Jan 30, 2019

De Mata Trick Eye Museum, Yogyakarta

Assalamualaikum...


Lagi tempat menarik di Yogyakarta. Kan dah cakap ada lagi 2-3 tempat aku belum cerita. haha~  Throwback 2 tahun lepas, don't care! Janji hapdet. Eh ramai traveler refer blog aku tau. Especially those yang nak bawak kids untuk travel. Kalau aku tak habis cerita, kesian lah kan. hihi~


Oke untuk lokasi kali ni, masih lagi dalam hari ke-3. Kalau korang tengok balik entry itinerary Jogja, tengok yang day 3 tu, pack namateyy.


Plan asal, lepas balik hotel takmo pergi memana dah. Kaki aku cramp dah masa ni. LOL~   Tapi parents aku ajak dinner sekali pastu mak cakap ada 3D museum. Dia nak bawak cucu² dia. Tak sampai hati sisz nak tolakkk. Ajommm! πŸ˜


 Parents aku upah supir yang sama kitorang upah masa first day sampai Jogja. Dari pagi ayah aku guna khidmat dia sebab ayah pergi main golf. So malam tu dia jugak la bawak kitorang berjalan. Actually dia pun tak tahu sangat jalan pi restoren yang mak nak pergi and 3D museum ni. Kena guna waze jugakk. Hak alahh~  Aku memang tak kenan sangat supir tu. Berkira! Ayah aku lak kemain baik bagi tips banyak². Bazir je. πŸ™„


Oke museum ni agak besar tau. Since kitorang sampai pun dah malam, so sempat visit 1 bahagian je, which is 3D museum, De Mata 1. Ada 3 jenis 3D museum, lain² tema. Aku tak ingat kitorang pergi ni tema apa. Wax museum pun ada tau!


Jemput layan gambar² kitorang dalam tu. Maaf la muka sememeh je tak sempat mandi hoii. Anak² je sempat mandi and bertukar baju. haha~   Dengan kaki sakit nya, haa kira canggih la kitorang dapat posing dengan banyakkkkk sekali! πŸ˜πŸ‘


 By the way, Zafran memang tak bagi kerjasama langsung masa ni. Kerja dia spoil gambar orang πŸ˜‘  Dia tak mengamuk or tantrum. Tapi perangai menyakat tu memang kuat, sampai sekarang oke! Sambil sengih² je dia pedajal gambar orang. So memang takde gambar yang helok dari anak nombor dua tu πŸ˜’



 Rasa nak nangis masa ni sebab sakitttt sangat nak angkat kaki tuuu T__T   Tapii demi gambar yang cantikkk sis tahannn! haa tepokkk! πŸ‘


 Salah angle amek gambar, don't care! hahaha~



 Kaklong je bagi kerjasama 200%. As usual! Dia pun penat jugak tu, tapi memang senang dengar arahan. Well done kaklong! πŸ˜˜



 Cubit nak?





Tu je lah kot yang aku boleh share. haha~  Banyak gambar lain lagi rasanya tapi mana pergi tah. Takpe lah. Yang ada ni pun dah cukup banyak.


Korang boleh refer details bawah ni pasal 3D museum ni. Harga tix semua korang refer je web dorang k πŸ‘‡

More Info:
Lokasi: XT Square, Jl. Veteran No.150-151, Pandeyan, 
Umbulharjo, Kota Yogyakarta, 
Daerah Istimewa Yogyakarta 55161, Indonesia
Website: https://dematamuseum.com/
Telefon: 0274 - 380809 | (09.00 - 17.00 WIB)
Email: museumdemata@gmail.com





Terima kasih sudi membaca!

Jan 29, 2019

Parking Alternatif Hospital Serdang

Assalamualaikum...


Siapa biasa berurusan di Hospital Serdang mesti tau betapa hazab nya parking kat situ. Especially during visiting hours, boleh migrain! fuhh!


Maka ramailah orang parking di bahu jalan. Ramai gila sampai menyusahkan kenderaan lain nak lalu.


Ni gambar dari Google map. Sekarang siap ada construction sebelah hospital tu, separuh parking tutup. Lagi serabut kawasan ni oke! Bukan kereta je susah nak lalu, bayangkan kalau ada emergency? Ambulans, truck BOMBA, Polis etc nak lalu pun susah!


Alhamdulillah sekarang dah ada parking alternatif kat MAEPS sana. Jauh sikit lah.Tapi ada shuttle disediakan! Aku dah banyak kali guna perkhidmatan shuttle ni. Adik baby duk keluar masuk hospital je kan, so aku dah familiar sangat dengan parking alternatif ni. hahaha~  Serius tak mengecewakan. Sangat selesa. Shuttle full air-conditioned tau! Tak pernah lagi kena tunggu lama untuk shuttle pick up. Walaupun shuttle ada 2 van je, tapi cepat!


Tak tahu kat mana??


Alah alahh korang. SIGNBOARD SEPANJANG JALAN dorang letak tu amende?? Takkan tak nampak?? adudu~


 Daripada Hospital jalan straight sampai jumpa traffic light ke kanan ni.



 Lepas belok kanan, jalan straight lagi sampai jumpa kawasan lapang ni. Tak sampai 5 minit pun driving dari hospital tu.


 Parking berbayar. WAJIB ADA TOUCH & GO!


 Aku suka park area sini. Stop 1. Dekat dengan main gate pastu shuttle akan pick up sini dulu.


 Ada juga Stop 2. Belah hujung sana tu. Dekat dengan gate keluar. Ikut korang lah nak park kereta belah mana. Luas gila parking kat sini. Tak pernah penuh lagi sepanjang aku berulang ke sini. 


Tak pasti lah kenapa korang sanggup bersesak parking tepi² jalan tu banding parking tempat selesa macam ni? Shuttle tu bawak korang sampai depan lobi oke! Tak perlu nak berpanas, berhujan, berlengas, berpenat. 


For those yang bawak anak² kecil or orang tua check up, aku highly recommend gunakan perkhidmatan shuttle ni. Kesian tengok nenek tua terbongkok² melintas jalan. Uzur, tapi paksa jalan laju² sebab nanti kena langgar kereta T__T   Yang baby² and anak² kecik pun terpaksa berpanas melintas jalan. Alahaii tolong lahh ada rasa simpati dan empati pada 2 golongan ni. Jangan selfish! Pilihan ada depan mata je haa.πŸ™„


 Kalau daripada hospital nak ke MAEPS pulak, korang boleh tunggu shuttle kat jalan depan lobi. I mean jalan yang hala keluar tu. Bukan lah betul² depan lobi. Ada signage jugak kat mana tempat nak tunggu shuttle. Van shuttle ada sticker macam dalam bulatan merah tu. Tak sesat aihh. Aku first time naik sorang² dulu pun helokk je jumpa shuttle. Mata tu alert lah sikit, jangan jalan menonong. Sorry lah garang. Sis nak bagi awareness dan educate korang yang tak tahu. Kalau dah tahu bagus lahh. Syabas diucapkan. Jangan lupa manfaatkan pengetahuan tu. Walk the talk orang London cakap. lols~


Malangnya, parking alternatif ni hanya beroperasi pada hari bekerja sahaja. Weekend or public holiday TUTUP! πŸ˜©


Bayaran:
Percuma: 15 minit pertama
RM3.00: 2 jam pertama
RM1.00: Setiap jam berikutnya
RM8.00: Maksimum / Hari


Bagi aku baloi sangat bayaran tu dengan service yang aku dapat. Ni initiatif pihak MAEPS sendiri untuk sediakan parking dan shuttle. Eh aku dah sembang dengan driver shuttle. Driver tu pun staff MAEPS, bukan staff hospital. Kos maintenance shuttle dorang (MAEPS) kena tanggung jugak jadi jangan la pertikai kenapa ada bayaran tu. Kalau taknak bayar boleh mintak menteri kesihatan bagi subsidi. Negara demokrasi khenn, ayuhh suarakan suggestion korang ke saluran yang betulll. Aku mampu taip di blog je sebab orang confirm Google benda ni. Semoga menteri² pun baca artikel aku. Aminnn *beranganitufree πŸ˜✌


Shuttle, van 9 seater tak silap. Syok ye dik naik van πŸ˜


Harap lepas korang baca artikel ni takmo dah parking tepi² jalan ok! Manfaatkan kemudahan yang ada. Kita mudahkan urusan orang, nanti Allah mudahkan urusan harian kita. InsyaAllah.


kbye!





Terima kasih sudi membaca!

Jan 28, 2019

Itinerary Yogyakarta 4 hari 3 malam

Assalamualaikum...


Sebenarnya tak habis lagi entry Yogja aku. Tempat best kan tu ada banyakkkk entry. hahaha! Ada lagi 2-3 entry kot. Nanti lah update slow². Throwback pun lantak situ. Janji orang Google, jumpa blog aku dorang boleh baca and dapat sesuatu. Aaagituu πŸ˜


So hari ni nak share itinerary yang aku buat sepanjang duk Yogja 4 hari 3 malam. Kot nak follow, silakann. Sis izinkan copy paste. Semoga bermanfaat ✌




YOGJAKARTA (9-12 DECEMBER 2017) 4 DAYS 3 NIGHTS

DAY 1 (9 DECEMBER 2017 – Saturday)  
9.40AM : Depart to Jogjakarta
11.15AM : ETA Jogjakarta – Adisucipto International Airport
11.45AM : To Hotel, The 101 Yogyakarta Tugu
1.00PM : ETA Hotel, check-in and freshened up
3.00PM : To Kalibiru, lunch along the way
5.00PM : ETA Kalibiru
6.30PM: Back to hotel, dinner along the way

DAY 2 (10 DECEMBER 2017 – Sunday)
6.30AM : Breakfast
8.00AM : To Borobudur
9.30PM : ETA Borobudur
12.30PM : To Mount Merapi, Lunch at Sekar Kedhaton Kotagede
3.00PM: ETA Mount Merapi
6.00PM: Back to Hotel
7.30PM: Company Dinner at Gubug Makan Mang Engking Soragan Castle
10.00PM: Back to hotel and rest

DAY 3 (11 DECEMBER 2017 – Monday)
6.00AM : Breakfast
7.00AM : To Parangritis Beach
8.00AM: ETA Parangritis Beach
9.30PM: To Gumuk Pasir
10.00PM: To Jurang Tembelan
11.00PM: To Rumah Hobbit
12.00PM: To Hutan Pinus
1.00PM: To Puncak Bercici, lunch
3.30PM: To Bukit Pengger
4.30PM: To Gareng T-shirt
5.30PM :Back to Hotel, freshened up
7.00PM : Dinner at Bumbu Desa
8.30PM : To De Mata Trick Eye Museum at Umbulharjo – Pandeyan
9.30PM: Back to Hotel and rest

DAY 4 (12 DECEMBER 2017 – Tuesday)
7.00AM: Breakfast
8.00AM: Ready to Adisucipto International Airport
11.45AM : Depart to KL
3.20PM : ETA Kuala Lumpur




Terima kasih sudi membaca!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015