Eh aku tak pernah cerita pun kan aku pregnant lagi? Sekadar selit² dalam entry je. bahaha~ Ikutkan memang malas nak buat entry khas, tapi kang anak² aku dah besar, dorang baca blog aku, sentap pulak yang sorang tu takde entry khas pasal dia. Anak nombor 3 pulak tu kan. Perangai lain machiam sikit. kahkah~
Aku dapat tau pregnant by 31 Ogos 2017. Tu pun sebab period delay seminggu. Eh bukan delay tapi dia keluar spotting je, 2 hari. Then stop! Sebijik macam masa pregnant Zafirah dulu. Dah anak ketiga pulak lah kan, takkan tak pepaham lagi ada 'isi' dalam rahim? huhu~ Lagipun period aku memang teratur. Aku siap boleh install apps untuk trace bila next period, bila waktu subur etc. That's why senang nak tau pregnant.
Macam biasa laki acuh tak acuh. Man will always be man. Blur, sengal, lembab especially bab bab nak tambah anak ni. Dorang tau derma sperma je
So aku decide untuk beli je UPT kat Guardian walaupunnnn laki kata, "sure ke?" Eh rahim aku apehal kena mintak izin kau pulak? hahahaha
Esoknya terus check.
Wallaa! double line! Confirm lah tu pregnant. Nak fikir amende lagi? Tapi ku tetap pi klinik untuk scan. Yelahh nak convince kan tok laki yang super slow. Tu lah dulu dalam kelas sains tidur, dah tu kahwin tak pepaham pulak sistem peranakan wanita. Ada gelfren nurse pun taknak korek ilmu. Rugi je
Tapi lepas kandungan dah 2 bulan lah baru boleh scan. Kalau awal sangat bukan nampak apa pun. Kantung pun tak nampak.
At first, aku tak happy pun mengandung. Like, seriously TAK HAPPY! Kemurungan wehh. Sebab unexpected and aku takmo anak dah. hahahaha~ Memang plan nak 2 je, cukup! Kalau nak tambah pun tunggu la Zafran besar sikit. Dah sekolah rendah ke. gituu~ Dengan macam² benda jadi tahun lepas, sumpah la tak ready nak menambah² anak.
Tapi tu lah, Allah sebaik-baik perancang. Dalam taknak taknak tu lekat jugak roh sorang dalam rahim. Ingat tak entry zumba aku? haa masa tu aku memang dah pregnant. Jangan kata zumba, macam² aktiviti lasak aku dah buat. Makan minum memang aku tak jaga langsung. Macam minum air gas, SELALU! Tapi tetap lah anak ni pegang kuat rahim aku. Taknak lepas! Allahu. Eh sebak pulak bila teringat apa aku dah buat. Jahilnya aku! T___T
Sampai lah umur baby 14 weeks, aku rasa tak berkurang sangat pun kemurungan. Aku cuba redha especially masa first time tengok gambar scan. Elok je dia baring dalam tu. Alahai kuatnya anak mama T___T
Syukur lah ada geng Gojes (GBSB). Aku decide untuk luahkan dalam tu. Sebab ahlinya semua MAK-MAK. Hanya mak-mak je paham perasaan mak-mak ni tau! Walaupun latar belakang kami berbeza, tapi tujuan kami sama! Memberi yang terbaik buat anak². More, pendapat dorang ni telus, ikhlas. Kalau kau mintak dikeji, memang ayat² keji lah kau dapat! Kalau nak motivasi, ayat paling padu, paling menusuk kalbu dorang bagi. Menangis² aku baca ayat² motivasi dorang. Syukur ya Allah bagi aku kawan² yang sangat supportive. Rasa kurang lah sikit beban kemurungan lepas luah dalam tu. T___T
Aku cuba jalani hidup aku macam biasa *ecewahh ayat novel*. Bab makan minum takde la jaga sangat. Aku makan je apa aku rasa nak makan. Vitamins tetap ambil hari². Time awal² dulu tekak ni memang teringin fast food je. Nasi nasi tak selera wehh. Pi kedai makcik jawa yang lauk dia sedap nak arwah pun aku boleh tak habis makan. Rasa nak muntah! Aduii. Dalam few months jugak lah duk mengadap fast food, air gas. Eh aku perasan pregnant kali ni aku suka betul minum air gas. I knowww tak sihat! Sugar level tinggi yadayada. Tapi tekak dah suka nak buat macam mana Mujur lah ofismet jenis tak cerewet. Dia ikut je lah selera aku nak fast food hari². Biasa pi Pizza Hut lah. Eh pizza hut takde la fast food sangat kan? Roti je tu. Aku pantang pun mak aku bagi makan pizza
Tapi sekarang tekak dah oke nak terima nasi. Dah boleh makan lauk pauk. Alhamdulillah.
Buat buku merah bulan 12. Lepas balik dari Yogya tak silap. 2 anak sebelum ni memang full check-up kat KK. Kali ni aku decide pi klinik swasta. Guna panel laki. Lagipun pi klinik swasta boleh mintak MC. Takde la aku rushing habis check-up nak pi opis pulak. Opis dah la jauh, nak berpanas terik tu lagi. Migrain. Umur dah kertu ni tak larat lah nak workaholic sangat. Asal tak menyusahkan ofismet lain je sudah lahh.
Umur kandungan hari ni. Yaa dah 7 bulan. Lagi 2 bulan je nak bersalin. haha~ Hospital pun dah booking. Kali ni pilih nak bersalin hospital swasta. Andorra sana. Hospital baru. Saja perabih duit laki, bagi dia rasa struggle sikit. Daripada berjoli tak tentu hala kan? Baik saving untuk bini bersalin kat tempat yang selesaaaaaaa
Doakan semoga dipermudahkan aku bersalin nanti ye korang. Yang penting dapat normal macam Zafran dulu. hihi~ Doakan juga anak aku membesar bak juara. Seorang yang kuat iman, kuat berpaut pada al-quran dan sunnah sebagaimana dia kuat berpaut pada rahim aku. Aminn ya rabb!
Oke mak tacing. Tak sabar nak tengok muka anak yang super kuat genggaman dia tu
Terima kasih sudi membaca!
tahniah yana..tak sabar nk tengok baby hihi
ReplyDeletesalam singgah n kenal sini^^
Aminn...aminnn.,aminnn...alhamdulillah..tahniah.DIA sebaik-baiknya Perancang.
ReplyDeletetahniah yana :)Dia tahu apa yang terbaik untuk kita :)
ReplyDeletealhamdullilah tahniah
ReplyDeleteAlhamdulillah..tahniah Yana...tu la kan...x sangka2..
ReplyDeleteAllah sebaik2 perancang...
ada yang nak baby, Dia blm kurniakan rezeki..
ade yang taknak baby, Dia kurniakan cepat baby
ada hikmah disebalik semua kejadian tu.. yang kita jer tak tau..
take care tau..semoga selamat semuanya..kim salam kat "Anjang Aki" hehehe
Tahniah Yana, insya Allah rezeki anak tu luas. Lepas ni rancang elok² yer, bagi anak semua sekolah baru leh beranak lagi, hehehee!
ReplyDeletebongsu dah ni kot...haha
ReplyDeletenanti sharing Andorra wokeh!
ReplyDeletetahniah
ReplyDeleterezeki tu
tahniah yana... semoga baby sihat .. semoga dipermudahkan kelahiran baby and ibu selamat :D
ReplyDeleteAlhamdulillah tahniah yana.. semoga baby membesar sihat sempurna ...
ReplyDeleteRezeki allah tak salah alamat .. Hihii..boy ke?
ReplyDelete