Dec 11, 2016

MAHA 2016, Rasa Macam Pergi Merentas Desa

Assalamualaikum...


Siapa dah pergi MAHA?? best kan? kali terakhir aku pergi MAHA masa zaman sekolah...tadi saja laa nak merasa lagi jenjalan MAHA...dan aku tak sangka keluasan dia masyaAllah rasa nak putus kaki berjalan! hahaha   dengan kendong anaknya...aku tak gemar angkut stroller kat tempat sesak² macam ni...aku prefer guna carrier...tapi bila kena menapak berkilo kilo kilometer ya ampun tanjat urat saraf kita wakkk! memang sebijik lah macam merentas desa! pffft!


Tapi kalau korang dah rancang awal tempat apa yang jadi minat korang, boleh terus aim ke lokasi yang korang kenan tu je...tak perlu pun nak round seluruh MAHA...tambah kalau bawak anak² kecik macam aku...sian kang dorang penat nak tidur...dengan berpanas, berhujan...gituuu tips to MAHA 😁


Apa itu MAHA 2016??

MAHA atau Malaysia Algriculture, Horticulture & Algotourism, merupakan satu usaha untuk kerajaan menyokong industri ini. MAHA diadakan setiap dua tahun sekali....


Di MAHA, penternak dan nelayan berpeluang untuk mempamerkan hasil titik peluh mereka kepada umum. Sektor swasta dan kerajaan pula dapat memberi info kepada umum tentang penglibatan mereka dan apa yang mereka tawarkan untuk kemajuan industri.


Produk, servis dan alatan moden antara yang dapat dilihat di sini dan ini sekaligus dapat membuka mata masyarakat untuk menceburi bidang ini secara serius.


Peluang pemasaran produk sehingga ke luar negara (export) juga didedahkan di sini, Ini sekali lagi memberi signal kepada anak muda kita bahawa kerjaya dan pendapatan di bidang ini bukan calang-calang.




Apa ada di MAHA 2016??

meh aku nak cerita sikit tempat² yang aku sempat singgah siang tadi...aku berjaya luangkan 5 jam untuk terokai SEPARUH MAHA...yaa separuh je dapat pergi yeee...kau nak cover keseluruhan MAHA rasanya makan masa 2-3 hari...pfft!



Nafas Cube

Seawal 8.30am dah terpacak di paking lot MAHA, pintu 2...dari situ terus terjah Nafas Cube...first impression bila masuk sini, "WOW!!!!!" tak sangka dalam Mardi pun ada tempat macam ni...haha


Nafas Cube ni tempat penginapan berkonsepkan rumah tube, kontena dan khemah...rate semalaman adalah antara RM150-250 (T&C applied). Pemandangan depan penginapan ni adalah kawasan tasik yang luas dan cantik (lupa amek gambar view tasik,,ampun!)


rumah tube 


khemah...yaa dalam khemah dah dilengkapi dengan katil, meja, kerusi dan kipas...untuk newbie merasa tidur dalam khemah boleh laa try datang sini...kot nak ajar anak² bercamping memang sesuai sangat...jangan risau dengan security di waktu malam sebab memang ada guard yang mengawal kawasan ni di waktu malam...lagipun kawasan ni berpagar...insyaAllah selamat...✌


Tempat makan juga ada disediakan tau dalam kawasan ni...ala ala cafe hipster...decoration nya, food servings nya...menarik sangat! tadi aku makan nasi lemak dengan teh o panas...sedap wooo! bukan laa indah khabar dari rupa...tak tak! portion pun boleh tahan banyak...puas hati makan....tu lah tenaga aku untuk round MAHA...hehe


kebetulan masa kitorang tengah sedap melantak, Dato Seri Ahmad Shabery Cheek datang melawat kawasan...blogger being blogger...terus ajak bergambar...bahahaha  sporting Dato!


Penginapan di Nafas Cube ni akan mula beroperasi dan menerima tempahan dari orang ramai sebaik sahaja habis MAHA 2016! weeee



Laman Perikanan

Lepas puas bersantai di Nafas Cube, kitorang ke destinasi kedua iaitu Laman Perikanan...daripada nama dah tau mesti lah banyak kisah tentang ikan kat sini! lol


Masa ni Zafran dah mula meragam sebab nak tidur...mujur ada surau disediakan...eh surau sangat mudah jumpa sekitar MAHA...setiap zone atau Laman pasti ada sediakan surau (lelaki & perempuan), serta tandas...setengah tempat cuma sediakan portable tandas...nak susukan anak aku lepak surau je....ada ekon...selesa! telekung je tak perasan ada disediakan ke idak...tapi better bawak sendiri lah ye....more convenience...


Salah satu tempat yang aku sempat singgah is Kingdom of Shark...Zafran dah selamat mentido! haha   mudah kerja kami nak melihat² kawasan ni...ngeh²  dalam ni dipamerkan segala yang berkaitan dengan jerung...best bawak anak² datang sini...dorang kan suka tengok and belajar hal² haiwan ni...especially hidupan laut...


Ada masa² tertentu akan ada maskot² seperti Ikan Duyung, Ikan Yu, Penyu dan lain² akan hiburkan korang...eh yang jadi maskot² ni semua bebudak je tauuu...so saiz dorang pendek² je...anak² mesti suka! masa aku sampai takde maskot² ni...on the way nak keluar baru lahhh nampak maskot² comel ni berjalan terkedek² untuk ke tempat pameran...melepas acik nak tengok awak buat persembahan...tak silap dorang ni akan buat persembahan sekali...menarik kan??




Laman Padi

Lokasi seterusnya ialah Laman Padi...kat sini menunjukkan segala benda berkaitan padi...bermula dari menuai benih padi sehinggalah proses menuai dan memproses menjadi beras...


Nak tengok cara orang buat bedak sejuk pun boleh tau! baru tahu bedak sejuk diperbuat daripada beras...kahkah *noob*  eh korang pun boleh cuba sendiri buat bedak sejuk....tapi bukan la dari awal proses...cuba picit² jadi bulat² kecik tu je...hehe


ouh teruja nyaaaaaa tengok sawah padi! maklum lah mak orang bandar...mana nak jumpa sawah padi tetengah KL ni kan...huhu 


korang juga diberi peluang untuk saksikan perlawanan bola sepak di dalam bendang! wohoa! tinggi stamina tu bang! hebat! bukan senang ye nak bergerak dalam lumpur, apa lagi kau nak berlari, main bola sepak?? ohmaii




Laman Nanas

Laman Nanas ni tempat yang paling aku tunggu untuk terjah! haha  sebab ada jual nenas MD 2! terbaikkkk! 


dalam ni, macam² info pasal nanas korang boleh cedok...ada juga contest bergambar dengan 3D wall...menarik sangat oke! korang kena cuba! serlahkan bakatmu...ecehh


Sebelah kiri bangunan ni pulak ada gerai² jualan hasil nanas...ada jus, buah nanas, kek nanas juga produk daripada pokok nanas! wohoaa!


kalau korang dahaga, boleh beli air jus nanas MD 2 dari kedai brader Hazman ni...bukan takat jus, buah nanas pun ada dijual...nanas MD 2 ni sejenis nanas yang tak tajam...so tak perlu risau lidah kau pedih bagai dihiris² lepas makan nanas...aku siap bagi Zafran makan...relek je dia...huhu




Laman Armada Jentera

Seterusnya aku ke lokasi ni...dalam ni ada pelbagai pameran jentera yang digunakan khas untuk pertanian...eh zaman makin maju makin canggih, semua dah guna mesin je sekarang ni...kurang dah guna tenaga manusia... 


Jentera² ini ternyata menggandakan hasil pertanian berlipat kali ganda! Apa yang menakjubkan adalah jentera ini bukan sahaja jentera² biasa kita lihat di kaca tv, malah ada yang lebih canggih dan besar daripada itu...eh nak tahu kena la datang sini tengok sendiri...heeeeee





Laman Ternakan

Lokasi kat sebelah Armada Jentera jeee...jalan kaki pun boleh..tak payah naik tram...hehe


Kat sini ada dipamerkan lembu sado! kau ingat manusia je boleh sado?? kesadoan itu milik semua makhluk tahu?? hahahaha


Tak percaya tengok ni haaa


sado kannn..ngee


Kat sini juga ada menceritakan macam mana dorang dapat lembu baka sado macam ni...siap tunjuk cara dorang dapat kan sperma lembu jantan, pastu masukkan dalam vagina lembu betina...ada kaedah khusus ye...it's all about technology bebeh!


Antara keistimewaan lembu baka ini ialah kualiti dagingnya yang berprotein tinggi, kandungan lemak yang rendah, daging lebih lembut dan kandungan kolagen juga rendah...saiz organ dalam lembu sado ini juga kecil...


Ekceli ada banyak lagi haiwan lain dipamerkan di sini macam burung merpati, ayam dan sebagainya...tapi masa aku sampai sini hujan mencurah²...makanya sempat tengok lembu sado aje lah...hihi


Kawasan ni menjual segala mak nenek produk tenusu...semuanya susu segar! susu lembu ado, susu kambing pun ado...macam² perisa ikut tekak dan selera memasing...produk dari jenama Farm Fresh pun ada kat sini...


tapi diingatkan, kalau korang berniat nak beli susu kat sini, better bawak cooler bag! sebab aku ada baca review orang cakap bila sampai je rumah susu basi walaupun letak depan ekon dalam kereta...susu segar kan takde pengawet...kalau ikut suhu bilik katanya tahan 4 jam...tapi biasa aku beli less than 4 hours dah basi...uhukk  bazir!


oke setakat tu je lah perjalanan aku dalam MAHA 2016 hari ini! ikutkan banyakkkk lagi tempat nak dilawat...tapi anak dah meragam tak puas tidur...dengan hujan nya...sian kat anak tu je...hehe  jangan la tanya kenapa tak tinggal...ada lah sebabnya...hal peribadi aku takyah la korang sibuk nak tahu...✌




Jom ke MAHA 2016!

Sebelum ni aku agak skeptikal dengan pengunjung² MAHA...kenapalah dorang sanggup bersesak² dengan hangkut anak² yang ramai datang sini?? best sangat ke?? sebab aku ingatkan MAHA ni sekadar menjual makanan, minuman dan produk² kesihatan keluaran tempatan dengan harga yang rendah berbanding di luar MAHA...


Tapi lepas aku dah melawat sendiri sebahagian besar kawasan MAHA ni, haaa baru faham kenapa orang sanggup bersesak² ke sini bawa ahli keluarga...tua, muda, kanak², babies semua lahhh jadi pengunjung MAHA...


Aku juga suggest korang melawat MAHA...at least sekali seumur hidup pi lah lawat...tak payah round semua kawasan pun...apa yang aku dah cerita kat atas nun, pilih je mana yang jadi minat dan kegemaran korang...haa fokus kat tempat tu je...lagipun bila dah aim gitu, senang nak melihat², membelek², membeli² *ehh!* baru lah berbaloi setiap wang yang korang belanjakan! gituhh tips MAHA lagi aku bagi...hehe


Jom tengok timelaps pengunjung² MAHA..wohoa!



Info MAHA 2016:

Tarikh: 1-11 Disember 2016
Masa: 10am - 10pm
Lokasi: MAEPS, Serdang





Terima kasih sudi membaca! 

Dec 10, 2016

Parcel of Joy daripada LAZADA Sempena Online Revolution

Assalamualaikum...


Hujung tahun dan SALE memang tak dapat dipisahkan....kena pulak targeted audience orang perempuan macam haku....seorang wanita biasa yang tak tahan dengan godaan sales menggila....hahaha~


Dah la aku memang jenis suka online shopping...klik klik masuk cart, bayar thru online banking pastu tunggu je abang posmen hantar barang sampai depan pintu....rasa macam dapat hadiah sepraissss...tapi beli sendiri! kahkah~   reward untuk diri sendiri kekdahnya...jadi lerr...janji bahagia gitu...huhu~



Salah satu website yang buat sale menggila ni LAZADA lah!! online revolution katanya....cis! banyak dah duit aku habis kat Lazada....hahaha~  eh semua yang aku beli tu berbaloi kot...paling best Lazada ni rata² barang dia FREE Shipping...harga barang dah la memang sedia murah...kos shipping FOC lagi dia bagi...eh apa lagi kau nak?? haha


LAZADA Online Revolution merupakan jualan secara online terbesar di Asia Tenggara dan Lazada Malaysia menawarkan rangkaian barangan lebih daripada 1000 jenama dan 55 000 peniaga tempatan dan antarabangsa. 


Untuk pengetahuan korang, Online Revolution 2016 adalah kali yang kelima sejak pelancarannya pada tahun 2012. Dengan tema "Brands for All" (Jenama untuk Semua), promosi terhebat Lazada ini akan berlangsung selama 1 bulan bermula dari 11 November 2016 sehingga 14 Disember 2016. Walaupun sekarang pertengahan bulan tapi memang ramai yang ambil kesempatan untuk borong barang-barang keperluan dengan harga murah dan berbaloi sangat! Antara jenama yang mengambil bahagian adalah seperti Drypers, L'Oréal, Nestlé, Tefal dan jenama-jenama lain seperti Prodiet, Microsoft, ZTE, Goon, Bosch, Tesco, Mattel, dan banyakkkkk lagi!


Baru ni Lazada kirim Parcel of Joy...hadiah untuk pelanggan setia kekdahnya...kahkah~  mana la tak setia! sawan aku tiap kali bukak website tu 😝


Antara barang yang ada dalam Parcel of Joy:

💕 TP-Link (lupa masukkan dalam gambar)


Klik je kat mana² produk 👆 yang korang kenan dan boleh terus add to cart...wohoaa!


Jom closed-up! 👇


Untuk blogger tegar macam daku ni memang patut beli TP-Link WiFi Range Extender...senang nak update blog di mana²...contoh kat hotel...biasa hotel memang ada sediakan free wifi, tapi coverage dalam bilik pulak low...dengan TP-Link tak perlu risau lagi pasal coverage! dia tolong tarik coverage untuk kita...ngee- berminat boleh klik SINI...nak set-up senang je...tengok youtube! hehe✌


Nescafe White Coffee perisa pandan...first time merasa...not bad!


Maggie Oatmee ni pun first time dengar and first time nak merasa...haa belum try masak lagi...tak sempat...tapi teruja nak cuba! 😁


Maggie Royale ni biasa dengar and biasa nampak kat pasaraya...dapat pulak perisa Tom Yam Seafood...huii feveret sangat perisa tomyam! nyam nyam


Susu penuh krim Just Milk dari Nestle...kongsi² minum dengan Zafran...budak hensem tu bukan boleh tengok orang makan minum semua dia nak sebat...haha


L'oreal Dual Stylers ni jel rambut...sesuai untuk yang mempunyai rambut bermasalah macam rambut kering, rambut bersimpul etc....macam anak dara aku tu rambut dah cantik macam rebonding...tapi tiap kali sikat mesti ada drama jerit²...sebab rambut dia senang kusut and bersmpul²...sapu jel ni mudah sikit nak sikat 👍


Mini bag dari Lactokid...dalam tu isi Cerelac Nutripuff...alaa macam cornflakes untuk babies...rebut² dua beradik tu makan...haha  nanti mama beli lagi ye...alang² tengah sale niii...beg tu pulak boleh jadi pencil box Zafirah...nak isi barang mekap tak muat kecik sangat...ke barang mekap aku yang banyak sangat?? lolz😁


Lastly, beg Ola Bola dari Milo! wohoaa! besar beg ni...sesuai jadikan bag baju untuk holiday....khas letak baju anak²...me love it!! eh korang kalau nak dapatkan beg ni pun boleh tau...cara dia korang kena beli mana² produk Milo yang ada mentioned FREE gift untuk pembelian tu...


Macam ni👇


best kannnn...



Apa lagi korang? jom shopping kat Lazada.com.my ...sementara tengah sale ni...kang nyesal...jangan cakap ahkak tak payung!😝





Terima kasih sudi membaca!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015