Jul 2, 2010

Kalau Binatang Pun Ada Facebook..............

Pernah tak bayangkan kalau binatang juga ada keupayaan untuk menggunakan komputer??

Kemudian luaskan lagi imaginasi anda dengan membayangkan sekiranya binatang juga gila Facebook macam manusia....agak-agak apa la yang dorang akan post untuk status dorang kan...ngee~ ^_^


:: contoh facebook untuk seekor gajah...muehehe~  *maseh pacek gugel* ::



Aku boleh bagi contoh status yang bakal di-post oleh binatang² sekiranya mereka mempunyai Facebook...

CHECK IT OUT!! 





Cicak : Tuan rumah baru beli reket elektrik, gua kenduri nyamuk BBQ mlm nih...


Nyamuk : Baru habis ronda rumah Ajoi... kenyang burp, Alhamdulillah. ..


Aedes: Baru jer selamat bagi injekan maut, yeah!!!


Ayam: Tidaaaaaaaaaaaak, Besok majikan gua mau buat kenduri kesyukuran, gua mau di sembeliiiiihhh! ...


Cicak : isteriku tersepit pintu


Kucing Betina: "Anak i yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa."


Ayam : Kawan2...kalu esok guwe tak update...bererti guwe udah di goreng....I luv u all... jangan luper wat kenduri arwah untuk I yaa...


Nyamuk: Siot, sekali drug addict gua hantam daaaa. Gua positif HIV AIDS... uwaaaaaaa



Cicak : Mau ke ke bilik air anak tuan rumah jap ... baru beli videocam baru ...


Kucing: Baru je add awek sebelah umah... keturunan PARSI beb!!!



Tikus: Operasi malam ni... selongkar kitchen kabinet... sape nak ikot?


katak : malam ni nk wat konsert la..da lama x ujan ni..hangat oii..


ular : rasa mcm nk makan lauk telo la malam ni..mana nk cari ek..


Anjing: Aku tension bila ada mat rempit berkumpul tepi rumah aku tiap malam. Nak tido pun x senang hanjeng punya org.


Kuda: Patah kaki; Rider aku bangang salah timing bila nak lompat pagar, sekarang rehat kat kandang.


Kura-kura: Aku sakit hati bila bini aku berjalan. Lembab mcm siput babi


Siput babi: Aku sakit hati bila bini aku bergerak. Lembab mcm kura2


Gagak: Tadi jumpa ayam KFC. Jangan jeles


Burung Kakak Tua: Penat betul nk ubah stigma masyarakat. Walaupun aku Burung Kakak Tua, tapi aku burung Jantan!!!



Babi hutan: susah betul nak cari makanan halal sekarang ni.



Kera: semalam GF aku bagi bunga. Sedap jugak kunyah


Tikus: Aku makan mee goreng mamak kat Al Naz maju@precint 9. Meh la join sekali.


Lalat: Asyik hurung bangkai je. Alhamdulillah hari ni jumpa nasi bungkus.


Sotong: Aku bengang bila tapak sulaiman ejek aku si lembut


kucing : update petang karang tepat jam 5.00pm slow ngendap ala2 pink panther nyurik ikan bawal kepunyaan kak lela majnun. ..


Lipas : merasmikan pengunaan kepak baru sekali bila dikembangkn. ..gerun tengok mmber aku kene tarik dgn jeli2 panjang kepunyaan cik cicak..eee seram nyeee....



Itik serati : hahahhaa lawak2 ayam serama tu ade hati jalan tersengguk2. ...nk tiru aku le tu.. lol....


Ikan laga: Boring sey, duduk sorang2 dalam tanki ni.


Ikan parang: Kurang asam punya manusia, letak gambar aku kat depan bekas keropok


Ikan Jerung: Kenapa x de sorang pun nak add/approve aku. :-(


Ikan Sepat: Terkenang jiran sebelah yang dah dijadikan ikan pekasam. Al Fatihah


Ikan Bilis: Wah ramainya kawan kita. Tahniah remy, ko kawan aku yang ke 5000.


Ikan Arowana: Cantik tak sisik I? Cantik kan ?


Ikan Mas Koki: macam mana nak kurus nie?



 :: sangattt cute oke rodens ini...huhuhu~ ::



Sumber: email




hehehehehe sila lah senyum selebar²nya di hari Jumaat yang penuh barakah ini ^_^

Happy weekend to all!! jangan lupa datang Wisma CNi Ahad ni yeh..ada open day...sila rujuk entry di bawah *wink²*

Jul 1, 2010

Hari Terbuka CNi Bersama Upin dan Ipin

CNi = Creative Network International....

Zaman² gawat ni ramai yang join MLM...bukan short form bagi 'malam' tapi multilevel marketing...

Terpulang la anda nak join syarikat MLM apa janji produk yang dijual adalah Halal, bermutu dan rezeki yang anda dapat daripada hasil jualan/belian adalah dari sumber yang HALAL juga....

Cara untuk mengesahkan status Halal, mulanya boleh lah selidik latar belakang syarikat....kemudian tengok kilangnya....kemudian check la kat JAKIM ke...huhuhu~  *boleh eh gitu*

CNi dah 20 tahun bertapak di Malaysia dan semua produk keluaran CNi adalah Malaysian produk..Semua made in Malaysia....tak main import² ni oke *agak riak di situ*

Baru² ni HQ (headquarters) yang bertempat di Glenmarie Shah Alam telah membuat sedikit renovation pada bangunannya *sedikit lah sangat..* Hebat syarikat ni, musim² gawat pun mampu nak buat renovation...itu maknanya kewangan syarikat sangat kukuh!

Jadi, pada hari Ahad ini, 4 Julai 2010, dengan bangganya CNi mengadakan hari terbuka bagi merasmikan bangunan HQ yang telah siap diubah-suai...



:: jangan malas untuk klik gambar...*wink²* ::




The best part is.................UPIN & IPIN pun ada untuk memeriahkan lagi majlis!! weeee~ \(^_^)/

Lantak la korang nak kata aku childish ke hape...aku suka tengok upin ipin tu..sangat comel...uuuu harap² anak² aku sok ada rupa upin ipin...wakakaka *apakah*

Berikut adalah antara part² dalam bangunan yang telah siap diubahsuai...








Aku tak tengok lagi rupa wisma yang dah diubahsuai...ni pun aku rompak dari facebook CNi Malaysia...hahaha *mintak halal ye..maseyyy~*  Kalau nak tengok keseluruhan sila datang sendiri...ada bran?? lalalalalala~

Banyak aktiviti yang akan diadakan sempena hari terbuka ni nanti...klik je gambar kat atas tu untuk tengok aktiviti apa yang ada....Bagi wanita, anda pasti suka untuk membuat analisis kulit muka...baguskah?berminyak kah? *wink²*

Jum la datang beramai²...aku tak dapat apa pun buat promosi...just nak share info je...IT'S GOING TO BE FUN!! \(^_^)/



Alamat
Wisma CNI, No. 2
Jalan U1/17, Seksyen U1
Hicom Glenmarie Industrial Park
40000 Shah Alam Selangor, Malaysia


:: Lagi sekali jangan malas untuk klik...print terus lagi senang ^_^ ::








Promoter Pilih Kasih

Zaman millenium ni kenapa masih ramai orang yang suka menilai orang lain dari luaran semata??






Situasi 1

Seorang gadis berjalan ke booth syarikat² penerbangan (MAS, Air Asia, Fireflies) dengan niat untuk melihat promosi pelancongan yang mereka anjurkan supaya senang bagi gadis tersebut membuat bajet bagi percutiannya di masa akan datang. Memang gadis tersebut bercita² untuk melancong pada masa terdekat ni...

Tibanya di booth tiada seorang pun promoter yang melayannya...Gadis itu ada menghulurkan tangannya untuk mengambil fliers yang dipegang salah seorang promoter, tapi tidak diendahkan...Bahkan promoter tersebut berpaling muka ke tempat lain seolah² tidak mengetahui akan kewujudan gadis itu di depan matanya...

!@##$%&!!^   apakah??  muka macam tak cukup umurkah atau muka nampak miskin??atau pakaian tak cukup bergaya atau korporat?? hehh~





Situasi 2

Seorang brader menjejakkan kaki ke pameran BMW...memang niat dihatinya ingin membeli sebuah BMW 5 series...

Seorang promoter A datang menyapanya...tapi melihatkan brader ni datang dengan hanya memakai t-shirt dan sehelai jeans (biasa je), terus promoter berkenaan melayan dengan endah tak endah....Brader ni cuma teruskan melihat² kereta dengan bersungguh² dan promoter tersebut jadi malas nak layan brader tu kerana berfikir brader tu hanya ingin melihat dan tiada duit untuk membeli, lalu dia terus pergi ke tempat lain....

Tidak lama kemudian datang pula seorang promoter B menyapa brader tersebut...promoter B ni sangat peramah dan bersungguh² melayan brader tersebut...melihatkan kesungguhan promoter B tersebut melayannya brader itu terus membuat keputusan membeli sebijik BMW 5 Series dengan promoter itu....Promoter A yang kerek tadi ternampak akan brader itu membuat jual-beli dengan kawannya membuatkan dia berasa sangat malu dengan brader tadi....

Dia akan cuba mengelak setiap kali terserampak dengan brader tadi...malu gitu~

*MUWAKAKAKA~ fadan muka kaooo promoter A..sapa soh kerek nau, kan dah rugi...banyak kut ko dapat komisyen kalau dapat jual sebijik BMW kannnnn....muehehehe~*





Situasi 3

Seorang gadis berjalan masuk ke kedai make-up MAC di Mid Valley...niat dihatinya ingin membeli lip gloss...dressingnya masa tu memang agak selekeh...macam budak sekolah yang tersesat sebab tak pegang tangan mak....kot *metafora semata untuk membayangkan betapa selekehnya gadis itu...huhu~*


Promoter kerek:: ye dik nak apa *dengan muka mintak pelempang*

Gadis::  erm saya nak lip gloss ni la

Promoter kerek::  erm mahal tau harga dia RM75   *motif kau highlight perkataan mahal tu??*

Gadis:: ye saya tau


Promoter kerek:: betul ke nak ni *sambil buat muka mintak kaki pula kali ni*

Gadis::  *tak kose aku layan minah ni*   aa bagi la ni satu...

Promoter kerek:: oke...terima kasih ye   *sambil tersengih macam kerang busuk!*


Bak kata kawan aku, dorang ni kalau ada makcik² mana tah duk belek² mekap sibuk lak nak melayan, padahal makcik² tu bukan nak beli pun...Remaja² yang datang yang memang ada niat nak beli bukan main kerek melayan...kuranghasamboiii sungguh! hehh~



Banyak lagi situasi yang aku boleh bagi dan semua situasi di atas adalah dari pengalaman aku dan kawan²...aaa yang last tu pengalaman kazen aku, Iza...tehee~

Bagi aku lah kan, zaman sekarang ni kita kena lebih open minded...zaman dulu memang la budak sekolah atau student U/kolej dilabel TIDAK BERDUIT...lepas makan McDonald's je...

hei zaman sekarang ni orang dah maju la...Semua orang mampu cari duit tak kira la kalau masih belajar sekali pun....setakat makan Nando's, Pizza Hut tu seperti makanan ruji...shopping barangan berjenama, melancong pula seperti hobi...huhuhu~

Yang si promoter² ni pulak, apa masalah korang nak judge orang through their covers?? Rugi ke kalau korang layan semua orang baik², equally?? Lain la orang mintak sedekah atau orang gila sex datang kedai logik la kalau takmo layan....haish tak faham betul...

Nasib la muka dak encem ai macam orang tua sikit...kalau shopping dengan dia senang, takde orang nak pandang aku ni macam kanak² sekolah yang tersesat ke apa...elok je layan sebab kalau tak layan elok² memang kena sound baek punyerrr..miahahahaha~

Especially bila masuk kedai emas kan, elok je promoter² tu melayan walaupun kitorang ni cerewet yang amattttt~  *motif cerita masuk kedai emas??lalalalala~*


"Senyumlah, senyumlah ahaiiii cek mek molek...senyumlahhhhhhh~~~ "



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015