Apr 19, 2018

Hari Terbuka JBPM Cawangan Serdang 2018

Assalamualaikum...


Zafirah tu since umur dia 5 tahun dah bercita-cita nak jadi bomba. Sebab nak tolong orang. Aku pun tak tahu la mana dia nampak bomba tolong orang. Tak pernah tunjuk rasanya. haha~  Tapi memang dia minat sangat laa nak jadi bomba. Elehh mama mintak tolong picit kaki dia tak buat pulak! πŸ˜’


Oke la mama support je apa-apa minat anak². Mama pun kerja dalam bidang fire safety. Atok pun sama. Turun temurun lah kerjaya fire safety dalam family aku. lol~


Pertengahan bulan lepas, JBPM cawangan Serdang ada buat hari terbuka. Aku dapat tau pun lepas tengok schoolmate aku post gambar bawak anak² dia pi sana. Katanya 3 hari dorang buat hari terbuka (Jumaat-Ahad). Dah tau tu terus inform laki nak bawak bebudak pi JBPM! Mama pulak eksaited. haha


Esoknya (Ahad), gigih la angkut dorang pi JBPM Serdang. Keluar rumah almost tengah hari pulak tu. Weekend kan, hari bermalasan. Bukan jauh pun tu lagi releks bersiap. Panas terik pun gigih jugak keluar!😁


Alolo budak kurus kering camne tah nak lepas jadi bomba πŸ˜‚



Merasa lah dia tengok apa yang ada dalam fire truck tu. Selama ni nampak truck bomba kemain eksaited. Siap cakap nanti dah besar nak beli sendiri truck tu. Nak parking mana nak oii? Depan rumah? hahaha *mamaterhibur*


Kat belah dalam JBPM ada sediakan uniform untuk dicuba. For kids pun ada! ngam pulak tu Zafirah pakai. Haa baru dia tau panas pakai uniform bomba. Tapi boleh lak dia cakap, "kaklong nak jadi bos je nanti. Orang lain yang buat kerja..."


Eh kau ingat masuk kerja terus jadi bos ke? Banyak cantik!πŸ˜‘


Then, ada horse riding pulak. Kena bayar RM5. Bagusnya Zafirah ni dia berani mencuba. Walaupun kadang kena paksa, sebab aku tak suka kalau dia jadi penakut tanpa sebab. Cuba dulu baru decide takut ke idak. Sekali dah naik ketagih pulak dia. Sukan sunnah tu nakkk. Nanti lah mama cari kelas horse riding untuk awak. InsyaAllah.


Jangan tanya lah nape aku tak naik. Mak muatan penuh. Kesian kuda tu kang. huhu~  Zafran masa ni moody semacam. Mengantuk barangkali sebab memang waktu tidur dia time ni. Berdukung je. haihh~


Tu je lah aktiviti hari terbuka JBPM. haha~  Ikutkan ada jugak show macam mana dorang selamatkan orang, tapi time kitorang sampai show habis dahh. Ada jugak dorang buat lawan ikan laga. Tapi malas lah tengok. Tak paham, tak reti, tak minat.


Habis horse riding, bawak pi IOI City Mall pulak. Nak lunch Chicken Rice Shop (kedai feveret Zafirah).


Kat center court tu ada pameran Peter Rabbit and macam² lagi lah. Ada free face painting. Mood Zafirah memang best sangat hari tu, semua benda dia okay nak try. Good job kaklong! Mohon contohi kaklong ye Zafran! Mama boleh stress tengok mood ting tong awak πŸ€•


Lepak kejap je kat center court tu, lepastu balik. Zafirah nak jalan² lagi. Tapi kitorang tak tahu nak jalan mana sebab takde benda pun nak dibeli. Zafran pun makin ngantuk, penat lah asyik berdukung je. Balik je lah, tidur kat rumah, rehat. Petang² boleh main plaground ke.


k tu je nak cerita. tata!





Terima kasih sudi membaca!

2 comments:

Anum said...

menarik
bg pendedahan pada anak2

Nurul Ashikin said...

Menarik jugak hari terbuka JBPM tu ya. Nanti anak dah besar sikit nak jugak pergi. Nak beri pendedahan kat dia tentang apa itu bomba. Thanks ya. Ralit membaca artikel YANA ni. Selamat bersalin anak ke3 nanti. Moga Allah permudahkan urusan

tebumanis78.blogspot.my

ummuhurairah78.blogspot.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015