Nov 2, 2018

Melawat Hutan Pinus & Bukit Pengger, Yogyakarta

Assalamualaikum...


Dari Rumah Hobbit, kami terus ke Hutan Pinus. Perjalanan dalam 50 minit - 1 jam. Jalan masih lagi macam nak naik Cameron tu, hutan kiri kanan. Takde highway apa pun sini.


Actually ada 3 tempat yang kitorang singgah selepas Rumah Hobbit. Tiga² ni lokasi dekat dan sehaluan. Cekidaut!




Puncak Bercici

Bakso

Kitorang lunch kat area sini. Ada few gerai² jual makanan. Aku order bakso, ada jugak menu nasi apa tah. Servis lembab namateyy! Sebab tukang masak sorang je. adoii stress aku tunggu. Orang nak kejar masa.


Mood spoil. Dah la food sampai lambat, laki aku boleh pulak sukahati nak cancel kan, suruh order benda lain. Eh aku lapar oke! Hangin satu badan dengan laki. Tekak aku nak makan bakso, bakso je lah. Tukar² buat apa. Kang aku tak makan, bazir, dia bising lagi. Dia tak ngandung apa dia tau? ðŸ˜¡

Punca makan je, habis hilang mood aku nak berjalan dalam ni. Nak masuk kereta cecepat!

Terus terang lah aku cakap, TAK PAYAH DATANG Puncak Bercici. Boring namateyy! Takde apa yang menarik pun. Kedai makan je lah kot yang selesa kat sini. Buang masa oke! Dah skip je lah baca part ni. hahaha


NEXT!!!




Hutan Pinus

5 minit je kot dari Puncak Bercici tu.

Entrance fee RM2 tak silap. Budak free.

OOTD time penat be like


Hutan pinus ni pun takde mende sangat. Bergambar bawah pokok² pinus gitu je lahhh. Kitorang spend masa tak sampai 30 minit kot kat sini. LOL~   Aku tengok gambar² yang orang amek kemahen lawa macam fairytale je. Apesal gambar² aku tak macam tu?? ðŸ¤”


Kasut memasing kotor, berselut. Musim hujan kan, tanah lembab, berlecak. Habis kereta supir! No wonder la dia charge mahal. Pakej sekali cuci kereta gamaknya. adoii~ Ampun pakk!

Surau dan toilet ada disediakan area sini. Kitorang solat Zuhur + Asar kat sini. Telekung dan sejadah ada disediakan. Selesa sangat walaupun surau takde tingkap, bercampur laki perempuan. Tapi selesa lahhh. Rasa nak baring je dalam surau tu. huhu




Bukit Pengger

Last stop sebelum balik hotel. Actually tempat ni takde dalam itinerary pun. Tapi last minute kitorang decide nak cari jugak tempat ni. Yelahh dah sampai takkan tak singgah? Sebab tengok gambar orang share banyak kat area sini and cantik gilerrrr! Beria kitorang tanya supir mana tempat ni, siap tunjuk gambar² kat Google. Syukur lahh supir knowledge banyak. hahahaha~  Tak berkira pulak tu. Yelah last minute ajak singgah tempat lain. Dia tak charge extra. Mungkin sebab satu jalan je. Tak jauh pun dari Hutan Pinus tu. Dalam 20 minit kot. Tapi haluan sama nak balik hotel lahh.


Nampak signboard ni tepi jalan terus singgah tau! - sumber -

Taking picture with kids be like ðŸ™„

Port ni lahh yang kitorang duk cari cari tu wakkk! hahahaha~  Akhirnyaa jumpa jugak!! yeyy!

Memang gayat! hahaha~  Tapi dah ramai orang bergambar kat sini, aku konfiden je la duk situ.

Buaian lagi ðŸ˜œ



Sebenarnya waktu malam lagi cantik bergambar kat sini. Korang tengok je Google image pasal tempat ni. Cantik sangat tambah kalau ada cahaya bulan. Macam duk alam lain dah rupa. pheww~  Aku tak pasti tempat ni tutup pukul berapa. Tapi kitorang memang datang waktu petang. Masa ni kamera pun tak canggih. Guna aipong 5s jeww. Dah transfer masuk google photo pecah² pulak jadinya. Ada yang ok, ada yang pecah² ðŸ™„


K tu je nak cerita. Semoga bermanfaat.




Terima kasih sudi membaca!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015