Apr 19, 2019

Buffet Ramadhan 2019 @ Bangi Golf Resort

Assalamualaikum...


Sumber

Macam dah jadi kemestian pulak setiap tahun buka puasa kat Bangi Golf Resort (BGR). Kenapa aku suka berbuka kat sini??
🎈 Lokasi dekat gila dengan rumah.
🎈 Pelbagai menu disediakan
🎈 Harga TERLAJAK MURAH!


Mana nak dapat berbuka kat hotel bawah RM100?? Food banyak pulak tu.


Tahun lepas aku tak dapat iftar kat sini sebab dalam pantang. Tahun ni insyaAllah boleh datang. Lagipun Zafirah dah start belajar puasa. Boleh la reward dia makan sedap² πŸ˜‰


So apa menu yang BGR sediakan tahun ni?? Jom cekidaut!


Menu paling larisss! Kambing golek πŸ˜  Aku tak sempat rasa sebab tengah migrain malam tu. Tak berani nak makan kambing. sobss~

Lembut tau daging dia. Aku tau sebab aku pernah rasa. Dah kata tiap tahun datang berbuka kat sini πŸ˜œ

Lauk² ni boleh digandingkan dengan nasi kukus. nyumm~


Amacam? Banyak tak menu? Korang pilih je nak makan tradisional Melayu, Barat, Timur atau India. Lengkap semuanya. Ni pun tak semua menu aku dapat snap. 200 menu bhai, tak muat entry! haha~ Puas lah korang makan satu family.


Untuk juadah minuman, ada pilihan:
🎈Kordial Mangga
🎈Kordial Anggur
🎈Air Tebu
🎈Soya Ros
🎈Teh Bunga
🎈Teh Tarik
🎈Kopi
🎈Teh O


Selain dessert kuih² and buah² biashe biashe tu, ada lagi satu dessert yang akan buatkan korang rasa, RUGI lah kalau tak berbuka kat BGR πŸ˜


DURIAN gaisss! Raja buah! Yang ni tak include dalam pakej buffet ye. Korang kena beli. Tapi bukan durian biashe biashe tuan puan. Musang King dia bagi. wohoaa!

Gemok² isi durian haa πŸ˜  Baloi lahh kalau bayar pun. Puas makan! Aku tak makan durian, so aku perati je laki aku makan berdua dengan Zafran. Dia bantai amek sampai 3 pinggan, lepastu belasah dua beranak. lolz~ *dasar*  Zafirah? ouh dia dah jumpa geng memang tak heran dah benda lain. πŸ™„

Tahun ni BGR sediakan play area besar gedabak ni. Betul² kat tengah² buffet tu dia letak. Boleh la makpak melantak dengan aman tenteram. Anak² pun tak bosan. Tidak kalu, kau baru jamah satu menu dorang dah ajak balikkk. hahaha~  Thank you BGR! πŸ‘


Mommy bloggers be like πŸ’•  Lain kali anak duk tepi lah. Semua buat hal sendiri tau T__T


Oke berapa harga buffet yang aku duk cakap murah sangat tu??

πŸ‘‡

πŸ‘‡




Berkongsi Pahala
Sebenarnya, selain daripada korang berbuka kat sini, secara tak langsung korang dapat berkongsi pahala, kerana restoren BGR akan menyumbangkan 1% daripada keuntungannya sepanjang Ramadhan 2019 ini kepala Islamic Relief Malaysia (IRM).

Selain itu, restoren BGR juga akan berkerjasama dengan Food Aid Foundation, menyumbangkan dan menyelamatkan mana-mana lebihan makanan daripada buffet Ramadhan untuk diberikan kepada mereka yang memerlukan.

Biasa kita tengok hotel² yang buat hidangan buffet ni confirm membazir teruk! InsyaAllah dengan collaboration ni, tiada makanan yang dibazirkan. Well done BGR!πŸ‘



Jom buka puasa di BGR!


Details:
Alamat: Bangi Golf Resort Restaurant
No. 1 Persiaran Bandar,
Bandar Baru Bangi,
43650 Selangor
Tempahan & Pertanyaan: 1700 81 8557





Terima kasih sudi membaca!

5 comments:

Azlinda said...

betul, murah dan byk pilihan..mcm aktiviti wajib pulak tiap thn dtg sini haha

Tengku Sofia said...

Yumm

Unknown said...

Nak pegi arini..tak zabarrrr..hehe

halil said...

berapa harga durian tu..mcm sodap tuu

Unknown said...

Sedap x makanan dia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015