Feb 21, 2014

Travel Iron yang Comel~

Assalamualaikum...


Mak aku beli kat mana tah....kahkah~   dia kata mana² supermarket atau kedai letrik ada jual...tapi aku cari tak pernah jumpa...grrr~   harga?? dia tak ingat pulakss...sowie  :p


Bagus ada travel iron ni...since aku pun suka travel...ecehh....mak aku lagi lerr...kursus/outstation merata....memang lerr kebiasaan hotel² ada sediakan iron and ironing board...tapi kalau bawak sendiri kan lebih convenience...tak payah nak call² room service bagai...nak tunggu dorang hantar ke bilik lagi...buatnya phone dalam bilik rosak macam pengalaman aku pi Morib hari tu....haruuuu...  -.-'


Travel iron ni leper je...nak sumbat dalam handbag pun muat...huhu~


bila dibuka pemegangnya  :)


Aku compare kan dengan S3 mini untuk ko agak saiz sebenar travel iron ni...kalau ko tak tahu saiz S3 mini, pi tengok kat kedai² telefon...then bayangkan je lah travel iron aku ni....ngee~   :)


Nak bawak iron ni travel ke luar negara pun boleh....just make sure bawak sekali universal adapter...lain negara, lain plug nya...kalau London sama je dengan malaysia...plug 3 pin tu...tapi kalau pi Indonesia, Thailand....haa memang kena bawak universal adapter ye...setengah hotel ada sewakan universal adapter...macam kat Baan Laimai, Phuket...kena letak deposit 500 baht...pheww~  tapi better bawak sendiri la...  :)


Korang ada travel iron? beli kat mana?  (^^,)






p/s: kepada pemenang saguhati, maaf aku tak dapat nak inform korang personally one by one....tengah banyak kerja kat opis...yang mana belum emel tu harap boleh hantar details korang ASAP k...ada lagi 7 orang yang belum hantar details...thanks sayang² semua! ♥ ♥  :)

 Terima kasih sudi membaca!

Feb 20, 2014

Banyak Rupanya Kegunaan Blackboard Sticker~

Assalamualaikum...


(sumber) - mintak halal curik gambar...kehkeh


Lama dah aku beli blackboard sticker...beli secara jemaah dengan geng gojes...dapat harga murah! kengkonon nak main cikgu² dengan Zafirah...aku dulu kecik² suka main cikgu² dengan adik aku, kazen² aku...dulu takde blackboard sticker gini....conteng je lah dinding...eh!  :p


oke meh aku cerita sikit macam mana aku tampal sticker ni kat dinding rumah aku....  :)


Sebelum tepek ke dinding, mula² aku bentangkan gulungan sticker tu dulu....bagi dia tak bergulung²...so senang la kerja² menampal...paham?? tak paham tanya! :)


bila sticker dah tak bergulung² aku gunting ikut saiz yang aku suka....belah belakang sticker siap ada line² so sangat memudahkan kerja² memotong/menggunting....ikut korang la nak gunting/potong corak macam mana...so far aku gunting empat segi je....tangan tak berapa kreatif gitu...hakhak


lepas dah gunting, tarik je lapisan putih tu....pastu boleh la ditepek ke dinding dengan penuh kasih sayang...lepas tepek tu aku lap dengan towel untuk ratakan gelembung² udara....tak susah pun nak tampal....aku buat kerja ni sorang je....huhu~



dalam kotak tu include sekali kapur pelbagai warna...yeyy! aku dah plan nak ngajo Zafirah sifir...walaupun zaman sekarang dah ada calculator...takmo dia jadi macam aku, simple math pun lembab...! dah biasa kira guna mesin kekdahnya...hehh~  -.-'


Aku ada beli jugak liquid chalk marker sebab aku tak yakin Zafirah pegang kapur....takut dia masuk mulut, gosok mata segala...paham je la bebudak 2 tahun punya perangai kannn....aku beli marker ni kat Daiso je...


Tapi....


by the time aku nak guna.....boleh pulak takde ink!!! hoiii~  T_T


So aku pasrah la bagi kapur je sebab Zafirah pun dah terkinja² nak menconteng....kesian pulak kan dia dah nampak benda tu depan mata , dia dah tau dia boleh menconteng 'dinding' tetiba aku cakap tak boleh...mau meroyan budak tu kangggg...hoho~   bagi dia guna kapur sambil pantau lerr...bukan aku tinggalkan dia main sensorang...iskk~


Aku suruh dak encem jaga dia sementara aku nak pi mandi kot....tak ingat pulak...bila aku datang balik....




oiii apesal boleh terlajak sampai ke dinding tuu???? grrrr~  papa niiiiiiiiiiiiiiii~!!! T__T   mesti lah salah papa kan....takkan salah Zafirah pulak...dia mana tau apa²....ngeee~


oh aku tak guna semua pun blackboard sticker tu...aku guna sikit je untuk lekat kat dinding....nak tengok dulu respon Zafirah macam mana...kalau so-so je lagi ler malas aku tepek banyak² kat dinding...baik aku guna untuk tampal kat tempat lain....lagipun anak aku baru sorang....apa lah sangat nak diconteng....lain la anak dah 2-3...memang kena sediakan sticker besarrrrr punya takmo kasi rebut² kawasan...  :)


Tadi aku saja google pasal blackboard sticker, sangat banyak function dia sebenarnya selain dijadikan tempat anak menconteng...hahahaha~ ko boleh tepek merata²...ikut kreativiti memasing! since aku tak berapa nak kreatif, aku kena tanya pakcik gugel lah kan....muahaha~


 (sumber) - jadikan labelling...


(sumber) - Elephant sticker  :p


(sumber) - sebagai memo board


(sumber) - hiasan di bilik anak²...


(sumber) - memo di dapur


and yang paling hard core aku jumpa....


























WORLD MAP!! *ko mampu??! pffttt~* - (sumber)



kreatif kannnnn?!! semoga beri idea dan inspirasi untuk korang yang dah beli blackboard sticker tapi tak tahu nak tampal kat mana....ngee~


kbye! (^^,)






p/s:  sakit kepala~   @_@

 Terima kasih sudi membaca!

Feb 19, 2014

Kopi dan Ephyra tak Boleh Bersatu?? Kenapa??

Assalamualaikum...





Sebenarnya, kafein di dalam kopi bukan sahaja boleh merosakkan kandungan vitamin dan mineral dalam badan. Tapi boleh merosakkan semua kandungan vitamin yang lain dalam badan. Pengambilan kafein boleh menggangu penyerapan vitamin dan mineral oleh tubuh badan kita. 


Jika seseorang meminum kafein pada jumlah yang terlalu tinggi, ia akan membawa kepada masalah kekurangan nutrien. Kafein boleh menurunkan kadar penyerapan nutrien atau meningkatkan pembuangan mineral dari tubuh badan.

Antara sumber kafein yang popular adalah kopi, teh, minuman bergas, cocoa dan coklat.


Bagaimana pulak nak minum kopi tapi tak efek vitamin c dalam badan dan tak ganggu proses penyerapan EPHYRA secara maksimum dalam badan kita? 


 Haaa.. Jangan risau kepada penggemar kopi. Ada caranya. Antaranya:


  • Jarakkan pengambilan kopi dan Ephyra. Amik kopi dulu then lepas 5 jam amik Ephyra @ vitamin c. Ataupun sebaliknya. 
  • Jika susah, anda boleh juga tukar waktu pengambilan Ephyra pada waktu malam sekiranya minum kopi pada waktu pagi. 
  • Minum air masak super banyak. 3-4 litre sehari!! Jangan malas. PENTING! 
  • Kurangkan minum air manis sebab air manis memekatkan darah dan menyukarkan proses penguraian segala vitamin yang kita makan.  


Ini adalah sharing dari kami tentang tips untuk memastikan Ephyra lebih berkesan dan tidak membazirkan pelaburan anda. Ribuan pengguna kami telah pun merasai hasil bagus dengan #Ephyra dengan mengikuti cara-cara dan langkah yang betul.


Jadi, ikutlah saranan kami ya. 


Selamat minum Ephyra semua!!

Sumber: FB kak Miza




JOM dapatkan Ephyra dengan harga kasih sayang hanya di LIFE 101!!!
contact me for more enquiries:

ctliyanadmib@gmail.com
013-3618800

CANTIK > KURUS > GLOWING = Ephyra


FREE postage + shaker + recycle bag untuk premium pack (30 sachet)!!
FREE postage untuk trial pack (10 sachet)!




NOTIS: stok bagi kotak Premium pack telah habis.. stok baru dijangka akan tiba pada 20.2.2014.. Oleh itu, bagi pembelian premium pack kami akan menggantikan dengan trial pack yang mana 1 premium pack = 3 trial pack.


 Terima kasih sudi membaca!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015