Jul 8, 2010

Aku Nak Makan Sotong Goreng Jerman!!



oke semua telah maklum dengan keputusan World Cup semalam...aku dah terlambat update beberapa belas jam...huakakaka~  busy maaa hari ni...adeh la~

Nampaknye ramalan encik Paul the sotong atau dalam bahasa Jerman 'Paul die Krake' adalah sangat tepat! *silalah teruja aku hebat berbahasa Jerman! wink²~*

Ada yang percaya ke dengan ramalan si Paul ni?? silalah mengucap sekarang!!

Heh itu semua lakonan dan propaganda semata...game world cup ni berbayar sebenarnya...mesti pihak Jerman dah diberi sogokan wang yang sangat banyak sehinggakan mereka sanggup menyerahkan Piala Word Cup kepada team Belanda atau Spain....logik kan apa aku cakap ni??hahahahaha~

Macam tu juga dengan Brazil yang menerima sogokan dari Netherland (mungkin) tu pasal dorang pun kalah...miahaha~ Brazil tengah sengkek kut tu sanggup terima duit dari terima piala...ngee~

Kiranya World Cup ni sebenarnya dah dirancang...macam WWF tu...pemenang memang dah ditetapkan siapa...haha boleh gitu??



:: bayangkan kenduri lauk sotong...nyummm~ ::


Bagi Paul the Octopus mungkin selepas habis World Cup ia akan digoreng dan dijamu oleh semua pemain² Jerman...weeeee~  \(^_^)/


Tapi, apa pula kata sotong yang lain??


erk!


apakah 'sotong lain' itu???










HUAKAKAKAKAKAKAKA~  
*time kasih pada yang upload kat facebook*

ada ke readers aku tergolong dalam kategori sotong ni?? wahahaha~



laarriiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiikkkkkkkkksssssss~










P/S:: Tiba² terasa macam nak dinner menu sotong!! weeeee~ ^_^


Jul 7, 2010

Blog Suci ini Seperti Sudah Dinodai

ewww ada manusia gila sex telah mencerobohi blog aku!! yarrkksss~




:: jangan malas untuk klik ::


Memang gilo...oit blog aku ni masih dara oke..suci lagi murni gitu...hehh suka² je manusia durjana ni memperkosa kesucian blog nih....abes rosak nuffnang punyerr keywords...muahahahahakkktuiihhh~

Insaflah wahai umat -_-

Daripada search benda² merepek tu lebih baik search pasal bola ke...World Cup dah nak abes ni kan...Korang rasa team mana yang masuk final?? aku ghase Jerman + Belanda...tapi ramalan sotong kurita psikik menunjukkan Spain bakal mengalahkan Jerman...yeke?? ish khurafat²...toksah caya..muehehehe~

Kecoh kat facebook dak encem ai tu pasal sotong psikik yang diberi nama Paul *sotong pun ada nama kaooo...hahahaha macam² dorang ni...segala perkembangan mistik, misteri, fantastik, bombastik janji ada kaitan dengan bola mesti tau dulu beritanya...huhuhu~

Tapi apa yang penting.............*kerjasama!* oh silap itu wonderpets........-_-

aku sokong Jerman!!  weeeee~  \(^_^)/


sebab??
saja nak gado dengan dak encem ai...lalalala~ ^_^



"Deutsche ist die Besten" atau dalam bahasa yang mudah difahami bermaksud... Jerman is the best!

Silalah belajar bahasa Jerman jika anda sokong Jerman...muwakakakaka~  ^_^



Jul 6, 2010

Memaafkan Kecurangan


Perit sekali apabila diri dicurangi....

Perasaan itu bagaikan menusuk seluruh jiwa dan raga....

Hati pula, tertanya-tanya mengapakah harus ianya terjadi....

Hanya insan yang pernah dicurangi bisa merasakan perasaan itu, bisa memahami segalanya....

Sehinggakan ada yang nekad untuk membalas dendam, dan membunuh diri serta melakukan pekara yang dilarang agama....

Mengapakah insan, sanggup melakukan kecurangan? Sedangkan insan mempunyai akal dan fikiran untuk membezakan apa yang baik dan tidak. Tidakkah mereka takut akan pembalasan? Sungguh meyedihkan kerana wujudnya insan sebegini.

Insan, megertilah bahawa setiap yang terjadi mempunyai hikmah tersendiri. Hikmah yang cukup indah yang bisa menyembuhkan luka di hati. Sinar cahaya akan tiba tanpa kita sedari. Yakinlah bahawa, Allah tidak akan memberi dugaan dan ujian pada hambanya di luar kemampuan hambanya itu sendiri.

Setelah dilukai, pasti susah untuk kita memaafkan dan menerima kembali pasangan kita itu, apatah lagi untuk melupakan kecurangan tersebut. Namun, kita haruslah beringat bahawa memaafkan seseorang adalah perkara yang mulia. Dan kita sebagai manusia biasa tidak layak untuk menghukum apatah lagi tidak memberi kemaafan.

Sedangkan Allah Maha Pengampun, inikan kita hambanya. Untuk memberi hukuman, jauh sekali. Kita serahkan pada Allah yang Maha Adil.

Kita mungkin dapat memberi kemaafan pada setiap kecurangan, namun untuk melupakannya mungkin mustahil. Apa yang patut kita lakukan adalah memberi peluang, menjadikan perkara tersebut sebagai ikhtibar serta berdoa. Ingatlah, kita ada Allah. Allah adalah sebaik-baik tempat untuk kita mengadu dan berharap. Allah tidak akan mengecewakan kita.

JANGAN BERSEDIH…

REMEMBER THAT, YOU DESERVE BETTER!!!







Sumber:: email dari Tentang Cinta

Takde maknenye weii aku nak mengolah ayat secantik ni...kekeke~

Tapi silalah hayati maksud yang tersirat...^_^





P/S:  komen blogspot buat hal..tak dapat baca komen...grrr~  cepatlah pulih! ffuhh ffuhhh~ -_-


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015