Sep 13, 2018

Bercuti di Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya

Assalamualaikum...


 Orang Cyber, Putra dan yang berdekatan mesti familiar dengan resort ni kan? Tapi, pernah tak stay sini??


Weekend baru ni aku menginap kat resort ni selama 3 hari 2 malam. Follow asben teambuilding dan family day geng gojes. Tu nanti lah aku cerita kat entry lain. Entry kali ni nak cerita betapa BEST nyaaaa resort nii! Kalau belum pernah datang tu boleh la try menginap kat sini semalam dua. CONFIRM tak menyesal! Anak² aku sampai taknak balik tau hari tu. Aku pun belum move on lagi dengan facilities yang disediakan kat resort ni. haha


Lobby area. Dah nama pun Resort & SPA, masuk kawasan lobi je dah bau spa. Nyamannn


Resort ni ada 3 jenis bilik:-
1) Superior Chalet
2) Deluxe Chalet
3) Executive Deluxe Chalet


Harga daripada RM315 - RM430 per night (thru booking.com). Superior tu paling murah, Exec Deluxe tu paling mahal.


Ni map hotel, memudahkan korang pilih bilik mana yang korang kenan. Belah kanan tu bilik² Deluxe (dekat dengan swimming pool), belah kiri bilik² Superior (jauh dari pool tapi dekat dengan spa). 


Oke jom cekidaut apa beza ketiga-tiga bilik tu πŸ˜πŸ‘‡




Superior Chalet

1 katil King, 1 katil Single

Toilet. Toiletries disediakan. Korang datang bawak baju je. haha 

Balcony besar namateyyy! Tapi ada bilik yang takde balcony, ada bilik balcony kecik je dalam 3 kaki gitu je lebar. So nasib² lah korang dapat bilik jenis macam mana. Atau boleh request kat reception korang nak bilik mana. Kalau ada kosong memang dorang bagi je request.





Deluxe Chalet

2 katil Queen.

Kalau anak lebih dari 3 pun boleh sumbat lagi dalam bilik Deluxe ni. Bukak je lah sofa bed tu. Saiz sofa bed sama dengan saiz katil Queen. wohoaa!

Kitchenette.

Bilik Deluxe SEMUA ada balcony. Beza: ada yang boleh direct turun ke swimming pool, ada yang tak.

Dalam toilet πŸ˜

Toiletries disediakan. Korang datang bawak baju je. haha 




Executive Deluxe Chalet

1 katil King + Sofa bed

Susunan beza sikit

Dalam toilet ada bath tub. Tapi tak secantik bath tub bilik Superior lahh. Bath tub old school. kahh!

Exec Deluxe pun ada kitchenette tapi takde pulak kawan aku snap gambar. Sama je kot rupa dengan bilik Deluxe. Aku hari tu dapat merasa duk bilik Superior dengan Deluxe je.




Swimming Pool

Kalau dah nama hotel 5 star takkannnn lahh takde swimming pool ye dakk? Besarrrrr sangat pool kat sini. Masa aku pi tu long weekend. FULL HOUSE! Tapi kawasan pool tak sesak langsung! Anak² aku still boleh mandi dengan aman. Aku pun tenang je melepak tepi² pool tu tengok anak² aku mandi.


Dari lobi dah boleh nampak view ni. Kawasan ni paling anak² aku suka. Sebab lantai dia landai ala ala pantai gitu. Kedalaman paras lutut orang dewasa je kot. hahaha

Geng mak mak membawang. Ehh! tak tak kami pantau anak lah! Sementara tunggu apak apak balik teambuilding πŸ™„  Aku tak masuk pun swimming pool, paling hebat pun celup kaki je. Baby tengah tak sihat malas lah nak berendam² sgt.

Kawasan pool ni dekat sangat dengan bilik Deluxe.




Sembunyi Spa

Mintak halal aku tepek gambar korang sini ye. haha~  Sembunyi Spa berdekatan dengan Tennis court, gym dan kids playground. Kanak-kanak TIDAK DIBENARKAN masuk dalam spa!

SETIAP guests yang menginap di sini layak menggunakan segala kemudahan dalam kawasan Spa (kecuali treatment). Untuk masuk spa, SUGGESTED bawak towel sendiri! Sebab dalam tu tak disediakan towel. Kang dah basah² dalam tu takde towel nak lap.


Facilities apa yang ada dalam Sembunyi Spa? πŸ‘‡


Ada swimming pool lagiiii dalam kawasan spa. Guests boleh guna FOC je ye pool dalam ni.

Jakuzi! wohoaa!! Sebelah jakuzi ada kolam air sejuk/ais. Sejuk gila air dia. Tingkap tu orang luar tak boleh nampak dalam tau, so terjaga lah aurat. Tapi kawan² aku masuk sini lengkap pakai baju swimming + tudung sekali. hahaha

Kot lepas berendam haus, boleh la amek je air tepi tu

Sauna




Kemudahan Lain

Kolam ikan tu dekat dengan Spa and laluan masuk. Boleh memancing. RM10 kot kalau nak sewa joran and umpan. Request je kat lobi. Tak pun bawak je joran and umpan sendiri. Ikan yang dah ditangkap tu tak pasti pulak boleh bawak balik ke idak. Korang tanya lah nanti πŸ˜

Indoor kids playground. Betul² depan Sembunyi Spa. Sementara korang berendam dalam jakuzi, anak² boleh tinggal kat sini. Tapi jangan la tinggal gitu je. Kena jugak ada adult supervision ye. Resort ni tak sediakan babysitter πŸ˜

Sebelah kids playground ada Gym. Untuk masuk gym korang kena touch kad bilik. Tennis court pun area sini jugak.


More, ada service buggy. Kawasan resort ni luas! Dari bilik nak ke kawasan spa ni memang jauh kalau nak jalan kaki. So dari bilik korang dail je receptionist and request for buggy. Dari kawasan spa nak balik bilik pulak korang boleh call buggy dari spa atau kids playground. Ada phone disediakan kat situ. Mudah kan?


Hurm apa lagi eh yang aku belum review? Breakfast kot kan. Tu entry lain la eh. Dah panjang berjelaaaa. kahkah~


Service tip top resort ni. Memang HIGHLY RECOMMENDED! Aku pun rasa nak repeat datang sini lagi. Jom menabung! πŸ˜





Terima kasih sudi membaca!

Aug 16, 2018

Zafran Masuk Barber Shop

Assalamualaikum...


Lama tak update cerita abang ngah tu. Makin besar ni makin panjang akal dia. Anak nombor 2 kan. Lain macam peel. Huru hara, tapi membahagiakan. haa tepokkk! πŸ‘


Kalau korang follow blog or socmed aku mesti perasan aku memang simpan panjang rambut anak teruna tu. err takde la panjang sangat, ala ala kpop tak siap je. kahh! 


Bila dah serabut sangat, kitorang gunting sendiri je kat rumah. Sebab dia takutttttt pi barber shop. Dia boleh bantai menjerit. Baru duduk dia dah jerit πŸ˜’   Biasa mak aku lah rajin menggunting rambut cucu nan sorang tu. Budak laki kan, rambut herot herot pun apa ada hal. SENI!😝


 Ni masa bulan puasa hari tu (baju dari @kwinkel_kl). Tak panjang sangat tapi herot herot. Yelahh nenek dia bukan ada skill gunting rambut orang pun. Dah la Zafran tak reti duk diam. Sesambil dia tengok tv je mak aku gunting. Tak pun sesambil breakfast, haa kat meja makan pun jadi. Mak aku serabut tengok rambut dia tutup² mata πŸ˜‚  Aku memang takde la nak gunting rambut dia. Aku nak biar panjang je. Biar dia rasa rambut panjang puas². Sok dah masuk sekolah takde la jakun nau nak rambut panjang. Mama dah bagi rasa kan? πŸ˜


 Ni masa aku dalam pantang, bulan puasa hari tu. Rambut tak panjang sangat tapi boleh la diikat ikat. hahaha~  Nasib lah awak ada kakak je untuk main. Main ikat ikat rambut pun layan je πŸ˜‚


Lepas aku habis je pantang, aku decide nak gunting leklok rambut Zafran. Nak gunting sendiri memang tak retiiii. Skill nan hado. Dia dah besar, kalau pakai baju melayu, rambut pendek, mesti hensem namateyyy *lantak situ puji anak sendiri*   


Kitorang aim barber shop kat Tesco Saujana Impian sana. Sebab ada disediakan seat for kids. Menarik lah kan. Banyak kali gak kitorang datang barber shop situ bagi Zafran familiar. Bukan senang okayy nak bawak anak pi barber shop. Banyak proses nak kena lalui. hahahaha  Eh kaklong dia dulu tak pernah ada masalah macam ni. Yang bang ngah ni je anti sosial sangat.


Selepas banyakkk kali percubaan....


 Alhamdulillah, dia nak duduk! yeyy finally! Walaupunnn kena pegang tangan and bagi tengok youtube. Layan kannnn asal rambut tu hensem. bahaha


 alolo cebek cebek lak dia. Cubit kang!


Camtu laaa anak laki. Gentle lah Zafran. Good job!! πŸ‘


Baru lahh smarttt, kemasss, hensemmm πŸ˜


Honestly, aku rindu rambut panjang dia. Sebab aku rasa bila rambut dia pendek, dia nampak matang. Bila rambut panjang nampak baby baby. wuwu~  Sejenis mama yang takleh terima hakikat anak dah besar πŸ™„


Lagipun bila rambut pendek ni akal dia makin meligat pulak. Makin pening tengok perangai dia πŸ˜‘


k tu je nak cerita. Buat lepas rindu kat anak nombor DUA tu. πŸ˜





Terima kasih sudi membaca!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015