Feb 3, 2012

Tazkirah Hari Ini (Part 29) | Apa itu DAYUS??



Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah s.a.w bersabda: 
Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaitu si dayus, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak

Lalu sahabat berkata: 
Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS? 

Bersabda Nabi s.a.w: 
Iaitu orang yang tidak memperdulikan siapa yang masuk bertemu dengan ahlinya (isteri dan anak-anaknya). (H.R. At-Thabrani)

Dalam hadith lain dikatakan: Apakah dayus itu wahai Rasulullah? Jawab Nabi s.a.w:
Iaitu seseorang (lelaki) yang membiarkan kejahatan (zina, dedah aurat, bergaul bebas) yang dilakukan oleh ahlinya (isteri dan keluarganya).



Dah faham maksud 'dayus' kawan² sekalian??
jangan senang² cop seorang lelaki tu dayus ye...
lelaki dayus ni tak cium bau syurga tahu??
fikir dulu sebelum berkata²   ^__^















p/s::  wooo dah masuk February derrrr...semakin dekat saat mahu meneran baby keluar...kekeke~  petang ni check up lagi kat sepital...hope semuanya stabil...nak try mintak MC sampai bersalin aa..agak² doc bagi tak?? (^^,)






Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Feb 2, 2012

Eeeiiiii Geli lah Pegang Kaki yu!!!

Malam tadi aku duk urut² kaki aku yang bengkak ni..
rasa kebas², sebuuu je tau...
bila semakin bengkak, sampai tertarik² urat lain kat kaki
especially tapak kaki...
bila nak jalan tu pehhh sakit gila!! T__T
dak encem suruh pakai stokin...
tapi aku takde stokin..waaaaaa~!!
kena beli stokin balik kerja nih...
time pantang lagiiiii WAJIB pakai stokin!! ishhhh~  =.=


Setiap kali aku picit kaki aku kan
mesti suka nak tekan kuat² bahagian bengkak tu..
sebab rasa macam ada air dalam tu...
keras tapi lembikkkk!! hahahaha~
teruja jap tengok kaki sendiri  (-_-")


Then aku saja la hulur kaki aku kat dak encem..

aku::  ce picit kaki ai ni...*dengan nada teruja!*

dak encem::  erm  *usap² je*

aku::  bukan picit gitu...ce tekan kuat² kat tempat bengkak tu...hihi~

dak encem::  *menurut arahan...sekaliiiiii*  EEIIII..LEMBIK! ADA AIR EH??

aku::  hahaha tekan la kuat sikit...tengok la nanti dia tenggelam je..haha~

dak encem::  eeiii geli je...  *sambil tolak kaki aku jauh²*



HAHAHAHAHAHA lawak laki aku nih...
mende tu pun nak geli...ceh!



aa macam gini lah rupa kaki aku...tengok gambar kecik tu..bila dipicit dia jadi macam tu...tenggelam, tak timbul²...hihi boleh bayangkan tak??


oke try tengok gambar bawah ni pulak  (^^,)



geli ke?? hekhekhek~  =P



Dah macam kaki gajah je aku nengok kaki aku nih..hehh~
esok petang check up kat sepital...
macam nak try mintak MC sampai bersalin aa..
memang kompem kaki aku ni bengkak during weekdays je
weekend or time cuti elok je kaki ni...
maksudnya memang aku kena rehat kat rumah je lah...
tak boleh pergi kerja...ye dak?? ngeee~
korang, nak try picit kaki aku?? wakakaka   v(^___^)"







Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Feb 1, 2012

Zikir Nabi Yunus



Maksudnya::  "Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan Engkau, ya Allah. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim."

SURAH AL-ANBIYA'(21):87





** Zikir ni seeloknya diamalkan oleh ibu² yang bakal bersalin...insyAllah kurang sikit rasa sakit nak bersalin tu....semoga dipermudahkan urusan ku untuk bersalin...amin~














p/s: masih mengharap dapat bersalin time maulud nabi...hihi doakan aku ye...amin~  (^^,)





Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015