Assalamualaikum...
Entry hari ni sekadar perkongsian....no lushah²...eww~ cubit kang!
Soalan :
Apakah sah puasa orang yang berjimak pada malam bulan puasa? Apakah sah puasa bagi orang yang berjimak pada malam hari pada bulan puasa, tetapi hanya melakukan mandi wajib
setelah terbit fajar tetapi sebelum terbit matahari?
Jawapan :
Yang membatalkan puasa ialah jimak pada siang hari. Sedangkan pada malam harinya dibolehkan, sekalipun mandi wajib setelah terbit fajar. Orang yang berhadas besar sah berpuasa, kerana suci daripada hadas besar dan kecil bukan syarat sah puasa.
Syarat-syarat sah puasa :
1. Islam ketika berpuasa
2. Mumaiyiz (dapat membeza)
3. Suci daripada haidh, nifas dan wiladah (melahirkan anak)
4. Berpuasa pada waktunya.
Al-Khatib al-Syarbini menjelaskan:
"Dan jika suci perempuan yang haidh pada malam hari dan berniat puasa, seterusnya berpuasa atau berpuasa orang yang berjunub tidak mandi terlebih dahulu, maka sah puasanya..." (Lihat Mughnil Muhtaj, vol. 1, hal. 436)
Katanya lagi:
"Ada hadis sahihain (al-Bukhari & Muslim) yang mengatakan Nabi s.a.w. berpagi-pagi (subuh) dalam keadaan junub daripada jima', bukan kerana mimpi, kemudian baginda mandi dan berpuasa." (ibid.)
Rujukan :
Abdul Rahmana al-Jaziri, Al-Feqh Alal Mazahibil Arba'ah, vol 1
Al-Khatib al-Syarbini, Mughnil Muhtaj, vol 1
Maaf aku tak ingat mana aku amek artikel ni...rasanya dari abang ipar aku....huhu~ lama dah entry ni duk dalam draft...dari tahun lepas rasanya....memang tunggu bulan Ramadhan baru nak publish...kuikui~
Semoga bermanfaat...
(^^,)
Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!