiii...
jadahnya tutup awal sangat??!!!
masalahnya kenapa minah kaunter tadi tak inform awal² zoo tutup pukul berapa??!!
dah nampak kitorang memang 1st timer datang explain la elok² sikit..
kasi detail se-detail-detail nya!!
ni cakap pun macam nak taknak kerja!!
baik duk kampung jaga ayam je cik kak oiii!! grr grrrrrrr~


Ingat murah ke kitorang bayar??
mak aku abih sampai RM450 tapi service macam tahi~!!
serius bengang gila kitorang masa tu...
ayah aku cakap nak komplen kat kawan dia...
which is one of the management workers kat situ...
tak tahu la dah komplen ke belum...
entry ni memang wajib buat...!!
kasi warning to all Malaysians supaya tidak senasib dengan kami...!
oh make sure amek nama penjaga kaunter bila datang sini ye...
aku tak amek nama...
tapi aku ada GAMBAR!!
korang ada contact number pihak management KL Tower??
biar aku post gambar minah sombong tu kat bos dia...
kena pecat lagi bagus! miahahahahahaha~ *keji*



sekadar menceriakan hati yang luka..ecewahh..dorang ni tourist dari pelbagai negara..ada dari Ireland, England, US...mana tah lagi...kagum sebab walaupun lain² negara tapi boleh hang out macam ni..hihi~  ^__^



Adakah aku akan datang lagi KL Tower??
NO WAY!!
kalau datang pun aku nak jumpa minah kaunter sombong tu je...
nak sambung gadoh...kahkahkah~
oh food kat restoren berpusing tu pun TAK sedap!! *takde kaitan tapi mak tengah emo semua nak babitkan!bahaha*


kbai!






UPDATE: Pihak KL Tower dan staff tu sendiri dah contact aku and mintak maaf....KL Tower jugak ada bagi peluang untuk aku redeem balik entrance ke zoo...tapi tak redeem² sebab aku dah nak bersalin + takde masa nak pi sana....since dorang pun dah mintak maaf, aku malas nak besarkan lagi isu ni....daku halalkan ajeeee...mohon jangan ulang mistake yang sama! hantar lah staff² kaunter pi kursus handle customer ke hape...hurmm






Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Memboyot Selama 7 Bulan...pffttt~



Makin lama terasa berat sungguh nak bawak badan ke hulu hilir...
paling terasa bila naik tangga and melintas jalan...
pehhh kena make sure jalan raya betul² kosong baru boleh melintas...
takkan nak lari ye dak??
sebijik macam penguin melintas gayanya  (-____-")


Makan pun kena catu je sekarang...
tak boleh makan banyak² macam dulu...
nanti tulang rusuk mesti sakit...pedih!
aku makan time breakfast and lunch je...
dinner just makan buah, tak pun roti...
bagus jugak macam tu...
sekaligus boleh tolong dak encem kuruskan badan dia...
sebab bila aku tak makan, dia pun kena ikut tak boleh makan...ngehehe~  v(^__^)"


Tidur malam sangat susah nak lena...
tengah² malam mesti terjaga...
sakit pinggang...
sakit tulang rusuk...
mengiring ke kanan tak kena,
mengiring ke kiri pun tak kena...
nak terlentang lagiiiiii lah tak selesa...
cuba lah korang letak guni 2 kilo atas perut tu..
selesa ke tak?? macam tu lah rasanya bila mengandung..hihi~
kalau dah dapat posisi yang selesa tu,
haaa macam tu je lah aku tidur sampai ke pagi...
tak boleh gerak² dah....huhuhu~


Duduk kat opis ni lagi lah seksa..
kena selalu bangun, jalan² tak pun berdiri tepi tingkap...
sebab bila duduk lama² bontot jadi sakit...
tulang rusuk pun sakit...iskisk~



hubby::  macam mana perasaan yu eh bila bawak perut berat² tu?? ada rasa annoying tak?? rimas ke??

aku::  sejujurnya memang ada lah rasa tak selesa...yelah dulu kurus kering...sekarang berat dah naik almost 10kg...rasa berat sangat²...nak bergerak pun susah...kerja pun jadi lambat...cepat letih, cepat mengah...rasa tak sabar nak tunggu baby keluar...hihi~



oh aku bukan merungut...
sekadar memberi penjelasan kepada encik hubby
supaya beliau faham kesusahan ibu mengandung  (^^,)


Setiap kali aku rasa letih buat kerja, rasa macam give up segala...
aku akan fikir macam ni, "beruntung aku dapat pengalaman ni...boleh cerita kat orang...bukan semua orang dapat nikmati pengalaman jadi ibu mengandung..."
dan aku terus bersyukur dengan apa yang Allah beri...
dalam kesusahan, dalam kepahitan,
pasti ada kemanisan  *aku reka sendiri tau ayat tu...sentimental kan??*  (^^,)














p/s::  Nama baby dah ada...tinggal nak confirmkn maksud nama tu je...tak tahu jantina...so cari je nama untuk laki and perempuan...best! best!  (^__^)






Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!


Dec 14, 2011

Ombak Rindu Filem Untuk Perempuan jew~


yeehaaa feeling so good sebab dapat tengok Ombak Rindu..huhuhu~
ikutkan dak encem taknak pun tengok wayang...
nak download je katanya..
tapi sebab skill memujuk dan menghasut aku adalah sangat tinggi,
maka beliau terpengaruh juga akhirnya..muahaha~


hubby::  apa ni yana takde orang laki pun tengok cerita ni..semua perempuan jee...bosan aa..

aku::  apa lak takde laki...abeh sebelah ai ni bukan ke pasangan kapel...ish³

hubby::  alahh semua laki² kena paksa tengok..macam ai jugak...haha~

aku::  cis cis...u tengok je la Lisa....ai nak tengok Aaron...oke?

hubby::  hurmm Lisa je lah pengubat dalam cerita ni...biasa je pun cerita dia...




laki aku letak gambar dia dengan Lisa, aku letak gambar dengan Aaron...fair lah kan?? hahaha~ oh serius jatuh cinta tengok abang Aaron menangis dalam filem ni *abang Aaron??err err~*  =P



Overall aku rasa cerita ni best!
tapi idak la sedih sampai nak menangis...
tengok orang jugak kut...
sebab time aku tengok cerita ni reaksi aku cuma,
"wahh sweet nyaaaa...."
"wahhhh tacingnyaaa..."
"wahhhh Aaron menangis!! machonyaaaa!!!"


oke seriously motif utama tengok filem ni sebab nak tengok Aaron jew...kehkehkeh~
aku tak pernah baca pun novel Ombak Rindu...
tapi macam filem Harry Potter jugak..
dah tentu lah baca novel lebih detail...
lebih feel...ye dak??  =)


Apa-apa pun aku tetap berpuas hati sebab
tergolong dalam pembeli tiket yang 9 juta tu...ngee~
dan Aaron Aziz memang pelaris filem...haha~  (^^,)














p/s::  redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah  v(^___^)"






Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!