Pages

Mar 2, 2018

Musim Umrah 2018

Assalamualaikum...


Ahad, 25 Februari, aku hantar mak ke KLIA. Buat pertama kalinya mak menunaikan ibadat umrah. Dia follow sekali family kakak dia, mak onga. Mak onga dah selalu pi sana. Asal ada duit lebih, masa sesuai, memang dia akan pi buat umrah. Kali ni, mak decide untuk join sekali. Lagipun umur mak dah 58 tahun, takde mahram pun boleh je nak pi. Ayah aku kat Zurich masa ni atas urusan kerja.


Flight pukul 1pm, tapi agensi mintak berkumpul di KLIA pukul 10am. Memudahkan urusan gitu. Jemaah bukan 10 orang. Ramaiiii!


 Senang je kejut bebudak ni awal pagi. Sebab dah bagitau nak pi epot hantar uwo naik eroplen. huhu~  Breakfast brownies lagi kaoo. Kebetulan hari sebelum tu ada orang order mini pack brownies. So ada balance sikit, boleh la makan untuk breakfast. Zafran tu memang peminat setia brownies aku. Sedap kan mama punya brownies😜


 Sampai KLIA terus pi kaunter K. Ramai jemaah lain dah sampai untuk check-in luggage memasing. Tu kazen aku. Ramai lah sedara mara datang menghantar. Dari Shah Alam pun ada.


Sementara tunggu agensi setelkan check-in semua luggage, kitorang lepak Pappa Rich. Minum² je sebab dah breakfast mekdi dalam kereta tadi. haha~  Singgah mekdi drive-thru masa on the way tu.


Sampai lah pukul 11am++ gitu tak silap, dorang kena berkumpul untuk agih²kan passport memasing dan sedikit bacaan doa.


 FYI, mak onga (grey tudung) adalah pesakit buah pinggang and perlu dialisis 3-4 kali seminggu (or more?). Dia dah selalu buat umrah masa dia sihat, dan ini kali kedua dia buat umrah sejak dia on dialisis. Siapa kata orang sakit tak boleh buat umrah? Nak seribu daya gitu. Aku kagum sangat dengan semangat mak onga. Banyak penyakit dia ada, one of it is kidney lah. And dia pernah survive cancer. Kanser darah tak silap. Dah lama sakit tu tak ingat sangat. Strong lady I've ever known!💪


Mak onga ada bagi tips, kalau orang sakit macam dia nak buat umrah, kena inform the agensi sebab bukan semua agensi nak terima jemaah yang sakit. Masa first time dia buat umrah masa dia on dialisis, dia pi hospital kat sana. FOC je katanya. Tapi mutawwif kena teman sekali pi hospital sebab tu dorang kena aware ada jemaah yang sakit. Kali ni dia bawak sendiri semua machines and medicines untuk dia dialisis di hotel Yaa dia buat dialisis sendiri je. Alatan semua memang dia ada. Kat rumah pun memang dia dah buat sendiri dialisis, tak berulang pi hospital dah. Strong lady kan? ðŸ˜˜


 Last photo sebelum semua turun pi kastam. Masa ni dah start sebak. Kalau lah airlines takde rules about pregnant lady memang lama dah aku follow sekali buat umrah. Nak suruh bersalin kat Mekah pun ai okayyyy ðŸ˜­


Jalan leklok makkk! wuwu~  Mak aku biasa dah naik flight. Naik sorang pun dia biasa dahh. Domestic ke International, memang dia tau dah la selok belok dalam KLIA tu. Cuma kali ni rasa sebak lain machiam. Mungkin sebab aku tak dapat ikut tu sebak tu ðŸ˜­


Tengok pulak gambar² dorang kat Madinah and Mekah. Allahu tak terkata lah seronoknyaaaa kalau aku ikut sekali. T___T


Dorang pi Madinah dulu, hari Khamis kot baru dorang kat Mekah dan buat umrah.


Di Bir Ali, sebelum mulakan umrah. Sehari sebelum tu BP mak onga naik tinggi. Haa jangan tak tahu mesin check BP pun dia angkut sekali tau. haha~  Tapi Alhamdulillah esoknya tu nampak dia dah sihat. Betul lah mak onga cakap, dah sampai sana banyakkan doa. Jangan berhenti berdoa mintak pada Allah untuk mudahkan urusan kita buat umrah. Walaupun orang nampak macam mustahil je tengah sakit boleh buat umrah. Yakin dengan pertolongan Allah. Ouh budak kecik tu anak sedara aku, cucu sulung mak onga! Untung nakk kecik² dah jejak kaki pi tanah suci. Doakan aunty dapat pi sana tahun depan kayyy😘


From left: kakyong (cuzzy), Hafsa (niece), mak, mak onga and Nadia (cuzzy). Ada lagi 2 orang sepupu lelaki takde dalam gambar. Semoga mendapat umrah mabrur semuanya! *I wish I was in the picture with them!* - sambung nangis tepi bucu meja ðŸ˜­


Jom lah doa semoga aku dan semua yang baca entry ni dijemput untuk menunaikan ibadat umrah tahun 2019. amin amin ya rab!


k tu je nak cerita. tata!





Terima kasih sudi membaca!

4 comments:

  1. baca pun dah rasa sebak nak nangis :( semoga diberikan kesempatna pergi sana

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah
    seronoknya
    doakan saya dan keluarga pula ke rumah Allah nih yer

    ReplyDelete
  3. Mmg org nak pi umrah ni sebak dia lain mcm kan kak..InsyaAllah,semoga ada rezeki kak yana & kita semua utk ke umrah tahun depan..aamiin..

    ReplyDelete
  4. Salam. Makcik awak yang dialisis tu dialisis air ke? Since dia boleh buat sendiri?

    ReplyDelete

bacalah setiap bait ayat²ku supaya kamu faham erti sebenar penulisanku...
jangan mudah melatah!
Terima kasih sudi membaca! (^^,)