Oct 19, 2018

Berpiknik di Taman Tasik Perdana

Assalamualaikum...


Kali kedua datang Perdana Botanical Garden, KL. Piknik punya pasal. Adik beradik mak aku lah ngajak. Ikutkan mak aku nak ajak piknik area Putrajaya je. Banyak jugak garden garden kan. Tapi kemudahan tak sama macam Botanical Garden KL ni. Kat sini ada playground bagai. So sambil piknik, anak² boleh main playground. Idak la dorang boring. Putrajaya tu more to scenery je. Untuk berjogging, main basikal, piknik, tapi takde playground for kids. Entah lahh, mungkin aku belum habis study tempat piknik area Putrajaya. huhu~


Kitorang pi hari Isnin, cuti besday agong masa tu. Seawal pagi dah keluar rumah. Satu benda aku tak suka dengan Tasik Perdana is PARKING! Hazabedah oii! πŸ˜’  Masa ni tok laki tak ikut. Dia sakit² badan baru lepas teambuilding kat Cyberview. So aku pergi dengan mak aku and anak².


Alhamdulillah perjalanan kitorang smooth je. Parking pun tak susah cari. Park je tepi jalan. bahaha!


 Lepak kat Rumah Kartun sementara tunggu kazen aku datang sebab kena tolong angkat barang. Mak aku buat nasi lemak pagi tu. 2 periuk oke! pfft! Tapi tutup pulak tempat ni hari tu. Nak jugak tengok apa ada dalam tu. Siapa pernah masuk? Best tak?


Amek gambar je lah kat belah luar ni.


Bila kazen aku datang, dorang kata port piknik tu agak jauh dari tempat mak aku parking. Maka, mari menapak bakar kalori dan lemak degil! πŸ’ͺ


Dalam 10 minit kot berjalan. Kaklong dengan abang ngah boleh jalan sendiri oke laaa kan. Adik baby kena dukung! Mujur ada SSC. Tapi terasa jugak la lelemak ni terbakar. Dah la cuaca agak panas. pfft!


 Sampai je tempat piknik nampak makanan merata². Restock balik lah kalori and lemak yang hilang tadi. muahaha


Semua adik beradik mak aku join piknik. Kazen² aku je tak semua available. But still meriahh πŸ˜


Pandaii panjat ye bang ngahhh

 Bebudak ni main kat playground. Kazen aku tolong melayan. Aku tak larat lah nak angkut baby hulu hilir. Sado sangat kekdahnya. huhu~


Lepak, borak, makan, makan , makan. Puas gila perut aku dapat melantak. Siapa suruh dorang masak sedap²

Anak dara main tembak² ni apoooo. Dalam family belah mak aku, cucu lelaki ada 3 orang je takat ni, termasuk Zafran, Zafri tu lah. Mostly gegirl. Tapi gegirl lagi ganas ni. hahaha~

One of makcik aku bawak set badminton. Zafirah teruja nak belajar main. Makcik aku lah layan. hahaha. Makcik aku ajar cara nak service and amek bola. Surprisingly Zafirah cepat pick up! Amazing kaklong! Mama is so proud. Aku memang ada belikan jugak set badminton untuk bebudak ni kat Decathlon. Tapi tak sempat nak ajar cara main. Now Zafirah dah pandai, seronok lah kitorang layan dia main badminton tepi rumah πŸ˜πŸ‘

Dah tengah hari, kitorang bersurai. Next year pulak kita piknik lagi. Location lain pliss! Ada suggestion tak korang? πŸ˜





Terima kasih sudi membaca!

Oct 18, 2018

Anak² Teringin Main Salji? Snow House lah Jawapannya!

Assalamualaikum...


Akhir tahun lepas papa bebudak ni pergi Jepun. Musim salji pulak tu. Zafirah tengok gambar² papa main salji dia pun teringin lah nak pi Jepun jugak. Sebab nak main salji! Kalau lah pergi Jepun tu macam pergi balik Kodiang je lama dah mama papa bawak bercuti kat situ πŸ™„


Selalu jugak lah dia berzikir nak main salji, nak main salji. Syukur lah dalam Malaysia pun ada salji. kahkah~


alaa kat I-City, Shah Alam tu lahh. Kan ada Snow House dalam tu.


Bulan 9 hari tu, laki cakap jom lah bawak bebudak pi Snow House. Pergi during office hour sebab nak hantar adik baby pi rumah BS. Idak la aku bawak baby pi sini oii. Mana ada baju sejuk yang muat untuk baby. Paling kecik pun saiz 3/4 tahun. Kesian budak tu beku dalam tu kang.


Kitorang pi minggu yang Family Day GBSB tu lahh. Pergi hari Rabu. Pukul 9am++ gitu keluar rumah. Hantar baby pi rumah BS then pi breakfast kat Hentian Serdang. Makan nasi lemak sedap. nyum nyum.


Abang Zafran ni buat perangai pulak pepagi tu. Tantrum sebab tak dapat main game dalam fon aku. Time makan memang aku larang tengok fon. Well, akhlak melalui teladan kan? Makpak pun kena la letak fon tepi jugak time makan kalau nak anak ikut. Tapi mama pegang fon untuk amek gambar and update IGS je nakkk. Kasi can laa. Mama buat duit tau dengan socmed. Belanja korang jugak duit tu. mihmih


Masa dia tantrum tu aku tengah kebulur sesangat. So aku boolayan kan aje. Nangis lah sensorang situ. Mama lapar.


TAPI...lepas mama dah kenyang, zuupppp! 5 minit je kaooo nak pujuk bang ngah niii. kahh!


See, betapa penting nya emosi mama. Kalau tengah lapar baik makan dulu bagi kenyang or at least alas perut bagi selesa. Baru senang layan anak. Kalau mak berlapar, lagi teruk emosi. Yang penting jiwa kena kental. Orang keliling pandang? Don't care! Anak kau, kau sorang je tahu macam mana nak handle. Biasa yang kecam² ni dorang TAK KAHWIN LAGI. Tapi sibuk nak komen lebih² macam dia lagi expert bab parenting. Sila mereput golongan begini ye. Sekian tips parenting dari mak anak tiga.


Lepas breakfast, terus gerak pi I-City. Sampai I-City sebelum pukul 11am. So round² dulu kawasan I-City sementara tunggu Snow House bukak pukul 11am tu. Waktu ni kawasan I-City lengang je. Theme park luar tu mana bukak lagi. Mainan luar tu semua bukak pukul 5 ke atas. Waktu malam meriah la tempat ni. Aku saja pi awal sebab motif utama memang nak pi Snow House je. Tips jimat dari kena paw. mihmih


FYI, entrance fee. Mahal kan? Kalau kena paw mainan luar tu lagi haru poket bocor.


Kids below 90cm FREE entrance! halahh halahh bang ngah. Hobit pulak awak ni. Dah 3 tahun pun tak sampai 90cm lagi. hahaha~  Ibu mengandung TIDAK dibenarkan masuk ye. Takut tergelincir sebab dalam tu licin.


Sebelum masuk, kita kena pakai kelengkapan nak masuk salji. Kasut boot, ear glove and jaket FOC je dia bagi. Gloves and stokin, kena bawak sendiri. Kitorang beli kat Daiso je gloves.


Masa ni bang ngah tu buat perangai lagi. Dia mogok apa tah taknak pakai boot, taknak pakai winter jaket. grrr! Last² aku geram paksa je sarung. Yang jaket tu papa pegang je dulu, bagi dia masuk kawasan salji tanpa jaket. Bagi dia rasa sendiri sejukkkk! Bila dia dah rasa sejuk baru dia nak pakai. Lepas 5 minit baru dia oke sebab tengok salji² kot. Urut dada perangai anak nombor dua ni.πŸ˜‘


Dalam Snow House. Suhu -5 ye dalam ni. Bila masuk kan aku rasa, laaa kocik jee tempat niiii. Tapi kenapa macam lain dari blog blog yang aku baca sebelum ni?? πŸ€”


Slides. Ada lagi satu slides tepi tu. Macam extreme sikit. Kitorang tak  naik pun. Sebab bila sampai bawah habis segala ais masuk dalam booth. Beku kaki oii! Tak efficient betul boot tu. And aku tak faham kenapa kena longgokkan salji kat bawah slides tu? Memang sengaja bagi jatuh atas salji ke macam mana? Sebab tengok video kawan aku takde pulak salji berlonggok² bawah tu. So takde lah masuk salji dalam boots. πŸ€”


Pastu main tarik² cart ni. haa tu je lah aktiviti boleh buat dalam ni. Aku tengok blog lain cerita kemain banyak games boleh main. Tak puas hati jugak lah kan dah la bayar mahal.


Lepas selidik² baru lahhh paham rupanyaaa snow house yang lama tu UNDER RENOVATION. Huk alohh. Masalahnya kenapa harga tiket masih sama sedangkan ruang dalam tu dah jadi kecik?? choii.


Aku siap inform semua kawan² aku kat IG & FB, JANGAN DATANG sampai yang renovate tu siap!! Bazir je datang sekarang. And now aku nak inform readers aku pulak. kahkah! Laki aku dah emel management untuk komplen. Tak sure lah dorang dah respon ke belum. Kongasam betul cekik duit orang sukahati. πŸ˜’


Ni lahh ruang untuk pakai jaket and boots semua. Loker pun disediakan kat sini untuk simpan bag and personal belongings korang. Tak ingat kena bayar berapa RM untuk lokar tu. Tiap 10-15 minit kitorang akan lepak kawasan ni. Sebab tak tahan sangat sejuk beku dalam tu. Kulit Asia lah pulak kan. hahahaha


Time nak balik dia buat perangai lagiiii. Dia takmo bukak pulak jaket dengan boot tu. Duk keluar masuk kawasan salji je kerja. Papa lah layan. Aku tak larat dah nak masuk dalam tu. Mampu bertahan 30 minit je kot. hahaha.


Lepas sejam lepak sini, kitorang balik. Sejam je wakk. Memang tak tahan oke duk lama² dalam tu πŸ˜‚  Lagipun takde benda sangat boleh buat. Ulang² main slides boring jugak oii.




Overall aku rasa oke je tempat ni. Takat nak bagi anak² experienced masuk salji oke laa. Harga tiket tu je aku rasa tak baloi langsung. Korang tunggu je lah kawasan lama tu siap renovate baru pi. Jangan dia up lagi harga tiket udah lahh πŸ˜’


"Amacam kaklong, best tak main salji? Nak pergi Jepun tak?"

"Taknak lahh. Salji tak best!"


Selamat fulus mama papa nakkk! hahahahaha


k tu je nak cerita. bye!





Terima kasih sudi membaca!

Oct 12, 2018

Family Day GBSB 2018 di Cyberview Resort & Spa, Day 2

Assalamualaikum...


Ya Allah tak sangkanya aku dapat habiskan entry family day!! hahahaha~  Syabas untuk diri sendiri πŸ‘


Oke untuk hari ke-2 ni aktiviti nya ialah SUKANEKA. yihaaa!


Uniform sukaneka. Every year memang ada baju family day dan dipakai semasa sukaneka. Kitorang tempah kat one of ahli GBSB jugak. Check out IG @bydolceryna. Tq Iera bagi kitorang harga terbaik dari ladang πŸ˜˜

Banner pun adoo! Meriah baq hang! πŸ˜

Acara start pukul 8.30am/9.00am gitu. Biasa lahh kalut dengan anak² kecik, nak breakfast lagi. Tu kena ada range masa gitu. bahaha~


Untuk aktiviti sukaneka, kitorang buat kat tennis court. Sama macam aktiviti waktu malam hari tu (baca SINI). Pihak resort pun aware dengan itinerary kitorang dan dorang sediakan juga tong sampah and sorang pak guard untuk standby kot. hihi~


Aku sampai court dah agak lewat. Pukul 9am gitu kot baru sampai. Orang dah start senamrobik daaa. Takpe lah, aku suruh je anak² aku join barisan.


Senamrobik Lead by Umie, panaskan badan sebelum mulakan sukaneka. Zafirah tu asalnya malu maluuuu sangat. Taknak join, nak berkepit dengan mama. Huk alohh. Pastu aku tunjuk princess pun ada tuuu. Pi join princess. Haa pastu baru dia oke. Zafran je lahh berkepit. Dia tu anti sosial πŸ™„

Lepas habis senamrobik, terus buat acara sukaneka. Ada lebih 10 acara jugak lah. pfft! Paling best, cuaca hari tu cantikkk je. Tak panas sangat. Yang penting tak hujan! Well, masa ni musim hujan. Dengan takde plan B. Kiranya kalau hujan cancel terus lah aktiviti hari tu. pheww~  Rezeki menyebelahi kami. Alhamdulillah.


Aku cerita games mana aku ingat je la eh. List ni pun tak ikut turutan. Tak ingat game mana mula dulu, mana yang kendian. haha~  Cekidaut!




1. Masukkan Guli Dalam Cawan

Aku suruh Zafirah join game ni. Dia jenis berani mencuba. So banyak jugak games dia masuk. Good job kaklong!


Walaupun tak menang, tetap dapat hadiah. Bezanya hadiah pemenang lagi best. Tapi bebudak kan bukan paham. Janji dapat hadiah semua happy dahhh. πŸ˜




2. Boom

Game ni menguji tahap fokus kita. kahkah~  Debar² weh main game ni. Cara main:
🎈 Buat bulatan
🎈 Setiap orang kena sebut nombor 1-10
🎈 Tapi no 4 dan 8 tak boleh sebut! Kena ganti dengan word BOOM!
🎈 Kalau salah sebut / lambat / gagap, dikira kalah. Sila keluar dari bulatan.😜


Gini laa game boom tu. Video apak² je amek. Video mak mak takde. kikiki~


Pemenang game boom! Tahniah Dilah! Kemain lebar senyum. haha~  Aku mampu bertahan jadi top 10 je. lol. Jadilahh~  Kategori apak² tak ingat lah siapa menang. huhu




3. Bawa Bola Pingpong Dalam Sudu

Game anak². Team Zafirah tak menang. But still dapat hadiahh. yeyy!




4. Agah Baby

Game untuk baby² (2 tahun ke bawah). Akan ada sorang wakil dari kami duk agah² baby sampai lah dorang senyum. Baby yang paling cepat senyum dan mudah terhibur dia menang! Kreatif sangat idea games kawan² aku oii. Aku yang terhibur masalahnya. hahahaha~

Team kendong baby. Eh tahun depan nak bawak jugak lah SSC aku πŸ˜

Nampak tak aunty Wawa aim baby girl je?? diskriminasi sangat ni waaa πŸ˜’

Aku tak ingat siapa menang. Yang pasti SEMUA dapat hadiah! yahooo! 

Tqvm Dilah sponsor set Pocoyo yang super cute!! Korang kalau nak beli gift macam ni boleh terjah IG @littlebambam17. Boleh beli set atau loose.




5. Tiup Belon Sampai Pecah

Well, siapa lah yang tak tahu game ni kan? Tiup je belon tu. Pastu pecahkan. Siapa paling cepat pecah dia menang. gituhh~  Aku tak join. Fobia lah dengan belon meletop. kahkah

Pemenang. Hadiah sponsored by Nana πŸ˜˜




6. Radio Rosak

Idea game ni dari Rara. Game berkumpulan. 1 kumpulan ada dalam 9 orang kot. Cara main:
🎈Rara bagi 1 ayat pada salah sorang ahli team (orang duk depan sekali)
🎈 Orang tu kena hafal ayat tu. Then pass² kan ayat tu kepada ahli seterusnya.
🎈 Then ahli kedua pass ayat tadi pada ahli ketiga. Sampai lah habis 9 orang ayat tu di pass.
🎈 Orang terakhir akan report ayat tadi pada organizer (Rara)
🎈 Kumpulan mana bagi ayat palinggg hampir dengan ayat asal dia lah menang.


Pening ke? hahaha

Ayat yang kena hafal. Panjang oiii. hahahaha

Ni team aku. Anez orang pertama yang kena hafal ayat tu. Pastu sampaikan pada orang kedua, then orang kedua sampaikan pada orang ketiga and so on. Masalahnya banyak ngelat hoi! kahkah  Sakit perut aku banyak ketawa je time ni. Dah camne nak ingat? πŸ˜‚

Pemenang game radio rosak (bukan team aku). Tahniahhh πŸ‘




7. Baling Pundi Kacang

Game ni masa kita kekecik dulu pun selalu main kan? Game berkumpulan. Siapa dapat kumpul pundi kacang paling banyak, team tu lah menang.

Kira jangan tak kira.

Yey team Zafirah menang! πŸ‘

Orang suruh masuk game dia takmo. Tapi dia nak main jugak. haa main lah kat tepi tepi je. πŸ˜




8. Pijak Belon

Game untuk apak². Mak² tak main game ni sebab buruk sangat gaya kalau mak mak main. hahaha~

Cara main:
🎈 Tiup belon sehingga saiz sederhana besar
🎈 Ikat pada buku lali kaki
🎈 Pijak belon kawan². Siapa yang bertahan belon tak pecah dia menang.


Paham ke paham? Macam ni haa πŸ‘‡

Laki Pijah juara bertahan selama 2 tahun berturut². ecece πŸ˜




9. Tikar Ajaib

Setiap pasangan diberikan 1 kotak bersaiz 2x2 kaki. Kena berdiri atas kotak tu, pandai lah nak berdiri macam mana janji jangan terkeluar dari kotak. Setiap 5 minit, kotak akan dilipat dua. So makin lama makin kecil lah saiz kotak. Pasangan yang bertahan paling lama berdiri atas kotak (tanpa jatuh), menang!

Kemain lomantik game. haha~  Juara bertahan, tiap tahun kot dia menang. Iera and asben. Oke jeles. Eh aku tak masuk pun game ni! πŸ™„




10. Rebut Gula²

Game ni ada 2 kategori:
🎈Anak² 3 tahun dan ke bawah
🎈Anak² 4 - 6 tahun


Aku suruh Zafran masuk game ni. Zafirah tu takyah laahh gigi dah banyak sangat kaviti. kahkah~

Sumbat selagi boleh sumbat.

Untuk kategori 3 yo ke bawah ni takde hadiah apa pun. Kaut je lah gula² sebanyak mungkin. Ahli keluarga lain boleh tolong kautkan sekali. hahahah  Untung lahhh. Nak harap mama belikan gula² memang NO manjang. Haa sekarang makan puas² gula² free πŸ˜


Kemainn dalam mulut pun sumbat gegula, dalam baju pun penuh kembung. Mujur tak sumbat dalam pampers jugak ye Zafran! πŸ˜‚

Aik kaklong pun kutip gula² jugak? main ngelat ni πŸ˜‚

Lepak tepi sambil layan anak makan gegula. Siap bersimpuh ye bang ngahh! πŸ˜‚

Untuk kategori 4 tahun ke atas, siapa paling banyak kutip gula² akan dapat hadiah. Tak tau lah anak siapa menang. Aku duk tepi je masa ni. Penat lah dukung baby. Silap tak bawak SSC hari tu.




11. Straw Love

Game berpasangan. Kena transfer straw pada pasangan. Straw pulak perlu dikepit antara mulut dan hidung! Takleh gelak oke main game ni. Kang straw jatuh. arghh!! hahahaha

Paham ke paham?

Aku tak pasti siapa pemenang game ni. Sebab semua sekali join. 30 pasangan ko ghase? pfft!



************************************************************************************************



Selain games ada jugak anugerah². Macam anugerah ibu penyayang, anugerah anak paling ceria, anugerah mak membawang ke apa tah macam² lah idea dorang ni. Kreatif sangat! Tu aku suka group ni. haha~


Anugerah anak paling ceria. Syafie, anak Cikkin menang. Dorang ni satu family memang ceria manjang.  haha~  Tahniah abang Syafie.

Anugerah lain aku tak ingat! hahaha~πŸ™


Tu je kot acara yang sempat kitorang buat for 2 hours. Dari pukul 9am - 11am. Yelahh pukul 12pm dah kena check-out. Kang lambat² kena penalti pulak. huhu~  Ikutkan plan asal ada lagi game lain yang nak dibuat. Tapi disebabkan kekangan masa, kitorang buat mana yang sempat je lah. Yang penting semua dapat hadiah berlambak². Penuh kereta uii! πŸ˜


Last photo sebelum bersurai πŸ‘‡


130 orang semuanya. Meriahhhh!

It's a wrap! Penat tapi best gilaaa. Anak² palinggg happy!

Terima kasih untuk semua yang sponsor hadiah. Semoga makin murah rezeki hendaknya. Jumpa lagi tahun depan! Mohon jadi plan kita untuk buat family day 3 hari 2 malam. Lagi best kalau dapat buat area Lembah Klang lagi πŸ˜


Ada sesiapa nak sponsor resort? Gift ke? wahh gituu mintak sponsor awal setahun. hahahaha~


kbye!





Terima kasih sudi membaca!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015