Oct 18, 2018

Anak² Teringin Main Salji? Snow House lah Jawapannya!

Assalamualaikum...


Akhir tahun lepas papa bebudak ni pergi Jepun. Musim salji pulak tu. Zafirah tengok gambar² papa main salji dia pun teringin lah nak pi Jepun jugak. Sebab nak main salji! Kalau lah pergi Jepun tu macam pergi balik Kodiang je lama dah mama papa bawak bercuti kat situ ๐Ÿ™„


Selalu jugak lah dia berzikir nak main salji, nak main salji. Syukur lah dalam Malaysia pun ada salji. kahkah~


alaa kat I-City, Shah Alam tu lahh. Kan ada Snow House dalam tu.


Bulan 9 hari tu, laki cakap jom lah bawak bebudak pi Snow House. Pergi during office hour sebab nak hantar adik baby pi rumah BS. Idak la aku bawak baby pi sini oii. Mana ada baju sejuk yang muat untuk baby. Paling kecik pun saiz 3/4 tahun. Kesian budak tu beku dalam tu kang.


Kitorang pi minggu yang Family Day GBSB tu lahh. Pergi hari Rabu. Pukul 9am++ gitu keluar rumah. Hantar baby pi rumah BS then pi breakfast kat Hentian Serdang. Makan nasi lemak sedap. nyum nyum.


Abang Zafran ni buat perangai pulak pepagi tu. Tantrum sebab tak dapat main game dalam fon aku. Time makan memang aku larang tengok fon. Well, akhlak melalui teladan kan? Makpak pun kena la letak fon tepi jugak time makan kalau nak anak ikut. Tapi mama pegang fon untuk amek gambar and update IGS je nakkk. Kasi can laa. Mama buat duit tau dengan socmed. Belanja korang jugak duit tu. mihmih


Masa dia tantrum tu aku tengah kebulur sesangat. So aku boolayan kan aje. Nangis lah sensorang situ. Mama lapar.


TAPI...lepas mama dah kenyang, zuupppp! 5 minit je kaooo nak pujuk bang ngah niii. kahh!


See, betapa penting nya emosi mama. Kalau tengah lapar baik makan dulu bagi kenyang or at least alas perut bagi selesa. Baru senang layan anak. Kalau mak berlapar, lagi teruk emosi. Yang penting jiwa kena kental. Orang keliling pandang? Don't care! Anak kau, kau sorang je tahu macam mana nak handle. Biasa yang kecam² ni dorang TAK KAHWIN LAGI. Tapi sibuk nak komen lebih² macam dia lagi expert bab parenting. Sila mereput golongan begini ye. Sekian tips parenting dari mak anak tiga.


Lepas breakfast, terus gerak pi I-City. Sampai I-City sebelum pukul 11am. So round² dulu kawasan I-City sementara tunggu Snow House bukak pukul 11am tu. Waktu ni kawasan I-City lengang je. Theme park luar tu mana bukak lagi. Mainan luar tu semua bukak pukul 5 ke atas. Waktu malam meriah la tempat ni. Aku saja pi awal sebab motif utama memang nak pi Snow House je. Tips jimat dari kena paw. mihmih


FYI, entrance fee. Mahal kan? Kalau kena paw mainan luar tu lagi haru poket bocor.


Kids below 90cm FREE entrance! halahh halahh bang ngah. Hobit pulak awak ni. Dah 3 tahun pun tak sampai 90cm lagi. hahaha~  Ibu mengandung TIDAK dibenarkan masuk ye. Takut tergelincir sebab dalam tu licin.


Sebelum masuk, kita kena pakai kelengkapan nak masuk salji. Kasut boot, ear glove and jaket FOC je dia bagi. Gloves and stokin, kena bawak sendiri. Kitorang beli kat Daiso je gloves.


Masa ni bang ngah tu buat perangai lagi. Dia mogok apa tah taknak pakai boot, taknak pakai winter jaket. grrr! Last² aku geram paksa je sarung. Yang jaket tu papa pegang je dulu, bagi dia masuk kawasan salji tanpa jaket. Bagi dia rasa sendiri sejukkkk! Bila dia dah rasa sejuk baru dia nak pakai. Lepas 5 minit baru dia oke sebab tengok salji² kot. Urut dada perangai anak nombor dua ni.๐Ÿ˜‘


Dalam Snow House. Suhu -5 ye dalam ni. Bila masuk kan aku rasa, laaa kocik jee tempat niiii. Tapi kenapa macam lain dari blog blog yang aku baca sebelum ni?? ๐Ÿค”


Slides. Ada lagi satu slides tepi tu. Macam extreme sikit. Kitorang tak  naik pun. Sebab bila sampai bawah habis segala ais masuk dalam booth. Beku kaki oii! Tak efficient betul boot tu. And aku tak faham kenapa kena longgokkan salji kat bawah slides tu? Memang sengaja bagi jatuh atas salji ke macam mana? Sebab tengok video kawan aku takde pulak salji berlonggok² bawah tu. So takde lah masuk salji dalam boots. ๐Ÿค”


Pastu main tarik² cart ni. haa tu je lah aktiviti boleh buat dalam ni. Aku tengok blog lain cerita kemain banyak games boleh main. Tak puas hati jugak lah kan dah la bayar mahal.


Lepas selidik² baru lahhh paham rupanyaaa snow house yang lama tu UNDER RENOVATION. Huk alohh. Masalahnya kenapa harga tiket masih sama sedangkan ruang dalam tu dah jadi kecik?? choii.


Aku siap inform semua kawan² aku kat IG & FB, JANGAN DATANG sampai yang renovate tu siap!! Bazir je datang sekarang. And now aku nak inform readers aku pulak. kahkah! Laki aku dah emel management untuk komplen. Tak sure lah dorang dah respon ke belum. Kongasam betul cekik duit orang sukahati. ๐Ÿ˜’


Ni lahh ruang untuk pakai jaket and boots semua. Loker pun disediakan kat sini untuk simpan bag and personal belongings korang. Tak ingat kena bayar berapa RM untuk lokar tu. Tiap 10-15 minit kitorang akan lepak kawasan ni. Sebab tak tahan sangat sejuk beku dalam tu. Kulit Asia lah pulak kan. hahahaha


Time nak balik dia buat perangai lagiiii. Dia takmo bukak pulak jaket dengan boot tu. Duk keluar masuk kawasan salji je kerja. Papa lah layan. Aku tak larat dah nak masuk dalam tu. Mampu bertahan 30 minit je kot. hahaha.


Lepas sejam lepak sini, kitorang balik. Sejam je wakk. Memang tak tahan oke duk lama² dalam tu ๐Ÿ˜‚  Lagipun takde benda sangat boleh buat. Ulang² main slides boring jugak oii.




Overall aku rasa oke je tempat ni. Takat nak bagi anak² experienced masuk salji oke laa. Harga tiket tu je aku rasa tak baloi langsung. Korang tunggu je lah kawasan lama tu siap renovate baru pi. Jangan dia up lagi harga tiket udah lahh ๐Ÿ˜’


"Amacam kaklong, best tak main salji? Nak pergi Jepun tak?"

"Taknak lahh. Salji tak best!"


Selamat fulus mama papa nakkk! hahahahaha


k tu je nak cerita. bye!





Terima kasih sudi membaca!

1 comment:

Hafizah said...

Alorrr..peknen xdibenarkan masuk ke.. Baru igt nak g sebelum baby keluar ni. Kah3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015